Setibanya aku ditanah Borneo selepas hampir dua bulan aku tinggalkan akhirnya aku jejakkan kaki ke tanah bertuah ni juga. Pendaratan diwaktu hujan serba sedikit agak mencabar penumpang yang menaiki pesawat bersaiz sederhana. Turun saja dari kapal, hidung aku berair mungkin kerana penyaman udara yang terlampau sejuk. Tiga jam masa yang diambil untuk tiba di kuching ini. Dengan perut yang kosong kami sepasukan yang baru pulang dari operasi TACOP menurunkan segala peralatan yang masih berada didalam kapal. Tanpa lengah lagi selesai saja menyimpan segala peralatan itu aku terus balik ke blok kediaman aku yang terletak tidak jauh dari hangar dimana aku bekerja. Perut aku berbunyi lagi tetapi ada tugas yang perlu diselesaikan. Terpaksa aku lupakan makan tengahari dan makan malam aku. Kebetulan aku selesai dengan urusan yang mungkin sangat mustahak tiba-tiba ada seorang dari junior aku datang tergesa-gesa, aku bangun dari kerusi laptop aku dan bertanya "nape A?" dia menarik nafas yang agak panjang, "sjn x suruh datang ke bilik si N sekarang, aku bertanya lagi dengan nada yang bingung"kenapa? apahal?" Si N jadi tak tentu arah tu, sjn X suruh tengok-tengokkan. Aiseh ape pulak la dengan si N ni, ni mesti benda yang dah dia ceritakan yg lepas. Aku bergegas ke motor si A dan terus menaiki motor menuju ke blok si N. Sesudah sampai aku lihat sjn X sedang memegang kedua-dua tangan si N, si N pada masa tu terlantar di katil sambil mengeluarkan bunyi pelik. Pegangan sjn X ditangan N terlepas, aku mara kehadapan dan terus menyapukan sedikit minyak atar yang dibekalkan khas ke beberapa bahagian tubuh yang penting. Aku lihat si N tidak terkawal, dengan mata yang merah menyala, muka yang marah dan suara yang menggerunkan. Sah dalam hati aku N dah kena ganggu dek makhluk halus itu. Aku belum mahu membuat apa-apa dahulu, cuma aku sepak pipi si N beberapa kali dengan pukulan sederhana sambil menyuruh dia lawan makhluk yang ada dalam diri dia. Keadaan masih sama, N cuba untuk bertindak tetapi ikatan batin sudah terikat pada ke empat-empat tangan dan kakinya. Aku terus duduk dikerusi selesakan diri dan membaca beberapa potong ayat dan siapkan diri seperti biasa. Aku mula bertindak, dengan beberapa pergerakan khas akhirnya si N senyap lalu meniarap. Aku palingkan mukanya, masih tidak sedar dan benda itu masih berada di badannya. Tiba-tiba badan aku terasa semacam, kesan dari sedikit serangan balas makhluk halus tersebut. Aku tidak dapat menahan, muntah-muntah beberapa ketika. Ya Allah sakitnya perut aku, selepas itu aku teruskan merawat si N. Alhamdulillah dengan berkat doa dia mula sedar, air penawar aku siapkan untuk membuang segala saki baki yang masih tinggal dalam tubuh N. Aku menyuruh dia bercakap dan jangan melayan perasaan yang sedang berlaku di benak fikirannya. Aku tahu apa yang dia rasa, ia bergantung pada semangat kita juga. N semakin elok, dia mula bercerita punca ape yang terjadi malam itu. Cukuplah sekadar rahsia. Selepas sejam lebih aku pun balik ke bilik. Rehatkan badan yang penat dan lapar. Alhamdulillah ini mungkin yang tersirat aku tidak keluar makan malam tu. Akhirnya aku tidur dalam kepenatan.
Selepas dua hari dari kejadian itu aku terima satu lagi panggilan, mengadu anaknya selalu menangis apabila dia pergi kerja. Anaknya baru berusia tiga bulan, perempuan. Bila ditanya ape simptomnya, bayi itu sering menangis tidak henti-henti seperti diganggu sesuatu, ayahnya memberitahu tidak pernah dia menangis seperti itu sebelum ini. Aku buat apa yang patut dan perlu kepada keadaan sekeliling dan pada bayi tersebut. InsyAllah mudah kerana bayi masih suci dari segala dosa. Ibunya juga pernah melihat lintasan makhluk berwarna putih dan hitam melintas ketika sendirian dirumah. Apakah itu? aku pun tidak tahu kerana aku memang tidak suka ambil tahu berkenaan profil makhluk halus tersebut, yang aku tahu mereka hanya nak sesatkan umat manusia. Selesai semua ape yang dihajatkan oleh si tuan rumah malam tadi. Badan aku betul-betul lemah selepas dua kes yang berjaya dipatahkan. Kesan itu tetap ada, sebab itu kadang-kadang aku malas untuk menolong mengenangkan kesannya pada diri aku ini. Biarlah orang tidak tahu ape yang aku rasa waktu ini, yang penting aku dapat membantu orang lain Alhamdulillah. Aku nak berehat buat sementara waktu.
Kesimpulannya masyarakat melayu kita masihterikat kuat dengan amalan-amalan mistik atau lebih lagi dengan sihir. Mengapa di negara-negara lain didunia kecuali asia tenggara kurang menerima fenomena ini? Ada sesuatu yang tersimpan berkurun lamanya dalam bangsa melayu. Renung-renungkanlah. "Sihir akan lebih hebat dari zaman nabi Musa"..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan