20 November 2012

Melawat kenangan hehe

 Perghh...bersawang lagi blog aku...apehal la malam ni blues giler walhal aku layan video2 search yg lama lama punye. Maybe teringat lagi kenangan masa mula-mula belajor main gitar dulu kot. Walau aku tak terer tapi banyak blues nyer selaku seorang pemuzik ni hehe. Takle pemuzik sangat cuma darah yang mengalir dlm badan aku ni penuh perkara-perkara seni..layan lagu bisa, mentari merah diufuk timur dll lagi yang menyengat mental aku ni...such a release la katekan.

 Duduk sorang2 dalam bilik pasti mengimbau kenangan kan haha. Itula aku tak habis2 dengan memori lalu. Dulu zaman aku kecik2 takde youtube bagai nak buat belajo, tak macam sekarang banyak giler sumber nak belajor muzik. Gitar karan pun senang nk dapat. Lawak jugak bila cari solo yg pakai tremolo pakai gitar kapok. Aje ke giler hahaha.. mane nak jadi..lagu isabella ler punyer pasal kan solo dia mendayu2 gitu pehh..Siape pun diri dah tak bole nk ubah kecuali kita. Tu pon klu tak balik ke asal la kan. Ade sentimental nye setiap alat muzik ni...tak caye boleh try kecuali kau memang takde seni nye. Ok...tengah taip ni terlayan plak lagu pembakar perasaan dari search jugak... idop siot ke rockannye..giler ahh..video clip shoot kt rumah usang ade api2 gitu wallawei..dah ler..mengantuk plak...zzzZZzzZZ...

12 September 2012

Takde ape

     Agak bosan hari ni, balik keje terus tertidur sampai asar. Terlepas zuhur aku aduhai.. Rasa mengantuk sangat-sangat tak taw pasai apa. Check stats ramai jugak orang singgah blog usang aku ni. Berhabuk ceh...datang pulak idea nak postkan video aku main alat muzik dalam ni insyAllah.. Dari tatau nk buat ape lagi kt blog ni elok jugak aku masukkan detik kenangan aku time bosan-bosan. Karang la aku upload, haha...bukan terer pun cuma syok sendiri jer kot. Mengantuk..prepare untuk esok. zzzzz... 

10 September 2012

Warkah buat alam

Sesekali teringin rasanya menulis, menaip atau apa-apa sahaja yang boleh dicoretkan buat pengubat lara hati. Tetapi tersangatlah berat diri ini untuk memulakan..

Gambaran hati tidak terpalit diraut wajah, sengsara yang dijiwa tak juga terpampang. Apa yang hanya ku ingin katakan hanyalah Allah, Allah, Allah....Maha mengerti akan perasaan setiap insan yang masih bernafas dimuka bumi ini. Andailah dapat ku pergi ke bintang buat sementara untuk menenangkan jiwa yang bergelora ini alangkah bagusnya..Masakan langit tak dapat ku gapai apakan pula bulan dan bintang. Hanya yang tersurat didalam Al-Quran buat penenang hati. Tersiratnya fitrah fitnah dunia dengan kadar hayat mengajar erti sebenar realitinya atau faith yang sentiasa menemani dan mengekori kita kemana sahaja. Mati..satu ungkapan satu maksud dan satu destinasi yang bakal kita tempuh kelak. Terkadang terasa syahdunya ...syahdu yang tak dapat ku gambarkan..tak dapat ku ceritakan...cuma..cuma dapat aku rasa dari deria yang mana entah hadirnya dipinjamkan dari Allah yang Esa..Mengapa sesekala begini, begitu. Persoalannya bermain-main dalam kotak fikiran yang terbatas hadnya. Ya Allah...aku sedang melaui detik ini..sedar seketika dari khayalan dunia yang cuba mengEsakanMu wahai tuhanku.

kanan dipandang kiri dipandang...depan kerap pandang tetapi kerap dibelakang kita lupa. Takdir? bukan..bukan juga apa yang kamu fikirkan sekarang. Jadi dimanakah diri aku yang sedang menaip ini? Sukar kawan....sukar nak ku jelaskan. Apa yang kutahu aku dilebuhraya yang panjang tiada nampak penghujungnya kecuali jalan mati setia menanti didepan. Wahai kawan, terima kasih menjadi sahabat,teman juga penjihad sejati dalam erti hidup dan juga pelengkap plot-plot hidupku. Maaf jika terlanjur dosa...aku cuma yang biasa aku. Fizik kimia yang telah ditentu sukatkan, cemerlang dalam menjayakan teater ini. Teringin ku senyum setiap masa, amat teringin kusentiasa tersenyum..malangnya senyum itu terkawal oleh satu rempah khas diadun tanpa kegagalan. Alangkah bertuahnya aku, engkau dan lain-lain dihadiahkan akal. Walau kadang-kala akal agak nakal, ia tetap sesuatu benda yang baik. Akal sentiasa berfikir, fikir pula sentiasa membentangkan. bagaimana lagi harus aku katakan..Aku gagal menyampaikan apa yang tersurat didalam hati ini sekali lagi..

Wahai apa yang kulihat, ku jumpa, ku rasai, ku bercakap,ku dengar dan tak lupa dibelakangku..aku minta maaf dari satu zarah ke atom dan sebatang jasad ini. Aku hanya pelengkap plot kisah dan cerita..Aku tak mampu untuk m........ hanya itu yang dapat aku katakan. Tak sekali aku reka ape hujung jari ini carikkan. Kalau satu dunia gelap gelita maka tamatlah riwayat hidup kita untuk permulaan hidup sebagai sejarah catitan untuk masa hadapan. Izinkan lah aku menaip..maafkan aku sekali lagi...izinkanlah aku menaip...... .... .... .... .....

Alhamdulillah.

06 Ogos 2012

Galaxy note.

     Aku bukannye pakar nk cerita detail pasal note ni. Tapi agak teruja dengan software terbina dalam yg bole melukis nih. Aku minat melukis so aku terai la melukis pakai software yg ada tu.

     Hp aku yang sekarang ni GT-19001 jer atau nama kat surat beranak dia Samsung S plus super amoled. Hehe macam best jer bunyi dia tapi bole la setakat nak pakai. Usha punya usha membe aku dah beberapa orang jugak la pakai hp note ni. Besar syok mata aku yang rabun ni tengok skrin tak la kecik besor kecik besor je aku menengoknyer. Pada aku yang penting selain processor dia ialah Ram dia. Note ni Ram dia 800mb klu tak silap aku so best la kalau nak main game macam temple run, x-plane simulator, nova 3 atau CS Portable memang tak lag la jawabnya.

     Balik kepada note punya kemudahan utk drawing tu. Aku ada terai lukis pakai stylus dia perghhh memang bole buat lukisan ikut kehendak kita. Nanti aku upload lukisan aku yang paling cincai dan cepat. Cuma...cuma korang kena fokus sikit kalau dh angkat stylus tu, biasan cermin tu bole buat kita jadi pening nak cari titik mula atau nk sambung garisan last sbelum kita angkat stylus tu. Tapi bak kata ayat poyonyer "not bad lah" (cehh...)..Bole aje nk lukis pemandangan ataupun karikatur. Boleh drag picture tambah pula tool yang bagi kita fast forwad ikut kesesuain. Bole la...syok jugak. Aku gian sorang-sorang ni sebenarnya Galaxy note tu sebab belum ada rezeki nak rembat hahaha...

     Bab harga memula aku dengar masa keluar RM1800 tapi sekarang dah dah jatuh kepada RM1600 ap set :P hahahaha..bole la nak pakai note kalau rajin nak tunggu 4-5 bulan lagi kompom murah-murah mari-beli..Tengok la nanti aku sambor gak satu dek kerana nak melukis kat mana sahaja tak kira tempat termasuk tengah berak. Tengah solat takbley la kawan yer. Tapi....S plus aku ni rasanya tak laku kalau trade in...sape nak meh la aku jual RM700..kira murah tu sebab dah tak kuar lagi model tu. Sekarang model Galaxy S ialah S2 pegang diikuti dengan Galaxy S advance..lantak koranglah nak follow S apepon janji tak membazir ek..

     Nasehat aku jangan dok ikot sangat tukar2 henpon ni sampai bila pon tak habeh dan tak terkejor. Pakai la yang sedia ada sampai dia kerosakan pun aduhai terr perr.. Ok lets rockin beriman...Assalamualaikum..

05 Ogos 2012

Welcome back

Dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim aku bukak balik blog aku ni..Sory kpd para pembaca sebab agak lama aku tutup blog ni...

Edisi blues kali ni maybe lain pulak halnya. Ada sedikit rombakan akan dibuat. AKu rasa sayang pulak nak biarkan blog tak seberapa aku ni terkubur..dari 2009 sampai sekarang ni satu masa yg lama jugak..Kalau dikenang-kenang balik ini antara kenangan hidup aku yg aku rasa kdg2 aku dah lupe...well apepon this is myfreelifeliving.blogspot.com :)

08 April 2012

kasi pusing satup


Hari ni bape haribulan ek? Aku pun dah lupe. Tapi takpe janji aku taip.. Panas jugak cuaca hari ni beb, rasa tak tau nak pegi mana selain tido. Nak makan pun malas jugak rasanya. Tadi pegi beli recorder satu, tingin plak setelah belas tahun maybe puluh tahun (aku pon tak kira) selepas last pegang rekorder, ala alat muzik yg masa darjah bape tah kita blajo dlu. Tengok kat youtube ada la pulak mamat budak sekolah agama ni terer main sekorder juga flute. So dah aku ni memang jakun kat alat2 muzik aku beli la satu kat kedai auntie pagi tadi lepas melantak nasik. Pergh lenguh gak nak main menatang tu, yela lama sangat tinggal. Sebenarnya aku nak cari seruling tapi belom jumpa2 lagi yang precision pnya, praktis tangan guna rekorder dulu. First day aku dah dapat sket lagu  ombak rindu hahaha. Kalau lagu rock aku cari pakai rekorder memang tak buleh la jawabnyer. Aku bukan ape, kadang2 rasa sunyi la pulak, kadang2 happening je dunia. Ntah la beb dah adat kesana sini kot. Nak balik kampong ni. Nak release tensen cukup2. Perkara yg nak aku buat pun mcm dah hilang mood la plak. Ntah la, (asik ntah jer) haha.
Ok aku ada call sorang tu, dia ckp ada jual seruling baik punya. Target nak cari chord C punya seruling, sebab paling nyaring, tadi berejam aku blasah rekorder tuh, best bro best bro hadoi. Terubat jugak kesunyian aku, dah aku ni tak reti nk bersosial keluar sana sini tak tentu hala, apelagi nk kua malam2 takde keje aku. Malam la mcm2 boleh jadi, kang termaksiat la ape la, pun ca tu punca haha.  Kontrol diri beb, bukan ape sekarang ni bohsia pon melambak, apelagi bohjan ekeke. Aku tanak join depa. Duduk rumah sudah. Layan seruling bambu hati pon tenang jiwa pun senang. Balik keje sampai lewat malam pon nak gi enjoy gak aku tak tau la. Eh aku rasa ade tempat aku nak tuju dekat2 minggu ni haha. Thrill punya ada beran? Rahsia beb kah3..Cuti ni kepala naik tanduk ler. Kepala batu jadi kepala tanduk, sapa punya pasal? Haha. Guruh dentum2 ni, baju aku tak angkat lagi kat jemuran..owh yea idea tade dah. Mau angkat baju dulu...calo calo bette...gua blah dulu..

04 April 2012

Pusara dilebuhraya

Sesekali berangan best jugak. Teringat aroma lagu pusara lebuhraya dendangan kumpulan Ekamatra, vokalisnya rahmat, Memang terbaek ah. Ingat lagi masa first aku dengar lagu tu tang intronyer yang menyengat. Bleh pulak terbayang gunung ganang berembun waktu pagi tepi highway. Yela dulu kecik2 aku berangan nak merantau, pegi sana sini tempat orang, rasa macam masa tu malaysia ni besar sangat. Sekarang dah beso satu malaysia dah aku pegi, untung jugak aku dapat kerja camni. Gaji tak besor tapi kepuasan hidup tu berbagai-bagai. Tapi ronda tetap ronda dengan motor kapcai aku, kete ada tapi jiwa aku tercurah kat situ, duduk atas motor berjam-jam tak tahu mana hala tuju. Bagi aku dah macam terapi minda, salah satu cara aku hilangkan kekusutan dalam kepala aku ni, kalau bahasa teknikalnye pressure relief valve, one way only. Lepas puas berpanas berhujan naik moto aku rasa tenang beb. Aku tak bole simpan lama2 dlm otak aku segala masalah, tu lah salah satu aku setel masalah haha. Sebab dlm perjalanan tu aku dapat berbincang dan bermuhasabah diri. Apekan daya, merantau sorang,berpindah2, segala payah jerih aku dah lalui yang pahit manis hitam putih alhamdulillah berjaya dilalui. Isap rokok jap....fuhhhhh...sampai bila la aku nk merokok ni. Hah tu salah satu jugak haha. Pelan pelan la aku benti rokok nanti. Kang mati awal aku tak sempat nk kumpul dana utk ke syurga. Dana dunia ni takat tu jer, watpe nk kejor kaya dunia kalau kt akhirat dah tau kita miskin amalan. Timbang2 dosa je lebih.. sedih wok.. Apepon gua tetap rockers, rockers dalam iman la katakan, tahniah buat brader sham kamikaze dah dapat hidayah waktu memuncak naik dan waktu muda2..Allah sayang kat dia, Allah sayang kat aku jugak tp maybe aku yg degil hehe..Tingin nk sempurna hidup tanpa dosa, tapi apalah aku ni manusia biase je bro.Ni dah jauh cerita pasal lagu pusara lebuhraya nih hadoiyai. Takpe la, blog aku blasah jer ape2. Selamat malam semua.


02 April 2012

Sana gelap sini cerah

Malam masih muda, mata makin layu, dengor lagu pon semacam jer aku rasa. Alhamdulillah sampai jugak aku kt k.l ptg tadi. Tak sempat plak nak jumpe semua masa nak blah tadi. Apepon mggu depan aku balik kg lagi. Tapi ada jugak aku belajar dari wekend ni. Kotak pemikiran manusia terbatas tapi anggaran jarang tersasar dari jangkauan aku. Yela aku manusia, selalu tengok perkara yang dah berlaku, belajar dari pengalaman, org cakap simple matematik. Ye pengalaman tu mendewasakan kita, semakin lama semakin cekap kita handle sesuatu perkara. Jangan risau, kita dua kau dan aku. Aku adalah aku dan kau adalah kau yang buta. Dah jalan dia buta nak buat macam mana. Ada jugak kadang2 yang cuba celikkan tapi dah sedap jadi  buta nak membuta je kejenyer. Payah gak kan, manusia ni mana boleh kalau orang lain yang ubahkan diri dia. Dia sendiri je yang boleh, yelah Allah dah tentunya tapi kalau kita tak mencari tak mengkaji tak mencuba mana nak dapat. Malas memang rugi, pasrah tak sudah2 pahtu seronok pulak. Haiyahhh..payah bebenor la. Satu-satu benda kita nampak gilir-gilir sampai la kita nampak semua. Tu pun kalau sempat lah, tak sempat elok jugak kan. Hah yelah, kalau dah tu yang kita nampak jalannya yang bakal terjadi redha jelah. Allah maha adil maha mengasihani dan segalanya. Dia takkan biarkan kita begini dan takkan biarkan kita begitu. maksud aku yang tak baik berlaku kat kita. Segalanya adalah terbaek. Hmmm susah betol aku nak ungkapkan. Ude aku punya pasal ni otak aku terbang sana sini hahaha. Apepon tengkiu la der share pengalaman hidup ko yang bukak kepala otak aku ni makin luas macam v-tec besor la pulak. Haah ye ade betolnya jugak, life ni simple, kita jer yang susah2kan puncanya tuh tuh, yang bernama nafsu tuh. Takla keparat sangat tapi salah guna doh. Apepon pulak, sorong tetap akan tarik, tarik akan tetap akan menyorong..giler ah..racun kalau kita telan selalunya kompom kita akan mati, tapi madu belum tentu boleh menyembuhkan segala2galanya...wallahualam.

29 Mac 2012

Aku dan perasaan

Larut malam ku duduk sendiri,
Ku diselubungi sunyi,
Mengelamun masa depanku kearah mana kutuju.
Dalam perjuangan penuh cabaran adakah tempat untukku,
Bila gugur nafas ku helah semangatku pun bernyala
Hebatnya perasaan ini mengenal diri sendiri,
Nafasku ku helah semangat ku menyala,
Bila pagi membawakan sinarnya
Perjuanganku bermula berasaskan seribu harapan
Aku melangkah kemuka,
Hebatnya..
Bila ku tanya diri ku sendiri apakah sudahnya nanti,
Aku rasa puas kerana hayatku
Kuhidupkan sebaiknya..



17 Mac 2012

Kepulangan

Jam ditangan memnunnjukkan 4:51 pagi. Terjaga dari tidurku serta merta. Lantas aku duduk dihadapan netbook ku yang setia menanti. Apakah yang terjadi. Tidur dikala kepasrahan dalam kegelisahan memikirkan sesuatu. Terjaga tidurku dari mimpi yang tidak sangka akan berlaku sekali lagi. Arwah ibu datang dalam mimpiku. Dia sedang menungguku dikejauhan sana. Tersenyum dia menanti kedatanganku dengan perlahan. Senyuman yang sudah lama kudambakan, alangkah sedihnya suda lama ditinggalkan. Berkat doamu seakan kehabisan nur nya. Jauh diri ini dibawa pergi oleh arus kehidupan. Mengapa lain dipinta lain yang diterima, atau sekadar ujian hebat dariNya. Dalam mimpi itu dia berpakaian serba putih. Ayah muncul dengan tiba-tiba. Lalu aku dijamu oleh ibuku dengan lauk kegemarannya. Kami hanya senyum sambil makan. Mungkin benar pesan orang tua tua, mimpi berjumpa arwah tiada kata-kata darinya. Dalam mimpi itu aku tetap sayu dalam kegembiraan. Aku perlukan kekuatan seperti dulu. Oh tuhan, mengapa ini terjadi. Hilang impian dan angan-anganku hilangnya harapan. Mungkin aku patut menerima dia yang kau sampaikan kepada aku satu tika dulu. Aku memohon keampunan sekali lagi tidak redha dalam pilihanmu. Kini aku kepasrahan, menerima sesutu yang jauh dari sudut normal permintaanku. Bukan yang terlalu sempurna, cukup perkara asas yang dapat dipenuhinya. Aku terlalu meminta, aku terlalu berharap dan aku tersungkur dalam harapan bertopengkan kejayaan. Ya Allah, kembalikanlah aku yang dulu. Aku rela terima segalanya. Perlahan-lahan bayangan ibu hilang seperti debu berterbangan di sudut tanah yang luas tiada penghujung. Aku redha dalam balasan Mu ya Rabb..


15 Mac 2012

Kusut la plak

Hari ni agak dalam sejarah jugak la, lepas oc admin keluarkan surat perintah suh kami pindah semua pernghuni rasa tertekan. Kami buat derk je ape nak jadi pon jadi la, dah satu kepala la katakan. Tapi ape yang paling aku rasa satu kekusutan buat kami satu kumpulan ialah pasal bilik jamming. Aduhai rasa berat sangat tangan ni nak pindahkan segala barang yang ada dalam tu terutama skali drum yang 1st boleh buat aku mahir, buat training hari-hari. Walau bukan hak aku tapi terasa jugak la dah tu jer drum yang ada. Aku tengok equipment pak ali, lan, dino dan aku sendiri rasa sedih la pulak. Kat situ gelak, kat situ jugak la tempat kami releasekan tensen masing2. Masing-masing learn to music. Amin dari tak tau apa pasal bass pun sekarang dah pandai dan banyak skill dia. Sampai aku suruh dia bawak balik umah bass ibanez aku tu. Punya la semangat nk tengok kawan2 pandai main alat posisi mereka. Petang tadi dah abis kami angkut. Takde la lagi studio kareb kami. Hadoiii... Nak jamming mana pulak lepas nih. Ciss bedebah jugak bila org jadi buta bila duduk di atasan ni. Redha jela kot2 lepas ni ada tempat utk kami letakkan segala equipment tu kt skn aku.Walau hancur sekalipun drum, aku akan tetap belajar hahaha.. :-)

Listen

When i was young, mother told me that this is a long journey. No matter how it is faith become shining when we touch it hug it and kiss it. Path is stil the same as we were muslim, pray to Allah and listen to Quran what it told us. Sometimes another question arrive to my mind, should  i ask? And i frequenyly asking to her until i can se her smile. Whoa it is friday, a day of heaven with us as Johor take friday and saturday as weekend.

Nothing else i can give her, all were given. What left is just a dust and a table of chair. One thing it pop out, i must be thinking. How when somebody taking herself to drawn fail after so many she learn from bad thing. Force herself to ruined and never come back. So who were taking her? Is it luck is the faboulous word match for this question? im gonna back...

14 Mac 2012

Bila jiwa bersastera



Puas diintai, digali, dikaji tetapi tetap tak tau apa ada pada masa hadapan. Masa lalu telah berlalu, masa depan kita tak tahu. Manakan lagi akan ku cari bukti-bukti masa hadapan. Bila jiwa bersastera habis segala aku ungkai, ketabrakan seperti akar-akar pokok yang besar yang panjang dan berserabut. Hujan pun satu sengaja memanggil-manggil aku tenggelam bersama sunyi malam berteman titisan hujan. Satu persatu mahligai timbul dari laut lautan. Bergelora jiwa memilih, berhenjut-henjut nadi menyusur darah. Cahaya pudar itu sekali lagi cuba hampir dan semakin hampir. Bila jiwa bersastera, tiada apa lagi jenis empangnya, biarkan sahaja, meruntun sanubari luasnyaaa bumi ini. Cantiknya air gunung mengalir, segarnya titis titisan air selepas hujan. Daun dengan mendung kadang kadang sama. Merah dengan biru pun macam nak sama. Lumpur masih belum kering, air sedang menunggu, malam kian larut. Semakin gelap pandangan semakin sayup dikejauhan....~

11 Mac 2012

Aku dan kerjaya

       Waktu ni jam 0415 pagi, baru jer balik keje dan belum tido. Terasa tenaga aku btul2 drain hari ni, bekerja seawal 7 pagi semalam sampai la hari ni. Banyak betul kerja yg perlu disettelkan. Bateri pun dah kong seawal petang semalam. Wekend ni btl2 bz sebab nk capai target..


Dari pagi bawak ke petang sampai ke malam tetap keje tak habis-habis. Keje mana la bole habis hahaha. AKu tanak taip banyak2 cuma nak share gambar jer sebenarnye...





