Dari zaman purba lagi kita dah dengar kat Quran, kitab-kitab ataupun story mory dari tok nenek masing-masing akan perkara seram ataupun sihir. Berzaman sudah sihir ini dilakukan sejak dari zaman nabi lagi. Masih ingatkah tongkat menjadi ular, laut terbelah, dan bermacam-macam lagi mukjizat mahupun sihir yang telah tercatit dalam Al-Quran dan hadis. Ini menguatkan bahawa manusia tidak akan lari dari perkara tersebut. Bahkan pernah juga aku mendengar petikan dari hadis ataupun Quran yang sihir ini nanti akan lebih hebat dari zaman Nabi Musa a.s ketika diakhir zaman wallahualam. Pada pendapat patik la sepanjang idup aku ni ada jugak pengalaman menengok orang berubat dengan cara tradisional. Kalau dari mata memang macam tipu tipu je tapi sebenarnya benar belaka. kalau tipu tu diorang punya pasal lah! Ada jugak aku tengok cerita macma seekers, wujud, dan paranormal aktiviti. Tapi kadang-kadang macam tipu jugak. nak tau pi join mereka try tengok kena tinggal sorang-sorang dalam rumah buruk dalam hutan sejauh seratus meter jer. Ada rezeki jumpa la kamu dengan beliau. Nak cepat jumpa buat-buat la kerek dan berlagak sket, kompom cepat huahuahua.
Tapi pada aku rasukan tu kadang-kadang atas silap sendiri jugak, Contoh si A ni seorang yang penakut, dah tentu bila lalu je tempat yang sunyi dah pikirin benda yg bukan-bukan. Thats why lah orang macam ni paling senang nak kena rasuk sebab semangat tak kuat. Lagi satu bila kerap sangat biarkan badan kotor contohnya malas nak mandi wajib lagi senang nak kena rasuk dan gangguan lain sebab mereka ni memang suka manusia yg macam ni. Sebenarnya kan kalau korang nak tau, ni dari pada pengalaman aku la sebenarnya kita boleh halang benda tu masuk kedalam badan kita hanya dengan melawan ape yang kita rasa. Rasuk ni ada beberapa peringkat. Pertama kita macam feeling lost, masa tu kita macam khayal seperti dengar muzik nobat dan seangkatan dengan angkatannya. Lost tu bukan sbb muzik jer, sebab kita biarkan fikiran dan jiwa kita kosong dan melayang terlalu jauh. Tak elok ler. Kalau rasa camni cepat-cepat la sapu muka dengan air dan baca ape yang patut. Kedua bila rasa hujung mana-mana jari kita rasa kebas. Itu maknanya setan bangang tu dah mula try test nak masuk badan. Ingat, hujung jari tau bukan sepanjang tangan. Kalau otak dah kebas gua pun tak tau nak tolong kah3...Ketiga, pandangan dah mula gelap macam nak pitam walhal kita elok je duduk ataupun tengah baring diiringi dengan nafas yang cuba nak laju. Jangan pejamkan mata, jangan sekali-kali kerana tahap ni penentu keberjayaan makhluk halus tu nak takeover badan kita. Terus bangun dan berjalan tanpa lengah lagi ambik la air wuduk se-tertibnya. Masa mata kita nak gelap tu ada satu perasaan ingin tahu kalau kita tutup mata. Jangan terpedaya itu adalah tipu daya syaitan nirrojim. Keempat, bila sudah dirasuk kita sendiri tak boleh nak kawal keseluruhan badan kita walau kita rasai pergerakannya. Masa ni ape pun tak boleh, kalau terer try la korang lawan dia bersama-sama dalam badan anda. Seperti dalam satu botol kaca yg gelap gelita lagi tiada bersuluh, disitu lah korang akan jumpe dia dan berlawan kalau diizinkan. Tahap keempat ni rasanya hanya orang lain boleh sembuhkan iaitu orang yang normal kesedarannya seperti orang yang tengah membaca blog aku ni. Kerana kita manusia yang dipinjamkan nur-nur Nya dan sifat-sifat Nya dan mempunyai darjat yang tersendiri wallaualam.
Aku rasa boleh cerita takat ni jer. Mata aku dah berat sangat, harap lain kali aku boleh story mory lagi pasal benda ni. Ini pun berdasarkan pengalaman jer tak semestinya dijadikan bahan rujukan. Buah ciku diluar pagar, dapat galah tolong petikkan, aku cuma manusia biasa, kalau salah jangan segan-segan betolkan yer. Calo bette Assalamualaikun & thanks 4 reading :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan