Sebelum penggal detasmen yang baru ni, membe aku ni dah pesan siap-siap nak pegi subang sebab nak pi kenduri kawan baik dia. Aku cakap ok jer, minggu depan aku balik hang pulak pi subang. Sekali bila tarikh aku dah nak balik kuching nama dia tak ada pulak untuk set crew minggu depan. Aku tengok macam dia tak submit nama pulak. Tapi geng2 yang sibuk nk duk subang ni aku dah pesan, si membe srg lagi ni nk mai subang, ada hal...tapi diorang buat tak tau jer. Kesian pulak aku, dah la dia ni jarang dapat balik semenanjung. Sebab tu aku berkeras nak letak nama dia. Bila masing-masing pentingkan diri sendiri camni lah jadinya. Membe aku tak dapat pegi sana minggu ni, kebetulan pulak awek dia meninggal semalam. Dia stress aku tengok, ape yang aku boleh buat cuma nasehat jelah. Sebab aku ada pengalaman, tapi tu mak aku, meninggal tapi bila aku sampai kampung mak aku dah dikebumi. Aku pesan kat dia instighfar banyak2, sedekahkan al-fatihah banyak2..Pada aku cara tu jer yang boleh tenangkan hati manusia. Geram pun ada bila teringat balik aku pesan kat budak2 yang sibuk nak duduk subang tu diorang buat tak reti..Takpe lah benda dah lepas. Tapi ralat tu tetap ada sebab dia dah pesan kat aku, seolah-olah dia mintak tolong aku selaku senior selaku incharge dia. Tadi sebelum dia balik dari bilik aku dia tunjukkan lagu yang arwah awek dia buatkan tuk dia..lagu dari wali band kot 'Doaku untukmu Sayang'-wali band siap lirik..kalau aku jadi membe aku ni pun agak terharu jugak beb...arwah pesan membe bilik dia suruh bagi video yang dah siap lirik tu kat membe aku tapi membe aku dapat lepas dia meninggal...terbarai siut.. Semoga dia dicucuri rahmat, Al-Fatihah buat Nik Athirah..
Memaparkan catatan dengan label JODOH. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label JODOH. Papar semua catatan
10 November 2011
Dah ajal, takde jodoh..
Masuk hari kedua aku kat kuching ni, akibat cuaca tak menentu aku kena serang virus...yer virus selsema.. Lepak malam-malam buat air kopi pekat sambil layan movie. Sambil2 FB tertengok pulak status wall membe aku ni. Dari ape yang aku paham mula-mula ingatkan membe laki dia meninggal. Rupa-rupanya awek dia yang pernah aku jumpa dengan dia dulu. Masa tu pi hantar kete awek dia sbb dia pinjam bawak balik kampung emergency bapak dia sakit. Tak lama lepas aku komen kat wall dia terus dia datang lepak bilik aku. Takde tmpat mengadu dia cakap. Aku memang suke dgr masalah orang dan bagi pandangan, sebab maybe dengan cara tu kita dapat tolong orang dan belajar sesuatu dari pengalaman beliau. Tak lama lepas mandi tadi dia datang, terus aku buatkan air teh dengan potongkan kek lapis yang membe baik dari samarahan bagi tadi. Dia pon story la pasal awek dia, macam aku cakap tadi aku pernah terjumpa arwah awek dia. Budak kelantan, umo sebaya dia, keje sebagai staff nurse kat ampang. Aku tau si arwah ni baik budaknya, walau cuma status awek je pada membe aku ni tapi dia sanggup habiskan cuti dia semata-mata nak jenguk bapak kepada membe aku ni yang sedang uzur. Selain tu dia pernah tolong si membe aku ni macam-macam. Kira memang sayang sangatlah kat mmbe aku( nak cerita semua malas lak) . Memang nampak sangatlah dia sayang betol-betol dengan membe aku, macam-macam dia buat untuk buktikan kasih sayangnya. Aku siap pesan malam masa hantar kete tu, 'hang pi lah teman dia sat kluaq minum2 ka'..tapi mungkin mmbe aku ni segan sebab ramai membe. Lepas hanta kete tu dia keluar balik, lepak ngeteh ngan si arwah ni.
02 Mei 2011
10 petanda dia jodoh kita =)
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.
1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
26 Disember 2010
Soal jodoh?
Cinta?? antara perkataan yang aku anggap karut belaka. Tapi kalau jodoh yessza aku suka harhar.. Tak semua orang boleh memiliki cinta sejati. Semua orang perlukan pasangan hidup. Tidak kira mcm mana pun perkara ni mesti berlaku lainlah kalau anda memilih untuk hidup sendirian. Dalam usaha menuju kearah itu mesti bermacam-macam karenahnya bukan? ada yang frust menonggeng ada yg bunuh dirilah dan macam-macam dah aku dgr. Yang berjaya tu Alhamdulillah aku ucapkan .Setakat frust tu bole la blah tapi kalau bunuh diri tu bongok giler. Jodoh oh jodoh manelah kau??
Mungkin ramai kat sini tertanya-tanya akan jodoh korang, siapakah dia tu jeng3...Tapi yang aku pelik dugaan tu amatlah berat bagi aku sebab ape setiap kali aku jumpa mesti ada yang tak kena. Nak tunggu kena memang ntah bila betol tak? Macam main tikam2 jugak kot. tapi nak cari bini atau suami takle la tikam nanti mati anak orang hahaha..Sebab ape bila kita 'tikam' ni kita tak tau ape nak jadi dimasa depan kan. So lebih baik kita pilih yang terbaik buat diri kita dan masa depan. Perkara sayang tu nak tafsir camne ea? Ntah la aku pon tak tau korang sendiri tau kan. Untuk kesekian ribu juta kalinya ramai ustaz nasihatkan 'permulaan yang buruk tidak menjanjikan kebahagiaan dan kesudahan yang baik'..Ni yang aku dgr lah bukan nak ceramah. Kalau awal-awal lagi dah nampak simptom2nyer takkan nk angkut jugak? Tapi tu semua bergantung pada environment jugak. Tak semestinya buruk tak boleh menjadi baik tapi pisang takkan berbuah dua kali. Kena ingat tu, mana boleh reverse! Tapi kalau disemai balik bolela pastu bagi baja-baja yang terbaik insyAllah boleh kot. Tapi tetap tak sama dengan pisang yang first tadi kan? Tu dah pisang lain hehehe. Pisang lemak alahai comey..Gambar yang aku masukkan ni adalah sepupu aku, struggle dalam mencari jodoh dia tapi lastly Alhamdulillah Allah makbulkan doa dia, dapat ustazah la katekan hehehe. "KALAU DAH JODOH TAK KEMANA" pusing-pusing kat situ jugak hehehe..
Pada yang dah berkahwin tu agak-agak camne ek masa korang buat keputusan sblm berkahwin tu? kira BERANI MATI ke atau camne? Yela kawin ni bukan perkara main-main leh tangkap muat jer. Mesti kena istiqamah pastu istikharah sikit. Ada ke yang kawin kerana terpaksa? Ada ek. Aku rasa la..Pada lelaki yang berumur 25 keatas tu bole dah kawen, kalau belom blh la cari2. kalau pempuan lepas umo 25 kalau tak kawen tu jaga-jaga lah hehe. Market jatuh, laki takpe makin tua makin berisi la katekan. Haa aku tak memihak sapa-sapa tapi atas kebenaran cehh.