08 Mac 2012

Jiwa dan lagu

Jiwa ni kadang-kadang terlalu sensitif bila mendengar lagu yang syahdu yang dapat memadu kita kearah kesedaran. Ada satu lagu tu tajuk dia Law kana Bainana selalu aku dengar dari rancangan tv AlHijrah. Sebelum aku paham maksud lirik tu lagi dah terasa akan auranya. Bila aku ungkap lagu ni kat youtube masyallah memang mendalam maksud dia. Tahniah la buat penggubah lagu tu memang sangat terkesan kat sanubari aku. Tapi rasanya ada jugak yang tak terkesan langsung bila dengar. Aku percaya sebab pengisian tu semuanya atas diri kita macma mana nak masukkan. Allah just bagi hint dan hidayah jer, kalau kita tak sambut baik takkannya hidayah tu terserap masuk ke jiwa. Eceh ayat aku ni agak tak bole blah gamaknyer. Buat masa sekarang ni banyak research aku untuk lagu-lagu yang boleh membawa kita kearah kebaikan. Walaupun aku seorang yg gemarkan muzik rock dan segala bagai tapi takkan aku lupa masukkan elemen islam dalam list fav song aku. Sebelom tido aku akan pasang lagu-lagu ketenangan contohnya macam lagu Law kana Bainana ni. Perghhh asyuk aku dengar tak sampai bape minit aku dah terlelap.

Ada beberapa soalan dalam minda aku ni yang ingin aku taipkan kat sini. Kalau seseorang tu walaupun dah ditimpa bala berganda tetapi tetap tak berubah itu macam mane? Adakah istilah istidraj paling sesuai dengan keadaan itu. Soalan ni tertimbul bila melihat seseorang yang masih terasa senang dengan keadaan kurang baiknya walaupun sebelum ni dah banyak kali kejadian tak diingini untuk mengingatkannya berlaku.

Just soalan biasa jer. Apeda aku taip kat blog aku ni soalan, macam fesbuk la pulak. Chow dulu selamat malam. Assalamualaikum.

BLog dan


Hari hujan dari siang tadi, terasa sejuk jugak malam ni. Selesai angkut barang untuk pindah teringin pulak online ssekejap. Merata jalan blog orang lain, rasa terhibur tengok post2 diorang semua kebanyakan seronok jer cerita pasal itu ini tentang keje, hidup seharian, kapel kapel. Kadang-kadang nak jugak taip maca, tu tapi rasa malas. Ape ntah puncenye aku pon tak tau, ada saje post yang tergantung dalam laptop aku ni semua aku tak publish. Apehal pon aku tak tau. Rasa dah macam tak seronok jer nak post story kat blog nih. Kita taip u'all bace, korang tak taip aku nak baca ape! hehe Tapi aku takkan luper singgah kat kawan lama blogger aku, sama-sama baru join blog masa tu. Jumpe pon kat blog, ada saje nk digelakkan kalau dah chat kat blog aku atau blog dia nih. Tu lah gunanya blog, bukannya nak jauhkan lagi siraturrahim.

Umo aku pon dah masuk 28 tapi belom berumahtangga lagi. Ntah bila pun aku tak tau semua tu ketentuan Ilahi. Tengok kawan-kawan yang lain semua anak dah masuk dua. Aku ape ada? haha anak tekak jela. Tahun ni banyak pergelutan nampaknya. Dari segenap sudut merata perkara perlu diselesaikan. Dari hal yang kecik sampai la perkara yang besar. Best sebab dunia ni kenangan kita, tapi yang tak baik tu la yang cuak nanti nak tengok filem kat akhirat adoii.

Antara target aku tahun ni nak beli drum. Dah ketagih kat drum, nak beli satu hak sendiri punya. Tapi dengan keadaan sekarang tak tau lah jadi ke tak aku kumpul duit untuk drum. Banyak lagi perkara yang penting perlu aku settlekan. Huarghhh...Mata sangat mengantok. Reverse pelan-pelan masuk tido..
 

27 Februari 2012

Syukur Alhamdulillah Ya Allah.

Entah mengapa tiba-tiba sekeping ini begitu luruh, mengenang kembali akan dosa-dosa lalu. Adakah taubat ini diterima hendaknya. Terasa sedikit jauh dengan yang Esa, rindu akan dugaan-dugaan yang hebatMu ya Allah. Dugaan itulah yang buatkan aku selalu ingat padaMu. Mungkin sebelum ini aku alpa dengan tanda kasih Mu ya Rabb..Tanda Mu itu adalah dugaan, payah jerih menempuh hidup ini. Mungkin tersalah cara, terlalu memikirkan ujianNya yang besar itu sampai lupa itu adalah tanda-tandaNya. Hening sangat terasa malam ini. Jauh dibawa larutan malam. Alhamdulillah diberi peluang untuk merenung jauh kedalam diri ini. Masih dibukakan hati untuk mengingatiMu. Walau agak berat kaki ini melangkah, tetapi jika tidak dipaksa manakan datang iman. Biar ia bergelora biarpun ia bermusim. Kita cuba untuk berubah dengan memaksa diri berubah. Tiada siapa mahupun ibu bapa sendiri untuk merubah segalanya. Hanya kita seorang diri. Orang lain takkan mampu untuk mengubah diri kita walau bagaimana sekalipun kecuali hanya sebagai penghantar dan penyampai. Relakan lah diri kita untuk mencuba perkara yang mungkin akan ditertawakan oleh orang lain. Siapalah mereka untuk kita jika hanya mencari kepuasan dengan cara sebegitu. Jika berubah kerana seseorang maka sia-sialah dia. Itu bukan perilaku sebenar kita. Terasa ingin kembali pada diri aku yang dulu. Yang selalu menangisi akan kekhilafan diri, yang selalu bersabar dalam perjalanan menuju ilahi. Aku percaya, sebesar manapun dosa jika kita berusaha insyAllah akan diampunkan kerana Allah maha pengampun dan maha segala. Terima kasih ibu buat yang mendidik aku dengan baik. Sebak kembali dihati bila terkenang kembali pengorbanan agung wahai si ibu. Terimalah Yasin buat tatapan kudusmu disana...Semoga kita berjumpa lagi diakhirat kelak. Aku amat merinduimu ...Dari anakmu. Faizal..

