01 Ogos 2011

Warkah buat ibu

Hari ni 1st day puasa kat bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011. Hampir setahun perkara itu berlalu, namun ia masih segar dalam ingatanku. Bulan ramadan ini jugalah peristiwa yang agak mendukacitakan berlaku, apa yang tak diharap dan tidak dipinta berlaku. Teringat waktu aku pulang ke kampung halaman, menjenguk keadaan ibuku yang terlantar keuzuran kerana penyakit yang agak kronik. Saat ini juga waktu itu kebetulan aku terjaga terlihat dia duduk dikatilnya menahan dari tidurnya. Kegelisahan lantas terus aku dakap dan urut bahu dan belakang badannya. Dia diam tidak berkata-kata. Berulang kali ku bertanya mengapa dia menagis namun dia mendiamkan diri. Akhirnya satu ketika dia menyuarakan apa yang dirasainya. Nafasnya kian tersekat bila tidur didalam keadaan baring, perlahan aku bawakan air suam lalu diminumnya. Dalam pada itu aku agak tersentap akan perjuangan melawan apa yang berlaku terhadapnya. Begitu kuat dia menahannya, walau keadaannya sedemikian, dia tetap bangun ketika tengah malam atau seawal pagi untuk menunaikan solat sunat. Barangkali solat hajat. Dia tidak kuat untuk bekerja lagi, dia tidak mampu makan apa yg dihajatinya dan tidak juga mampu melakukan perkara seperti orang yang normal. Ini semua kerana tuntutan alam yg membataskan pergerakan. Sesekali aku terjaga ditengah malam, terdengar akan suaranya membaca kitab suci Al-Quran . Sayu kudengari mungkin juga kerana dia tidak mahu mengganggu orang lain tidur. Aku tahu dia sukar untuk tidur, mungkin juga sukar untuk bergerak, namun digagahi jua. Terharu dengannya, sangat tabah mengingati Allah walau keadaannya terhad. Ada jua aku terdengar tangisan di tengah malam, bapa ku sentiasa disisinya, tabah menjaganya siang dan malam. Boleh dikatakan seluruh masa dia akan terbaring dikatil seharian kecuali untuk solat. Jika direnung akan tubuh ini, mengapa aku tidak sekuat dia, selalu lali akan perintahNya. Peristiwa itu selalu menyedarkan aku dari lamunan. Tidak pernah sepinggan nasi dimakannya tetapi cuma beberapa suap nasi yang berjaya masuk kemulutnya. Selera tiada, walau makannan kegemarannya sentiasa ada tetapi itu juga mustahil untuk memujuk hatinya untuk makan. Sebuku roti adalah penemannya yang sejati, bila lapar itulah hidangannya. Aku cuba menghiburkannya tetapi selalu gagal, aku anggap mungkin kerana sakit itu membenamkan perasaan girangnya yang sebelum ini terpalit senyuman setiap kali aku mengusiknya. Aku mendambakan senyumannya, aku perlukannya. Adakah aku terlambat, itu adalah dari benak fikiranku ketika itu. Perkara yang paling tidak dapat aku lupa, dia akan sentiasa menungguku ketika aku akan pulang ke tempat kerja setelah tamat cuti. Tiada sekali dia tiada waktu itu. Dalam perjalananku ditemani doa-doanya yang sentiasa mendoakan kebaikan ku, Kini, umpama pulang ke kampung tiada bermakna lagi, tiada apa yang aku kejarkan. Aku tahu aku salah berfikir demikian, kerana aku masih ada ayah dan adik beradikku di kampung. Umpama ada satu yang kurang ketika aku kembali ke kuala lumpur. Mungkin dia tidak tahu, ada satu perkara aku tidak pernah aku memberitahu dia, setiap kali aku bergerak dari rumah, aku toleh dan aku pejamkan mata untuk disimpan wajah yang selama ini membesarkanku dan persoalan yang timbul ialah, adakah aku sempat untuk menatap wajahnya saat terakhir dia dimuka bumi ini. Kerana tugas aku ini sentiasa berjauhan dari keluarga. Semangat mereka sentiasa jauh didalam lubuk hatiku. Jasa-jasa mereka tiada tolok bandingnya, tiada tertunai dengan wang ringgit. Namun perkara itu sudah berlalu, dan aku gagal tunaikan impianku kepadanya. Biarkanlah hidup terus berlalu, masanya akan tiba.Seribu ampun dan maaf buat bonda, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan buat diriku. Aidilfitri ini tidak dapat aku beraya bersamamu untuk kesekalian kalinya. Tarikh syawal tidak juga akan ku lupakan.Ampunkan anakmu....Semoga rohmu tenang dengan iringan doa ku kirimkan. Al-Fatihah.. 


                                                                                                                                                        0317H

2 ulasan:

yan berkata...

hmm sabar ea.. yg hdup pasti pergi.. doakn arwah kt sne tw

faizalfretless berkata...

thanks yan, awak pun sama tau...

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)