08 Januari 2013

Khilaf

     Dalam cuaca yang terik, dalam cuaca yang terang benderang dan juga walau dalam cuaca yang tenang lagi aman damai, hati ni tetap bersyukur. Tak tahu kepada masih rasa bertuah dek kerana kesihatan yang diperolehi, keselesaan dunia yang mempesona dan juga lain-lain juga nikmat dunia. Pejamkan mata, berderau darah jika teringat apa yang Allah beri itu perlu dibayar semula. Tapi mengapa ada rindu dalam hati yang mungkin sudah rosak dek kerana perbuatan zalim pada diri sendiri. Mengapa harus membuat dosa demi kepuasan diri, mengapa harus merungut jika sekadar ditimpa masalah dunia. Kadang kala aku berkata-kata pada diri aku sendiri, dan topiknya amat menarik sehinggakan rumput yang menghijau itu tinggi karyanya dalam manifestasi seni melalui jiwa yang tipikal.

     Tertarik dengan beberapa artikel yang mengembalikan kesegaran iman walau sedikit mengenai ujian-ujian Allah yang segala maha..Mungkin dulu belum sampai waktunya aku mengetahui sesuatu perkara yang terjadi itu tinggi maharnya, tapi melalui muhasabah diri dan sabar dalam menjalani ujianNya Alhamdulillah semakin akrab aku dengan si dugaan polan yang selalu senyum sinis selepas aku mendapat jawapan dari ketentuan-ketentuan yang dijadualkan. Memang Allah menjadikan sesuatu peristiwa itu ada penggalnya sesuai dengan setiap individu yang egonya sanggup mencemar duli. Sekatan-sekatan dan tembok-tembok syaitan terlalu tinggi sehinggakan kita terpaksa menggunakan segala apa kudrat yang ada untuk melawannya. Itulah manusia, ego dengan dirinya sendiri..menzalimi si roh dengan dosa-dosa kecil dan juga besar. Jika diamati, pasir di tepian jalan pun cukup untuk menumbangkan kita dengan hanya kadar terlanggar. Tapi perkataan 'ter' seakan tidak ada gunanya lagi. Sepatutnya tiada wujud perkataan 'ter'...dan ia wujud sebagai kelonggaran yang Allah beri, sesuai dengan keadaan yang diampunkan. Saudara....setiap detik, saat dan juga waktu adalah masanya, masa yang diharap oleh Allah kepada kita supaya selalu kita memikirkannya bagi yang 'berakal'...Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh...

     Terima kasih ibu mengandungkan dan melahirkan aku, terima kasih ayah memelihara aku dengan penuh kasih sayang.. Jasamu tetap akan ku kenang sampai akhir hayatku. Masa memberiku fikiran, masa memberiku kesempatan, masa membuka ruang bagiku berfikir..Terima kasih Allah yang selalu menyedarkan..Laknat syaitan yang menyesatkan..Sayang saudara semua..Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)