31 Disember 2011

Farewell 2011 :( welcome aboard 2012 :)

Assalamualaikum..

       Okay, firstly buat reader atau follower blog aku, aku mintak maaf banyak2 sbb kotorkan blog aku ni dengan post peribadi yang banyak. Terharu dengan beberapa orang yang bertanyakan tentang blog yang tak berapa smart ni mengapa tak update. Ada jugak yang mengaku sebelum ini readers setia blog 'seni hidup' tapi sory la kadang2 aku lupe yang blog aku ni ramai orang perhati. Malu jugak sebenarnya bila ada dikalangan kawan2 sendiri yang membaca. Tapi apa salahnya kongsi pengalaman hidup kan? Hidup ini begitu banyak pengalaman dan terlalu banyak pengajaran,.

       Alhamdulillah juga hari ini adalah akhir tahun bagi 2011 dalam kalendar masehi, esok jika panjang umor insyAllah kita mencapai tingkat umur yang baru dan diharap dapat mematangkan lagi corak pemikiran kita. Nampaknya tahun ini yang bagi aku ada juga peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang melalui 12 bulan. 

18JUL2007(kurus aku time ni hehe)
       Tanpa aku sangka rupa-rupanya tahun ini aku kehilangan seorang lagi orang terhampir atau kesayangan aku iaitu nenek aku sendiri yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 dis lepas, Setahun dua bulan selepas  perginya anak beliau iaitu selaku arwah ibu aku melengkapkan dua tahun dua orang telah meninggal pada 2010 dan 2011. Mereka berdua ini seakan-akan sama akan nasihat, teguran sepanjang hidupnya didunia ini yang diberikan kepada anak ataupun cucunya. Tetapi syukur Alahamdulillah sempat bersama menguruskan jenazah arwah nenek aku dari proses awal hingga ke liang lahad tidak seperti arwah ibu aku, terlambat kerana jarak dan masa yang tidak dapat dielakkan. Semoga mereka berdua ini bertemu disana dan mendapat hidayah dari Allah s.w.t berkat doa dari anak dan cucu mereka insyAllah.

Dari segi ekonomi syukur juga aku dapat membeli sebuah rumah di Negeri Sembilan iaitu rumah teres satu tingkat sahaja sesuai dengan pendapatan aku yang sederhana. Dari segi pendapatan bulanan pula agak merosot teruk berikutan tanggungan rumah dan juga kereta. Harap tahun hadapan ada peluang untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan. Mungkin Januari 2012 ini bermula menyediakan sejumlah wang yang agak penting juga dalam proses kehidupan manusia setelah beberapa ribu telah habis digunakan tanpa disedari.

       Bak kata orang, pasang surut iman itu kita tidak ketahui tetapi jika kita sendiri yang malas mengekalkannya jangan salahkan ibu mengandung, tetapi tetap salah peribadi sendiri yang selalu leka dan lalai dalam kondisi dunia yang serba pantas dan moden ini,. Gelojak nafsu meronta-ronta untuk dipenuhi tatkala syaitan mengiringi. Tepuk dada tanya selera diri kita ini dan jangan pertiakikan orang lain. Renunglah sedalam-dalamnya hati kita ini dimanakah dia yang sebenar, apakah yang ia lakukan sebenar, dan adakah jalannya itu benar. Bersama-sama kita memperbaharui segala yang kita fikirkan tadi.

Dipenghujung tahun iaitu hari ini juga ingin aku selitkan secebis peristiwa yang berlaku semalam ketika aku menjemput seseorang di Batu 3 shah alam. Sebuah lori kontena telah mencelah masuk tanpa memasang lampu signal, ketika itu aku sudah sampai ke tengah-tengah badan lori tersebut. Terus aku memijak pedal brek dengan mengawasi kenderaan belakang. Terkejut dengan tindak balas semerta pemandu lori itu tiba-tiba perasaan marah pun timbul. Tanpa sengaja kedua-dua tangan aku menunjukkan isyarat kedua-dua jari tengah kepada dia. Terus dia berpaling tanpa kata. Jalan yang sesak memang bila-bila sahaja kita boleh kemalangan. Sejurus dalam 10min selepas itu sebuah lagi lori treler membuat perkara yang sama terhadap kenderaan aku. Hanya hon yang dapat aku bunyikan dan melepaskan amarah. Tiba-tiba terfikir, jumaat adalah hari keramat bagi aku kerana kebanyakan saudara aku meninggal pada hari Jumaat. Alhamdulillah mungkin Allah bagi peringatan yang nyawa itu bila-bila sahaja boleh diragut. 

       2012 ini mungkin revolusi akan dilakukan buat diri aku kerana banyak perkara yang telah jatuh grafnya. Senang kata merosot dari segi pencapaian. Bersama-samalah kita memperbanyak perbaiki diri dan kelemahan-kelemahan diri sendiri. Semoga kita beroleh keberkatan ditahun hadapan nanti InsyAllah..

Assalamualaikum..

29 Disember 2011

On the run..

Still working now. Waiting for fuel truck arrive..so sick of this. Hope tonight we can go back early than before. Ermm....have some date tomorrow? Well we talk this later lol..

Ok..lets work..


Published with Blogger-droid v2.0.2

13 Disember 2011

Nothing but that! OMG.

       Nafas tersekat, langkah terhenti.....mungkin ungkapan yang dapat aku pamerkan setakat ini. Hari-hari yang berlalu begitu perlahan dan suram, cahaya juga tak seterang seperti selalu. Pagi tak sesejuk dahulu.. Aku diuji lagi dan diuji, di saat-saat hujung tanduk aku masih diuji. Semua salahku, semua aku yang pinta kerna aku yang memulakannya dan nah terimalah balasannya. Habis semua kata-kata lalu menjadi petrol membakar diri aku kini, Allah nak buktikan kuasaNya yang sememangnya Maha Berkuasa.. Rebah jatuh terduduk, longlai lagi tak bermaya. Ku gengam pasir tapi berjuraian jatuh kebumi, ku ulang tapi tetap jatuh. Ya Allah Ya Tuhanku...Apakah ini semua? Tidak selayakkah aku ini disisiMu, aku dilontar jauh ke lembah yang dikehendakiNya..Kaki ku lemah untuk bangkit semula, puas ku mencuba tapi tidak berdaya. Tolonglah aku ya Allah..Janganlah kau palingkan aku kembali setelah kau tarik diriku ke jalanMu.. Aku letih dan lesu dengan dunia ini.. Jiwa serabut, kusut lagi masai..Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini...Amin amin ya robbal alamin..

01 Disember 2011

HADIS-HADIS NABI BERKENAAN HUKUM DAN HUKUMAN ISTERI CURANG


Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)

Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)

“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)

Berikut saya sertakan beberapa hadis berkenaan isteri berlaku biadab dan suka menyakiti hati suami. Semoga hadis-hadis ini dapat menjadi panduan buat Suami Curiga.

Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk
Sabda Rasulullah S.A.W: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)

Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)

Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah S.A.W: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)

Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kepada Suami Curiga, hendaklah anda bersegera mengajar isteri anda tentang hadis-hadis di atas supaya isteri anda tidak mengulanginya lagi.


Sharing is caring.

30 November 2011

Last day civillian.

       Hidup lepas SPM memang seronok, yelah selama hampir 11tahun sekolah jer mana tak jemu. Masa sekolah tu macam-macam hal la nak lari pon ada. Kalau sekarang kalau kena sekolah lagi aku nak jer. Seronok beb hahaha..Mane la tau otak aku ni boleh dapatkan 18 pulak. Dulu bukan tak pandai tapi malasnyer melampau-lampau. Masuk kat bidang keje aku nyesal kena blajo lagi mcm nak amek dip..Itulah hidup hahaha.

       Aku ingat lagi minggu-minggu terakhir sebelum aku ambik keputusan nak merantau cari rezeki, masa tu umo aku baru jer 18, belum cukup pengalaman hidup dan mungkin kurang berdikari agaknya. Aku lepak dengan kawan-kawan aku kesana kemari, nak puaskan hati aku yang kononnya macam tak jumpe kampung lagi. Jamming toksah cakap ler banyak tempat aku jamming. Rasa macam tak sabor macam cuak pon ada nk tinggalkan family dgn umah aku kt kampong. Ada satu petang tu aku dengan membe-membe aku panjat tangki air yang tingginya ntah berapa tingkat bangunan, masa tu taman cempaka belum lama bukak, eh taman mulia tak silap aku en entah la yang mana satu. Aku lepak sampai senja, tengok matahari terbenam ala-ala cerita melayu. Sampai sekarang aku takle ingat  luper detik tu walhal tak la best sangat pon. Tu lah hari terakhir sebelum aku berangkat ke ipoh untuk pemilihan akhir.  

       Tu jelah aku nak cerita...putus idea sebenarnya ni hahahaha....Bye!

25 November 2011

Cetak Rompak! kerja bangang, tokey cd pirate kaya senang-senang je.

Lama aku tak godak blog ni dek kerana line berokband yg semakin cam haram sekarang ni. Agaknya org kuning semakin gemok tak kuat nak panjat-panjat tiang mcm iklan dia dulu kot. Kalau nak taip kt blog ni banyak aku nak cerita tapi ermm rasanya dah tak bole kot. Bior ler aku bubuh kat blog aku yang lain pulak nanti.

       Okeh tanpa membuang masa aku nak ucap tahniah atas kesungguhan skuad harimau muda yang menang emas kat sukan sea yang lepas. Bukan nak cerita bola kat sini, kalau nak baca tentang bola nko pegi tgk kat blog lain. Aku nak komplen sikit pasal cetak rompak kat Malaysia tanah tumpah darahku ni. Rasanya ntah-ntah yang tengah baca post ni peminat setia cd cetak rompak jugak termasuk aku. Haip..aku ni bkn tak beli cuma dah aku memang tak gemor sangat nak tengok cerita-cerita merapek kt tv ke wayang ke mane-manelah. Kalau beli pon last-last mesti terbior tak pun buddy aku yg tengok. Yang ada input aku suke ler tapi kalau asik cerita-cerita berangan je bek gi jahanam. Alamak, lari tajuk plak, aku nak cerita pasal cetak rompak sebenarnya. 

