01 Oktober 2011

Jauh direnung, pendeknya usia....

       Rasanya hari ni sangat-sangat bermakna buat aku, perkenalan yg sementara dan sepintas lalu membuka ruang didalam hati sanubari aku untuk berubah. Walaupun `ibu’ sementara tetapi dia seakan begitu mengerti segala masalah aku. Kehairanan bagaimanakah dia tahu untuk menilai segala yg sudah dilalui aku sebelum ini. Nasehat-nasehat dia amat berguna buat aku. Bukan aku mahu berubah kerana dia tetapi apa yang diungkapkan itu betul. Mungkin sudah kelebihan yg tuhan berikan kepada dia dan juga jodoh pertemuan untuk membuka hati seseorang seperti aku ini. Kehairanan,terpinga-pinga dengan apa yang dikatakan tadi. Seolah-olah ada sesuatu yang menyampaikan kepadanya. Tidak kira apa ilmu dia tetapi bagi aku semuanya itu adalah perkara yang baik dan benar belaka dan harus dijadikan garis panduan dalam hidup aku. Sebenarnya masih musykil mengapa aku begitu kuat keinginan untuk kesana sehinggalah ke hari ini. Walaupun perkara paling penting ingin aku cari ialah jaket. Akhirnya jaket itu tidak aku beli. Walaupun mungkin dia hanya meneka tetapi mengapa segalanya tepat. Adakah juga segala yang disampaikan itu adalah dari Allah, sebenar-benarnya memang dari Allah. Kerana segala yang baik itu adalah dariNya. Aku mungkin selama ini alpa dengan duniawi. Dugaan yang besar sebesar-besarnya telah ku lalui dan mungkin juga gagal. Yes ini adalah petunjuk tidak kira bagaimana sekalipun. Dulunya yang aku adalah seorang yg tersangat biasa. Redha dengan segala apa yang berlaku dan diberiNya. Aku tidak mahu terus lalai dari menunaikan tanggungjawab sebagai hambaNya, lari dari jalan yang sebenar. Aku tidak pernah menyalahkan sesiapa atas segala kesalahan yang telah aku lakukan walau atas apa alasan sekalipun. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk kejalan yang diredhai ya Allah. Sekali aku terjatuh tidak mungkin aku akan terus tersungkur. Jatuh bangun iman jika tidak kita yang memimpin kemana lagi?? Aku seorang lelaki, dia seorang perempuan. Semua sama adalah hamba Allah. Jangan menuding jari jika satu hari nanti kamu yang keneraka jahanam. Apa yang dipinta itulah yang diberiNya. Teringat bisikan-bisikan memoir lalu yang masih melekat ditelinga, perkataan-perkataan yang sering bersama aku satu waktu dulu, bisikan ke jalanNya yang benar lagi maha agung ya Allah. Terpalit sedikit dosa selangkah tersungkur, jatuh bangun itu iman. Tiada istilah jatuhnya iman hilangnya iman bukan kesalahan orang lain. Bukan juga kesalahan yang maha Agung lagi maha suci. Kenapa masih ada juga yang menyalahkan takdir? Sedangkan pintu taubat itu senantiasa terbuka seluas-luasnya. Cuma...Cuma sejauh mana penghayatan taubat dan penghayatan iman tersendiri? Adakah dengan hanya solat, membaca yasin itu cukup membuktikan keimanan kita? Walau menangis sekalipun belum tentu kita insaf, belum tentu....Jika tangisan itu hanya pada luaran tentunya tiada kesan pada akar sebatang pohon tubuh ini. Tangisan itu juga mungkin lakonan terhebat manusia. Hanya diri sendiri yang mengerti betapa manisnya kehidupan ini jika bersamaNya. Sebenar-benar bersamaNya iaitu Allah yang Esa. Tanyalah didalam hati apa yang kamu cari, apa yang kamu mahu, benarkah kamu itu, tiadakah kesalahanmu. Fikirlah sedalam-dalamnya. Sekali lagi `sedalam-dalamnya’.... Bukan mudah untuk menyentuk teras bumi begitu juga hati. Ada jua yang tewas dek kerana teras hati yang palsu. Menangis lagi dan lagi tetapi tiada perubahan dan kesannya. Masya Allah.. Begitu kuat sekali syaitan menyelubungi hatimu. Sehinggakan kamu tidak tersedar tangisanmu itu adalah palsu. Kamu bingung dengan hatimu? Kamu bingung? Lebih baik kamu bingung dari kamu tidak mendapat apa-apa kesan dari tangisanmu itu. Berfikirlah sesungguhnya orang yang rajin berfikir itu akan mendapat jalan yang benar. Mengapa perasaan ini pernah dilalui dan pernah juga gagal? Jangan salahkan syaitan tetapi salahkan dirimu!!! Salahkan dirimu dulu dari lain-lainnya!!! Lembutkanlah hati, tewaskanlah nafsu mu itu sementara. Berilah ruang untuk berfikir sejenak, berfikir secara waras. Kelemahanmu itu hanya kamu dan Allah sahaja yang tahu.
       Tiada orang lain yang tahu akan hal ini. Letih melayan karenah dunia yang sementara ini. Kita diciptakan untuk ini dan kita harus laluinya. Kita lawan sehabis-habisnya selagi termampu. Itulah namanya sang dugaan yang Allah berikan untuk memberikan yang terbaik untuk kita. Percayalah, jika lulus ujian ini insyAllah Allah akan berikan ganjaran yang setimpal buat kita. Jika tidak didunia maka akan diberikan di akhirat kelak. Bersyukurlah kita masih mampu berfikir, bersyukurlah kita masih dikurniakan dengan kesihatan yang teguh. Gunakanlah kelebihan yang sementara ini untuk berubah. Kembalilah kejalanNya, kembalilah... merayulah kepada jasadmu, Rohmu, akalmu. Tundukkanlah keegoanmu itu. Ambillah jalan yang benar, bersabarlah wahai saudara sehidup sematiku wahai sang jasad sang roh dan sang nyawaku. Ku rasakan andainya kita dapat melihat roh masing-masing alangkah kasihannya melihat dia lemah, layu tidak bermaya seandai iman itu tiada. Roh-roh si arwah juga akan menangis melihat akan anaknya yang melakukan dosa, lagi bila tiada dari seorangpun kaum kerabat saudaranya mengirimkan Fatihah ataupun sekalung zikir. Lebih sedih ditinggalkan bersahaja simati berseorangan, Roh pulang dari rumah yang didiaminya satu waktu dulu dengan perasaan yang pada mulanya gembira tetapi menangis,merintih tiada siapa yang mendengar kecuali Allah s.w.t . Semua kerana sisuami,si isteri, si anak yang melupakan jasa-jasanya ketika didunia tanpa belas kasihan. Mereka gembira mereka lupa dengan apa yang bakal ditempuhinya nanti.
       Astaghfirullah...Alhamdulilah aku masih sedar yang aku masih berupaya membina sesuatu yag enak sebagai alas menuju akhirat kelak. Ya Allah berikanlah keizinan dan keberkatanMu, berikanlah Nur mu wahai rasul dan nabiku Muhammad s.a.w. Relakan diri ini berakhir dengan kesudahan yang baik InsyAllah. Rela ku ratap kini dari hari kematianku kelak....InsyAllah.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)