31 Disember 2009

Tahun 2009 - suatu kisah kostanostra nostalgia

SALAM TAHUN BARU 2010

Tahun baru tinggal bape jam lagi, ape yang aku pikir skrg ni pon aku tak tau. Aku rasa tahun 2009 ni memang banyak dugaan2 besar dalam hidup aku selama ni. Tu yg buat aku termenung sejenak teringat tahun ni punya besar musibah yg datang kat aku. Aku harap tu semua cuma rahmat Allah kat aku dan aku terpaksa terima walau mcm mane besar sekalipun dugaan tu. Banyak perkara tak menjadi, banyak masalah dari kebaikan, banyak rintangan tanpa kejayaan. Ape punya fail la 2009 nie aku pon tak paham aku. Nak kata punca dari aku pon mungkin ye jugak tapi yg aku tau banyak perkara yg sepatutnya berlaku dan diharapkan tak berlaku tapi sebaliknya yang jadi..ehh ape aku merepek ni daaa..ermm...tak sangka lak tahun nie aku di postingkan ke Sarawak yg tak best dari serba serbi nih, best tak best dah setahun gak kat sini. Graf hidup aku jadi mendatar mungkin jauh dari life aku yg sebenar. Banyak la benda aku nak buat terbantut, ermm pahal jadi camni?? kadang2 aku pikir kalau la aku kje kat semenanjung skrg nih mesti best life aku, tak la bosan aduyaiii....Bisnes yg aku buat pon dah lingkup..puluh ribu gak hangus. tapi nak buat camne kalau tu dah kehendakNya. Sayang2..tapi takpe tahun baru ni aku pastikan mesti jadik punya, bisnes tetap bisnes ada untung rugi dan pasang surut. Ape2 jelah yek. Tak sangka la sangat 2009 ni jadi camni beb. tahun sebelum2 tu tak la teruk mcm tahun ni...Redha tetap redha, rock janji rock hehe...selagi iman ni kuat di hati insyAllah i can handle it bebeh...and ill make sure it will happen!! Malam ni aku buang segala kegagalan aku jauh-jauh. Semua tuhan yg tentukan cuma kita yg usahakannya. Jadi tak jadi belakang kira lah. Nasi dah jadi bubur aku masak balik jadi ketupat hahaha. Tempat keje aku pon satu gak, tensen den di buek nyo. haru biru je suasana.. gua takde semangat dah nak keje nih. keje memain je janji gaji jalan...ehh takleh gak nnt tak berkat erk?? Ok2 keje sebaiknya yang termampu, tak larat keje kita tuang la ape lagi takkan nk bagi hancus badan tol tak?
Harap segala masalah2 dan trouble2 shooting tahun 2009 dapat aku repair sebaiknya mane yg bole. Ingat, kita belajar dari kegagalan bukan dari kejayaan! kena ingat tu simpan dalam otak, positifkan minda walau ape2 je perkara yg berlaku kecuali benda yg memang salah la dow..ape yg aku nak skrg ni cuma nk bebas...bebas dari segala macam masalah bole tak? erm tapi takle gak mustinye ade masalah  lain timbul..Plan betul2 2010 ni geng jangan nnt sampai tahun depan pun tak tertunai...alah korang jgn nk tipu la ramai yg azam thun 2009 uncomplete kan? yg dah settle tu aku ucapkan tahniah moga azam yg baru dapat membawa seribu satu kemanfaatan dan keberkatan insyAllah..maaf la kalau bahase aku guna ni kacau bilau...otak pun tgh serabai nih...ok lah cakap banyak pon tak gune yg penting keje jalan dulu k...arghh serabut...jumpa lagi kat 2010....Assalamualaikum..

Ayat tahun baru: Meh la meh alalala mucok 2010 ko datang bawak tuah erkk..kikikik...






Doa Awal Tahun

                     doa awal tahun Pictures, Images and Photos


Assalamualaikum w.b.t
Disini saya selitkan doa awal tahun bagi sesiapa yang belum baca lagi doa awal tahun pada 1 Muharram lepas, mudah-mudahan memperolehi keberkatan dariNya di tahun 1431h & 2010.
Doa dipetik dari: Majlis Ugama Islam Singapura.

30 Disember 2009

Jauh Perjalanan Luas Permandangan




Dek kerana aku telah diberi off selama 5 hari so aku kebosanan duduk kat bilik tak tau nak buat ape. Tanpa aku duga semalam kononnya sengaja aku keluar utk 'ngeteh' dan beli barang sket. Lepas aku pegi kedai terfikir lak aku 'kalau jalan2 best nih!' so aku drive la motor aku tu menghala ke arah timuran melalui  Kg Haji Baki seterusnya ke pekan Bau. Oh ye korang jangan silap lak,aku wat masa ni kat Sarawak k hehe. Kalau nk ke pekan Bau tu adala gak dalam sejam tu pun kalau lori-lori balak dengan lori batu tak banyak la. Tengok minyak pon ada setengah erm bole kot nih,dalam pukul 3:45pm so pelan2 aku bawak moto aku dengan kelajuan purata 70km/h. Lori-lori yang banyak melambatkan perjalanan di samping jalan yang tak stabil dan rosak. Setibanya aku kat pekan Bau aku tengok signboard Gua Angin 3km, Tasek Biru 2km! wah tak jauh dah..masa tu lbih kurang 4:30pm dan aku teruskan perjalanan ke Gua angin atau Wind Cave buat sesape yang tak paham bahasa melayu hehehe...Tempat tu aku dah penah pegi dan penah mandi..memang cun tempat tu cuma gambar tak dapat nak tunjuk sebab tak ambik. Cuma gambar ni je dapat aku tunjuk sebab semalam aku just 'touch down ' je. Udara yang sejuk tu cukup membuat aku rasa aman dan damai.



Dalam 10min aku kat Gua Angin tu aku teruskan penjelajahan ke tempat yang aku sendiri pun tak tahu. Cuaca gelap ni hari nak hujan, arghh belasah jela...jalan raya yang aku lalui makin kecik ermmm...jauh semakin jauh aku jalan. Tak nampak bayang rumah pun yg ada cuma jalan yang di kelilingi hutan dan bukit bukau.

Macam tu la jalan yg aku lalu tu..sunyi je..dalam hati aku berkata 'ermm kalau aku teruskan apalah yang aku jumpa. Dalam perjalanan 'solo' tu aku nampak pemandangan yang indah melihat keindahan alam semulajadi ciptaan tuhan. Yang paling best udara yg fresh dan sejuk yieeehaa..Aku teruskan perjalanan sambil 'layan ' suasana yang sangat aku suka. Kalau nak jumpa rumah pun cuma sebiji dua je.



Jalan yg agak basah licin memaksa aku jalan dengan kadar perlahan sikit memandangkan jalan yg bersimpang siur yg macam siot. Agak lama aku jalan tetapi tak menunjukkan ape-ape petanda yg best. Nekad aku teruskan. Dalam 15min lps tu jumpa lah aku  dengan satu papan tanda ini:



Hah Fairy Cave? tak penah lagi aku dengar nama tempat ni. Tanpa tunggu lagi terus aku full throttle sambil kona baring keh3 trus ke tempat tu. Perghh sejuk tak tahan mungkin area pergunungan kot. Gembira rasa hati jumpa tempat best camni tak sabar nk tengok. Masa nak sampai tu aku sempat snap lagi syok punya pasal:
 
Ok tu aku ambik kt pintu masuk ke Fairy Cave, cantik kan?
sekarang kita tengok satu tempat sebelum sampi ke Gua Fairy. Tempat ni agak seram aku tengok tak tau la pasal ape mungkin petang tu sunyi giler kot tempat tu..



Memula mati2 aku ingat ni lah gua fairy tapi bukan rupenye,kena jalan depan sket baru jumpa..tapi gua ni nampak mcm pelik je. Ade gak aku nampak colok kat situ mungkin ada upacara pemujaan nombor ekor kot hahahahaha.....



Akhirnya sampai jugak aku ke tempat tu iaitu Gua Fairy tapi ape yg ada kat atas tu? aku pun tak tau sebab tak berani aku nak naik sorang2 lagi pun kat situ cuma aku sorang je yg ada perghh....kat sini aku nak kongsikan beberapa gambar area Gua Fairy tu.






apa ada kat atas tu erk???



