08 November 2013

Allah hu Rabbi

Alhamdulillah....
Alhamdulillah....
Alhamdulillah....

     Syukur ke hadirat Ilahi atas kurniaan rezeki, kesihatan dan juga hidayah Mu. Ya Allah hari-hari yang Kau berikan sungguh mengujakan, tiada putus rahmatmu dan keberkahan yang tiada putus mengalir kepada hamba-hambaMu. Amatlah penyayang kepada hambaMu walau kami mungkin tidak pernah mensyukuri walau sekelumit nikmat Mu itu.

      Hari-hari yang ku rasakan semakin pendek, seakan esok Izra'il bakal menjemputku. Walau begitu masih banyak dosa terpalit didada ini. Amatlah berat ku menanggungnya ibarat ditindih oleh sepanjang banjaran gunung-ganang.  Wahai sekeping hati, ingatlah..bukan mudah mengawal iman, bukan senang membentuk hati. Sang nafsu dan syaitan musuh sejati dalam perjuangan penuh bermakna dalam hidup. Ku pejamkan mata dan teruskan berjalan selagi nyawa dikandung badan selagi sisa-sisa iman masih berjalan selagi hidayah Allah terus bersama. Usah ditanya Rahmat Allah, kerna Rahmat Allah itu senantiasa ada cuma kita perlu mensyukurinya.. Banyak peristiwa telah berlaku dalam hayyat ini, banyak petunjuk telah muncul dalam hayyat ini, terang benderang lagi bersuluh. Ya Allah, jauhnya aku disisi Mu, namun hati ku untukmu, jasadku untukmu dan..segala amalanku untuk Mu ya Allah... Ku cintakan Mu kerna kasih Mu yang tiada putus. Banyak nikmat yang telah kau berikan dari bernafas, berjalan, makan dan minum, melihat, mendengar, ketawa, menangis, berlari dan tidak terkira banyaknya. Semuanya itu kerana Kau lah maha penyayang...

     Tangan ini mungkin tidak lagi menulis, menaip...Mulut ini mungkin berhenti berbicara, mata ini juga mungkin berhenti melihat. Ampunkan kesalahanku wahai ibuku, ayahku, isteriku, kakak dan abangku dan juga kawan-kawanku yang dikasihi..Aku hanya orang biasa punya banyak dosa yang tidak mahu ke neraka dan tidak layak untuk ke syurga.

02 September 2013

Hari kemerdekaan ke 56 tahun 2013

     Sudah 56 tahun kita merdeka, hidup dalam keadaan majmuk yang berbilang kaum dan agama. Tetapi erti kemerdekaan itu sendiri tidak bermakna tanpa kesatuan rakyat dan keamanan yang padu.

     Baru-baru ini saya pergi ke Johor Bahru pada hari merdeka. Perjalanan dari Kuala Lumpur memakan masa selama lebih kurang 3jam. Dalam perjalanan terimbas kembali satu masa dahulu akan memori hari kemerdekaan. Banyak kederaan dipasang dengan jalur gemilang tidak kira dari motorsikal sehinggalah lori treler. Bandar-bandar dan pekan juga dipenuhi dengan kibaran bemdera Malaysia tanda cintakan negara. Tetapi apa yang mendukacitakan sepanjang perjalanan tiada satu pun yang memasang bendera di kenderaan masing-masing. Cuma saya ternampak beberapa motorsikal kapcai atau lebih dikenali dengan mat rempit memasang bendera Malaysia dimotorsikal mereka. Ada juga yang memakai dileher seperti 'superman'. Agak lucu ketika itu. Saya hairan mengapa sekarang rakyat sudah tidak merayakan kemerdekaan ini. Adakah kerana perbalahan politik atau mementingkan diri sendiri. Dulu jika pada 31 ogos ramai akan memasang bendera dibonet kereta, ditepi lori dan juga belakang bas. Tapi kini tiada lagi.

     Setelah selesai urusan di Johor Bahru saaa pulang ke Ledang iaitu kampung halaman saya. Terdetik lagi ketika melalui pekan Bukit Gambir sepanjang deretan kedai penuh dengan kibaran jalur gemilang. Tetap  malangnya tiada satu pun kedai atau deretan bangunan yang di dominasi masyarakat cina mengibarkan bemdera Malaysia. Dalam hati saya berkata 'apa sudah jadi'. Selepas pilihanraya terbaru ini semuanya telah berubah.

     Masyarakat berbilang kaum seperti tidak bersatu dan tiada semangat patriotisme. Bahkan ada juga yang menghina dan mencerca jalur gemilang mahu menggantikan dengan corak yang lain. Apalagi yang rakyat mahu. Kekayaan yang melimpah ruah dan peluang kerja yang banyak dapat menjamin hidup. Jika ada usaha adalah hasilnya. Bukan mengherdik dan dengki terhadap bangsa lain mahupun bangsa sendiri. Tunggu disuap dan dibelai bukan manusia namanya. Hanya mereka yang berani gagal akan maju kehadapan.

12 Julai 2013

Setitis tinta Ramadhan

Assalamualaikum..

       Setelah sekian lama tak menaip tiba-tiba hari ni nak menaip pulak. Alhamdulillah dah masuk hari kedua ramadhan tahun ni. Syukur kita masih dapat menjalankan ibadah puasa ye kawan-kawan. Menahan lapar dahaga, menahan pandangan mata dari melihat perkara yang tidak baik dan belajar menahan marah didalam diri. Sempena bulan Ramadhan yang diberkati ni rasanya elok kita ambil peluang untuk mencuci hati dan tubuh badan kita setelah sekian lama terpalit dengan dosa-dosa kita. Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati dari tahun yang sudah.

       Tik tok tik tok masa berlalu meninggalkan kita, rasanya sungguh cepat kita dimakan usia. Dengan limpahan kurnia Allah swt kita masih hidup dalam tempoh percubaan hidup untuk mencari bekalan di akhirat kelak. Walau kita bukanlah orang yang maksum dan cuma manusia biasa tetapi kita boleh melakukan perkara-perkara sebaik mungkin. Bak kata pepatah saya, apalah guna 'rockers' kalau tak beriman, ibarat sarkis yang tidak laku jadinya. Kembali kepada ramadhan ni kita sering tergoda oleh macam-macam perkara yang mungkin tidak disengajakan dalam seharian. Gerai-gerai minuman, makanan serta iklan sedemikian seringkali mengganggu gugat iman kita. Gadis-gadis seksi juga tak ubah seperti cacing dimata kail, menjadi umpan kepada masa depan tak gemilang. Marah juga menjadi belenggu dalam berfikiran waras manusia. Itulah sedikit sebanyak yang terjadi dibulan Ramadhan yang diberkati ini.

       Ada juga diantara kita yang sudah ketiadaan ibu atau bapa akan merindukan mereka tatkala bersahur atau berbuka puasa. Apalagi bila menjelang syawal yang dinanti-nanti. Nostalgia lalu tetap akan bersama kita merindui mereka yang tersayang ketika mereka ada disamping kita. Apakan daya, Allah lebih cintakan mereka Allah lebih mengasihi mereka. Kelak masa kita akan tiba jua suatu hari nanti. Apa yang penting doa anak untuk mereka adalah amat bernilai sebagai sandaran ketika disana. Jika kita tidak dapat membahagiakan mereka ketika mereka masih hidup apa kata kita membahagiakan mereka disana dialam yang fana menuju barzakh akhirat hakiki. Tidak semua menjadi orang yang mewah, tidak semua yang tak pernah melakukan khilaf terhadap mereka. Jika rasa dosa kita terhadap mereka tidak terampun, cucilah dosa itu dengan kiriman sekalung Alfatihah atau Yasin. Bersedekahlah kepada anak yatim , kasihanilah orang-orang yang susah atau miskin jadikanlah mereka sahabat kita InsyAllah ada jalannya kelak. Penyesalan tiada guna jika tidak berubah. Sematkanlah sedalam-dalamnya di hati supaya menjadi orang yang beriman agar mereka disana tidak disiksa oleh api neraka. Demi masa sesungguhnya orang-orang yang lalai itu didalam kerugian. Berubahlah sekarang untuk masa depan yang lebih cerah. Apa guna harta menimbun jika tiada keberkatan. Yang ada hanyalah tauhid dan hidayah yang kita perlukan. Berdoalah..kerana berdoa membuat kita lega dan bergantung harap pada yang Esa. Tawakkal dan usaha jalan penyelesaiannya.

       Bagi yang bakal menerima cahaya mata jangan putus berdoa akan kesejahteraan bayi yang bakal lahir kedunia. Mintalah apa-apa yang elok dari paras rupa sehinggalah segagah Saidina Umar Al-Khattab atau semulia Fatimah Az-Zahra. Pohonkanlah dia kekuatan iman padanya supaya nanti dia menuju ke jalan Allah bukan menuju kejalan kebinasaan. Biarlah kita mungkin ibu atau bapa yang mungkin tidak sempurna imannya tetapi pohonlah untuk mereka. Doa ibu bapa adalah yang terbaik. Jangan lupa pesanan ini juga untuk saya sendiri. Semoga anak-anak kita kelak menjadi orang yang beramal soleh. InsyAllah. Aminn.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada saudara saudari sekalian. Tabah dalam menjalani ibadah!

14 April 2013

Sepohon kayu daunnya rimbun.

Walaupun hidup seribu tahun apa gunanya kalau tak sembahyang....

Rasanya semua orang tahu akan lagu ni, bagi aku lagu ni mungkin antara lagu pertama yang menjadi pencetus semangat iman didalam dada aku..

       Zaman dah berubah, orang semakin lupakan sejarah bahkan sejarah itu sendiri terpadam akan kealpaan manusia. Tanpa sejarah siapalah manusia. Itulah bukti kewujudan kita dimuka bumi ini in syaa Allah. Pepohon takkan rendang dan berbuah jika tidak disemai dari permulaan benih itu sendiri. Benih mungkin bentuknya sama cuma cara kita menyemainya bagaimana. Elokkah tanahnya, tinggikah tempatnya, banyakkah kandungan airnya sebegitu juga manusia yang lahir ke dunia tanpa seurat benang. Bersih dan suci tanpa dosa. Sedia untuk dicanting umpama kain putih yang bersih dan suci. Bagaimana untuk mencanting terpulang pada pencanting itu sendiri samada mahu memilih warna hijau, putih, hitam atau membiarkan apa sahaja warna yang ada untuk dicanting sebagai latar corak yang diinginkan. Itulah sejarah, permulaan kecil kita yang tidak mengerti walau satu pun perkara didunia.

       Kain dan pepohon saling berkait. Kain dengan putihnya dan pepohon dengan benihnya. Jika benih sudah ditanam bagaimana pula mahu membentuk akarnya. Akar yang sihat bakal menjadikan sang pokok kuat, teguh dan subur untuk hidup. Disinilah harus disemai dari peringkat awal lagi. Jika lambat disemai dengan baik mungkin sudah terlambat dan penyemai mungkin akan mengalami kerugian serius. Tanpa berdalih lagi benih itu adalah kita, kain itu pula bersamaan dengan akarnya jua. Dunia akhir zaman ramai penyemai membiarkan tanaman-tanaman mereka begitu sahaja tetapi pada masa yang sama mengharapkan hasil yang lumayan. Bagaimanakah perkara ini boleh terhasil....Sungguh meragukan jika hanya tanam dan biarkan ia hidup sendiri ditemani lalang-lalang dan rumput-rumput yang sudah berjanji menemani setiap masa sehingga layu dan mati kerana zat yang tersedia dihisap oleh sang lalang, rumpai dan rumput-rumput yang sedia dimanana-mana sahaja. Itu janji si rumput lalang dan juga rumpai. Banyak penyaksian sekarang rumput-rumput lebih tinggi dan subur dari tanaman. Sadis, belum sempat mekar bunga apatah lagi buahnya sudah terlindung dari sinaran cahaya yang memberikan daya ia untuk terus hidup. Hidup tapi dalam keadaan yang rencat. Sang cahaya memerhati dari atas dimanakah harus disinari, tetapi tiada kelihatan. Sejuk berteduh dibawah panji-panji sang lalang dengan tertutupnya peluang cahaya untuk menembusi. Salah pkok itu sendiri. Tidak, mungkin salah penyemai jika dari awal sudah meracun rumput-rumput dan sang lalang mungkin pohon itu kuat menerima cabaran mereka.

       Sesekali si pokok tunduk kala tiada langsung sinar cahaya, karena ia tahu cahaya tetap akan menembusi walaupun sedikit tanpa perlu mendongak keatas. Jangan sampai cahaya tidak lagi mahu datang bertanggah. Tahu pokok itu kelesuan. Sang pokok cuba untuk keatas tetapi tiada cukup tenaganya akibat kekurangan zat. Oh mengapa ini terjadi kata sang pokok, sesekali terkulai layu jua menangis meraung akan nasibnya ini. Sang pokok bertekad ia mahu menjadi pepohonan yang merimbun dan berbuah lebat. Ditanya oleh sang lalang tinggi "Apakah yang kau buat itu wahai pokok?' seraya sang pokok berkata ' Aku mahu kuatkan akarku wahai lalang durjana', lalu salang lalang ketawa terbahak-bahak sekaligus menutupi sang pokok lebih banyak dan gelap lagi. Sudah lama sang cahaya tidak kelihatan, sang pokok  kebingungan dimanakah ia, terus bersedih akan kehilangan sang cahaya begitu sahaja. Dalam diam pokok mengumpulkan saki baki zat yang ada pada akarnya sebelum melonjak keatas andai adanya cahaya suatu hari nanti. Hari terus berlalu...sang pokok sudah bersedia, akarnya semakin hari semakin kuat tetapi sang cahaya tiada kelihatan. Si lalang ketawa lagi..sang pokok pasrah. Dengan tidak semena-mena sang cahaya datang dan memancarkan cahayanya lebih kuat kepada sang pokok menembusi dedaunan lalang yang kasar dan tajam itu. Sang pokok bangkit dan terus meninggi dan kini berbuah dengan banyaknya.

       Dari satu sudut yang lain, penyemai pokok itu kehilangan arah dan punca. Dalam kegelisahan hidup yang dialami dia teringat akan tanaman yang dulu ditinggalkannya. Mencari-cari dimanakah tanamannya dulu, kebingungan dan kelaparan yang amat sangat memaksa dirinya untuk rebah, lalu dia bersandar dan berteduh di satu pohon yang rimbun daunnya. Lalu dia tertidur dan bermimpi dikejauhan sana terlihat satu pohon yang merimbun dan banyak buahnya. Penyemai memerhati tepat kearah pohon itu, dilihatnya semakin lama semakin dekat pokok itu kepadanya. Dia merasa panik dan cuba lari dari mimpi itu tetapi tersedar kerana sebiji buah dari beribu-ribu bilangannya jatuh ditapak tangannya. Dia terjaga lalu memakan buah itu dengan hati yang amat gembira. Dengan hasil itulah si penyemai dapat meneruskan hidupnya yang tidak pasti dimanakah penghujungnya..

Sepohon kayu daunnya rimbun, lebat bunganya serta buahnya, walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya....

sekadar cerita dongengan, punya maksud tersendiri..Terima kasih Allah memberiku ibu dan bapa yang memberikan akar yang kuat untuk ku meneruskan hidup ini..Alhamdulillah...

Al-Fatihah buat ibu..


Jadilah 'Jantan'

Alhamdulillah...masih ada upaya untuk menaip kali ni.. Syukur tak terkira banyaknya..

Sekadar perkongsian..Hari ni aku rasa ada something yang patut aku taip didalam blog ni supaya lain kali aku sendiri beringat. Dah dewasa dah aku ni, tapi rasanya iman aku tak sedewasa pemikiran dan usia aku.. Rasa begitu banyak kekurangan dalam diri, rasa begitu lemah dan tak utuh iman aku ni.. Cuma 5 kewajipan seharian cukup untuk memenuhi segala yang kita perlukan. Ya, solat lima waktu...Tauhid, keampunan dan doa kita dibumi ini..cukup lengkap bagi memastikan kita dalam keadaan selamat In syaa Allah.

Namun aku bukan sekadar nak bercerita tentang solat lima waktu...tetapi...kita...kita yang merasakan kuat untuk berlari, lantang untuk bersuara dan mampu untuk senyum selama mana kita mahu..agak hebat kan kita ni? Dengan mudah memandu, memacu sebatang tubuh kita untuk membuat perkara apa yang kita suka..tapi sejauh mana kekuatan kita? Fizikal? mungkin....mental? pun mungkin...iman? .....ragu-ragu?....bohong dalam sehari kita tidak membuat dosa...mungkin terbangga diri, terumpat sesuatu atau segala apa dosa kecil...dosa itu sengaja...bukannya perkara tidak sengaja...Mata mungkin modal termurah untuk mendapat dosa..kita tidak dapat lari dari dosa.---> senangnya ayat ni kan? memang boleh kita lari dari membuat dosa...tapi...sekuat manakah kita?? sekadar mana yang mampu ke, atau sekadar lakonan... Sukar..sukar...memang sukar..Kita lelaki, punya kelebihan tersendiri dari wanita.

Andai kita menjadi lelaki sejati alangkah indahnya hidup ini...alangkah manisnya senyuman sebenar, terasa yang panas itu sejuk, terasa yang pahit itu manisan, terasa yang huduh itu tauhid..tanpa keluhan siapalah manusia, keluhan apa yang diletakkan...keluhan dunia sila lempar tepi..MasyaAllah ..dugaan itu tanda Allah sayangkan kita....terasa titisan air mata begitu murah memikirkan tentang diri ini, tentang diri ini, tentang imanku, tentang orang-orang yang ku sayang..Itulah impian aku selaku seorang lelaki., aku inginkan semuanya wahai kebaikan, bukannya kamu wahai kebutaan hati.

Mengapa masih tidak utuh? mengapa masih ada perkataan 'ter' dan 'tidak sengaja'....Memohon keampunan penyuci jiwa, memohon ampun bukan semata, memohon keampunan tidak kembali lagi... 