       Yela kalau kita tengok melambak-lambak kedai cd cetak rompak ni tak kira la mane-mane pon. Dan satu lagi rasanya takde pon orang melayu jual cd bodo ni. Dengan harga lima hengget dgn pantas nko bole tengok muvie mane-mane yg nko suke. Gambor jgn risau boleh pilih, tapi banyak yg cun-cun mcm ori pon ada. Sape nak beli ori? Tak ramai kecuali orang kaya-kaya je kot. Tapi dari ape yg aku tengok la, diorang ni muka selamber badak je jual cd, takde cuak langsung siut. Bak kata aku yg tengah top sekarang ni 'imuniti la haha. Mane dorang dapat gerenti tu? erk maksud aku polis tak kacau? Ohh takde akta polis utk tangkap orang jual cd cetak rompak kot (kalau tak paham bodo la nko0 hahaha..Ntah ler tak paham aku, tapi tentunya rasuah la yang aku agak...ape salah ke agakan aku? Sape berani bet? Kamon la jgn slow sgt. Aku bukan tak penah beli, bohong la kalau aku tak penah beli la sengal..Aku cuma pelik jer camne leh bukak kedai yang besor utk jual cd cd tu? Yg tepi jalan toksah cakap la. Aku rasa antara punca dunia hiburan kita ni tak bole blah mcm korang cakap lagu melayu tak sedap la tak kick la no taste lah mungkin kerana kurang duit royalty. Tau tak duit royalti tu hape? Duit bahagian dari hasil kerja mereka melalui jumlah cd ori mereka yang terjual.Dengan  duit tula dorang ni nak buat modal nak beli alatan baru yang canggih, income canggih baru ler semangat. Bukan tak bole tapi tulah . Kesian jugak dunia hiburan kita ni takde lagu yang menyentap gempak yang bole top macam kumpulan search or senang cakap artis dulu-dulu. Modal nak buat cd pirate tu tak bape hengget je maybe satu cd baru 60 sen tapi untung juta-juta. Bukan susah beli mesin ngan cd, eh mesin lak haha ape-apelah.  Pastu copy paste...tak tau yang nak buat lagu sampai nak gila, yang nyanyi pulak sampai nak terbuasir. Tu belom yang berlakon lagi. Ish ish ish Kesian kesian. Bukan nak bekap diorang tapi tak bekap langsung peniaga pembuat cd cetak rompak ni. Haram jadah, makan duit orang lain, senang lenang buta-buta je pakai ferrarri free. Kita jugak yang support. So sebab tu la better aku tak tengok dan kebetulan tak suke. Jangan salahkan komposer atau penyanyi kita kalau lagu tak sedap, moral support tu penting dan ia dari berbagai-bagai aspek. 

       Aku harap sangatla pihak berwajib ni pegi tangkap mereka yang jual cd haram ni sebab moto hidup diorang ni aku pernah dengar dan baca iaitu "To be rich there is no sins" ni motto dari negara asal dan bangsa asal dia yang komunisme tu. So paham-paham jela , dah macam yahudi punye moto menghalalkan buat apa saja kt orang yg beragama lain sesuka hati. Bangang betol. Bagi aku kalau macam tu baik korang download dari internet je lagi puashati, bangsa dia tak untung bangsa kita pon tak untung habis cerita. :p

10 November 2011

Dah ajal, takde jodoh..

Masuk hari kedua aku kat kuching ni, akibat cuaca tak menentu aku kena serang virus...yer virus selsema.. Lepak malam-malam buat air kopi pekat sambil layan movie. Sambil2 FB tertengok pulak status wall membe aku ni. Dari ape yang aku paham mula-mula ingatkan membe laki dia meninggal. Rupa-rupanya awek dia yang pernah aku jumpa dengan dia dulu. Masa tu pi hantar kete awek dia sbb dia pinjam bawak balik kampung emergency bapak dia sakit. Tak lama lepas aku komen kat wall dia terus dia datang lepak bilik aku. Takde tmpat mengadu dia cakap. Aku memang suke dgr masalah orang dan bagi pandangan, sebab maybe dengan cara tu kita dapat tolong orang dan belajar sesuatu dari pengalaman beliau. Tak lama lepas mandi tadi dia datang, terus aku buatkan air teh dengan potongkan kek lapis yang membe baik dari samarahan bagi tadi. Dia pon story la pasal awek dia, macam aku cakap tadi aku pernah terjumpa arwah awek dia. Budak kelantan, umo sebaya dia, keje sebagai staff nurse kat ampang. Aku tau si arwah ni baik budaknya, walau cuma status awek je pada membe aku ni tapi dia sanggup habiskan cuti dia semata-mata nak jenguk bapak kepada membe aku ni yang sedang uzur. Selain tu dia pernah tolong si membe aku ni macam-macam. Kira memang sayang sangatlah kat mmbe aku( nak cerita semua malas lak) . Memang nampak sangatlah dia sayang betol-betol dengan membe aku, macam-macam dia buat untuk buktikan kasih sayangnya. Aku siap pesan malam masa hantar kete tu, 'hang pi lah teman dia sat kluaq minum2 ka'..tapi mungkin mmbe aku ni segan sebab ramai membe. Lepas hanta kete tu dia keluar balik, lepak ngeteh ngan si arwah ni.

Sebelum penggal detasmen yang baru ni, membe aku ni dah pesan siap-siap nak pegi subang sebab nak pi kenduri kawan baik dia. Aku cakap ok jer, minggu depan aku balik hang pulak pi subang. Sekali bila tarikh aku dah nak balik kuching nama dia tak ada pulak untuk set crew minggu depan. Aku tengok macam dia tak submit nama pulak. Tapi geng2 yang sibuk nk duk subang ni aku dah pesan, si membe srg lagi ni nk mai subang, ada hal...tapi diorang buat tak tau jer. Kesian pulak aku, dah la dia ni jarang dapat balik semenanjung. Sebab tu aku berkeras nak letak nama dia. Bila masing-masing pentingkan diri sendiri camni lah jadinya. Membe aku tak dapat pegi sana minggu ni, kebetulan pulak awek dia meninggal semalam. Dia stress aku tengok, ape yang aku boleh buat cuma nasehat jelah. Sebab aku ada pengalaman, tapi tu mak aku, meninggal tapi bila aku sampai kampung mak aku dah dikebumi. Aku pesan kat dia instighfar banyak2, sedekahkan al-fatihah banyak2..Pada aku cara tu jer yang boleh tenangkan hati manusia. Geram pun ada bila teringat balik aku pesan kat budak2 yang sibuk nak duduk subang tu diorang buat tak reti..Takpe lah benda dah lepas. Tapi ralat tu tetap ada sebab dia dah pesan kat aku, seolah-olah dia mintak tolong aku selaku senior selaku incharge dia. Tadi sebelum dia balik dari bilik aku dia tunjukkan lagu yang arwah awek dia buatkan tuk dia..lagu dari wali band kot 'Doaku untukmu Sayang'-wali band siap lirik..kalau aku jadi membe aku ni pun agak terharu jugak beb...arwah pesan membe bilik dia suruh bagi video yang dah siap lirik tu kat membe aku tapi membe aku dapat lepas dia meninggal...terbarai siut.. Semoga dia dicucuri rahmat, Al-Fatihah buat Nik Athirah..

31 Oktober 2011

Undecent

Unsecure enjudgement. This is the topic im to say later. When somebody telling such untrue thing so we just keep mouth zipped and send them a hot bite of smile. Even they think they were so matured to say any that he feel also ease for words to thrown out, he obviously turning himself to be so young immatured. For the pre-speech wanna be, they dont know where his head at. I have heard a couple times that sharp edges and acknowledge it as rubbish think Lol. Nothing to pass up that we're to good enough, even maybe youre the high dignity person but it still have undecent story behind it. I love to say, smile is better to any situation. They dont know that plastic smiling is a small weapon with large mass of impact if he or she have a brain. Harharhar..but if i lough to much it just counter back for what i mean it. Be patient and 'cool' live sivaji the boss movie said :-) Positive thinking like my headmaster of secondary school told me that. World is just not enough buddy. Let them judge let them say any and i love to hear that.
.
Almost of us have different thought and feeling, it worth to be yourself. So free to be in you or truly yours. What a night huh, headache again...maybe its my turn to feel sick today hahaha..Alhamdulillah.

27 Oktober 2011

Ada yang tak kena dengan kematian Gaddaffi

Teringin aku nak story sikit pasal kematian Muammar Gaddafi. Sebelum ni aku tengok satu-satu pemimpin negara islam tersungkur. Puluhan tahun lepas takde pulak kejadian macam ni. Saddam Hussein, Hosni Mubarak contohnya antara yg jadi sejarah. Apakah sebalik kejadian ni ek? Baru-baru ni kita tengok si arwah Gaddafi ni dibunuh, dah meninggal dibelasah pulak jenazah tu. Sungguh kejam, walaupun dia jahat tahap manapun bagi aku tak patut kalau orang yang dah mati kita seksa macam tu sekali. Sakit jenazah tu, tau tau jela kan kita pun ada baca tentang sakitnya menghadapi kematian. Selepas mati seluruh jenazah tetap sakit seperti terbakar sampai kan sentuh pun si roh masih terasa sakitnya. So camne pulak kalau dibelasah. Aku rasa memang ada yang tak kena dengan kes ni. Biasanya bila seseorang tu diguling ia akan habis kat situ jer, tapi meleret leret sampai dibiarkan jenazah dia busuk dan berair untuk tatapan umum. Bukannya Libya tu takde mufti, imam atau jawatan-jawatan islam dalam negaranya. Aku rasa islam takde ajar untuk seksa mayat sebegitu, jika mayat kafir pun kita tak seksa tapi kenapa perlu seksa mayat orang islam? Nauzubillah ape motif disebalik tu. Aku boleh dikatakan Gaddafi tu bukan orang jahat tetapi sebaliknya. Mana ada dengar sebelum ni ura-ura pasal gaddaffi tapi tiba-tiba melonjak naik mendadak pasal kejahatannya, diktator. Banyak jugak aku baca kat internet or jaringan laman sosial cerita pasal ni. Aku nak caya seratus peratus pun tak pasti tapi yelah faham-faham lah sekarang si yahudi dan amerika laknat ni seksa negara islam macam mana. Banyak negara-negara islam kita kini tumbang. Iraq, Afghanistan, Palestin, Libya, Mesir pun tak kurang proksi baratnya. Kalau kita tengok Somalia pulak kenapa mereka tak sibuk-sibuk nak serang walhal tiada ape modal sangat nak ambek negara tu. Bukan tak bole keluar hasil pun. Kalau diusahakan mesti untung. Dah tu ape pasal negara islam jugak jadi isu seharian, tiap-tiap hari kita disuap dengan media palsu. CNN, BBC dan seangkatan dengannya semuanya tipu. Media kita sendiri banyak sedut berita dari mereka juga. Ape nak jadi dah, proksi sana sini, dusta sana sini sampai berita yang paling sahih pun jadi paling dusta. Aku nantikan peperangan terakhir islam, kalau boleh aku nak jihad sekali masa tu, tak cukup jihad sekarang. Ajarlah anak-anak bermain pedang memanah dan menunggang kuda..

17 Oktober 2011

The last song

Alhamdulillah hari ni aku masih hidup masih sihat dan berada dibumi bertuah ni. Rasanya aman sekali hidup ini bila kita menghayati pengertian hidup yang sebenar. Segala suka duka hidup menjadi bekal sebagai sesuatu yang akan kita lihat kembali nanti. Bila aku melihat indahnya alam ciptaan Allah ini, begitu terharunya aku selaku insan yang kerdil dibumiNya, diberikan udara untuk hidup, diberi makanan yg lazat dan juga keindahan alam yang tentunya tak terbanding dengan mana-mana karya agung didunia. Syukur juga aku dilahirkan sebagai seorang muslim, diberi jalan yang sedia ada dijalan yang benar lagi diredhai Allah s.w.t. Sepanjang hidup ini tidak lengkap rasanya jika kita tidak tersungkur jatuh dan berlari mahupun berjalan. Segala suka duka itu aku anggap sebagai kenangan manis.Biarlah kita dengan ketentuanNya, asalkan kita mahu terus berubah kearah yang lebih baik. Rezeki itu ada dimana-mana, jika tiada manakan kita hidup sehingga kini? Ya Allah mengapa kau beri nikmat ini kepada kami sedangkan kami antara insan yang mungkin lalai dan alpa dengan kehendak dan tuntutanmu. Otak yang dikurniakan sangatlah hebat buat kita, walau itu hanyalah sekelumit dari rahsia Allah. Jauh aku merenung bumi yang penuh tanda tanya, mengapa itu dan ini terjadi. Semua untuk kita berfikir akan nikmatnya hidup ini, sebagai bekal di hari akhirat kelak. Buat ibu bapa yang tidak pernah mengalah dan berputus asa aku ucapkan terima kasih atas jasa-jasamu. Terkadang aku mengenang akan jasanya dan menitis air mata bila merasai apa yang telah dikorbankan untuk kami semua. Ya Allah, kau maha agung, maha adil lagi maha bijaksana. Ya Allah aku akur dengan ketentuanmu, aku serahkan segalanya kepadamu hidup dan matiku. Jika aku bukan insan terpilih untuk bersamaMu maka aku akur dan redha dengan ketentuan itu, tetapi insyAllah aku akan berusaha menyiapkan penamat yang baik buat generasiku yang akan datang. Dan jika pula aku terpilih untuk bersamaMu maka itu adalah sebesar-besar rahmat buat ku, tidak akan ku lupa  segala yang baik itu adalah pemberianMu jua ya Allah. Ya Allah, kadangkala aku letih dengan ujianmu tetapi aku sedar Kau menyayangiku oleh kerana dugaan itu. Sesekali seakan pandangan ku gelap dan kabur, dihalangi oleh nikmatnya dunia ini. Seakan ditarik lembut bila nur Mu kembali menyinari jasad hamba Mu ini. Ya Allah, dunia ini adalah destinasiku dan aku harus mengharungi walau begitu perit, pedih dan susah megharunginya. Jalan penyelesaian sentiasa dekat dengan ku, tetapi ia seperti disebalik tabir emas yang begitu indah ukirannya. Terang tapi terlindung. Itulah dunia yang penuh dengan keseronokan yang sementara. Kini diusiaku, begitu banyak perkara menyedarkan aku apa maknanya kehidupan. Sungguh rumit untuk diselesaikan, waspada pada tanda-tanda yang diberikan. Ingatlah wahai diriku, kau mempunyai kelebihan berfikir dan membuat penilaian yang terbaik buat diri kau. Sungguh asyik malam ini, lagu yang diputarkan begitu menyengat jauh kedalam jiwa dan ragaku. Terima kasih untuk segalanya.. terima kasih sekali lagi..Alhamdulillah.

15 Oktober 2011

sajak malam

Bila di saat genting dihujung resah
datang masalah menjelma lagi
jika sekadar cukup untuk menyentuh ubun-ubunku
maka tidak mengapa
aku fikir aku tidak sendirian
tetapi rupanya aku tetap sendirian
mengenang nasib dan ketentuan
saat pertimbangan tidak lagi berguna
laluan itu juga ku tempuh
biarlah ini menjadi bebanan
yang akan kutanggung nanti
jika tiada rezeki disini
tetapi pasti ada rezeki disana
jika tiada jalannya
tetapi tetap ada penyelesaiannya
puas ku cuba
puas jua ku usaha
mungkin itu sahaja jalannya
aku akan teruskan dengan jalan yang terbuka
dengan segenggam azam
selautan harapan
apa pun yang bakal terjadi
aku tetap teguh
biar ajal memisahkan keperitan
godaan dan syaitan
bodohnya sang pemimpi
masih lena lagi dibuai usia
yang terus berlalu
telanjang dan tumpul matanya

2014 im ready... 

12 Oktober 2011

Berfikir dan memikir.

       Bertemankan segelas kopi dan sebatang rokok diiringi hujan yang masih belum terhenti dari senja tadi membuatkan aku merenung sejenak. Tanpa disangka ada seseorang mengingatkan aku akan lagu debu-debu hati nyanyian Ebby Saiful lantas sesuatu yang tidak sengajakan melimpah-limpah dari segenap fikiran.
       Soalan pertama timbul pada diri aku, dimanakah aku sekarang? Melihat pada sekarang mungkin detik ini jadi kenangan seumur hidupku.  Adakah ini benar atau ilusi hidup. Sering tertanya-tanya apakah yang akan berlaku selepas ini. Adakah berjalan dengan lancar atau sekadar memburukkan lagi keadaan? Semua itu termaktub didalam luh mahfuz lagi. Segalanya telah dibahagi-bahagikan mengikut yang diberi. Jika kini aku begini bagaimana pula esok. Berkeluarga, mempunyai anak, cucu dan keluarga yang besar, kita tidak tahu nanti. Diredhaikah atau sekadar biasa-biasa sahaja seperti manusia lain yang tak kurang baik dan tak kurang jahatnya. Kita impikan yang sempurna tetapi kita mungkin bukan manusia yang paling sempurna. Aku harap tiada kesalahan aku dalam membuat pilihan. Tetapi seandai pilihan kita tersasar dari apa yang kita hajati aku anggap itu adalah error dari dia iaitu yang dipilih dan terpilih. Kita tetap benar, kita tetap dalam landasan dan jangan dirisaukan. Betapa bahayanya sekali risiko hidup ini pasti ada jalan penyelesaiannya. Jika terdesak mungkin kita mengambil jalan risiko yang lagi besar sebagai jalan pintas dan paling selamat. Agak rumit untuk diterjemah mungkin kerana ke-abstrakan minda ini menjadikan berbelit-belit. Ada yang terus menerus, ada yang tersimpul rapi  dan ada jua perlu diselesaikan seolah-olah menggunakan matematik. Itulah akal fikiran, mereka yang malas berfikir itu adalah mereka yang didalam kerugian. Tak perlu rasanya hidup ini terlalu rumit, hidup bersahaja pun tidak boleh. Mestinya pasti kita perlu berfikir cara yang terbaik lagi bijaksana. Lemah bila melihat mereka yang malas untuk berfikir, sihat pula bila melihat mereka yang rajin berfikir dan ketetapan hati yang kuat untuk menjana sesuatu. Hidup ini juga bagi aku satu matematik kompleks. Pengungkapan berlaku apabila kita melalui  sesuatu dengan menghalusinya. Tiada apa didunia ini tiada bertanda, tiada bermaksud, tiada jua tanpa pengertian. Segala yang berlaku adalah hikmah bukan ada hikmahnya. Bila ditumbuk dada ini barulah keakuran kita akan datang perlahan. Bila dihempas badai barulah kita ini terkebil-kebil, bangun, sejuk dan sendirian. Jatuh bangun tergolek terhempas seterusnya, berlari..dan berlari mahupun terbang bebas. Tetap pada ketinggian itu. Mual dengan berkata-kata, jelek dengan itu dan ini. Terima dan menerima, hantar dan terima. MasyAllah hidup ini terlalu abstrak. Ada manusia dan juga haiwan, kadang-kadang tidak dapat membezakan mana satukah haiwan dan manusia. Ada nyata haiwan mampu berfikir tetapi ada nyata manusia tidak mampu berfikir, cukup sekadar menjadi manusia atau lebih lagi dengan istilah manusia. Semua kerana berfikir dan berfikir.
Jauhnya perjalan hidup ni.. manusia...

01 Oktober 2011

Jauh direnung, pendeknya usia....

       Rasanya hari ni sangat-sangat bermakna buat aku, perkenalan yg sementara dan sepintas lalu membuka ruang didalam hati sanubari aku untuk berubah. Walaupun `ibu’ sementara tetapi dia seakan begitu mengerti segala masalah aku. Kehairanan bagaimanakah dia tahu untuk menilai segala yg sudah dilalui aku sebelum ini. Nasehat-nasehat dia amat berguna buat aku. Bukan aku mahu berubah kerana dia tetapi apa yang diungkapkan itu betul. Mungkin sudah kelebihan yg tuhan berikan kepada dia dan juga jodoh pertemuan untuk membuka hati seseorang seperti aku ini. Kehairanan,terpinga-pinga dengan apa yang dikatakan tadi. Seolah-olah ada sesuatu yang menyampaikan kepadanya. Tidak kira apa ilmu dia tetapi bagi aku semuanya itu adalah perkara yang baik dan benar belaka dan harus dijadikan garis panduan dalam hidup aku. Sebenarnya masih musykil mengapa aku begitu kuat keinginan untuk kesana sehinggalah ke hari ini. Walaupun perkara paling penting ingin aku cari ialah jaket. Akhirnya jaket itu tidak aku beli. Walaupun mungkin dia hanya meneka tetapi mengapa segalanya tepat. Adakah juga segala yang disampaikan itu adalah dari Allah, sebenar-benarnya memang dari Allah. Kerana segala yang baik itu adalah dariNya. Aku mungkin selama ini alpa dengan duniawi. Dugaan yang besar sebesar-besarnya telah ku lalui dan mungkin juga gagal. Yes ini adalah petunjuk tidak kira bagaimana sekalipun. Dulunya yang aku adalah seorang yg tersangat biasa. Redha dengan segala apa yang berlaku dan diberiNya. Aku tidak mahu terus lalai dari menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya, lari dari jalan yang sebenar. Aku tidak pernah menyalahkan sesiapa atas segala kesalahan yang telah aku lakukan walau atas apa alasan sekalipun. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk kejalan yang diredhai ya Allah. Sekali aku terjatuh tidak mungkin aku akan terus tersungkur. Jatuh bangun iman jika tidak kita yang memimpin kemana lagi?? Aku seorang lelaki, dia seorang perempuan. Semua sama adalah hamba Allah. Jangan menuding jari jika satu hari nanti kamu yang keneraka jahanam. Apa yang dipinta itulah yang diberiNya. Teringat bisikan-bisikan memoir lalu yang masih melekat ditelinga, perkataan-perkataan yang sering bersama aku satu waktu dulu, bisikan ke jalanNya yang benar lagi maha agung ya Allah. Terpalit sedikit dosa selangkah tersungkur, jatuh bangun itu iman. Tiada istilah jatuhnya iman hilangnya iman bukan kesalahan orang lain. Bukan juga kesalahan yang maha Agung lagi maha suci. Kenapa masih ada juga yang menyalahkan takdir? Sedangkan pintu taubat itu senantiasa terbuka seluas-luasnya. Cuma...Cuma sejauh mana penghayatan taubat dan penghayatan iman tersendiri? Adakah dengan hanya solat, membaca yasin itu cukup membuktikan keimanan kita? Walau menangis sekalipun belum tentu kita insaf, belum tentu....Jika tangisan itu hanya pada luaran tentunya tiada kesan pada akar sebatang pohon tubuh ini. Tangisan itu juga mungkin lakonan terhebat manusia. Hanya diri sendiri yang mengerti betapa manisnya kehidupan ini jika bersamaNya. Sebenar-benar bersamaNya iaitu Allah yang Esa. Tanyalah didalam hati apa yang kamu cari, apa yang kamu mahu, benarkah kamu itu, tiadakah kesalahanmu. Fikirlah sedalam-dalamnya. Sekali lagi `sedalam-dalamnya’.... Bukan mudah untuk menyentuk teras bumi begitu juga hati. Ada jua yang tewas dek kerana teras hati yang palsu. Menangis lagi dan lagi tetapi tiada perubahan dan kesannya. Masya Allah.. Begitu kuat sekali syaitan menyelubungi hatimu. Sehinggakan kamu tidak tersedar tangisanmu itu adalah palsu. Kamu bingung dengan hatimu? Kamu bingung? Lebih baik kamu bingung dari kamu tidak mendapat apa-apa kesan dari tangisanmu itu. Berfikirlah sesungguhnya orang yang rajin berfikir itu akan mendapat jalan yang benar. Mengapa perasaan ini pernah dilalui dan pernah juga gagal? Jangan salahkan syaitan tetapi salahkan dirimu!!! Salahkan dirimu dulu dari lain-lainnya!!! Lembutkanlah hati, tewaskanlah nafsu mu itu sementara. Berilah ruang untuk berfikir sejenak, berfikir secara waras. Kelemahanmu itu hanya kamu dan Allah sahaja yang tahu.
       Tiada orang lain yang tahu akan hal ini. Letih melayan karenah dunia yang sementara ini. Kita diciptakan untuk ini dan kita harus laluinya. Kita lawan sehabis-habisnya selagi termampu. Itulah namanya sang dugaan yang Allah berikan untuk memberikan yang terbaik untuk kita. Percayalah, jika lulus ujian ini insyAllah Allah akan berikan ganjaran yang setimpal buat kita. Jika tidak didunia maka akan diberikan di akhirat kelak. Bersyukurlah kita masih mampu berfikir, bersyukurlah kita masih dikurniakan dengan kesihatan yang teguh. Gunakanlah kelebihan yang sementara ini untuk berubah. Kembalilah kejalanNya, kembalilah... merayulah kepada jasadmu, Rohmu, akalmu. Tundukkanlah keegoanmu itu. Ambillah jalan yang benar, bersabarlah wahai saudara sehidup sematiku wahai sang jasad sang roh dan sang nyawaku. Ku rasakan andainya kita dapat melihat roh masing-masing alangkah kasihannya melihat dia lemah, layu tidak bermaya seandai iman itu tiada. Roh-roh si arwah juga akan menangis melihat akan anaknya yang melakukan dosa, lagi bila tiada dari seorangpun kaum kerabat saudaranya mengirimkan Fatihah ataupun sekalung zikir. Lebih sedih ditinggalkan bersahaja simati berseorangan, Roh pulang dari rumah yang didiaminya satu waktu dulu dengan perasaan yang pada mulanya gembira tetapi menangis,merintih tiada siapa yang mendengar kecuali Allah s.w.t . Semua kerana sisuami,si isteri, si anak yang melupakan jasa-jasanya ketika didunia tanpa belas kasihan. Mereka gembira mereka lupa dengan apa yang bakal ditempuhinya nanti.
       Astaghfirullah...Alhamdulilah aku masih sedar yang aku masih berupaya membina sesuatu yag enak sebagai alas menuju akhirat kelak. Ya Allah berikanlah keizinan dan keberkatanMu, berikanlah Nur mu wahai rasul dan nabiku Muhammad s.a.w. Relakan diri ini berakhir dengan kesudahan yang baik InsyAllah. Rela ku ratap kini dari hari kematianku kelak....InsyAllah.

28 September 2011

Just nak share story kerja aku hari ni.

       Detik ni baru jer balik keje, rasa lenguh dan sengal badan aku. Struggle siapkan keje-keje tertangguh  dan rectify beberapa problem tadi. Bengang pun ada, orang lain punya silap kita yang nak kena. Haish ape daaa, nut yg sepatutnya dikunci dgn torque yg sesuai tapi diikat mati sampai patah nipple joint tadi. Penat jer aku topap pressure, usung troli nitrogen yg berat tu sorang-sorang sebab aku amek tanpa kebenaran kat  skuadron vvip. Macam penyamun daa tapi dah terdesak jam pun pukul 11 malam, tengok-tengok takde org stanby lak tempat tu so aku sauk je la. Takpe harta kerajaan jugak sama-sama pakai. Hah satu lagi tadi ada pintu panel cuma beberapa inci jer nak libas kepala aku, jatuh tiba-tiba maybe telescopic dia tak fully secure. Erm salah membe sekerja aku tak check betol-betol. Kalau kena tadi kompem pecah kepala aku, penah kena dulu berdarah la jugak kepala hangguk aku nie itu pun kena libas sikit, yang tadi tu full punya. masa rectify tadi panic sekejap sebab komponen penting kt enjin dah pecah welding dia gara-gara tak bole nak bukak. Bedebah punya budak..geram sbb tak ikut prosedur pada sape yg tighten skru tu. Panik sekejap sebab boleh libatkan kapal grounded dan tukar enjin. Banyak mau cerita weh kalau jadi. Puas aku cuba tak bole-bole, pastu aku rehat jap hisap rokok sepam dua cari idea sambil hilangkan peluh. Mesej dia jap then sambung keje Alhamdulillah bole la pulak. Dah stail aku kalau jumpe benda rumit aku tenangkan diri dulu lepak-lepak isap rokok ke ape jap kompom  boleh. Tapi aku masih ragu-ragu sebab tempat tadi tu weld dia pecah. Then lepas aku approve kapal satis utk ground run aku mula la cuak.Arghh slumber jer. Jam tepat pukul 12 mlm then bermulalah G.run. Pilot tanya aku yg masa tu aku ikut skali utk test. Dia tanya nak idle power ke full power? Aku blur jap then aku cakap idle pun takpe. Pilot sampuk ' bukan ke during take off itt high 930?' aku jawab 'hoh aah tuan' pastu pilot jawab lagi 'so kita full power 400tQ. Aku ok kan jelah terus start-up then taxi ke hi-power egr bay. Aku sarankan pilot buat berperingkat mengenangkan joint yg dah pecah tadi tu. Dia setuju utk buat repetition by 100tQ-400tQ. Mula-mula aircond ada bau hangit sikit. Alamk ape aku nak jawab ni?? Aku cakap tunggu la kejap maybe sebab packing baru bleed valve tukar tadi. Dia angguk pastu seterusnya 100,200,300,400tq semua itt mantap. Fuhh lega, thanks bebudak airframe yang lasak membantu kawan-kawan. Kalau tak tadi terkontang-kanting aku sorang-sorang nak buat itu ini. Ni sebab aku tolong mereka kot petang tadi hehe. Alhamdulillah berkat juga kot belanja kawan-kawan sekerja aku makan goreng pisang tadi ramai-ramai. Lepas 40minit kapal tarik masuk dalam hangar then check 'b' kedua-dua kapal closed. Update job schedule comp wash tadi settle masalah.. Legaaa..Alhamdulillah.

22 September 2011

persoalan

       Sejuk sangat malam ni, bunyi katak pun tak henti-henti memeriahkan suasana malam yang hening. Dalam gelap begini tentunya membawa kepada satu pemikiran yang tenang dimana segala perkara yang menyentuh perasaan jiwa dan raga kembali menusuk kedalam jiwa sanubari ini. Seperti satu puzzle satu persatu kemusykilan muncul dalam kotak persoalan hidup, semakin ditelan usia semakin matang dan jauh corak pemikiran kita. Soalan dan jawapan kini semakin akrab tanda kematangan hidup ni berlalu dengan sempurna. Arakian usia yang semakin panjang tetapi hayat yang semakin pendek adalah tanda-tanda kekuasaannya. Sesaat berlalu tanpa disedari seakan kita semakin menghampiri yang Esa, lupa dan sedar itu juga permainan masa. Teka-teki hidup ini takkan berakhir, sudi menemani insan yang bernama manusia. Persoalan hidup ini takkan terjawab,biar beribu persoalan ini pun jika tidak digali sedalam-dalamnya kita tidak akan dapat apa yang dicari. Tetapi jika itu namanya ketentuan maka redhakanlah kerna ada maksud tersirat didalamnya. Sekadar coretan malam...

21 September 2011

Gangguan makhluk halus

       Asalamualaikum, tingin pulak aku nak mengulas seulas dua mengenai makhluk Allah yg lebih senang dipanggil syaitan atau nama lemah lembutnya iaitu makhluk halus. Zaman serba moden ni semakin ramai orang tak percaya akan perkara gangguan makhluk halus ni walhal dalam masa yang sama perkara ni terus merebak dan meluas. Relatifnya ramai juga yang percaya aktiviti paranormal kini sudah berkurangan dari dulu, itu mungkin tanggapan sesetengah pihak yang biasa kita dengar. 

       Dari zaman purba lagi kita dah dengar kat Quran, kitab-kitab ataupun story mory dari tok nenek masing-masing akan perkara seram ataupun sihir. Berzaman sudah sihir ini dilakukan sejak dari zaman nabi lagi. Masih ingatkah tongkat menjadi ular, laut terbelah, dan bermacam-macam lagi mukjizat mahupun sihir yang telah tercatit dalam Al-Quran dan hadis. Ini menguatkan bahawa manusia tidak akan lari dari perkara tersebut. Bahkan pernah juga aku mendengar petikan dari hadis ataupun Quran yang sihir ini nanti akan lebih hebat dari zaman Nabi Musa a.s ketika diakhir zaman wallahualam. Pada pendapat patik la sepanjang idup aku ni ada jugak pengalaman menengok orang berubat dengan cara tradisional. Kalau dari mata memang macam tipu tipu je tapi sebenarnya benar belaka. kalau tipu tu diorang punya pasal lah! Ada jugak aku tengok  cerita macma seekers, wujud, dan paranormal aktiviti. Tapi kadang-kadang macam tipu jugak. nak tau pi join mereka try tengok kena tinggal sorang-sorang dalam rumah buruk dalam hutan sejauh seratus meter jer. Ada rezeki jumpa la kamu dengan beliau. Nak cepat jumpa buat-buat la kerek dan berlagak sket, kompom cepat huahuahua. 

       Tapi pada aku rasukan tu kadang-kadang atas silap sendiri jugak, Contoh si A ni seorang yang penakut, dah tentu bila lalu je tempat yang sunyi dah pikirin benda yg bukan-bukan. Thats why lah orang macam ni paling senang nak kena rasuk sebab semangat tak kuat. Lagi satu bila kerap sangat biarkan badan kotor contohnya malas nak mandi wajib lagi senang nak kena rasuk dan gangguan lain sebab mereka ni memang suka manusia yg macam ni. Sebenarnya kan kalau korang nak tau, ni dari pada pengalaman aku la sebenarnya kita boleh halang benda tu masuk kedalam badan kita hanya dengan melawan ape yang kita rasa. Rasuk ni ada beberapa peringkat. Pertama kita macam feeling lost, masa tu kita macam khayal seperti dengar muzik nobat dan seangkatan dengan angkatannya. Lost tu bukan sbb muzik jer, sebab kita biarkan fikiran dan jiwa kita kosong dan melayang terlalu jauh. Tak elok ler. Kalau rasa camni cepat-cepat la sapu muka dengan air dan baca ape yang patut. Kedua bila rasa hujung mana-mana jari kita rasa kebas. Itu maknanya setan bangang tu dah mula try test nak masuk badan. Ingat, hujung jari tau bukan sepanjang tangan. Kalau otak dah kebas gua pun tak tau nak tolong kah3...Ketiga, pandangan dah mula gelap macam nak pitam walhal kita elok je duduk ataupun tengah baring diiringi dengan nafas yang cuba nak laju. Jangan pejamkan mata, jangan sekali-kali kerana tahap ni penentu keberjayaan makhluk halus tu nak takeover badan kita. Terus bangun dan berjalan tanpa lengah lagi ambik la air wuduk se-tertibnya. Masa mata kita nak gelap tu ada satu perasaan ingin tahu kalau kita tutup mata. Jangan terpedaya itu adalah tipu daya syaitan nirrojim. Keempat, bila sudah dirasuk kita sendiri tak boleh nak kawal keseluruhan badan kita walau kita rasai pergerakannya. Masa ni ape pun tak boleh, kalau terer try la korang lawan dia bersama-sama dalam badan anda. Seperti dalam satu botol kaca yg gelap gelita lagi tiada bersuluh, disitu lah korang akan jumpe dia dan berlawan kalau diizinkan. Tahap keempat ni rasanya hanya orang lain boleh sembuhkan iaitu orang yang normal kesedarannya seperti orang yang tengah membaca blog aku ni. Kerana kita manusia yang dipinjamkan nur-nur Nya dan sifat-sifat Nya dan mempunyai darjat yang tersendiri wallaualam. 

