FaizalFretless. Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

10 Januari 2013

Cara-cara memasak sardin : Resepi bujang pantas dan sedap gila.


Cara memasak sardin yang cepat, sedap dan simple, semuanya disini. Jangan malu dan segan untuk membaca resepi saya. Amat mudah dan cepat disediakan.


Sape suka makan sardin? cap apa? Botan, cap ayam, tak kisah la sardin ape pun kalau pandai masak memang sedap sampai menjilat jari la beb. Gua selaku chef bantai akan berkongsi resepi memasak ikan sardin turun temurun dari zaman wujudnya sardin :P .hehehe.. Ok ok serius ni, gua punya sardin pantas jer sebab gua org laki yg tak boleh tengok lama2 masakan dlm kuali lagi-lagi sendiri masak.

Korang boleh stanby benda ni dulu:

  1. Minyak masak 4 sudu besar.
  2. Bawang merah kecil 3 ulas`
  3. Bawang putih 2 ulas.`
  4. Bawang besar separuh/sebiji (terpulang selera)
  5. 2cm halia.`
  6. Cili boh 50 sen.
  7. Secubit garam halus`
  8. Kentang sebiji.
  9. Santan segar secawan
  10. Lada besar/cili padi (kalau nk kembang telinga)
  11. Serai wangi
  12. Belacan 1cm `
  13. Lesung batu

Ok sekarang cara nak masak.

  1. Bawang merah, bawang putih, belacan, garam, halia, cili padi (kalau nk pedas) tumbuk 3/4 lumat.
  2. Panaskan minyak dalam kuali guna api yg sederhana sahaja sehingga panas.
  3. Tumiskan tumisan tadi dan gaul sekali, jangan terlalu lama
  4. masukkan cili boh, halia dan serai wangi yg dihentak dengan lesung batu kedalam tumisan dan tunggu sebentar dalam 3minit.
  5. masukkan hirisan bawang besar, gaulkan sebati tunggu seminit.
  6. Masukkan sardin pot kecil dan secawan santan segar kedalam tumisan. Kalau pot besar doublekan bahan tumisan. Tunggu sehingga mendidih dan gaulkan.
  7. Msukkan hirisan bawang besar kedalam kuali.
  8. Tunggu sehingga mendidih dan naik baunya. Godak sebati. 
  9. Dah boleh melantak tanpa segan silu.  

4 ulasan:

Michelle de Hunny berkata...

sedapnye .. xD
ni bukan sekadar resepi bujang je ni.
hehe

Ajai wak Man berkata...

memula nk taip yg bujang tp jadi yg da kawen plak hahahah.. :D tp sbb sy bujang kira bujang gak ah

AJIB berkata...

nanti jika masak lagi jngn lupe pelawa ye...:-)

Faizal Avro-Avava berkata...

boleh2, dtg je ke blok hehehe

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (36) aku (26) PEDOMAN (12) kenangan (11) aku merepek (7) buka minda (7) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) KERJAYA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) politik (1)