09 April 2013

SOLAT SUNAT DHUHA DAN CARA MELAKSANAKANNYA

KEUTAMAAN MENGERJAKAN SOLAT DHUHA

Ianya Amalan Berbentuk Sedekah.

Bagi setiap anggota sendi serta ruas-ruas tulang perlu mengeluarkan sedekah bagi menunjukkan ketaatan kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Justeru itu solat Dhuha adalah amalan yang dapat menunaikan tanggung jawab tersebut. Daripada Abu Dzarr radhiallahu’ anh, daripada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, baginda bersabda:

يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ

وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ

وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.

Maksudnya:

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720)

Allah Memberi Rezeki Yang Cukup Sepanjang Siang Hari.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Dhuha Allah Subhanahu wa Ta’ala sentiasa mencukupkan segala keperluan seseorang sepanjang siang hari. Daripada Nu’aim bin Hammar, dia berkata: Saya pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda Allah Azza Wa Jalla berfirman:

يَا ابْنَ آدَمَ لاَ تُعْجِزْنِي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ فِي أَوَّلِ نَهَارِكَ أَكْفِكَ آخِرَهُ.

Maksudnya:

Wahai anak Adam, janganlah engkau sampai tertinggal untuk mengerjakan solat empat rakaat pada permulaan siang (waktu Dhuha), nescaya Aku akan memberi kecukupan kepadamu sampai akhir siang. (Hadith Riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1097)

Mendapat Pahala Sebagaimana Mengerjakan Haji Dan Umrah.

Bagi mereka yang mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu tetap berada dalam masjid dengan berzikir kepada Allah dan mengerjakan solat Dhuha pada awal terbitnya matahari maka dia mendapat pahala seperti mengerjakan haji dan umrah. Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat maka dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala haji dan umrah. Dia berkata (Anas), Rasulullah bersabda: Yang sempurna, Yang Sempurna, Yang Sempurna. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

Ia Solat Bagi Orang Yang Bertaubat.

Solat Dhuha adalah termasuk bagi solat untuk orang-orang yang bertaubat (Sholat Awwabin). Daripada Zaid bin Arqam bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju tempat Ahli Quba’ yang ketika itu mereka sedang mengerjakan solat Dhuha. Baginda lalu bersabda:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 748)


TATACARA PERLAKSANAAN SOLAT DHUHA.

Waktu Mengerjakan Solat Dhuha

Waktu untuk mengerjakan solat Dhuha adalah sewaktu matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (12 minit setelah matahari terbit atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya setelah 15 minit) sehingga sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengahari (10 minit sebelum masuk waktu Zuhur atau untuk lebih berhati-hati laksanakannya sebelum 15 minit). Menurut Syaikh al-‘Utsaimin di dalam Asy-Syarhul Mumti’.

Jika demikian, waktu solat Dhuha dimulai setelah keluar dari waktu larangan solat pada awal siang hari (pagi hari) sampai adanya larangan saat tengah hari.

Namun demikian waktu yang afdal adalah pada saat matahari panas terik. Demikian adalah dalil-dalil tentang waktu mengerjakan solat Dhuha:

Daripada Anas radhiallahu’ anh, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَنْ صَلَّى الْغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ

ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَعُمْرَةٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

تَامَّةٍ تَامَّةٍ تَامَّةٍ.

Maksudnya:

Barangsiapa mengerjakan solat Subuh secara berjemaah lalu sesudah itu dia tetap duduk (di masjid) untuk berzikir kepada Allah sehingga matahari terbit (dan meninggi), kemudian solat (Dhuha) dua rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Jumu’ah, no: 535)

Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلاَةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمَضُ الْفِصَالُ.

Maksudnya:

Solat Awwabin (orang-orang yang taubat) dilakukan pada saat teriknya matahari. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 748)

Jumlah Rakaat Solat Dhuha.

Jumlah rakaat solat Dhuha paling minimal adalah dua rakaat dan ia boleh dikerjakan tanpa batasan jumlah rakaat yang tertentu. Sebelum ini penulis telah memaparkan hadith-hadith berkaitan solat Dhuha yang dilaksanakan dengan dua dan empat rakaat. Berikut adalah dalil yang menunjukkan ianya juga boleh dikerjakan dengan sebanyak enam, lapan dan dua belas rakaat.

Daripada Anas bin Malik radhiallahu’ anh bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat Dhuha sebanyak enam rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Tirmidzi dalam kitab al-Syamaail, Bab Sholat al-Dhuha, no: 273)

أُمِّ هَانِئٍ فَإِنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ بَيْتَهَا يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ

فَاغْتَسَلَ وَصَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ.

Maksudnya:

Daripada Ummu Hani’, dia berkata: Pada masa pembebasan kota Makkah, dia bertemu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika baginda berada di atas tempat tertinggi di Makkah. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam beranjak menuju tempat mandinya lalu Fathimah memasang tabir untuk baginda. Selanjutnya Fathimah mengambilkan kain dan menyelimutkannnya kepada baginda. Setelah itu baginda mengerjakan solat Dhuha sebanyak lapan rakaat. (Hadith Riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1176)

Di dalam Fathul Baari al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah telah membawa sebuah riwayat seperti di bawah:

وَعِنْد اَلطَّبَرَانِيّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي اَلدَّرْدَاءِ مَرْفُوعًا مَنْ صَلَّى اَلضُّحَى رَكْعَتَيْنِ لَمْ يُكْتَبْ مِنْ اَلْغَافِلِينَ ,

وَمَنْ صَلَّى أَرْبَعًا كُتِبَ مِنْ اَلتَّائِبِينَ , وَمَنْ صَلَّى سِتًّا كُفِيَ ذَلِكَ اَلْيَوْمَ ,

وَمَنْ صَلَّى ثَمَانِيًا كُتِبَ مِنْ اَلْعَابِدِينَ , وَمَنْ صَلَّى ثِنْتَيْ عَشْرَة بَنَى اَللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي اَلْجَنَّةِ

Maksudnya:

Dalam riwayat al-Thabarani daripada hadith Abu Darda’ secara marfu’ disebutkan: Barangsiapa solat Dhuha dua rakaat, maka tidak ditulis sebagai orang-orang lalai, barangsiapa solat Dhuha empat rakaat maka ditulis sebagai orang-orang yang bertaubat, barangsiapa solat Dhuha enam rakaat, maka dicukupkan untuknya pada hari itu, barangsiapa solat Dhuha lapan rakaat, maka ditulis dalam golongan ahli Ibadah, dan barangsiapa solat Dhuha dua belas rakaat maka dibangunkan untuknya rumah di syurga. Rujuk Fathul Baari, jilid 6, ms. 349 ketika al-Hafidz mensyarah hadith Shahih al-Bukhari no: 1176. Namun status hadith ini diperselisihkan olah para ulamak hadis. Musa bin Ya’qub al-Zami’i yang terdapat dalam sanad hadith ini telah didha’ifkan oleh Ibnu al-Madini namun dinilai tsiqah pula oleh Ibnu Ma’in dan Ibnu Hibban. Al-Hafidz sendiri berkata sanad hadis ini lemah namun diperkuatkan oleh hadith Abu Dzar yang diriwayatkan oleh al-Bazzar hanya sahaja sanadnya juga lemah dan apa yang lebih tepat hadith ini dha’if. Wallahu’alam.

Berkaitan dengan dalil yang menunjukkan jumlah rakaat solat Dhuha ini tidak ada batasan yang tertentu adalah:

مُعَاذَةُ أَنَّهَا سَأَلَتْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا:

كَمْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي صَلاَةَ الضُّحَى؟

قَالَتْ: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ وَيَزِيدُ مَا شَاءَ.

Maksudnya:

Daripada Mu’adzah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah: Berapa rakaat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat Dhuha?
Dia menjawab: Sebanyak empat rakaat lalu baginda menambahnya lagi menurut yang dia kehendaki. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 719)

Ringkasan Tatacara Mengerjakan Solat Dhuha

Rakaat Pertama

1) Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Dhuha
2) Takbiratul Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah al-Fatihah
5) Membaca Surah al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat Kedua

1) Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam ke kanan dan ke kiri


Kredit to: Hisham kamikaze@https://www.facebook.com/shamkamikaze 




29 Januari 2013

Sajak malam



Di penghujung ini, ku tatapkan sejuta impian sejuta harapan.
Manis ku impikan dengan berjuta senyuman.
Sinis aku melihat harapan didepan tatkala senja kian berlabuh.
Pantai yang kegelapan, hilang bangau-bangaunya kembali ke sarangnya,
laut yang kejauhan luas mata memandang kian hilang pandangannya.
Rela ku carikan pelita buat menerangi malam-malamku yang kian larut.
Saat ini juga, telah ku perahkan peluh yang telah membasahi bajuku,
Masanya telah tiba, namun dimana serinya.
Yang perlu hanya jalan yang lurus,
Yang perlu hanya lilin yang terus menerus menerangi
Sehingga titisan yang terakhir tanpa sang bayu.

Aku pasrah
Aku redah semak belukar tanpa arah
Sakit ku rasakan, luka kian berdarah
Tetapi aku pasti jalan yang ini walau ku tangis dalam senyuman
Ku lihat kanan, ku lihat kiri
sedih tiada berteman ditampuk hati
Aku memerlukan cahaya menerangi jalan-jalanku
Dan senjata untuk ku cantas segala halangan
Sungguh gelap gelita kala ini..
Ku tegakkan hasrat demi menunaikan hasrat..
Bulu burung-burung yang berterbangan sesekali mengingatkan ku
Satu masa dulu aku pernah terbang tinggi di angkasa
Bebas kemana sahaja dan hinggap di dahan-dahan kukuh

Kini sayapku patah
Kupangku di riba sayapku ini
ku tangisi sayapku ini
Dengan harapan boleh kembali seperti dahulu
Jika tidak dapat kembali,
cukup aku mampu tersenyum didepan kenangan lalu yang sentiasa berdiri
yang selalu menyamankan halwa fikiranku.
Aku lali, aku alpa dengan kedinginan hati lalu
Begitu menagihkan dan mengasyikkan jiwa dan sanubari

Harus apa lagi yang perlu ditempa
Bagaimana lagi yang harus aku canaikan
Adakan tenun atau jahitan luka yang kau perlukan...

Batu
Beribu tahun kau disitu
Keras diam membeku kaku
Aku yang lalai
Selalai-lalainya manusia.
Oh alam kembalikan wangianmu
Aku rindu tidak tertaut
Bak teratai yang hanyut bersama serinya
Sajak malam
Buat peneman jiwa insan pasrah dalam ketentuanMu.....

2100hours.


 

23 Januari 2013

Pintu Gerbang Kota Larangan Johor di Singapura




Di tengah-tengah pulau Singapura, di kaki
Bukit Mount Faber, berdiri tegak dengan
megahnya laman milik kesultanan Johor
selama 200 tahun. Saki-baki kota lama
tersebut menjadi bukti satu lagi hubungan
kesultanan Johor dari keturunan Bendahara
Riau Lingga dengan kerajaan Singapura
moden.

Pintu gerbang dan dinding telah dibina
pada awal 1840. Pada ketika ini binaan
tersebut telah runtuh hampir sepenuhnya
dan diliputi oleh pokok banyan.

Dibina mengikut rekabentuk Belanda dan
pintu gerbang Istana Pulau Penyengat, ia
masih lagi bertahan selama lebih 2 abad.

Terdapat satu peta lama Singapura yang
menyatakan kawasan tersebut sebagai
‘Makam Diraja Johor, Bukit Kasita’. Adalah
dipercayai bahawa kawasan ini
mengekalkan statusnya sebagai sebahagian
daripada kawasan Teluk Belanga yang
berada 1.5km dari tempat yang mana
masih dibawah kerajaan negeri Johor.

Kawasan tersebut telah menjadi kawasan
makam untuk keluarga diraja Johor yang
dari keturunan Bendahara.

Kebanyakkan keluarga diraja Johor / Lingga
yang menyebelahi Temenggon Ibrahim
telah dimakamkan di sini.

Kebanyakkan warga Singapura tidak
mengetahui sejarah yang terdapat di laman
mereka sendiri. Dengan memadamkan
fakta kawasan tersebut. Tiada siapa yang
akan sedar tentang pengaruh kesultanan
Johor di negara Singapura.

Tuan Mo Razzi and the Unekspected

22 Januari 2013

Penguasaan Yahudi dan Nasrani: Umat Islam Akan Hancur Binasa



Ingatan untuk kaum Muslimin.

Dunia sedang menuju penghujungnya apabila majoriti orang Islam mengingkari perintah Allah. Masanya semakin dekat Umat Islam akan hancur binasa. Ia bersangkutan dengan akidah dan cara hidup. Bakal terhalangnya pertolongan dari Allah Subhana wa Taala. Jika ini terjadi, kepada siapakah kita akan minta pertolongan? Makbulkah doa kita walaupun di aminkan oleh ratusan ribu jemaah?


Mereka menjadi "kafir" apabila berjinak serta menghampiri kumpulan manusia yang terang-terangan memusuhi Allah dan RasulNya, secara tidak sedar mereka telah dipandu keluar dari golongan Islam. Nampak seperti mudah tetapi ianya amat berat.

Oleh itu, biarlah tidak nampak "warak" asalkan tidak menjadi "kafir" seperti ini.

Masanya akan tiba bila manusia kehilangan agamanya hanya kerana tidak cerdik memilih teman dan rakan setia. Manusia Islam akan ramai-ramai menjadi pendusta atau munafikin apabila kata-kata mereka tidak serupa dengan apa yang mereka lakukan. Dalam solat mereka mengucapkan ikrar bahawa "Hidup dan Mati" hanya untuk Alah. Tetapi hakikatnya mereka mendustakannya dalam kehidupan apabila mengambil musuh Allah sebagai teman setia dalam masa yang sama mengkhianati sesama Islam.

Begitulah kerja nafsu yang mendorong manusia menjadi penderhaka kepada Penciptanya. Dalam lain kata ia bernama "Qarin", syaitan dalam diri setiap manusia. Hawa Nafsu juga membawa kita kepada rasa "megah" dan "besar diri". Ia juga bermaksud Sombong, Bongkak dan Melebihi Batas.

Semoga Allah menyelamatkan kita dari kesilapan kecil sebegini. Mereka yang telah pun bermukin di wilayah selamat dengan mendapat bimbingan para mursyid dan arif billah, dijamin tidak akan terjebak, insyaAllah. Inilah satu-satunya jalan lurus yang diredhai Allah dan sentiasa mendapat pertunjuk dariNya.

Ingatlah, Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (QS. Al-Maidah :51)

Hari ini berapa banyak para pemimpin Islam dan orang-orang Islam yang meminta perlindungan, pertolongan, dan memberikan wala' (loyal) nya kepada Yahudi dan Nasrani, dan bahkan mengikuti cara hidup mereka. Mengapa para pemimpin Islam dan orang-orang Islam bersikap demikian? Kerana di dalam dada mereka sudah tertanam adanya : "khauf" (rasa takut).

Maka Allah Rabbul Alamin menurunkan hukuman (undang-undang) yang bersifat tegas, final dan baku, yang menjadi hukum dasar bagi para pemimpin Islam dan orang-orang Islam, bagaimana berhadapan golongan Yahudi dan Nasrani. Dalam seluruh aspek kehidupan yang ada.

Firman-Nya :

"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu, mereka satu sama lain saling melindungi. Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka. Sungguh Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim". (QS. Al-Maidah :51)




Dalam tafsir Ath-Thabari, menjelaskan, bahwa menurut riyawat As-Suddi, ketika terjadi perang Uhud, dan suasana semakin mencekam, ada sebagian orang Islam yang merasa takut tertawan oleh orang-orang kafir. Mereka pun bermaksud mencari perlindungan kepada orang Yahudi di negeri Dahlak, dan orang-orang Nasrani di Syam, dan bersedia mengikuti cara hidup mereka. Maka turunlah ayat Al-Maidah : 51, yang melarang mereka melakukan perbuatan itu.

Menurut Ath-Thabari ayat ini menjelaskan urusan wala’ (loyal). Allah melarang orang-orang beriman untuk berwala' kepada orang-orang Yahudi dan Nasrani dengan cara menjadikan mereka pemimpin, penolong, teman setia, dan mengikuti cara hidup mereka. Karena barangsiapa melakukan hal itu, maka Allah akan menggolongkan ke dalam golongan orang-orang yang diikuti baik itu Yahudi ataupun Nasrani.

Maka, orang-orang Mukmin (beriman) hendaknya tidak menjadikan orang-orang Yahudi dan Nasrani sebagai pemimpin, pelindung, dan teman setianya. Apalagi bila telah nampak sikap permusuhan dari orang-orang Yahudi dan Nasrani itu kepada Allah, Rasulullah dan orang-orang Mukmin. Barangsiapa lebih memilih orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai penolong, pelindung, dan teman setianya, maka dia berarti telah menjadi musuh Allah, Rasulullah dan orang-orang Mukmin. Hal itu merupakan perbuatan zalim dan Allah tidak akan memberi pentunjuk kepada orang-orang zalim.

Disisi lain, Ibnu Katsir, menjelaskan surah Al-Maidah ayat 51 itu, menegaskan bahwa Allah melarang hamba-hamba-Nya yang beriman untuk menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia. Kaum Yahudi dan Nasrani merupakan musuh Islam dan umat Islam seluruhnya.

Kemudian, selain menjelaskan kaum beriman (orang Mukmin) satu sama lainnya saling melindungi, Allah juga mengancam siapapun yang melanggar larangan-Nya itu. Dia Ta’ala berfirman: "Barangsiapa diantara kamu yang menjadikan mereka teman setia, maka sesungguhnya dia termasuk golongan mereka".

Ibnu Abu Hatim meriwayatkan bahwa Umar meminta Abu Musa untuk mengusulkan atau melaporkan setiap hal yang ia lakukan dalam satu rumusan. Abu Musa memiliki juru tulis (sekretari) dari Nasrani dan melaporkannya kepada Khalifah Umar. Umar merasa hairan. Umar bertanya kepada Abu Musa : "Dia seorang juru tulis yang seharusnya menjadi orang kepercayaan". Apakah kamu boleh membaca surat yang datang dari Syam di dalam masjid-masjid?". Abu Musa menjawab, "Dia tidak boleh melakukannya". Tanya Umar lagi: "Apakah dia orang asing?". "Bukan. Dia seorang Nasrani", jawab Abu Musa. Lalu Umar menghardik saya (Abu Musa), dan menepuk paha saya. "Bawa dia keluar", ujar Umar. Kemudian, Umar membacakan ayat : "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan orang Yahudi dan Nasrani sebagai teman setiamu".

Dalam Al-Qur'an, yang termaktub dalam surah Al-Maidah ayat 51 itu, bersifat kekal, yang menyangkut sikap dan bagaimana melihat orang Yahudi dan Nasrani. Mereka adalah musuh Allah Rabbul ‘Alamin. Mereka menjadikan ‘Uzair dan Isa sebagai anak Tuhan dan Tuhan, yang merupakan sikap yang menduakan Allah Azza Wa Jalla, dan merupakan perbuatan syirik, yang dilaknat oleh Allah.

Sepanjang sejarah Yahudi dan Nasrani melakukan permusuhan yang sangat nyata terhadap orang-orang Mukmin, yang tidak pernah selesai. Permusuhan antara ahlul haq dengan ahlul bathil. Selamanya.

Bagaimana mungkin orang-orang Mukmin, termasuk para pemimpin Islam, bermesraan, meminta pertolongan, perlindungan, dan memberikan wala' kepada mereka, sedangkan mereka adalah musuh Allah dan Rasul-Nya.

Banyak para pemimpin Islam dan orang-orang Islam yang meminta pertolongan kepada Amerika, Eropa, dan negara-negara kafir lainnya, yang sudah nyata-nyata mereka menjadi musuh, dan menumpahkan darah orang-orang mukmin, yang tanpa haq, seperti yang terjadi di bumi Palestina, Irak, Afghanistan, Somalia, Chechnya, dan Bosnia. Mereka sangat nyata-nyata permusuhannya.

Ketika para pemimpin Islam dan orang-orang Islam, yang sudah hatinya terkena penyakit "khauf"dan "wahn", maka mereka, para pemimpin Islam dan orang-orang Islam datang berbondong-bondong kepada Yahudi dan Nasrani meminta pertolongan, perlindungan, dan berwala' kepada mereka. Bukan hanya sekadar menghadiri upacara Natal dan mengucapkan Natal, tetapi sudah menjadikan Yahudi dan Nasrani sebagai teman setia mereka.



Kerana itu, hari ini para pemimpin Islam dan orang-orang Islam, termasuk mereka yang berada dalam "Harakah Islamiyah" (Gerakan Islam) telah menjadi hina, dan bertekuk lutut dihadapan Yahudi dan Nasrani, dan menjadikan "demokrasi" sebagai agama mereka, dan diikuti dengan sembahan lainnya, yang disebut kata, "sekongkol", menyebabkan mereka menjadi "tasyabbuh" (menyerupai) atau" talbis", menyerupai dan bercampur dengan Yahudi dan Nasrani dalam bab aqidah dan muamalah.

Mereka sudah tidak berani lagi menyatakan identiti, jati diri secara terang-terangan sebagai Mukmin, dan menegaskan Islam sebagai agama yang syumul (sempurna), dan menegakkan prinsip (mabda') Islam dalam seluruh aspek kehidupan, dan memilih untuk menggunakan prinsip dari Yahudi dan Nasrani.

Sehinggakan ada seorang tokoh Parti Islam Indonesia, harus perlu membuat spanduk besar-besar, di sebuah jalan di Jakarta, dan hanya sekadar mengucapkan: "Selamat Natal", kepada orang-orang Nasrani, yang akan merayakan Natal. Karena, dia mengharapkan pertolongan dari orang-orang Nasrani. Bukan dari Allah, Rasul-Nya dan orang-orang Mukmin.

p.s Kalau ada masa cubalah fahami apa yang sahabat saya (OrgOrg) cuba sampaikan Di Sini, Bukan apa, usahalah kaji lebih mendalam (terlalu banyak tipudaya) apa sebenarnya yang berlaku dalam negara kita. Apa muslihat mereka dan apa pula yang cuba dilakukan oleh MUSUH2 ALLAH ini (baca Yahudi dan Nasrani). Jika Islam tidak bersatu, Islam akan dilaga-lagakan demi kemenangan mereka. Bersatulah segera sebelum terlewat.

21 Januari 2013

Ekspidisi Kuching-Serian-Tebedu

Semalam kebosanan, tengok motor kapcai aku rasa teringin nak long distance. Tak tau nk plan pegi mana, hari pun masih pagi..Lepak-lepak tengok jam dan pukul 12 tengahari, cuace redup plak lagi la aku gian nak menjelajah..Tak set kat otak nak pegi mane, lepas tibai roti telur sekeping kt selera warisan aku gerak isi minyak bagi full tank. Hmmm..masih memikir manelah aku nak pegi sorang-sorang diri ni. Last-last aku gerakkan moto aku ke serian. Dalam hati cakap nak pegi Sri Aman lagi nak tido sane satu malam. Tapi jauh sikit la 3 jam. Tiga jam kt sini tak macam kat semenanjung jalan elok pam minyak pun banyak.

Lepas isi minyak tu aku pun gerak dengan lajunya menuju serian. Hentam la janji dapat release tension aku atas motor ni sorang-sorang takde sape kacau. Dalam perjalanan ade gerimis sikit-sikit. Ahh lantak la tak lebat kut. Lepas satu jam sampaila pekan serian, isi minyak full isap rokok sebatang sambil fikir mane nak tuju. Tup tap tengok ada signboard Tebedu, border Malaysia dan Indonesia. Terussss aku gerak tak lengah-lengah lagi sampaikan rokok kat tangan pun baru tak sampai setengah. zasss....Sambil jalan tu aku suka menikmati alam ciptaan ilahi sepuas-puasnya..Tu antara tujuan aku kembara la. Lepas setengah jam melalui jalan Serian-Tebedu aku jumpe satu bukit. Tinggi la pulak bukit tu sampai moto aku panjat pakai gear 2 tu pun macam nak tak nak naik...Tapi lepas dah sampai atas perghh view memang cantik, kalau kat gambar ni memang kurang cantik la. Lepas sat atas bukit tu sambil snap pic untuk tatapan masa akan datang aku macam biasa.