       Aku rasa boleh cerita takat ni jer. Mata aku dah berat sangat, harap lain kali aku boleh story mory lagi pasal benda ni. Ini pun berdasarkan pengalaman jer tak semestinya dijadikan bahan rujukan. Buah ciku diluar pagar, dapat galah tolong petikkan, aku cuma manusia biasa, kalau salah jangan segan-segan betolkan yer. Calo bette Assalamualaikun & thanks 4 reading :)

13 September 2011

Kes gaduh masa kat sekolah (mei 2000)

       Ada satu hari tu aku ingat lagi, masa aku kat tingkatan 4 kat SMKBG tahun 2000. Waktu tu masa subjek agama islam baru je habis. Sambil menunggu kedatangan cikgu utk mengajar subjek lain kitorang borak2. Tiba-tiba aku terdengar kerusi aku jatuh, dan kerusi yang jatuh itu adalah kerusi aku. Terkeluar kitab Al-quran serta terjemahan issue dari bantuan buku teks. Dengan tak sengaja aku pun naik panas, budak sepet yang melanggar kerusi aku dengan selamber bermain-main dgn kawan2nya yang sama sengal. Bengang sebab kitab suci kita jatuh dan org yang menjatuhkan tu buat tak tau jer macam aku ni tunggul. Tanpa segan silu aku jerka si mata sepet tu suruh dia naikkan balik kerusi aku tapi dia dengan kerasnya tak nak sambil mendada berlagak rapat ke aku. Mula la makin panas, pantang banyak aku kalau kaum sepet ni buat hal. Aku paksa dia bangunkan kerusi aku lagi, dia tetap tak nak seakan-akan nak tolak dada aku. Ewahhh bagos sangat kau, baru dia nak tolak dada aku terus aku tolak dia jatuh sambil terkena meja-meja dan kerusi kat dalam kelas aku. Apa lagi terus bertumbuk sampai aku tak ingat ape aku buat kat dia. Yang aku perasan aku dengar suara perempuan menjerit-jerit apehal ntah. Sepet yg dah kalah tu terus lari keluar kelas, nafas aku belum stabil lagi. Otot2 badan aku masih kental tak puas nak belasah budak tu. Dalam 15min lepas tu dia bawak kawan sepet dia 4 orang. Aku, anak pengetua dan seorang lagi membe kamcing aku dah ready masa tu. Berdentum lagi la jawabnya kat depan kelas, koyak baju aku tapi puas hati sebab dapat pelepuk kat mata dia sedas. Sebenarnya berdas-das tapi tak ingat lak aku. Membe-membe aku yang tau pasal hal ni semua dah bertanya dan sebok nak tolong. Masa balik sekolah abang-abang kaum si mata sepet tu dah tunggu kt Tmn Sri Jaya, laluan aku nak balik kerumah dari sekolah. Semuanya naik motor sambil buat muka gengster dan kuat sangat tahap bruce lee. Belom sempat ape-ape bapak kepada kawan kembar aku lau sambil pimpin basikal kat situ. Kalau nak tau kat pinggang dia ada parang, kat bakul basikal dia ada parang lagi panjang. Bapak membe aku memang kering punya orang, maybe sebab dia bugis. Cabut lari semua sepet-sepet dengan motor suzuki RG yg masa tu top sangatlah katanya. Dedor jugak masa nak balik sekolah, tapi buat kering jer backup ramai. Terus aku balik umah bedal nasik.

       Esoknya tu seawal pagi aku dah pegi sekolah, masa perhimpunan pagi tiba-tiba aku kena baling batu yg ntah mana datang. Kira ambush la kononnyer. Serata tempat jugak batu tu datang. Hati aku terbakor jer kat dalam. Pantang kalau ada orang jatuhkan maruah aku. Takpe-takpe harinya akan tiba. Lepas perhimpunan tu terus aku story kat brader2 budak Form 5 yang sememangnya dah tau akan hal ni. Ape-ape waktu rehat okeh. Tu yang otai cakap kat aku. Kebetulan hari tu adalah hari guru so tiada kelas pada hari itu. Sesampai waktu rehat, segerombolan bebudak melayu ni berkumpul terdiri dari budak form 4 dan 5. Aku yg selaku mantan operasi waktu tu discuss dengan budak-budak yag bole diharap. Tanpa berlengah kami semua cari budak yg buat hal tu. Last-last jumpe kat padang badminton sekolah. Diorang kena kepung bulatan. Memula diorang buat tak tau jer walau tengok peluh mereka tiba-tiba lebat. Ramai gila bebudak melayu masa tu semua tunggu masa jer. Diorang mintak keputusan, aku cakap tak bole serang lagi sebab budak yg buat punca gaduh tu takde. Zassss tiba-tiba aku tengok tombol pintu terbang kena kepala salah seorang budak sepet skema yg tengah main badminton. Nangis beb pastu bebudak ni gelak ramai2. Adeh pada aku lom lagi dan bukan budak tu. Habis waktu rehat kami bersurai, kayu-kayu beruti dicampak merata kt tepi pagar. Misi hari kedua gagal. Dengar cerita lepas dari tu sepet2 bongok ni report kat cikgu.

       Hari ketiga iaitu hari yang sama mesyuarat pengetua-pengetua daerah Muar kat sekolah aku. Hari ini jugak budak Form 5 ada ujian peperiksaan. Asal jumpe cikgu mane-mane jer semua tanya aku dan tengok aku semacam. Satu sekolah tau pasal aku, ada jugak ada sorang cikgu tu cakap aku budak jahat. Lantak la ko cikgu, ko bukan tau ape2 pon. Semasa waktu belajar, kehulu kehilir sepet2 yg lain lalu kelas aku sambil perhati aku. Ramai jugak la maybe diorang kawad cam kot nak tau sape punya angkara membe dia bengkak hijau kt mata hahaha. Gelisah tu mau ada beb sebab diorang memang tunggu aku keluar kelas jer. Kira kelas dah kena kepong. Kanan kiri aku semua tegar-tegar tu yg buat aku makin konfiden. Arghhh lantak la nk jadik ape pon jadik la. Aku genggam tangan aku sekuat-kuat dua tiga kali. Tak sabar rasanya. Bila subjek habis jer  aku buat-buat gi toilet. Diorang follow jer. Padahal budak-budak form 5 dah tau plan aku. Then aku panjat tingkat 4. Nah kauuu..budak-budak form 5 yg kepala hangen semua dah tunggu. Kebetulan jugak diorang baru jer habis test. Tanpa membuang masa lagi berdentam dentumlah seramai-ramai form 4 dgn 5 wak tu tu. Sampai aku tak ingat nak taip kat sini camne punya haru biru masa tu. Ada meja terbang dari tingkat 4, tong sampah melambung-lambung lah, water color merah terkena baju la. Meriah giler masa tu, masing-masing geram sgt dah. Yang tak tahan membe gemok sebelah kampung aku lompat-lompat atas perut sorang budak sepet ni. Ada aku tengok kat baju diaorang merah-merah, aku ingatkan darah rupenyer water color ciss.Cikgu datang tapi last-last cikgu tu jugak join gaduh hahaha. Habis patah-patah meja kerusi kayu yg masa tu memang tak pakai barang plastik lagi. Ada yg tewas tapi yg pastinya budak-budak kita paling ramai kat sekolah tu kan dah tentu kalah teruk sepet-sepet tu semua. Ambek ko ubat, nak sangat kan. Tak lama lepas tu lerai pergaduhan tu sebab ramai cikgu lelaki yg datang nak leraikan. Ramai jugak yang dihantar ke klinik sebab luka-luka. Jeep polis pun datang ke sekolah. Masa polis datang tu aku dah cabut lepak dalam stor diam-diam dengan beberapa orang membe aku. Pukul 2.30 ptg baru aku balik sekolah.

     Keesokan harinya iaitu hari ke empat gaduh tu aku still pergi sekolah macam biase, tapi kali ni aku kena panggil mengadap guru disiplin,HEM, dan pengetua sekali. Kena basuh kaw-kaw punya kat dalam tu sorang-sorang bergilir dengan membe ngan budak sepet tu. Hampir aku nak kena buang sekolah masa tu, tapi guru disiplin bagi peluang kat aku. Syarat dia kena datang sekolah sebulan tanpa cuti atau ponteng. Lepas tu kena datang sekolah seawal pagi, tandatangan kedatangan waktu masuk dan waktu balik kat dalam bilik dia tiap-tiap hari.  Dan hari esoknya pula bapak aku kena panggil oleh pengetua ke sekolah untuk settle hal ni. Oh ye bukan bapak aku jer tapi bapak sepet tu dan beberapa orang lagi. Yang lucunya bapak aku kenal semua bapak-bapak sepet tu. Dia cakap kecik punya hal. Sepet-sepet tu kena gantung sekolah dua hari tapi bapak aku cakap aku tak kena. Tapi dia suruh aku ponteng sekolah dua hari tanda adil. Naseb baik bapak aku pon sama sporting. lega aku. Lepas dari perkara tu aku wanted kat sekolah. mana-mana cikgu yang tak pernah ajar aku semua tegur dan bertanya. Sepet-sepet sekalian pun tak berani nak buat hal lagi kalau selisih pun dia paling muka jer. Ok la tu..Ini tanah gua yang punya!! 




Ops lupa pulak nak cakap....pengetua tu bapak kepada kawan sepergaduhan aku hahaha, kabel besor...selamattt.... =p

07 September 2011

Bila dah takde keje sangat, cakap sorang-sorang..

