10 Julai 2011

Malayan industries Malayan destiny

     Beberapa lama dari apa yang terbuku di ruang fikiran aku ni aku rasa elok jugak kalau aku share. Kali ni aku nak story sikit apa yang nak aku sampaikan jika aku berfikir diluar kotak. Cuba lihat sekeliling korang kehidupan masyarakat melayu kita. Apa yang selalu kita kerjakan dan apa yang selalu kita impikan. 

     Kadang-kadang terlintas kat kepala aku ni kembali ke beberapa dekad yang lepas, semasa dibangku sekolah semestinya ada dikalangan cikgu korang bertanyakan tentang cita-cita. Cuba ingat kembali apa yang korang dengar dari mulut rakan-rakan kamu ketika itu. Ada yang ingin jadi doktor, guru, pilot, tentera dan lain-lain. Itu yang paling biasa kita dengar, jika ditapis dan di 'zoom' lebih dalam lebih merujuk kepada 'kuli' ataupun makan gaji. Tak ramai yang menyebut ingin menjadi menteri, ataupun pemerintah negara? Memang betul budak-budak bebas nak pilih cita-cita apa yang dicitakan tetapi jika dari kecil cita-citanya adalah untuk menjadi kuli maka bila besar nanti kesitu jugalah destinasinya. Ibu bapa mestilah tanamkan semangat jatidiri anak-anak mereka dari kecil untuk mencapai cita-cita sebagai seorang 'Boss". InsyAllah jika diasuh dan dibentuk pemikiran yang lebih jauh sejak kecil akan memberikan kesan yang mendalam terhadap kendiri dan juga negara. Kehidupan masa kini kita lihat ramai dikalangan org melayu kita yang bekerja setakat cukup pakai tanpa cuba untuk mengorak langkah yang lebih jauh. Selesa dengan keadaan semasa dan tidak mengambil tahu keadaan sebenar. Takut untuk bertindak kerana kesan yang mungkin berlaku kepada mata pencarian. Tidak berani gagal walhal gagal itu titik mula satu kemajuan. Graduan kat negara kita ni cukup ramai, tetapi ramai juga yang menganggur sebab terlalu memilih bidang kerja dan merasa kasta diri terlalu tinggi. Gaya hidup yang semakin 'urban' menyukarkan mereka ini memilih kerja yang sedia ada. Jijik dengan kerja pertanian, perikanan dan ternakan. Jangan terlalu bangga dengan anugerah yang dikurniakan kerana itu hanya sekeping kertas, keupayaan diri sebenar adalah didunia luar yang lebih mencabar. Ramai yang tiada kelulusan dari mana-mana universiti mahupun spm tetapi mampu hidup dalam keadaan yang mewah. Pokoknya diri sendiri yang mahu berusaha kearah yang lebih baik, onak duri tetap harus dilanggar. Biar pahit tetapi manis akhirnya.

     Ruang perniagaan kini dimonopoli oleh warga cina tempatan. Jangan salahkan british kerana meletakkan mereka di pekan-pekan atau di bandar satu ketika dulu tetapi salahkan diri sendiri membiarkan maruah melayu dan kasta melayu terabai. Kita akui melayu memang mempunyai sifat semulajadi iaitu ramah, baik hati, pemurah dan juga senang berbincang. Tapi rasanya tak semua sifat tu ditunjukkan sesama kita. Mengapa lebih senang berbelanja di kedai acong dari kedai sebangsa sendiri? Kerana mereka itu ramah? Bagi harga murah? Senyuman dan tatacara tangan yang agak bersopan itu adalah lakonan semata-mata, membunuh dibelakang dengan senyap. Tetapi kita tetap suka dan selesa. Jika membeli dikedai Ahmad pula rasa iri hati dan dengki akan wujud dalam benak hati kita. Ye memang betul memang ada dikalangan kita ramai yg membeli dikedai melayu, tetapi? sendiri mau ingat, cukup! Renung-renungkanlah diri sendiri. Jika semua dikalangan kita membeli dikedai melayu sudah tentu maju jika bermula dari dulu lagi. Terlalu banyak jawapan disini atas apa yang aku sampaikan, bak kata orang putih "complicated". Kita sendiri faham akan perangai sendiri. Mereka ini bila berurusan dengan kita dia baik,comel, sopan, tatapi bila tiada urusan, kita bertanya pun belum tentu dijawabnya. Terpulang pada diri masing-masing untuk menilai. Tetapi kenapa kita masih membiarkan? Walau kita tahu mereka menipu tetapi macam tak kisah dengan mereka. Apa masalah masyarakat kita pun aku tak tau. Tidak mengapalah, masing-masing ada jawapan tersendiri. Satu lagi yang ingin aku kongsi mengenai bisnes-bisnes yang terlalu kerap dan terlalu banyak melayu kita buat. Yang paling banyak sekali aku tengok ialah gerai makanan, tak kira lah restoran ke warung ke ape-ape. Kenapa asal keluar dari mulut je cakap ingin membuka kedai makan? Tak pun jual makan-makanan? Ok la ada jugak yang cakap nak bukak bisnes, tetapi bisnes apa?? "Aku nak bukak carwash lah", "Bukak kedai burger ok kot", "bukak kedai bundle masyuk jugak" . ini adalah benda yang biasa aku dengar. Senang cakap perniagaan kecil-kecilan la. Takde pulak yang ingin bukak lombong arang batu ke, kilang perabut ke, ataupun pembalakan..Rilek jer aku tengok mereka buat bisnes-bisnes mega tu, aku rasa orang melayu ramai jugak yang kaya-kaya macam kat drama tv tu kan kan? Tapi susah sangat nak dengar boss atau tauke besar tu orang melayu. Ramai rasanya yang tak sedar. Kadang-kadang teringin aku nak dengar ada melayu beli gunung ke atau puncak bukit buat tempat rekreasi. Yang dah aku dengar projek mega yang orang melayu punya dan berjaya setakat ni ladang rempah ratus ribuan ekar kat Pagoh Muar Johor. Tetapi jangan risau masih ada bidang professional yang melayu kita pegang. Nak tau? Bidang aviation masih purata orang kita yang menjadi jurutera dan juruteknik. kat situ aku bangga sebab aviation ni bukan kecik skop dia. Aku rasa kita tak perlu dikudakan lagi. 

     Bangkitlah masyarakat melayu kita, aku harap suatu hari nanti bangsa bertuah ini akan membuktikan kemasyuran tamadun lampau kita. Tamadun melayu hebat yang tenggelam dalam peribadi dan jatidiri tersembunyi dikalangan kita. Perjuangan masih belum selesai, seseorang yang hebat dan dinantikan akan muncul diera akhir riwayat dunia. Menunggu dan masih menunggu. Takkan melayu hilang didunia.. Sekadar leteran untuk diri sendiri dan kebaikan umum, maaf jika ada terguris........-Asia pasifik-

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)