26 Februari 2012

Selamat hari tua

Hari ni besday aku lagi yang ke ke ke...28, tua dah aku rupanya hehe. Rasa cepat sangat masa berlalu, pejam celik pejam celik tido dahh masuk umo yang ke 28. Tapi still bujang lagi adoi ape nk jadi. Tu lah kita, masa sekolah dulu rasa lambat je nk dewasa, tapi lepas masuk alam remaja kemudia dewasa rasa cepat sangat. Alhamdulillah syukur umur aku masih panjang, masih sihat dan cukup anggota badan. Tapi tahun ni dan seterusya tetap takde seorang ibu dan nenek kesayangan aku lagi. Smoga aku boleh bawak diri aku ni kearah yang lebih baik nanti insyAllah. Terasa segala yang berlalu tu cuma sedetik, pantas giler. Haishhh...camne ni erk. Tadi jamming bawak lagu-lagu kenangan, tingat balik memori lama. Aduh aku ni tak habeh2 dgn memori lama haha. Yela dari kenangan itu la kita membesar dan lalui kan. Apepon terima kaseh buat orang yg dah wish besday kat aku lebih2 lagi orang yg paling istimewa hehe. syhhh... Aku tak penah harapkan orang wish besday aku atau bagi hadiah. Dah biase camni kan, orang laki mane la utamakan benda2 gini. Yang penting sihat dan ada perancangan setiap tahun. Alhamdulillah sekali lagi....nak taip Alhamdulillah banyak2 kang korang bosan plak hehe. Hepi besday to me yieeehaaa...Assalamualaikum..

09 Februari 2012

Hyee...

Biaser ler, dok santai-santai kat bilik ni tak tau nak buat ape. Macam sia-sia je tak wat mende. Memang btol pon, dari melayan game yg tak sudah-sudah atau tgk movie yg merepek lagi teruk dari kerepek masuk angin lebih baik aku usha blog aku nih. Malam ni off jamming, malam jumaat la katakan, satu team rockers aku pi surau ada sambutan maulud. Nak tergelak pon ada tapi ok la yg tak pnh amek air smayang ntah bape lama pon join Alhamdulillah buat kawan2 aku. banyak jugak penceramah jemputan tadi, banyak sentuh fikir diluar kotak berteraskan Nabi Muhammad s.a.w. Agaknya dimanakah kita erk? nak taip tapi rasa malas sangat plak. Cukup la tak sia-sia datang blog aku nih hehe...okebai!

07 Februari 2012

Parit Jawa movie

Gek cilik cilik mbiyen, nang kenelah dingenangi, ciliik clilik gek mainan nang kene, sukak banget, openn banget, ager sore guyu banget kambek sukak sukak, koyo awan kambek seng seng wingi, koyo bengi kambek bulane koyo kembang kambek wangine, koyo kui lah kuyupe podoanne, tapi saiki kabeh wes dadi koyo wong laen, orak ono kuyup orak eneng kasih sayang, ager lah urepe kenek diundurke, aku arek kue kabeh cilik seng lawase, kue reti opo ora? nang kenelah kembaran mu kakange diari ari dipendem karo bapak kue, bapak arep kabeh kuyup kabeh manggon nang kene, nang tanah kiye nang ngumah kiye, tp nak kue dol tanah kiye, podolah nek kuo ngedol awak mu dewek, mentolo kabeh ngelanggar amanahe bapak karo kakang, ojo sesok urepmu sek tulo-tule wes arwahe wes orak relo...Pulangkan kasih pada saudara, pulangkan cinta pada ibunda, pulangkan sireh pada gagangnya, pulangkan pamor pada kerisnya, pulangkan mahkota pada takhtaknya , smoga tanah ini agar tetap jadi warisan kita....berulang kali aku tengok babak last dalam filem telemovie "Parit Jawa"...Begitulah ending babak dalam cerita tersebut,seakan lakonan Ruminah Sidek tu umpama pesan orang tua aku sendiri terhadap aku. Sedih giler bab tu, berpuluh kali aku rewind,memang cerita ni agak sadis kerana anak-anak yang lupekan orang tua dan asal usul.. Semoga kita selalu mendapat hidayah dan sering membahagiakan orang tua kita nanti tak kira hidup ataupun mati. 

11 Januari 2012

Anak aset ke syurga atau neraka?

       Alhamdulillah syukur masih diberi kekuatan dan hidup dihari ini dibumi Allah yang tersergam indah. Sang suria pun masih bersinar menunaikan tugasnya terhadap Allah. Segar udara pagi, aman dan tenteram...Thanks Allah..

       Biasanya kita slalu mendengar tanggungjawab ibu bapa sangatlah besar dan berat. Mendidik anak menjadi seorang muslim sejati bukanlah senang. Tambah pula di era moden ni masing-masing ada kerjaya nak dijaga. komitmen berbahagi-bahagi antara dunia dan akhirat.. Itu adalah paksaan dunia, kita tidak diwajibkan mencari kemewahan semata tetapi carilah akhiratnya jua. Ibu bapa juga boleh diistilahkah penghantar ke syurga atau sebaliknya.

       Sebagai anak tidak terlepas dari tanggung jawab seperti yang disebutkan tadi. Adakah kita sebagai anak selalu melalaikan nasihat mereka ataupun melupakannya. Jangan kerana kita adalah anak kita tidak perlu melakukan apa-apa pada mereka. Bagi yang masih mempunyai ibu bapa bersyukurlah kerana masih diberi peluang untuk bersama mereka. Pada aku ibu bapak jugak antara tempat kita nak refer tentang sesuatu lebih-lebih lagi tentang agama. Selama kita hidup ni rasanya pernah tak kita fikirkan tentang sesuatu? maksud aku bila orang tua kita meninggal. Adakah kita dapat uruskan mereka ni dari awal hingga ke akhirnya? Mandikan jenazah, kafankan, mahupun urusan ke liang lahad. Tidak kira la lelaki ataupun perempuan tetap sama. Tidak semestinya anak perempuan tak layak, tak sesuai dan segala bagai alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab untuk menguruskan jenazah ibunya. Pada aku banyak kelebihannya bak kata ustaz Don kat tv alhijrah tu. Contohnya alangkah baik kalau kita selaku anak adik beradik memandikan sendiri jenazah orang tuanya. Tentunya kalau kita sendiri melakukan perkara tersebut dengan penuh kasih sayang dan tertib. Kalau orang lain semestinya tak macam yang kita uruskan sendiri. Andaikata ada aib, tentunya rahsia tu kita simpan ketat-ketat.Yelah kita kan anak. Begitu jugak masa mengkafankannya. Tentunya kita susun elok-elok kita balut cantik-cantik sebagai pakaian terbaik untuk dihantar ke alam roh kelak. Nama pun dengan kasih sayang kan. Seterusnya mengimamkan jemaah untuk sembahyang jenazah. Adakah kita mampu untuk melakukan tu? Aku tau tak ramai yang boleh dan yakin untuk menjadi imam. Alangkah baik kita selaku anak dapat buat semua tu. Proses kebumi pun begitu. Kita tak tau bagaimana kalau orang lain yang uruskan. Pada aku la yang pernah masuk ke liang lahad untuk meletakkan nenek aku diperbaringan terakhir, aku rasakan sangat takut kalau-kalau pergerakan aku ni menyakiti jenazah kerana perasaan sayang,kasih tu tidak terhingga. Apatah lagi kalau mak bapak kita sendiri. Semua urusan terakhir anak-anak yang buat. Si arwah tentu berbangga dengan kita dan bersyukur kerana diberi anak yang soleh dan bertanggungjawab. Apa yang aku taip ni semua berkisar dari video Ustaz Don ini..tapi apa yang dia cakap memang buat aku tersentak, rasa macam nak menagis pun ada sebab aku tau aku sendiri tak mampu nak lakukan tu semua. Sama-samalah kita belajar nanti InsyAllah..Oh ye kalau nak menangis biarla kena tempatnya, jangan kerana cerita korea ka jepun ka ataupun hal dunia saja kita menangis...tak gune wooo... :) jom kita tengok..




09 Januari 2012

Wanita: Akal senipis rambutnya

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati fikiran dan perasaan lelaki akan resah masih mencari walaupun ada segalanya.

Apa yang tiada didalam syurga. Namun Adam tetap rindukan Hawa. Pada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri ataupun puteri.

Dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri tidak lurus....manakan mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus...

Luruskan wanita dengan dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mengikut panduan dariNya..

Janganlah cuba menjinakkan mereka daripada harta kerana nantinya mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nantinya mereka semakin menderita.

Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada Allah, Zat yang kekal. Disitu punca bagi kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya. Tebalkan ia dengan ilmu. Hati separuh kaca, kuatkanlah dengan iman. Perasaan selembut sutera. Hiasilah dengan akhlak

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan tuhan. Bisikan ketelinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi tuhan, sebaliknya disitulah kasih sayang tuhan.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti akan terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok. Itulah akibatnya andai wanita tidak mengenal tuhannya.

Bila wanita derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan, tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. Jinakkanlah diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu.

Janganlah mengharap isteri semulia Fatimah Az-Zahra,
Andai peribadimu tidak sehebat Saiyyidina Ali karam Allah Wajhah~   :-) 

07 Januari 2012

Anjing the story

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Semoga sentiasa dalam keampunan dan diberkati buat semua saudara seislam sedunia.

Ok, hari ni aku nak share story sikit mengenai anjing, binatang yang tentunya lebih dikenali dengan najis mughalazah. Tak ramai orang kita yang bela, kecuali orang-orang kafir.

Dirumah aku ada anjing, dulu ada empat ekor termasuk seekor ibu dan selebihnya anak. Tapi sekarang tinggal ibunya sahaja. Pada mulanya si ibu anjing yang lebih senang kami nak panggil dengan nama 'shiro' ni abang aku bela untuk jaga kebun pisang yang dah dipajaknya dulu. Maklumlah kat kampung ni monyet banyak sangat, jadi camne nak tanam pisang secara komersial kalau si monyet-monyet ni asyik curi pisang tu tiap-tiap hari. Jadi dengan tu abang aku ambik keputusan nak letak anjing penjaga kat kebun tu. Ntah mana dia dapat mungkin dari cina pekan atau beli dengan membe dia. Dari mulanya proses kebun pisang tu shiro ni dah duduk dalam kebun tu. Shiro kenal abang aku sebab dia ambik dari kecik. Kemana-mana abang aku pegi dalam kebun tu dia ikut. Tapi jangan silap shiro ni tak manja sampai menjilat-jilat tuannya mcm dalam tv tu. Mungkin sikap abang aku yang tanak manjakan dia sebab takut jadi camtu.  Shiro ni kenal perimeter kebun seluas hampir 4 ekar tu. Yes, ni salah satu fakta yang aku baru tau. Dia takkan keluar perimeter selaku pengawal kebun. Tapi ada waktu tertentu dia akan keluar. Akan aku ceritakan nanti...