       Kadang-kadang aku rasa macam dah dekat-dekat je nak kawen, tapi fikir-fikir balik diri aku ni macam tak complete lagi jer. Yelah nak jadi suami, bapak kepada anak orang bukannya senang. Banyak nasi banyaklah keraknya. Pada aku kahwen tu bukannya perkara just you gift and i take it. Complicated jugak rasanya bab kahwen ni. Alhamdulillah bila dah jumpa saudara mara sidia rasa tenang sikit. So im going to higher level lah, next level tunang then kahwin. Tapi sebelum mengorak langkah lebih jauh dan panjang kena buat ujian-ujian jugak then compare dengan diri sendiri. Kalau diri sendiri tu pon lebih kurang jer takkan nak yang 100% perfect.  Tapi pada korang ek kalau insan yang nak ditunang tu macam iyer tak ye camne kita nak letak sepenuh keyakinan kita kat dia? Kita dah okey dah sedia tapi kadang-kadang ada jugak hal kecik yang boleh buat jadi gaduh. As the beginning pun like that so how for the next stage? Ok lah i'll try the best lah walau aku sedar aku memang tak best pun hehehe. Planning tu dah ada pon, cuma sikit jer lagi. Harap pilihan aku ni tepat, risiko tu tetap ada sebab kita tak tahu ape nak jadi dimasa hadapan kan. Ok la, dia pada aku senang mungkin kerana sama-sama orang kampung, kadang-kadang lawak jugak, cume kuat merajok sikit. Nak gurau pun kadang-kadang kena simpan je takut terguris hati dia cewahh. Aku ni kalau bergurau tak hengat punye sampai kadang-kadang sakitkan hati orang. Tak sengaja semua tu, dan tak niat pun nak sakitkan hati sapa-sapa. Dulu lagi aku hyper sakat. Cikgu kat sekolah pun tak tahan kena sakat aku sampai bawak gi jumpe cikgu besor huahuahua..Ahh cerita lama, lupekan. Waktu terdekat ni selalu aku usha-usha harga emas, mahal giler sekarang, hari tu aku tanya kat kedai RM198 1gram. Giler betol...Kalau la dia boleh share-share sket duit hantaran kan ke boleh cepat sikit tuh. Erm tapi macam tak patut pulak ye, takpe lah pelan-pelan zal. Nko kan memang suke redah sendiri susah payah, kali ni nko mesti boleh punyer. Hmmm..dah kira wajib nih aku tinggalkan zaman bujang, kesana kesini dah puas nak enjoy pon takde nafsu dah alahaii...tinggal kawen, besokan anak then gi haji..tu jer projek-projek besor hidup aku. Eee.. tak larat la tunggu lama-lama, kadang-kadang ada bagusnya jugak dia ajak aku kawen cepat, yang aku ni terhegeh-hegeh mcm itik pulang petang adoiii. Bukan terhegeh-hegeh tapi slow and steady, telaten bak kata orang jawa. Harap bini in future aku the best lah buat aku yea aminnnn..mudah2an berkat doa. Kalau dia bace ni mesti senyum sorang-sorang. Gasak la nak senyum pun hihihi..Ajer giler petang tadi akibat kebosanan tak masal-masal habis satu shah alam aku ronda. Mata sakit, badan penat, perot pun masih kenyang dek kerana open house tadi. Esok kerja kerja kerja..last day sebelum cuti raya, Hah sape la sengih2 ni sebut-sebut 'bulat', sekeh kang...bubye...Assalamualaikum. Ohh lupe jagan like ea.

26 Ogos 2011

Ramadhan on training

       Dah hujung-hujung pose ni tingat plak aku time pose masa training dulu tahun 2002. Maser tu baru je register utk training kat ipoh sebulan then pose. Aku ingatkan masuk je 1st ramadan rilek giler tak macam hari sebelum tu yela sebulan sebelum tu kena lanyak pagi petang siang malam so dgn harapan yg tinggi boleh la aku membute petang-petang kat bilik. Tapi rupe2nyer masuk je 1st ramadan kena phy. training setiap petang bermula pukul 3 ptg sampai la lepas asar. Apa lagi dah tentu ramai yg tak pose, pagi sebelum tu kena lanyak kawad pulak tgh2 panas terik. Tu yg air paip sold out. Tak masal jer time polling malam2 batuk sana sini. Cuaca panas, dah tentu malamye tak puas minum air lagi. Ade jugak yg curi2 minum air kolah sebelum larian petang. Janji sempat jer budak2 ni. Paling aku tak bole lupa masa ada budak kantoi curi roti masa sahur. Dah la waktu tu time weekend, tak masal2 yg lain kena tengok mulut diorang kena sumbat dgn roti bun sebesor2 roti awal pagi. Seposen je aku nengok muka budak dua ekor yang kantoi tu terbahak2 gelak adoiyai. Waktu malam kami takde yang sia-sia, yelah kena detail pegi terawih setiap malam tanpa paksaan tapi wajib. Hah camne nk jawab tu? Masa terawih ada jugak benda lucu yang terngiang2 kat kepala hotak aku ni. Kat surau dlm kem tu buat 20 rakaat terawih, kalau dah siang tu maksimum aktiviti fizikal pose2 ni dah tentu la malam letih. Tak masal2 jugak ada yang tertewas masa nk tunaikan terawih tu, tertonggeng tido masa sujud, bukan sorang tp ber-orang2 hahaha. Tapi aku sendiri tak nafikan, mmg berat giler kepala masa masuk 10 rakaat, letih sangat kot masa tu. Bahang kat badan tak penah lekang, klu masa tu tido atas tar sampai pagi pun takkan sejuk badan ni. Masa imam tgh bawak terawih ada jugak yg amek kesempatan, pegi isap rokok kat belakang surau. Tapi mereka2 ini pon kurang jugak bijaknye, tiba2 pulak assistang imam serbu port isap rokok. Diorang lagi terer rupenyer adesss. Esoknya mereka2 yg kantoi ni terpaksa tido beralaskan tarmac kat tengah2 padang kawad tgahari bute yg panasnye dh macam padang masyar tuh siap berselimutkan blanket tebal. Sauna free la gamaknyer.. kadang2 diorang bagi kayu balak pikul sana sini dpn pelatih2 lain, bajet macho la kunun ceh. Kayu log tu besor la pulak aku tgk, klu prebet badul punya tu kira kena kali dua la dgn kami punye. Time tgahari  ada jgk yg curi2 masak megi, sempat ajer nk cilok masa ikut mana pun. Well, kesimpulannya ikut mana pun nk hidup kena bijak, hukuman2 tadi tu mengajar kami supaya lebih terer mencilok, yela kot2 satu hari nanti perang ke atau kena tawan musuh ke dah tau nk cilok macam mana. Tak kantoi tak salah, ini moto kami. Thanks juruletih, ure the best teacher on how to infiltrate, hijacking, recon, attack, defence, tactic, skill and do respect with others. This how we live, learnt with shadow and shining brilliant skills. Glow on the dark...blahh.. 

16 Ogos 2011

Cawan dan lautan

       Kita adalah makhluk yang terhad kemampuannya dan terhad kemampuan mental. Namun kita hidup didalam dunia yang tidak terhingga pengetahuannya, yang tidak terhingga kebenarannya. Sesetengah dari kita menggunakan kemampuan kita untuk mencari, untuk memahami. Tetapi memandangkan kemampuan kita terhad, kita harus memahami bahawa segala kesimpulan yang kita lakukan hanyalah persepsi dari apa yang telah kita lalui. Tiada seorang pun dari kita mempunyai kebenaran mutlak. Tapi sebaliknya masing-masing mempunyai persepsi tersendiri mengenai kebenaran dan oleh sebab pencipta kita tidak terbatas  pengetahuan-Nya, kewujudan-Nya dan kebijaksanaan-Nya. Kita tak mampu memahami Dia sepenuhnya. Apalagi kita saling bertengkar antara satu sama lain mengenai pandangan siapa yang paling betul. Kita ambil laut sebagai contoh. jika laut adalah kebenaran mutlak, yang kita ada hanyalah cawan utuk diisi..Itulah kemampuan kita. Jadi tak kira berapa banayak kita isi cawan kita ia tetapi jadi amaun yang terhad dari laut. Sekarang bayangkan bagaimana semua orang diseluruh dunia bergaduh tentang cawan siapa yang paling bagus dan mengapa cawannya adalah yang paling betul tentang laut. Sedangkan kenyataannya tidak seorang pun dari kita yang mempunyai satu laut dalam cawan kita. Dan inilah keadaan kita dalam hubungannya dengan kebenaran, tuhan dan agama. Tidak ada yang berhak membuat keputusan terhadap orang lain kerana dia percaya bahawa pandangan dialah yang betul-betul benar. Ia hanyalah persepsi...Memang, sesetengah orang lebih tepat dari orang lain, dan sesetengah lagi mungkin telah menambah racun luaran kedalam cawan mereka tetapi tetap tidak ada yang memiliki kebenaran penuh dan inilah sebab mengapa ia sangat penting untuk kamu membina perjalanan kamu sendiri untuk mengisi cawan kamu sendiri. Sementara memahami dan menerima kenyataan bahawa orang lain memiliki cawan yang berbeza yang berasal dari laut yang sama dan penilaiannya adalah dengan tuhan.


        Setiap manusia telah diciptakan dengan mentaliti yang berbeza, ini membolehkan kita untuk membina pandangan, tujuan dan pemahaman yang berbeza. Terdapat hikmah disebalik intelek yang berbeza ini. Jadi mengapa begitu banyak dari kita begitu tekad untuk mencipta hanya satu jenis atau hanya satu cara pemikiran? Mengapa kita harus memerangi orang yang tidak bersetuju denga kita? Dari bergaduh tentang perbezaan kita, ,kita sebaliknya harus membiarkan agama kita untuk mengeluarkan yang terbaik dari kita. Ia bermula dari diri kita sendiri. Untuk memperbaiki dunia, kita harus memperbaiki keadaan kita, sikap kita, perbuatan kita untuk melakukannya secara efektif, seseorang harus belajar untuk jujur dengan dirinya sendiri. Dalam harapan mengenali niat kita sendiri, dan berusaha untuk mengikhlaskannya kerana kita akan dinilai berdasarkan tujuan dan niat kita. Jadi kita harus memahami kekuatan kita dan belajar untuk menguasainya. Segala niat dan tindakan kita dibina atas emosi-emosi yang tertentu. Kita mungkin didorong oleh emosi tertentu seperti kemahuan, kepercayaan, cinta, minat, belas kasihan dan mungkin harapan. Ataupun emosi seperti benci, iri hati, tamak, dendam, cemburu, marah, takut, Dan ini berhubung dengan setiap fikiran, niat, tujuan, atau tindakan yang kita lakukan, senang kata Jika kita belajar untuk membina matlamat dan niat kita dengan emosi positif, kit asedang menyembuh dunia, tetapi jika kita membina dengan emosi negatif, kit amembunuh dunia.

       Dunia kita memerlukan lebih banyak kasih sayang, persefahaman, kepercayaan dan belas kasihan. Lebih banyak minat, harapan, sifat romantis, kemahuan. Jika kita mula melayan orang lain dengan kekuatan-kekuatan tersebut dan belajr untuk memperbaiki diri dalam usaha menghindari sifat-sifat negatif kita, maka kita boleh menjadi contoh positif untuk agama kita. Kita harus menerima dan merangkul perbezaan kita, kerana perbezaan inilah yang menjadikan kita manusia. Namun, apa-apa pun yang kita percaya atau dari mana kita berasal, kita berkongsi asas moral yang sama. Itulah persamaan yang harus kita bina. " Tidak ada diantara kamu yang (benar-benar) beriman sehinggalah dia mendoakan untuk saudaranya apa yang ia inginkan untuk dirinya sendiri-Hadis Nabi Muhammad s.a.w-

-1 COMMON GROUND- 

06 Ogos 2011

Cahaya - Giegiel

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri
Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi
Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu
( 1 )
Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku
( 2 )
Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku
( 3 )
Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu
( ulang 1, 2 & 3 )
Setia dengan Mu ( 3X )

