04 Januari 2010

GUITAR SHOP ZOOM IN- Kuching Sarawak

  Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak dapat update blog ini kerana masalah kerja. Blog post kali ini saya nak kongsikan beberapa kedai muzik yang menjual peralatan muzik di sekitar bandar Kuching. Bagi penggemar atau pemain muzik amnya pasti akan mencari kedai-kedai tersebut sebagai tempat untuk mencari bahan bacaan atau nota muzik justeru peralatan muzik juga antara peranan penting tarikan pengunjung ke kedai itu.
  Pada hari Khamis lepas saya dan kawan-kawan telah merancang untuk meninjau beberapa kedai muzik yang popular di sekitar bandar kuching. Antara yang dikunjungi ialah Ultimate Music Store dan juga Lee Centre.
  Kunjungan pertama aku ialah ke sebuah kedai yang baru dibuka iaitu Ultimate music Store. Kebanyakan barang-barang yang dijual ialah peralatan muzik untuk Combo band temasuk gitar, gitar bass, drum sebagai basic komponen dan juga barang-barang tambahan seperti drum stick, string, gadjet dll. Hampir keseluruhan barang terdiri dari jenis Stagg iaitu sponsor bagi kedai tersebut.


Harga peralatan dikedai tersebut agak menarik mungkin kerana promosi ataupun harga perkenalan kepada costumer yang baru mengenali jenama Stagg. Kedai itu yang belum siap sepenuhnya kerana saya melihat alat penghawa dingin masih belum dipasang dan juga dekorasi yang dalam pembinaan. Saya agak tertarik kerana rekabentuk gitar dari jenis Stagg ini mempunyai rekabentuk yang mirip-mirip seperti bentuk gitar dari jenis terkenal seperti Gibson, Fender dan juga Ibanez.

Beberapa jenis gitar bass dan juga akustik.
Advance design.

Anda boleh mencari kedai ini seperti alamat tertera:
Ultimate Music (Kuching) Sdn Bhd
Lot89, Section 64,
269, Jalan Datuk Wee Kheng Chiang,
93450 Kuching, Sarawak, Malaysia.
Tel: +6082-428 232
Fax: +6082-429 232


  Selepas menghabiskan masa dalam sejam dikedai tersebut saya telah dibawa oleh kawan saya ke sebuah kedai peralatan muzik terbesar di Kuching iaitu Lee's Centre yang terletak di Wisma Hock Lee.Disini lebih banyak  peralatan dari jenama terkemuka seperti Fender, Ibanez, Gibson, Jackson, Yamaha, Pearl, IITama, Paiste, Crammer dan berbagai-bagai lagi termasuk dari jenis yang kurang popular. Saya tertarik dengan kedai ini kerana banyak peralatan dari jenis yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan. Pada masa ini Lee Centre menawarkan potongan harga yang menarik sebagai penutup tahun 2009 sehingga 31 disember. Bilangan gitar yang berada didalam kedai itu sangat la banyak dan berbagai jenis sehinggakan tidak tahu hendak memilih yang mana satu.


Antara Fender Squire dari berbagai spec. dalam gambar (Mr. Ali rock)


Akustik gitar antara pilihan utama pengunjung.



Fender dan Gibson.

  Gibson Les Paul standard 2008 berharga RM15,500!! antara gitar termahal yang berada di Lee's Centre. Apa pandangan anda mengenai gitar ini? Bagi seorang pemain gitar perkara ini biasa bagi Les Paul. Mungkin kerana didatangkan khas dari USA ataupun custom made menyebabkan harganya bersamaan sebuah kereta Proton Wira second hand. Kualiti bunyi juga antara faktor utama yang menyebabkan harga yang tinggi selain permintaan pasaran yang tinggi.









Anda juga boleh mendapatkan pelbagai alatan muzik lain seperti drum, keyboard, speaker dan juga berbagai-bagai lagi.
Anda juga boleh menghubungi Lee's Centre di alamat tertera:

Hock Lee Centre,Jalan Datuk Abang Abdul Rahim, 93450 Kuching, Sarawak (upper Floor)


Itulah sahaja sedikit review mengenai pusat muzik di bandar Kuching untuk dikongsikan kepada anda. Harap maklumat ini berguna kepada anda.
**Sekian**





11 ulasan:

baba berkata...

mana Ultimate Music Store?

faizalfretless berkata...

kat jalan area pending bro...dari waterfront-sarawak plaza tu straight jer tgk kiri sampai jumpa...

SYUHADA berkata...

boleh tahu tak kat mana ada buat kelas bermain alat musik di kuching sarawak?

faizalfretless berkata...

banyak klu rajin cari..area kota samarahan ada satu kedai tu hmpir smua instrument dia ada buat kelas..kt kuchg byk tp mybe agak mahal...

SYUHADA berkata...

Hmm dah jumpa yamaha class near the spring. Rm 100 per monnth utk piano class. Mahal ka?

faizalfretless berkata...

mmg official yamaha or saje drg pki nama yamaha? tp rasanya ok la kot..lbh kurang je hrga kt k.smarahan..tingin amek class piano gak sbb slama ni bantai sndiri jer hehehe..

SYUHADA berkata...

Yamaha official. Tengok kat website yamaha malaysia. Murah latu. Cuma awal nak masuk je sakit sikit. Register rm50 + yuran bulanan rm 100 + buku rm 90 tapi lepas tu rm 100 je per month! :)

Unknown berkata...

Rm 100 main piano tu sgt2 murah...! Kat kl ni paling murah pun rm300 dan ke atas sebulan...

Sy trngin nk beli sape dan nak tahu kt mana atau siapa yg bole ajar bermain sape di kuala lumpur ni...

Unknown berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Unknown berkata...

Ada gitar Electric kidal ka

Unknown berkata...

Mana nak cari gitar kapok kat kuching?

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)