Dimusim-musin mengawan eh musim kenduri kendara ni aku ucapkan pada semua yang baru melangsungkan majlis perkahwinan aku ucapkan semoga bahagia dan diberkati olehNya hingga ke akhir hayat nanti insyAllah :-)
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
ISLAM
(37)
aku
(29)
PEDOMAN
(12)
kenangan
(12)
aku merepek
(8)
buka minda
(7)
hidup
(5)
KERJAYA
(4)
LIRIK
(4)
muzik
(4)
AIDILFITRI
(3)
ALAM MISTIK
(3)
INFORMASI
(3)
JODOH
(3)
KEMBARA
(3)
LAGU
(3)
MATI
(3)
PENGHAYATAN
(3)
Puitis
(3)
RENUNGAN
(3)
SARAWAK
(3)
TUDM
(3)
sukan
(3)
2011
(2)
AL QURAN
(2)
Aircraft
(2)
FILEM
(2)
FREEMASON
(2)
INDONESIA
(2)
JENAYAH
(2)
KASIH IBU
(2)
KEBENARAN
(2)
KEJURUTERAAN
(2)
PATRIOTIK
(2)
PERJUANGAN
(2)
SEJARAH
(2)
TAUBAT
(2)
UCAPAN
(2)
YAHUDI
(2)
bisnes internet
(2)
keje
(2)
memasak
(2)
motor
(2)
resepi
(2)
sajak malam
(2)
100PLUS
(1)
2010
(1)
7TRIBE
(1)
ALAM KUBUR
(1)
AMY SEARCH
(1)
ANJING
(1)
ART OF LIFE
(1)
ARTIST
(1)
BAHASA
(1)
BAIK
(1)
BINATANG
(1)
BIRTHDAY
(1)
BISNES
(1)
BRUTAL
(1)
BURJ DUBAI
(1)
C-130
(1)
CALL
(1)
CINTA
(1)
CN235
(1)
CRIME
(1)
DARJAH SATU
(1)
DRUM
(1)
DUA LAUTAN
(1)
DUNIA
(1)
FACEBOOK
(1)
GAME
(1)
GITAR
(1)
GULA
(1)
HAIWAN
(1)
HARGA
(1)
HOBI GAMBAR TRAVEL
(1)
IT
(1)
Indon
(1)
JAHAT
(1)
JAMMING
(1)
JAPAN
(1)
JIWANG
(1)
JOHOR
(1)
KEBENARAN BUKA MINDA
(1)
KEDAI GITAR
(1)
KEYBOARD
(1)
LAMUNAN
(1)
LANEY
(1)
MAKANAN
(1)
MALAYSIA
(1)
MAULIDURRASUL
(1)
MEKAH
(1)
MERAPU
(1)
MICROGENIUS
(1)
MIMPI
(1)
MUSIC
(1)
Maling
(1)
NABI MUHAMMAD S.A.W
(1)
NEGATIF
(1)
NIPPON
(1)
PEAVEY
(1)
PELIK
(1)
PERMAINAN
(1)
PERMANDANGAN
(1)
PESAWAT PEJUANG-BHG 1
(1)
POSITIF
(1)
SAINS
(1)
SHARING
(1)
SMS
(1)
SYAWAL
(1)
Syair
(1)
TAGGED
(1)
TAIPEI 101
(1)
TAKWIM
(1)
TARIKH
(1)
THE RAFFLES
(1)
THE TRUTH
(1)
TIMUR BARAT
(1)
TRADISI
(1)
TULISAN
(1)
VALENTINE
(1)
VIOLIN
(1)
VIRUS
(1)
X-JAPAN
(1)
XPDC
(1)
ZINA
(1)
ZYNGA POKER
(1)
anak
(1)
belasah jer
(1)
bolasepak
(1)
ekspidisi
(1)
fakta menarik
(1)
gadget
(1)
gaduh
(1)
handphone
(1)
jelajah
(1)
kamera
(1)
kasih sayang
(1)
kekeluargaan
(1)
kuching
(1)
memori
(1)
nasihat
(1)
olympic
(1)
pakistan
(1)
pengkebumian
(1)
politik
(1)
saudara
(1)