01 Ogos 2011

Warkah buat ibu

Hari ni 1st day puasa kat bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011. Hampir setahun perkara itu berlalu, namun ia masih segar dalam ingatanku. Bulan ramadan ini jugalah peristiwa yang agak mendukacitakan berlaku, apa yang tak diharap dan tidak dipinta berlaku. Teringat waktu aku pulang ke kampung halaman, menjenguk keadaan ibuku yang terlantar keuzuran kerana penyakit yang agak kronik. Saat ini juga waktu itu kebetulan aku terjaga terlihat dia duduk dikatilnya menahan dari tidurnya. Kegelisahan lantas terus aku dakap dan urut bahu dan belakang badannya. Dia diam tidak berkata-kata. Berulang kali ku bertanya mengapa dia menagis namun dia mendiamkan diri. Akhirnya satu ketika dia menyuarakan apa yang dirasainya. Nafasnya kian tersekat bila tidur didalam keadaan baring, perlahan aku bawakan air suam lalu diminumnya. Dalam pada itu aku agak tersentap akan perjuangan melawan apa yang berlaku terhadapnya. Begitu kuat dia menahannya, walau keadaannya sedemikian, dia tetap bangun ketika tengah malam atau seawal pagi untuk menunaikan solat sunat. Barangkali solat hajat. Dia tidak kuat untuk bekerja lagi, dia tidak mampu makan apa yg dihajatinya dan tidak juga mampu melakukan perkara seperti orang yang normal. Ini semua kerana tuntutan alam yg membataskan pergerakan. Sesekali aku terjaga ditengah malam, terdengar akan suaranya membaca kitab suci Al-Quran . Sayu kudengari mungkin juga kerana dia tidak mahu mengganggu orang lain tidur. Aku tahu dia sukar untuk tidur, mungkin juga sukar untuk bergerak, namun digagahi jua. Terharu dengannya, sangat tabah mengingati Allah walau keadaannya terhad. Ada jua aku terdengar tangisan di tengah malam, bapa ku sentiasa disisinya, tabah menjaganya siang dan malam. Boleh dikatakan seluruh masa dia akan terbaring dikatil seharian kecuali untuk solat. Jika direnung akan tubuh ini, mengapa aku tidak sekuat dia, selalu lali akan perintahNya. Peristiwa itu selalu menyedarkan aku dari lamunan. Tidak pernah sepinggan nasi dimakannya tetapi cuma beberapa suap nasi yang berjaya masuk kemulutnya. Selera tiada, walau makannan kegemarannya sentiasa ada tetapi itu juga mustahil untuk memujuk hatinya untuk makan. Sebuku roti adalah penemannya yang sejati, bila lapar itulah hidangannya. Aku cuba menghiburkannya tetapi selalu gagal, aku anggap mungkin kerana sakit itu membenamkan perasaan girangnya yang sebelum ini terpalit senyuman setiap kali aku mengusiknya. Aku mendambakan senyumannya, aku perlukannya. Adakah aku terlambat, itu adalah dari benak fikiranku ketika itu. Perkara yang paling tidak dapat aku lupa, dia akan sentiasa menungguku ketika aku akan pulang ke tempat kerja setelah tamat cuti. Tiada sekali dia tiada waktu itu. Dalam perjalananku ditemani doa-doanya yang sentiasa mendoakan kebaikan ku, Kini, umpama pulang ke kampung tiada bermakna lagi, tiada apa yang aku kejarkan. Aku tahu aku salah berfikir demikian, kerana aku masih ada ayah dan adik beradikku di kampung. Umpama ada satu yang kurang ketika aku kembali ke kuala lumpur. Mungkin dia tidak tahu, ada satu perkara aku tidak pernah aku memberitahu dia, setiap kali aku bergerak dari rumah, aku toleh dan aku pejamkan mata untuk disimpan wajah yang selama ini membesarkanku dan persoalan yang timbul ialah, adakah aku sempat untuk menatap wajahnya saat terakhir dia dimuka bumi ini. Kerana tugas aku ini sentiasa berjauhan dari keluarga. Semangat mereka sentiasa jauh didalam lubuk hatiku. Jasa-jasa mereka tiada tolok bandingnya, tiada tertunai dengan wang ringgit. Namun perkara itu sudah berlalu, dan aku gagal tunaikan impianku kepadanya. Biarkanlah hidup terus berlalu, masanya akan tiba.Seribu ampun dan maaf buat bonda, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan buat diriku. Aidilfitri ini tidak dapat aku beraya bersamamu untuk kesekalian kalinya. Tarikh syawal tidak juga akan ku lupakan.Ampunkan anakmu....Semoga rohmu tenang dengan iringan doa ku kirimkan. Al-Fatihah.. 


                                                                                                                                                        0317H

30 Julai 2011

Dosa, sakit dan mati.

       Sedang aku mengelamun petang tadi, terfikir sejenak. Dalam meniti laluan masa ni, kita hidup dari kecil hingga saat ini berbagai kisah yang berlaku. Sejak dari kita dilahirkan hingga kini tentunya banyak kisah menarik tak kurang juga yang kurang menarik berlaku.. Disini aku ingin kongsi beberapa kontak pemikiran aku yang tak seberapa. Harap korang sudi membaca.

       Ramai dari kalangan kita masih sihat masih berupaya berjalan dan melakukan aktiviti seharian. Alhamdulillah ucapan paling terbaik bagi mereka yang selalu bersyukur dengan kurniannya. Sekarang mungkin waktu kita bersuka ria kerana masih sihat walafiat sehinggakan kadang-kadang kita lupa nak ucapkan Alhamdulillah. Eh pusing-pusing pulak ayat aku. Ok la staright forward, sebenarnya aku nak cerita mengenai sakit ataupun uzur ataupun masa tua kita nanti. Perkara yang aku nak sampaikan ni ada kaitan dengan agama, dosa dan pahala. Pernah tak anda mendengar sakit itu salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kita? Tapi sejauh mana kita dapat menerima dengan redha dengan apa yang diberi. Kaya itu satu ujian begitu juga sakit itu satu ujian jua. Jika dikatakan sakit itu penghapus dosa bagaimana pula jika kita mengeluh kesah menahan sakit seolah-olah tidak menerima akan apa yang terjadi. Adakah dosa-dosa kecil itu terhapus? bagaimana pula dengan dosa-dosa besar? Sebab itulah kita disuruh sabar ketika dilanda musibah, menghakis dosa kecil yang melekat didalam buku dosa kita. Sudah banyak rasanya pengalaman yang telah berlalu bila melihat mereka yang terlantar sakit, ada yang bertahun lamanya. Tabah sungguh mereka yang dikurniakan dugaan sakit itu. Ada jugak terfikir adakah teruknya sakit yang melanda seseorang itu pengukur akan dosa-dosa lalu mereka? Kalau ya maka betapa teruknya seseorang itu menderita maka begitulah banyaknya dosa-dosa yang mereka lakuna. Yang penting itu cuma satu anggaran dan tidak boleh dijadikan ukuran. Ingin aku selitkan beberapa post aku yang lepas, orang yang kaya mewah hidup senang buat apa sahaja dapat dilaksana tetapi orang miskin sukar tertunai doanya. Semua itu adalah nikmat juga ujian.

       Mengikut apa yang aku nampak dan aku lalui orang yang beriman selalunya mati dalam keadaaan yang senang ataupun terkejut. Ingat, Allah lakukan sesuatu perkara tiada tanpa bersebab. Tidak hairanlah orang yang sihat tubuh badan tiba-tiba mati diserang penyakit secara tiba-tiba. Teringat seseorang menerangkan perkara ini kepada aku. Baru-baru ni saja sahabat bapa aku meninggal secara mengejut. Tanpa disedari dia yang sihat meninggal walaupun diketahui sihat sebelum ini. Pernah juga aku terbaca artikel-artikel bagaimana dasyatnya mereka yang mati dalam keadaan keji. Salah satu kejadian yang pernah berlaku dalam hidup aku seorang kawan telah meninggal kemalangan terperosok dibawah reban ayam bersama najis-najis yang berlonggok. Kebetulan dibawah reban itu adalah longkang. Teman rapat arwah ada memberitahu dia mabuk ketika memandu motorsikalnya. Subhanallah..Allah maha berkuasa, positifkan minda mungkin arwah tidak sedemikian rupa. Ada yang jenazahnya berat, tidak muat dimasukkan didalam lubang kubur, lubang kubur dipenuhi air dan bermacam-macam lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku terjadi. Itu mengingatkan kita bagi yang hidup dan sedang menjalani ujian ke destinasi seterusnya. Bagaimanakah keadaan jenazah kita suatu hari nanti, adakah seperti biasa ataupun ada kejadian buruk yang berlaku. Semoga kita bersama-sama mencipta kesudahan yang baik nanti bermula dari sekarang. Aku rasa ada satu soalan aku nak tujukan kat aku sendiri. "sudah sediakah kamu menghadapi kematian?" 

Sekian, wassalam..
       


29 Julai 2011

Warna warni hidup

     Alhamdulillah syukran hari ni masih lagi dpat menyedut udara kurniaan tuhan dan juga tengok dunia seperti biasa. kadang-kadang aku terfikir berapa lama lagi kita nak hidup. Dunia pun dah semakin tua, sakit-sakit jer selalu. gempa sana gempa sini, taufan dan macam-macam lagi. Syukur aku panjatkan kepada ilahi, negara kita ni masih lagi selamat dari bercana dasyat seperti jiran kita indon tu. Bangun pagi, kerja, balik, makan, berehat dan menunaikan kewajipan seperti biasa. Rutin tetap rutin. Adakalanya kita bersedih adakalanya kita gembira. Itu adalah satu kemestian dalam hidup, jika tidak dah tentulah kita bosan dengan satu perkara. Tidak semua boleh berjaya dan tidak semua gagal. Tetapi setiap orang akan melalui kedua-dua perkara terbabit. Helah tipu daya juga muslihat sentiasa disekitar kita. Jika terkandas dalam muslihat itu sudah tentunya kita tewas dan gagal. InsyAllah jika hati kita terang kita akan mudah nampak jalannya. Paksaan dalam hidup kadangkala memaksa kita melakukan sesuatu yang tidak terjangka. Walau perkara itu kita tidak mahukan ataupun perlukan tetapi tetap perlu dilalui juga. Bak kata orang onak duri ku lalui. Intipati kehidupan ni tiada lain, hanya untuk menuju ke alam yang kekal, alam akhirat. Ramai menanti disana, sehinggalah nabi Adam sendiri. Hidup ini umpama satu peperiksaan, kita malas kita gagal, jangan salahkan kerana tidak mampu kerana kita dikurniakan akal fikiran yang sama kecuali orang gila ataupun cacat. Tiada alasan.. Hidup banyak alasan umpama menidakkan kemudahan yang disediakan. Hidup ikut logik akal, bukan ikut nafsu akal. Kiranya kita sekarang ni dalam tempoh cubaan, dalam kebuk ujian. Siapakah yang bakal berada disamping anda disyurga, atau dineraka? mungkin sekarang ini anda sendiri tahu jawapannya, kita dikurniakan akal fikiran, waras untuk timbang tara. Hanya yang malas jadi orang kurang upaya untuk berfikir. Malas berfikir masa hadapan atau rajin untuk berfikir soal dunia? Anda tahu jawapannya, keputusannya sebenarnya sudah ada ditangan kita. Ada peluang untuk re-seat, iaitu selagi mata ini celik. Tak percaya tak mengapa. Anda seorang yang waras kerana boleh membaca post ini. Ditujukan untuk diri sendiri dan juga pada insan yang positif. Wassalam.. 

27 Julai 2011

Sebelum puasa

Gedebuk gedebak dah nak puasa dah, macam kejap sangat tahun ni tak rasa rupenye dah nak masuk Ramadan. Cuaca pun aku ghase dah mulai sejuk, petanda awal ramadan nak datang sebelu panas terik dipertengahan, ni perasaan aku la der.. Aku hrap tahun ni dapat lagi puase penuh insyAllah. Mari kita sama cucikan perut yang kotor, hati yang kotor, perut yang kotor dan batin yang kotor semuga lebih baik dan dapat reset balik semua sistem iman dan fizikal kita. Tapi sebelum puase aku suka buat sesuatu yang bagi aku tak penah tinggal sebelum sampainya bulan puase. Perkara itu ialah makan, time hari biase ni tak teringat pulak nak makan burger, mekdi, eskem semua tu tp nanti dah msuk je ramadan semua tingin nak makan. So aku telah mengadakan satu hari makan puas-puas, benda yang bakal goda aku time puase nanti aku tunaikan siap2, Alhamdulillah la berkesan jugak sebab bila tgh puase aku teringat benda sedap2 ni aku dapat lupekan sbb dah makan semua tu. baru ni aku bantai durian giler2 punya sampai nak muntah aku dikerjakan. Benda sedap kena la makan banyak2 hehe. Adeh mata takle lelap, sajer post merepek2 ni...chow.