Pernah abang aku cerita yang si shiro ni bijak. Masa tu dia berehat kat bawah pokok pisang untuk rehatkan badan, bila dikeluarkannya rokok sebatang dia baru sedar yang pemetik api zippo dia hilang. Si shiro ni nampak yang abang aku nak hisap rokok tapi takde api. Shiro terus berlari kemana pun tak tau sedar-sedar dia dah gonggong zippo milik abang aku ni lalu dijatuhkan depan tuan dia(abang aku ler). Abang aku samak lalu dipakainya zippo tu buat hidupkan rokok. Ok, tugas shiro biasanya dia akan halau monyet yang cuba curi pisang kat dalam kebun tu tak kira siang atau malam. Tak pernah misi si monyet ni berjaya dek kerana shiro. Dalam situasi yang lain pulak, dalam 100-200m sebelum abang aku ni sampai kebun dia, shiro dah tau dan kenal bunyi motor tuan dia termasuk jentera kubota. Dia akan kejar abang aku sejauh jarak tu, tersenyum abang aku tengok gelagat shiro. Kadang-kadang shiro buat orang tak selesa juga, yela dalam kampung melayu ni mana ada anjing. Tapi orang kampung aku faham, shiro cuma ditugaskan untuk menjaga kebun. Bab makanan tak perlu risau sebab abang aku takkan biarkan si Shiro ni kelaparan. Ada juga satu masa tu abang aku belikan shiro ni makanan anjing yang dalam tin, special katanya sebab taat jaga kebun. Pernah aku cuba untuk masuk kedalam kebun aku dengan uteh aku naik motor, baru sampai depan dah kena kejor dek shiro sambil menyalak. Gelaabah dibuatnya, nak u-turn jalan dalam kebun tu kecik tambah pulak tanah lembik. Tapi rupe-rupenye shiro tak gigit kami berdua, mungkin sebab diskaun aku masuk kebun tu pakai motor tuan dia hehehe. Saje je aku nak test dia cam ke tak. Rupenye memang cam sangat-sangat aku ni bukan tuan dia hahaha,. Terkekek-kekek aku ketawa dengan uteh aku lepas dapat lari dari shiro. Mungkin tu juga antara kenangan manis aku bersama keluarga.

Selepas beberapa tahun, kontrak pajakan kebun tu pun tamat. Dan abang aku membiarkan shiro mengikut dia pulang ke rumah. Maka tinggallah shiro disekitar rumah aku, adik beradik aku yang lain kurang setuju sebenarnya, tapi jika aku renung mata abang aku, aku dapat tangkap dia takkan sanggup nak membuang shiro jauh dari dirinya, kalau aku sendiri jadi tuan shiro maybe aku takkan buang jugak sebab shiro tu dah berjasa dan menyelamatkan ribuan ringgit dari hasil dicuri monyet. Core value dia pun mahal, kasih sayang tu..Walaupun binatang kan kita ni dikurniakan perasaan kasih sayang sesama makhluk ciptaan tuhan. Pernah juga bapak aku menyuruh abang aku ni buang si shiro ni jauh-jauh. Abang aku pernah buang shiro ni sejauh lebih dari 15km pada malam hari naik lori. Tapi tak lama, shiro pulang sendiri ke rumah aku selepas beberapa hari. Abang aku cakap "alamak jejak kasih la pulak", setia si shiro ni kat abang aku ni takde penamatnya.

Maybe selepas setahun dan aku pun jarang balik ke kampung, shiro dah beranak. Empat ekor anaknya, tiga berwarna hitan campur kuning dan seekor warna kuning macam shiro. Comel gemok-gemok semua tak macam ibu dia slim jer. Bila aku rapat tak lari pon anak-anak shiro ni. macam nak pegang tapi malas nak samak tangan aku. Comel sangat tapi ape nak buat kau tu anjing dalam hati aku berkata. Kalau nak ikutkan hati nak jer aku belai-belai dan buat main macam kucing. Anjing ni bijak sebab tu la aku nak cuba ajar samthing yang aku tengok kat tv hehe.  Sianak-anak shiro yang aku panggil puppy ni semakin besar. Tiba-tiba anak buah aku yang rajin usha si puppy-puppy ni cakap kat aku "cik anak anjing ni mati sekor" ..aku tanya kenapa kat mana pastu dia jawab mati kat bawah timbunan kayu-kayu rumah lama. Sah mati tercepit ni. Esok harinya tanam teros. Tinggal la 3 ekor si shiro junior ni yang semakin lincah pergerakan dan sihat ni.

Pernah satu masa tu aku terbaca kat internet yang malaikat takkan masuk rumah kalau bela anjing disekitar kawasan rumah. Tapi aku rasa issue tu boleh dihuraikan lebih lanjut lagi. Aku pon bagitau abang aku akan hal ni, abang aku setuju nak buang. Pada satu malam tu aku dan abang aku tekad nak buang semua anak shiro ni. Dua ekor yang warna hitam dapat ditangkap dan dimasukkan lori. Tinggal satu lagi iaitu yang berwarna kuning, yang ni agak besar sikit maybe anak sulung kot. Dalam gerimis tengah malam aku selongkar tempat timbunan kayu lama yang jadi tempta tido dia selalu, dengan keadaan hujan tambah pulak paku papan yang kat mana-mana je boleh terpijak agak bahaya jugak la situasi malam tu. Last-last tak berjaya tangkap yang kuning. Dia termasuk jatuh kebawah timbunan kayu papan, puas aku angkat papan-papan tu tapi tak jumpe jugak. Dalam pukul 1230 mlm aku dan abang aku surrender. Yang dua ekor berwarna hitam tu berjaya dibuang di pinggir pekan. Sampai kehari ini tak tau samada diorang balik ke rumah semula atau tidak, pada sangkaan aku tidak sebab anjing tu masih kecil. Tinggallah shiro bersama si puppy kuning hingga ke hari ini..


Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)