Ramai dari kalangan kita masih sihat masih berupaya berjalan dan melakukan aktiviti seharian. Alhamdulillah ucapan paling terbaik bagi mereka yang selalu bersyukur dengan kurniannya. Sekarang mungkin waktu kita bersuka ria kerana masih sihat walafiat sehinggakan kadang-kadang kita lupa nak ucapkan Alhamdulillah. Eh pusing-pusing pulak ayat aku. Ok la staright forward, sebenarnya aku nak cerita mengenai sakit ataupun uzur ataupun masa tua kita nanti. Perkara yang aku nak sampaikan ni ada kaitan dengan agama, dosa dan pahala. Pernah tak anda mendengar sakit itu salah satu cara untuk menghapuskan dosa-dosa kita? Tapi sejauh mana kita dapat menerima dengan redha dengan apa yang diberi. Kaya itu satu ujian begitu juga sakit itu satu ujian jua. Jika dikatakan sakit itu penghapus dosa bagaimana pula jika kita mengeluh kesah menahan sakit seolah-olah tidak menerima akan apa yang terjadi. Adakah dosa-dosa kecil itu terhapus? bagaimana pula dengan dosa-dosa besar? Sebab itulah kita disuruh sabar ketika dilanda musibah, menghakis dosa kecil yang melekat didalam buku dosa kita. Sudah banyak rasanya pengalaman yang telah berlalu bila melihat mereka yang terlantar sakit, ada yang bertahun lamanya. Tabah sungguh mereka yang dikurniakan dugaan sakit itu. Ada jugak terfikir adakah teruknya sakit yang melanda seseorang itu pengukur akan dosa-dosa lalu mereka? Kalau ya maka betapa teruknya seseorang itu menderita maka begitulah banyaknya dosa-dosa yang mereka lakuna. Yang penting itu cuma satu anggaran dan tidak boleh dijadikan ukuran. Ingin aku selitkan beberapa post aku yang lepas, orang yang kaya mewah hidup senang buat apa sahaja dapat dilaksana tetapi orang miskin sukar tertunai doanya. Semua itu adalah nikmat juga ujian.
Mengikut apa yang aku nampak dan aku lalui orang yang beriman selalunya mati dalam keadaaan yang senang ataupun terkejut. Ingat, Allah lakukan sesuatu perkara tiada tanpa bersebab. Tidak hairanlah orang yang sihat tubuh badan tiba-tiba mati diserang penyakit secara tiba-tiba. Teringat seseorang menerangkan perkara ini kepada aku. Baru-baru ni saja sahabat bapa aku meninggal secara mengejut. Tanpa disedari dia yang sihat meninggal walaupun diketahui sihat sebelum ini. Pernah juga aku terbaca artikel-artikel bagaimana dasyatnya mereka yang mati dalam keadaan keji. Salah satu kejadian yang pernah berlaku dalam hidup aku seorang kawan telah meninggal kemalangan terperosok dibawah reban ayam bersama najis-najis yang berlonggok. Kebetulan dibawah reban itu adalah longkang. Teman rapat arwah ada memberitahu dia mabuk ketika memandu motorsikalnya. Subhanallah..Allah maha berkuasa, positifkan minda mungkin arwah tidak sedemikian rupa. Ada yang jenazahnya berat, tidak muat dimasukkan didalam lubang kubur, lubang kubur dipenuhi air dan bermacam-macam lagi perkara yang tidak sepatutnya berlaku terjadi. Itu mengingatkan kita bagi yang hidup dan sedang menjalani ujian ke destinasi seterusnya. Bagaimanakah keadaan jenazah kita suatu hari nanti, adakah seperti biasa ataupun ada kejadian buruk yang berlaku. Semoga kita bersama-sama mencipta kesudahan yang baik nanti bermula dari sekarang. Aku rasa ada satu soalan aku nak tujukan kat aku sendiri. "sudah sediakah kamu menghadapi kematian?"
Sekian, wassalam..