23 Julai 2011

Mengenal diri

Assalamualaikum, harap korang sehat semua. hari ni pakcik nak story sket mengenai beberapa tahap blockage diri yang harus kita pecahkan. Stage ni cuma mengenal diri.

     First thing ape yang kita perlu tahu, kita ni mempunyai berbagai-bagai kelemahan kerana kita adalah manusia biasa. Thats why kita susah nak dapatkan sesuatu yang kita nak kerana diganggu unsur-unsur semulajadi yang menebal dalam diri. Kita tak boleh salahkan orang lain jika kita gagal mencapai sesuatu, mesti ada perkara yang tidak dapat ditunaikan walaupun perkara itu mudah. Kita sememangnya tak suke jika ada seseorang mengutuk kita kerana itu adalah perkara normal bagi setiap manusia. Walaupun mungkin ia ialah sekadar perkataan ataupun cacian, taupun nasehat jangan ambil mudah kerana itu boleh dijadikan kajian utk mengenal diri sendiri mengikut kekerapan orang lain. Ego dalam diri tu tetap ada , terpulang pada individu bagaimana cara memikirkan dan juga mendalami apa yang tersirat dalam apa yang dikatakan kepada kita. Kita takkan sedar diri kita melainkan diberitahu oleh orang lain. Ape yang akan timbul hanyalah perasaan marah menyelubungi di segenap pemikiran, mungkin kerana malu atau tidak dapat menerima apa yang didengar. Orang lain takkan memberitahu perangai kita yang tidak disukai melainkan kita bertanya ataupun orang itu dengan sendiri memberitahu secara jujur dan ikhlas. Bila ada orang mengatakan kita 'boros' contohnya cuba kita amati dimanakah kesilapan diri kita yang membuatkan kita ni boros, adakah boleh diterima atau tidak? ataupun itu sekadar tohmahan. Jika egois tu tak dapat dibenamkan tiada apa yang boleh diperbaiki. Tujuan kita mengenal diri ini tidak lain hanyalah untuk memperbaiki kelemahan diri sendiri supaya menjadi lebih baik. Sifat semulajadi diri adakalanya adalah amat sukar untuk diubah, mungkin juga kerana faktor genetik ataupun cara hidup yang sememangnya sedemikian. Tidak ramai yang dapat membina tembok diri, disini ingin saya terangkan tembok itu adalah pemisah antara sedar dan egois. Cuba terima dan anggap kutukan itu adalah benar jika berulang kali diberitahu sedemikian, jangan lupa memperbaiki kesilapan itu. Tiada perkara yang sukar jika mahu berubah. Pokoknya diri sendiri, jika degil jua itu hak masing-masing. Hiduplah dalam keadaan seperti biasa diri kamu. Ada perkara yang baik dan ada juga perkara yang buruk dalam diri kita. Itu adalah hakikat hidup. Setiap orang mempunyai kelebihan masing-masing.

     Ada ke tidak perkara yang tidak disukai dalam diri anda iaitu perkara yang kurang elok yang tidak dapat bertahan lama bila diubah? Jika ada maknanya anda seseorang yang mengambil berat soal diri. Jika tiada anda hanyalah seseorang yang hidupnya sekadar hidup, kosong dan paralized. Peningkatan terhadap sahsiah diri tiada kemajuan. Bangkit dari tidur adalah sukar jika kita tidak membawa diri sendiri untuk bangun, tetapi mati itu ketentuan anda tidak boleh menghalang. Banyak perkara yang perlu diperbaiki dari hari ke hari. Renunglah diri sendiri bagaimanakah diri kita dimata orang lain. Jika anda merasakan diri anda adalah yang terbaik dan paling benar sanggahan didalam minda anda akan hanyut bersama perihal yang dibekalkan. Orang lain takkan gelakkan kita jika tiada perkara lucu, orang lain takkan memarahai anda sekiranya anda tidak membuat masalah, tiada perkara tidak bersebab berlaku. Apepon tetap terpulang kepada individu. wallahualam..

21 Julai 2011

Teknik memperdaya dan diperdaya masuk skim cepat lingkup

     Assalamualaikum hai semua, dek kerana tak tau nak buat ape skrg ni aku nak story sikit pasal beberapa teknik mempengaruhi org adoi pun.....Oleh kerana aku penah terjebak dalam bidang perniagaan satu masa dulu aku dah diajar beberapa teknik yang mantopb lagi terkesan nye pun adoi. First thing welcome aboard to the law of ion, positif dan juge negatif nye adoi pun.

     Berkenaan seperti tajuk lepas kita mempunyai inner energy yg terkandung didalam badannye pun cas-cas zarah dan jirim manusia yang mudah tertumpu kepada cas yang lebih besar. So kalau anda mahu berjaya campurla dengan orang2 yg berjaya, kerana secara tak sengaja kita akan mudah menerima segala pertuturan mereka2 ini nye pun adoi. Bandingkan diri anda bila duduk dgn orang yang positif dan negatif. ketara kesannya jika diamati. (sila rujuk post lepas)

    Salah satu teknik lembut lagi cam hampeh (sape yang tahu la) mereka2 ini yg berbisnes ialah dengan mencungkil perasaan mangsa  pendengar contohnya mengajak tuk bercerita tentang kerja masing2 sambil  menyokong keluhan si mangsa, kadang-kadang tu pulak bila kita yang bercerita dia pulak yg lebih2 ceh. Kununnya caring la hahaha. Then dia akan cakap soal masa, berapa masa yang mangsa gunakan untuk tido, makan, berehat. Dah kompom anda akan kantoi kerana waktu normal kita bekerja hanya 8 jam. Selebihnya 8 jam utk tido dan 8 jam lagi untuk???? Diorang akan tab kat situ, then kita akan sedar masa kita banyak membazir selama 8 jam sehari. So why not you gunakan utk perkara yg berfaedah??? kikiki..amek kau. Ha lupe nak cakap, dia akan tanya kita sampai bila nak makan gaji, gaji tak cukup dan macam2 lagi adoi nye pun. Impian jugak salah satu senjata power, paling power ialah bercakap mengenai Haji dan umrah ataupun orang tua. (mampos kau nak elak mane) . Haha oh ya aku cerita ni bukan nak back up mana2 okay. 

     Okey di pendekkan cerite bila anda berjaya menjadi mangsa seseorang menjalankan bisnes cepat lingkup dan bengkrapsi anda akan menjadi terlalu bersemangat, dengan semua orang anda akan cerita, jumpe saje sape-sape mesti anda akan bercerita walau anda seorang yang bisu sebelum itu (acah jer). Kalau berjaya alhamdulillah kalau tak, memang mental la hua3. Perasaan terlalu mengharap seseorang akan jadi macam anda masa tu sangatlah tinggi, yela kan positif giler masa tu. Tak semua akan berjaya jadi macam anda kerana tak semua berjaya, nama pun bisnes cepat lingkup mesti ada yang mati barulah yang berjaya tu boleh pijak utk naik lebih tinggi. Korang takkan putus asa kerana mungkin dah keluarkan modal besar gabak dan tanak rugi ditengah jalan. Anda akan berusaha sampai semput-semput bahasa dan masa tula baru nak menyesal la rugi la semua tu nye adoi pun. Kamon la jangan jadi bodoh, bukak bisnes sendiri jangan join2 benda pelik2 tu semua  kencing merata jer. Macam2 bisnes bole buat sekarang ni, rilek beb! Ada jugak teknik memula belanja sakan mangsa tu siap tunjuk itu ini pakai laptop, naik kete mewah la kununnye adoi pun tapi hampeh. Kete kompeni jer cis cis haippp..tapi bila dah masuk bisnes diorang silap2 tegur pun tak . Ini la kenyataan dari aku yang ada pengalaman ni bro dan beb.

     Sebenarnya memang betul perkara kat atas tu, boleh digunakan utk mempengaruhi seseorang but plz jgn gunakan utk bisnes cepat mampuih kesian kat depa. Mane2 bisnes kalau nak orang lain jadi bawahan memang macam tu lah gamoknye. Kepala aku ni dulu disetting oleh org atasan utk buat bisnes tu, ramai giler orang kaya lepak ngan aku masa tu (takcaye ke? betolla sbb diorang nk aku berjaya hehehe) . Ok aku fail, sebab diri aku sendiri walau masa tu dah masuk tahap manager, nak tahu sebabnye??? DIRI SENDIRI PAHAM! Aku cakap macam ni sebab bisnes tu dah puluhan tahun bertapak halal lagi toyyiba. Wassalam.

19 Julai 2011

Merapek bak kate atok aku

     When we were alone, sometimes we learn something. But when we in crowd we do for nothing. Only happiness and enjoyment drawn apart for what we're being to be. Take a deep breath, close your eyes, see what you need or what you should do. Tear it apart, so we can get a walk. Life is interesting with shine and dine. It could be dark or fogged, sailing in the dark is just you throw away your life. No matter what, were human right, we do what we want. But remember, youre scheduled until it reaches the end. 

     Look with shallow eyes, youre not walking alone. Hahaha apada aku merepek ni. Konon-konon cakap omputeh la, blah laaa...ekeke. Ni lah kalau takde keje mula la nak jadi jurnalis. Sehari lagi nak seksa kat sini, duti tak habes2, fedap pon ada dgn makanan yg kena catu. Kang atak pasal-pasal aku panggang kuceng letak kicap sket pastu makan hahaha. Giler ke hape. Yezza2 balik semenanjung jmpe org yg tersayang dgn kerete usang aku yang senantiasa terbagkan aku kemana saja. Dah lama molot aku ni tak makan makanan semenanjung, gatai lidah baq ang. Makan siput sedut masak lomak kompom dua pinggan aku bedal. Ada plak sayur goreng pehhh cara tu. Tapi cakap pasal makan ni, tingin plak nak makan masakan arwah mak gue, gue rock tapi bab masakan arwah mak gua adehhh.. mano den nak dapek ha. Berangan ajo la den kang. Hope so isteri aku nanti ada magic leh masak sedap2 utk aku, tak kira la simple pon janji sodap. Takyah nak spagethi la peperoni la lasagna la mende tu, makanan kampong sudeyyhh.. Kurang garam, kalori n paling penting aku benci ajinomot. Lantak ar tak sedap pon sbb takde pak ajinaikmoto. Sayur bening, ikan goreng, sambal totok makanan tgahari aku yg bole buat aku happy ekeke...mlm hantam je ape ada.. tapi la beb, aku ada simptom satu lagi iaitu suke memakan lauk ayam masak ungkep. Org jawe tau la masak tu. Panas2 bubuh kicap sket phewwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww.....aiseh mula la nak terliur nih. cisss...tempe goreng ngan sambal kicap. Aku tanak sambal kicap org melayu, nak yg jawa punye hahaha. Tak tau sudah, tapi mmg lain dari org melayu buat dol. Aku etnik jawa ok, rock punya  hehe. Gasak la korang nk cakap apepon. Janji awek jawa best haha. Tu je la do,,, calo bette kuc kuc hotak heii..wakakakak
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)