Arkib. |
Assalamualaikum saudara-saudara tidak kira dimana anda berada. Mendengar tajuk diatas mungkin bagi yang sudah berkahwin adalah perkara yang telah anda temui. Ia umpama khazanah harta karun yang terdampar didasar lautan yang sukar ditemui. Walau bagai manapun, saya adalah seorang yang belum berkahwin.
Tujuan saya mencoretkan topik ini didalam blog saya adalah kerana perasaan ingin tahu yang mendalam sebelum menempuh alam perkahwinan. Berulang kali saya dengar ayat seperti ini "kau tidak akan kenal dia (pasangan) sehinggalah selepas kau bernikah menjadi pasangan sah". Perkataan ini selalu mengusik jiwa sanubari saya apakah perkara ini sangat positif atau mungkin juga negatif. Tentunya jawapan terbaik adalah dari orang yang sudah mendirikan rumahtangga yang mungkin selepas bernikah sehari, sebulan, setahun atau sudah lama hubungan itu. Apa yang saya yakinkan disini, semua yang diperkatakan adalah benar iaitu mengenal sifat dan perangai pasangan adalah selepas bernikah. Kalau tidak bagaimana ramai dikalangan mereka memberitahu perkara yang sama kepada saya atau kepada anda.
Kebiasaannya hubungan selepas nikah adalah indah, umpama syurga dunia hidup berteman, mempunyai zuriat dan juga keturunan sendiri. Tapi selama manakah hubungan itu akan berkekalan. Tahniah kepada anda yang masih bersama suami atau isteri sehingga kini. Tetapi bagi yang sudah bercerai-berai saya ucapkan takziah. Itu mungkin ketentuan ilahi atau juga berpunca daripada sebab munasabab sendiri yang mewujudkan masalah rumahtangga. Kini, semakin hari semakin banyak kes-kes penceraian berlaku disekeliling kita. Graf perceraian dikalangan umat islam di Malaysia meningkat saban hari. Justeru dimanakah erti hubungan kekeluargaan sebenar tersemai dalam jiwa sanubari kita. Kebanyakan dari apa yang saya lihat masalah ini muncul setelah berkahwin lebih dari dua atau tiga tahun. Apakah masalah yang biasanya berlaku didalam selimut? Setiap manusia impikan keluarga yang bahagia, mempunyai anak yang pintar dan sihat, namun kita tidak dapat lari dari kekhilafan. Kebiasaannya ia bermula dari masalah ekonomi. Duit merupakan faktor utama dalam dunia kini di era modenisasi. Tanpa duit semuanya tidak menjadi, tanpa duit semuanya tidak bahagia. Tetapi pada saya duit adalah hal kedua selepas ketaatan suami isteri, hidup mengikut kehendak agama dan saling memahami. In syaa Allah keberkatan akan datang sendiri. Mungkin masih ada yang tidak perasan, mereka yang hidup mewah tetap tidak cukup dengan apa yang ada bahkan ingin mencari lebih kepuasan dalam hidup. Berbeza dengan orang yang hidup sederhana, makan dengan satu mata lauk pun sudah memadai bagi mereka, kenikmatan, dan kelazatan setiap rezeki itu senantiasa disudahi dengan Alhamdulillah. Syukur kita masih boleh melihat, membaca, mendengar dan bermacam-macam lagi kenikmatan yang sedang kita nikmati. Tidak semua orang kaya lupa akan asal usul sendiri, tidak semua orang kaya sombong, tidak semua orang kaya ini tidak merasai kelazatan nikmat Allah swt tetapi jika mereka pandai mengagih-agihkan pendapatan mereka dengan menderma dan mengikut jalan Allah swt mungkin mereka mendapat nikmat yang lebih.
Saudara-saudara yang dikasihi sekalian, kembali kepada topik perbincangan kita. Mengapa harus ada perkara curang, mengapa harus ada saling mengkhianati antara pasangan masing-masing, mengapa perkara ini berlaku. Pucuk pangkalnya adalah hati. Hati yang kuat tidak akan mudah berubah, hati yang lemah selalu kalah, kalah dengan pujukan syaitan, amarah, nafsu syahwat dan duit yang mengaburi mata. Dengan solat mungkin kita dapat menghindari dari semua perkara ini terjadi. Tetapi sejauh manakah kesempurnaan solat kita? Jawapannya ada pada diri anda sendiri yang mengambil berat atas apa yang diri anda lakukan. Keegoan hati kadangkala merosak, memusnahkan ketulenan ibadah dan meruntuhkan iman sendiri. Jika tidak meninggalkan solat dan membaca Quran setiap hari tetapi masih tiada ketetapan hati, maka ada sesuatu yang mungkin kita tersilap. Mungkin kita tidak pernah cuba untuk memeriksa diri sendiri darihal yang paling asas sehinggalah didalam kemapuan kita sendiri. Cubalah renungkan sejenak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan