Aku sebenonye malas nak cerita, tapi dah tak tau nak buat ape ni aku setori la sket benda yang boleh aku nak kongsikan. Tajuk die P.Ramlee. Eh bukan dah tulis kat atas ke ngok. Eh yela...haah.
Baru-baru ni aku ada nengok history channel tapi download punya la *sebab aku takde astro la mende lagi* Banyak persoalan aku terjawab, antara persoalan yang wujud dalam kepala utak aku ni " beliau meninggal macam takde ape dia tinggal kat si Nasir si anak hasil perkahwinan yg sah, halal lagi toyyiba dengan Junaidah, eh ke Junainah tah ler aku lupe. Yela tertanya-tanya jugak P.Ramlee yg mashyur sampei sikalang ni macam lenyap secara tiba-tiba (ye aku tau dia meninggal) maksud aku ending dia macam ada yang tak kena. Lepas sejam lebih aku baring kat atas simen sambil nengok leptop kecil lagi molek kiut emsem la ape lagi ntah kat bilik membe baru aku tau. Banyak dalam tu story sebenar pasal dia yang ramai dari kita yg tak tau meyh.
Dipendekkan cerita bagi sape yang nak tau tu dia kena boikot. Ye boikot murid-murid paham tak? Puncanya bila dia berada dikemuncak kejayaan bersama Shaw Brothers. Dalam ramai-ramai pengarah dalam SB tu beliau la yang paling bersinar bak bintang di angkasa lepas. Apa yang dia nak utk buat penggamboran semua SB bagi. Filem dia dah kompom meletop kat panggung wayang masa tu. Thats why la SB yakin dgn P.Ramlee nih. So tak lama lepas tu geng2 pengarah ni mogok ngan SB. Macam2 kesatuan timbul. Ko tau jela masa tu PM singapore lee kuan y...yew eh? yew ke yak? hahaha ntah la. Dia benci org malayu ni tubuhkan kesatuan, paham2 jela komunis kan. Tak pasal2 lepas dari tu SB kena tutup kedai. Lingkop semuanya. Mr Kwek selaku pengarah masa tu pun meniaga megi je lepas bisnes bengkerap. P.Ramlee pun melarikan membawa diri ke KL. Tak habis kat situ jer, pengarah2 yang jeles dgn kejayaan beliau ni dah sepakat nak boikot die, sampai wartawan pun tanak amek kesah kat P.ramlee ni. Tak tau la pulak klu drg rasuah semua reporter kat negara kita ni. Setiap komen beliau dicaci dimaki. Siann..Oii oii ni cerita betol la.
Lepas beliau berhijrah ke KL syarikat filem tempatan msa tu tak punya set2 penggambaran yang canggih mcm kat SB singapura. Outdated semua, bayaran pun sikit saje. Banyak idea2 bernas beliau tak tercapai kerana alat2 yang kureng bak kata ayat sekarang. Filem dia masih diboikot. Yela masa tu dah stat masuk filem industan tambi, hongkong, omputeh dan macam2 lagi. Tak tau la teruk sangat pasal ape dia kena macam tu. Makin hari dia makin down, ramai org dah tak suka P.Ramlee tak macam sekarang masa tu. Sampai la masa detik2 last dia jadi miskin, duit yang ada dia dah guna utk buat filem tapi tak dapat sambutan kerana diboikot. Hotak punya mereka itu. Penah satu ketika tu Ramli Jr. (pembantu dia yg setia lagi jujur) dtg rumah beliau, dia tengok beliau mkn nasi lauk telur ajer. Ramai juga cakap P.Ramlee ni sangat baik orangnya. Suka derma kat orang ramai, tak kedekut dengan sesiapa saje. Tapi tulah, klu satu bangsa tu dah nak dengki org melayu tu ginilah jadinya, tak boleh tgk kita maju sikit. Dia bertambah stress bila dia disaman akibat tolong jamin org kat lokap. Sangat2 stress sebab dibuang oleh masyarakat tempatan kita masa tu. Ayat terakhir dia pesan kat Saloma, 'bila aku mati aku taknak dihormati orang' (masa tu semua orang tak hirau payah jerih dia hidup, sakit, miskin, termasuk tidak ditegur siapa2). Sebab tu la ramai tak dapat cium jenazah dia. Ape yang aku dapat tangkap dari story tu, P.Ramlee memang melayu sejati yg memperjuangkan kesenian bangsa melayu ke tahap tertinggi tidak kira walau bagaimana susah pun dia sendiri. Ni aku cerita tak komplete ni, Shortcut banyak gila. Nanti2 la aku taip yang skema punye okeh. Sedih giler tengok nasib arwahyarham P.Ramlee. .Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat.
2 ulasan:
GItu ke...
Patut la ayah aku kata P. Ramlee time dah tua dia ke hulu ke hilir anta proposal filem, tp org tak layan... Tu pasal filem dia yg last2 kan, idea mmg best tp kualiti kureng...
Lagu terakhir dia, "Air Mata di Kuala Lumpur" mmg sgt bermakna...
mmg tak menyangka penyudahan dia sangat tragis, seniman yg sguup apa saja demi mmprtahankan seni melayu.
Catat Ulasan