SubhanAllah~~
 
Gambar ni berhadapan dengan Gua Fairy tu tadi...angin kuat ~~


Selepas puas lepak kat area gua tu tadi aku pon gerak, perlahan-lahan aku tinggalkan tempat tu sambil rokok Dunhill kat tangan..Hari pun mendung semacam je baik, aku gerak cepat..memula aku ingat nak gerak balik tapi hati ni nak teruskan perjalanan...hati aku kata 'gilo nih' dah la masuk kampung orang, jalan pun aku tak tau ahhh hamtam saja la labuuu...so tanpa teragak2 lagi terus aku menghala ke jalan yg sememangnya aku pon tak tau tah mane...sampai la aku kat satu kg tu yg namanya pun aku tak tau...pastu aku ternampak pakcik tu nak melintas jalan..aku hentikan moto trus bertanya "pak cik nak tumpang tanya sket lah" pakcik tu pon jawab "iya" , kemudian sy tanya lagi "jalan ni kalau saya trus je sampai mana cik". Pak cik tu jawab lagi. "ohh kalau terus jak sampei lah ke kg sinun" hmm nampaknya takde kputusan positif nih. Aku tanya lagi dlm bahasa Sarawak " Sinun sekda tampat best kah?" pak cik tu jawab "ne ada, ya kampong jak bah" ohhh paham2..kalau aku teruskan jugak cuma sampai ke kampung org jer.."ok2 tima kasi pak cik" ermm bahaya sebenarnya kalau masuk kampung orang sembarangan kat sarawak nih, silap-silap tak balik nanti..tu pesan orang sini lah. Aku pusingkan moto terus ke destinasi seterusnya iaitu Tasek Biru kat pekan Bau. Tempat tu aku tak risau sangat sebab kat pekan cuma aku tak penah pegi je camne la tempat tu erk?? Melalui jalan-jalan yg aku lalui tadi akhirnya sampai jugak aku ke Tasek Biru. Tempat tu tasik je mcm tempat rekreasi biaser. tapi nampak aman tempat tu gamaknye..macam biaser la aku kan minat amek gambo nih..layannn...



hehe rehat jap tangan kebas..



Teka apa dalam plastik tu hehehe...???



mmg biru tasik nih..


 
gambar dari atas...hmm kalau casting pun best tempat nih..





alamak lepak punya lepak langit makin gelap so apa tunggu lagi cabutttt....

Dalam pukul 6:30pm aku pun gerak la balik, sarung Givi terus gerak. Dalam perjalanan tu hujan selebat-lebatnye sampai sakit tangan aku kena hujan habis basah kuyup tapi apa yang aku dapat hari ini satu kepuasan yang tak dapat aku gambarkan. Terima kasih kerana sudi membaca.Assalamualaikum.




29 Disember 2009

Bukit Gambir Autoshow

   Pertandingan autoshow kini menjadi trend yang menjadi kegilaan remaja terutama sekali bagi peminat-peminat sukan permotoran di Malaysia. Dari motorsikal hinggalah ke kereta berkuasa tinggi semestinya akan diadakan autoshow mengikut peringkat dan kawasan.
   Hari ini saya akan membawa anda sedikit sebanyak autoshow bagi kategori motorsikal yang diadakan di Bukit Gambir Muar baru-baru ini. Namu laporan lengkap tidak dapat saya berikan berikutan masalah-masalah teknikal. InsyAllah saya akan update kemudian. Selamat menonton.


Deretan Rockoil Motorgroup dari Kg Parit Jarum Darat dan beberapa motorsikal dari peserta.


Rudy (disebelah motor) dan bapanya (memakai spec hitam) .Kelihatan beberapa trofi yang telah dimenanginya.




Airbrush dari Kg Parit Jarum Darat juga telah banyak melahirkan bodykit Airbrush di sekitar Bukit Gambir. Mereka juga menerima pesanan dari negeri Sabah.


Empat buah motor tediri dari Honda Wave 125 dan juga  Suzuki V100. Pro-Grip dari saudara Iwan, Thundercats dari saudara Rudy, Castrol dan juga Orange kedua-duanya milik saudara Ujang. Semua mereka dari Rockoil MotorGroup PJD.




Kategori Vespa.







Antara pemenang-pemenang pertandingan.

Sekian saja nukilan saya pada hari ini.

28 Disember 2009

Sejenak Ku Termenung


Sesekali ku merenung jauh
Jalan-jalan hidupku ini yang sedang menempuhi segala cabaran,
Angin yang menghembus ke pipi ku ini seakan menjemputku untuk kembali kezaman silam,
Kenangan yang masih segar dalam ingatan jiwa sanubariku,
Senyum tawa dan tangisan sejakku bayi sehinggalah kini,
Apa yang tergenang hanyalah ibu dan juga ayahku,
Dari kecil dikau tidak pernah jemu membesarkan diriku dan juga kami sekeluarga,
Erti pengorbanan terlalu besar buatku,
Satu demi satu memori itu kembali,
Sesekali ku tersentak bila mengenangkan ibuku,
Kerana penyakit yang kau perlu hadapi kini,
Apa yang dapat ku beri hanyalah berdoa disamping usaha-usaha tanpa jemu kami agar kau pulih,
Kini umurmu sudah lebih separuh abad,
Tidak lagi berdaya untuk bekerja dan tersenyum riang,
Kurindukan tawamu ibu yang dulunya ceria dan membuat hatiku tenang,
Ku harap kesabaranmu mengatasi sakitmu,
Agar tenang dirimu menempuhinya,
Ayahku,
Sesungguhnya mungkin aku telah menghampakanmu,
Tetapi akan ku tebus juga demi menebus kesalahanku,
Masanya akan tiba,
Berkat didikmu dulu membawa keberkatan untukku menjadi seorang insan,
Sehingga kehari ini aku bersyukur kerana dikurniakan ayah sepertimu,
Kegigihan dan ketabahanmu memberi aku kekuatan untukku teruskan perjuangan,
Kerana kaulah idolaku didunia ini,
Ku juga berdoa untukmu agar sihat dan berjaya mencapai impianmu ayah,
InsyAllah ayah akan berjaya menggapainya,
Kerana ku yakin akan kekuatanmu mencapai impian,
Dengan berkat usaha dan kerdhaanNya,
Dikejauhan ini juga semestinya kurindukan keluargaku,
Agaknya bilakah akan ku pulang ke kampung halamanku,
Kehijauan dan kesegaran udara kampung yang membuat aku ketagih untuk tinggal selamanya disana,
Kerna disanalah hanya tempatku,
InsyAllah...
Di kejauhan ini Kupanjatkan doa-doa ku untuk mu kepada Ilahi,
Sehingga kita bertemu lagi sehingga ke hayatku,
Khas dari anakmu.

27 Disember 2009

Honda CB400 ada V-tec!!!



SELURUH dunia tidak boleh menidakkan kebolehan jurutera Honda dalam mencipta mesin dua roda yang berkualiti. Sejak model pertama CB750 muncul pada 1969, industri motosikal seolah-olah bersetuju menerima penanda aras baru dalam menetapkan pengkelasan jenis tunggangan.
CB750 ternyata sebuah motosikal yang sangat mendahului zamannya. Pengendaliannya stabil, susunan enjin, tahap getaran, pecutan dan ketahanannya meletakkannya antara motosikal 'kalis peluru' dalam eranya.
Tidak hairanlah, kehadirannya telah memonopoli pasaran, meninggalkan Triumph dan Norton yang jauh lebih konvensional. Sejarah berulang kembali sebagaimana kehadiran Toyota Hi-Lux/Land Cruiser yang 'menggantikan' dominasi Land Rover sejak sekian lama.
Pada zaman moden apabila enjin semakin kecil tetapi kian buas dan pantas, Honda telah turut serta dalam pertandingan sengit dalam industri motosikal. Mereka ada 600RR untuk menyahut cabaran Yamaha R6 dan Kawasaki ZXR600. Fireblade 1000R pula bertarung dengan YZF R1, GSXR dan ZX10R.

Rangkaian model CB
Di sebalik keghairahan menghasilkan mesin-mesin replika perlumbaan yang rumit, Honda tidak terlepas pandang produk berharga mereka. Di Malaysia Honda Cub EX5100 mungkin jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Ia merupakan produk gantian C70 dan C90 (oh ya mungkin Honda Fame) yang sangat berjaya.
Namun rangkaian motosikal CB lebih besar seperti CB400 sepatutnya dapat dijadikan komuter harian di sini. Malangnya seperti biasa, dengan cukai dan duti eksais motosikal yang dikelaskan dalam kategori barangan mewah, mana mungkin kita membeli sebuah motosikal yang lebih mahal daripada sebuah Myvi.
Kali terakhir motosikal CB400 spec III yang saya temui di salah sebuah kedai diletakkan dengan tanda harga lebih RM50,000. Oh ya. Ia sebuah model terpakai.
CB400 ialah produk yang sepatutnya mampu menarik minat orang daripada membeli sebuah kereta kepada pilihan menunggang motosikal. Dengan jumlah jualan kereta di Malaysia yang amat stabil, setengah juta unit setahun, tidak mustahil dalam beberapa tahun lagi, infrastruktur jalan raya dan lebuh raya yang ada akan menjadi tepu. Ia akan sampai satu titik di mana tidak ada lagi ruang untuk kereta-kereta itu bergerak.
Lihat sahaja 10 tahun dahulu, kesesakan di lebuh raya adalah sesuatu yang asing. Tetapi hari ini kita terpaksa merancang perjalanan dengan betul agar tidak tersangkut berjam-jam di atas lebuh raya bila pulang ke kampung.

Teknologi VTEC Honda

Kapasiti kemampuan infrastruktur hari ini jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan sasaran awal pembinaannya. Jika senario ini berterusan, ia akan mendatangkan akibat sangat buruk kepada sistem pengangkutan negara secara keseluruhan.
Baiklah. Apa kaitan infrastruktur dengan CB400? Ini ialah sebuah motosikal yang saya pilih untuk dijadikan model kepada komuter pengangkutan pilihan menggantikan kereta. CB400 ialah motosikal entry level yang sangat mudah dikendalikan, hatta untuk mereka yang pertama kali menunggang sebuah naked berkuasa tinggi.
Enjin 399cc yang dipasangkan pada model itu mencakupi banyak variasi. Begitupun, variasi seawal Project Big One mungkin kurang dikenali di kalangan super Four itu. Kebanyakan peminat motosikal merujuk kepada model VTEC bermula daripada spec I hingga III.
Projek motosikal itu mengejutkan industri dengan teknologi VTEC Honda yang diperkenalkan padanya. Dikenali dengan HYPER VTEC dan diperkenalkan buat pertama kalinya pada 1999, konsepnya hampir sama dengan aplikasi pada kereta berenjin VTEC.
Maksudnya, daripada empat injap yang bergerak pada enjin, dua daripadanya 'direhatkan' semasa enjin berputar di bawah 6,700rpm. Kemudian, enjin akan meraung semula selepas berputar di atas 6,700rpm yang menjadikannya enjin dua dalam satu. Perlahan dan eknomikal untuk komuter harian dan menghamburkan kuasanya jika enjin dikerah secara paksa.

Sering berdoa
Pada 2002, Honda memperbaharuinya dengan Hyper VTEC II. Ia adalah rentetan kejayaan pertama, namun menyedari tidak ramai yang dapat menggunakan sepenuhnya teknologi akibat talaan putaran berada terlalu tinggi, ia dilaras semula dengan lebih rendah, 6300rpm.
Jadi fungsi injap VTEC itu berada lebih awal. Dengan penalaan dan penyesuaian yang lebih terperinci, tahap ekonomikal model Spec II berjaya ditingkatkan. Pada 2004, Hyper VTEC III diperkenalkan dan menjadi generasi Super 400 paling maju pernah dihasilkan. Membuktikan bahawa pembangunan motosikal Honda tidak hanya terletak pada model-model lasak mereka.
Tidak banyak perubahan ketara yang dilakukan terhadap variasi Hyper VTEC. Sejak 10 tahun lalu, model itu sudah pun dimajukan sistem pengendaliannya. Model terkini dipasangkan dengan penyerap hentak Showa di belakang dan fork yang sama untuk suspensi hadapan. Ia lebih daripada cukup untuk mengawal motosikal seberat 180kg.
Sistem breknya juga nyata tidak menghampakan. Model itu dipasang dengan cakera 285mm di hadapan dengan empat pengangkup. Sementara bagi model dengan opsyen sistem brek anti kekunci ABS, di belakangnya ialah cakera 235mm dengan pengangkup tiga omboh.
Enjin 399cc bentangan DOHC itu mampu menghasilkan 53 kuasa kuda dan 38Nm tork. Ia adalah hasil gabungan sistem suntikan PGM-F1, teknologi kereta yang telah diguna pakai sejak 90-an lagi. Bagi kebanyakan pemiliknya, setangki petrol 18 liter yang mampu membawa sehingga 400km ialah satu angka yang munasabah. Ia jauh lebih jimat daripada sebuah kereta berenjin sederhana dan tidak terlalu pelahap seperti sebuah sportsbike.
Saya sering berdoa satu hari nanti akan ada sebuah motosikal yang sama karekteristiknya dengan Kawasaki ER6N dijual pada harga lebih munasabah. Ia perlu mampu dimiliki dan harus lebih murah daripada sebuah Proton Saga.
Sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula struktur cukai sedia ada agar kita dapat memberi pilihan kepada penduduk kota memilih pengangkutan yang efisien. Saya percaya ramai di luar sana yang tidak langsung menyimpan cita-cita membeli Hayabusa atau ZX14. Mereka cuma mahukan pengangkutan dua roda yang lebih berkuasa dan selamat ditunggang.

tambahan: absorber yg digunakan adalah dari jenis SHOWA yg digunakan oleh RockoilMotorgroup.

Disclaimer: Dipetik dari sumber Kosmo Online-Honda CB400 selangkah dihadapan


Sepetang di Pantai Puteri Santubong


Hari ini dek kerana keboringan yg amat aku telah mengajak teman sebilik aku kuar jenjalan ke Kuching..sempatla shopping sket sebab krismas ni ada la sale sket kan...tapi bukan tu yg aku nk kongsi kat sini, tapi keindahan melihat persisir pantai disekitar Gunung Santubong..ok kat sini aku selitkan beberapa shoot pakai hp aku yg tak berapa canggih..
hehe aku la tu pi naik moto je lagi best leh hirup udara santubong..haa tu la Gunung Santubong klu korang nk tau...
 
Gunung Santubong Puteri Lagenda??


hehehe poyonyer aku..rehat jap penat berjalan..


ku merenung jauh ke tengah lautan apakah azamku tahun ni..adakah ianya ilusi seperti sebelum ini...         (nada Blues)


tu la sedikit sebanyak pic2 yg sempat aku tangkap tadi,mls nk tangkap banyak2 sebab memori hp aku dh full...bagi sesape yg tak penah datang Sarawak aku alu-alukan,jangan ler terperap kat semenanjung je k..

25 Disember 2009

Kamera digital pada harga RM599!!-LEICA

Inginkan kamera yg berkualiti tinggi pada harga yg murah? ok kali ini sy nk berkongsikan dengan anda sebuah kamera 'Best entry-level' dari jenama yg terkemuka iaitu Panasonic Lumix DMC-FS6 ..mula-mula sy terfikir untuk mencari sebuah kamera yg berkualiti tp nk yg murah...hmmm...so sy berfikir la sejenak dari jenis manakah terbaik utk sy yg baru nk berjinak2 dalam dunia fotografi ini...then sy teringat pada akhbar KOSMO edisi 24 dis 2009 menceritakan tentang kelebihan lensa LEICA iaitu lensa berteknolgi asal dari german yang kini dibuat dinegara matahari terbit iaitu Jepun. Antara kelebihan lens ini ialah Kamera terbabit bukan saja selesa untuk mengembara bahkan berjaya menghasilkan imej yang tepat. Sejak itu lensa Leica kian popular kerana versatilitinya. Namun, harganya yang agak mahal menjadi penghalang kepada mereka yang ingin memilikinya.


Namun, sejak Oktober 2001, Panasonic menjadi pengeluar utama dunia lensa separa sfera berketepatan tinggi menggunakan label Leica untuk kameranya pada harga mampu milik.

Ermmm...satu cadangan yg baik bagi saya,kemungkinan saya akan mendapatkan sebuah pada bulan hadapan..

19 Disember 2009

Apa bisnes internet??


Assalammualaikum semua bertemu kembali kita pada waktu dan hari yg sama dalam rancangannn 'tut'....hehe saje je wat lawak...erm kali ni aku nk tulis sedikit mengenai perniagaan internet hehe...musti ramai yg minat kan...sebenarnya takde apepon yg aku nk citer tapi aku nk kongsi ape yg perlu aku ceritakan kt dalam ni. Aku ni bukanla org yg senang mcm korang eceh..tak la miskin sngt tp biase2 je..biasek la org kg kan..so life aku ni just normal not nominal eh kikiki'...Ok la serius sket ehemmm..pernah tak anda mendengar nama2 seperti Irfan Khairi,Lisa Hilmi atau pon Labanon? bagi anda yg biase mendengar nama2 ini sudah pastinya anda mungkin seorang IM ataupun Internet Marketer atau lebih dalam sket kira bisnes man intenet lah..tahu tak anda berapa income dorang?? musti la tak tau ele main agak2 lak,tp yg aku tau dorang mmg kaya raya la bukan hatu raya. Walaupon ada dr drg tu umo masih muda setakat 18 thun tp tak pernah jadi kuli hanya dgn jd IM. Perghhh respek beb...klu dia boleh masakan kita tidak? jika anda blogger dan sedang membaca blog ini silalah bukak Google search dan taip internet marketin...mcm2 info kt situ klu anda nk tau..kalu nk yg lg baik korang kli sini jek..buat masa ni bnyak aku tumpang2 info dr sini...bagus die kongsikan ilmu tu kt kita...ak siap doakan drg lbih maju lg beb...haa...kt situ macam2 info ada..aku sarankan korang bacelah sedikit sebanyak kt dalam tu...agak membinan beb...aku nk citer bnyk pun tak guna so korang silalah ke link ini eh...lisahilmi...berjumpa kita di waktu yg sama..Opsss sory kak lisa sbb amek gamba web akak...ala kak tuk promosi web akak jugak hahaha..kla...tata titi tutu...Assalamualaikum...

17 Disember 2009

MALAYSIA VS VIETNAM



Assalamualaikum buat semua pembaca blog,hari ini kita telah menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Vietnam pada perlawanan sukan sea 2009 yang diadakan di Laos. Pasti ramai yg gembira sampai nk nanges pon ade hahaha sebab dh 20  thun kita tak tgk negara kita dpt julan piala sukan Sea tu...apekan daya kutuk punya kutuk last dapat jugak kan?? hehe Alhamdulillah pada akhir dan awal tahun baru islam iaitu 1431H dah catat sejarah pecah rekod 20 tahun tanpa menang hikhikhik...syoknye aku tgk dorang main tadi...rasa nk main skali ngan dorang je pulak...masa sparuh masa first mmg Malaysia main cam hampeh tapi lepas jek masuk 2nd half perghhhh!!! mantooo0o0o000ppp!!! buat kita semua jafilah penyokong Malaysia yg tegar,setakat sokong team omputeh buat hape,negeri sendiri pon tak tersokong ni kan pulak nk sokong negara lain lagi2 Man U la hape la...tapi aku tetap aku sokong Malaysia selamanya sbb aku cinta negaraku tanahair ku......apa2 pon tahniah Malaysiaku.

15 Disember 2009

Hurmmm ni la geng2 aku main bola


kadang2 bila petang rasa mls gak nk bersenam tapi bila ku senam ku rasakan best la! rasa sehat sngt2, badan pon ras0 lebih seGarR mcm susu dari ladang hehehe...hidup ni palat ke?? hidup susah mati pon susah hahaha...layan jela...

11 Disember 2009

ini la keje aku sebagai sorang teknisyen hehehe...


haa...ini la keje aku kalau korang nk tau...makan gaji beb bukannye tokei hehe....agak2 korang bape lama lagi perlu mkn gaji ek? bosan gak kje camni beb....kalau rase2 nk follow blog aku ni follow la bleh la layan2 hehehe....

19 Oktober 2009

2012

btl ke 2012 bakal kiamat?? pada aku tu suma atas dasar kepercayaan dorg je...terutama skali kaum maya,tp dari kajian aku ada gak benda besar yg akan berlaku kt era globalisasi dunia skrg ni..mungkin dr sudut pemerintahan dunia or 'new world order'. Bagi sape yg paham yg aku ckp ni letak la komen pe pndapat korang...ape2hal pon aku syorkan korang tgk,dgr dan pahamkan video kat youtube bertajuk 'The arrivals' from noreaga and archenar under wakeupproject...banyak benda yg boleh bangunkan kita dari lena yg panjang...fikir2kan lah..dah tgk jgn lupa plak lawat blog aku dan bg komen skali...takpe kita bincang2kan nnt...have fun!!


Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)