Menghijau jer pemandangan sepanjang jalan, bebas dari gangguan pembangunan. Masa balik aku terai bawak laju-laju motor wave aku ni kat sini, out meter beb sampai 170km/h hehe..turun bukit boleh la haha..Walau dah tua tapi masih power..Tak sangka plak masih laju macam zaman muda-mudi dia dulu.


Masa ni aku tak pasti samada ada atau tak petrol pam kat Tebedu, tengok minyak masih ok lagi so boleh teruskan dengan tenang. Dalam tengah perjalanan tu aku tengok banyak sawah padi, tapi tak terkumpul kat satu tempat macam kat kedah tu. Sekejap ade sekejap takde. Tapi view memang cantik-cantik sejuk mata aku melihat sampai lupa aku tengah bawak motor. 


Tengok jam dah nak pukul 3 petang tapi belum sampai-sampai lagi, zuhur pun belum lagi. Tak lama tu sampai la border, ada satu masjid kecik nak kata surau tapi aku tengok smart jugak. Malangnya berkunci, mungkin sebab atas dasar keselamatan, sebab tu sampai berkarat mangga :D  hampa kejap...Terus jalan depan sket dengan harapan ada surau atau masjid tapi tak jumpe sampai la betul-betul border.


Ingat nak masuk indon jap tapi tak bawak passport, kalau bawak pun belum tentu boleh masuk hehehe..kawalan sekuriti aku.
Tibe-tibe teringat sebelum sampai border ni aku terpandang ade satu petronas. Dapatla aku rehat-rehatkan diri sambil menunaikan fardu yang wajib. Hilang penat seketika dan teruskan perjalanan..Dalam perjalanan tiba-tiba hujan lebat. Sweater canterburry aku tu kalis air tapi tak la kalis sangat-sangat, so aku pakai seluar kalis air sebab nak teruskan perjalanan. Tak sampai sepuluh minit ujan dah reda pastu aku bukak balik seluar hujan tu. Jalan tak lama hujan lebat lagi sampai naik konfius aku, so kenala pakai balik hehe...Pastu terang benderang lagi pastu hujan lebat balik. Lawak pun ade aku tergelak sorang-sorang atas motor kah kah kahh jap pasang jap bukak tapi yang last siyes tak bukak terus..
Masa lepas je serian tadi aku nampak signboard ladang teh Mayang. Aku pun tengah tunggu signboard tu masa on the way gerak balik ke Serian tapi tak jumpe sampai la bulatan serian. Kalau dah niat, ape lagi aku patah balik sampai jumpe. Masuk kampung tu jauh jugak tapi tak jumpe-jumpe. Masa ni memang hujan lebat sampai la aku sampai kuching. Aku teruskan jugak dengan slumber nyer. Baju canterburry aku dah start basah, tapi layankan dulu sebab aku ada bawak baju hujan spare nak bagi dua lapis. Dah setengah jam jugak la aku jalan masuk kampung yang aku tak tau mana hala tujunye. Hujan sampai tak nampak jalan, sejuk, petrol aku pun dah mula tipis. Tak tahan sejuk dengan hujan lebat tu aku berhenti kejap kat tempat tunggu bas. Ade sorang budak lepak situ aku bual-bual dengan dia tanya lokasi tempat tu. Rupenye jauh lagi adehhh..

Ade la dalam 15minit aku lepak situ, tengok lagit putih rasanya tak guna aku tunggu lagi. Terus mencari tempat yang aku rasa macma best tu. Hujan terlalu lebat, tak dapat aku nk snap pic langsung. Dalam hati aku kalau dapat snap memang terbaek la nak buat kenangan la katekan. Hati aku memang kuat nak teruskan perjalanan walau hujan, ribut bila aku dah niat. Ish makin lama makin takde orang lalu jalan yang kau lalu tu. Terasa konfius jugak, Dah pukul 530 ptg dan dah macam magrib gelapnyer, risau aku dengan lampu motor aku ni yang cemeh cuma lampu atas jer ade lampu bawah dah terbakar sebab takde bateri. Takpe, Allah bersama aku kalau apa-apa jadi hehe.. Thrill bila lalu jalan tak de rumah, hujan, angin kuat dan jalan yang licin lagi berlopak-lopak. Tak lama lepas tu aku pun sampai la ke Ladang teh Mayang tu sambil hujan boleh plak takde kat sana. Konfiusss...

Tengok signboard pun aku dah seram..errrr btol ke tak ni?? Apasal macam tak terbela jer kan. Angin kuat masa ni. Pelan-pelan aku masuk dalam kampung tu kat mana tempatnyer.. Bila sampai tempat tu perghh...macam masuk tempat berhantu. Bukan tekde orang tapi macam kilang tu dah tak beroperasi lagi. Ade yang duduk situ pun macam staff lama. Ape ntah yang buat aku ngeri dengan suasana usang tempat tu..."Ahhhh..ladang teh tu depan sikit kott" aku cakap dalam hati tu walau jalan makin teruk dan mengecil. jap elok jap tak jalan die. Aku belasah jer tapi dalam hati macam cari nahas ni dah la takde rumah orang kanan kiri. Semak ade la. Dalam kepala ni fikir macam-macam pulak kalau-kalau ada harimau tengah jalan hahaha...Sarawak takde harimau kot. Hmm..hmmm...dah rasa nak patah balik ni tengok jam dah pukul 6 petang. Kalau kat semenanjung kira dan senja dah tu.


 Tak lama lepas tu aku patah balik sebab aku rasa ada something yang tak kena lepas masuk dari simpang tadi. Tu cuma perasaan aku kot. Slumber tu slumber jugak tapi waspada. Masa aku tengah patah balik tu aku berselisih dengan satu kereta kancil. Aku benti tahan orang tu. Memula dia tak nak bukak tingkap mungkin sebab atas dasar keselamatan dia bawak anak kecik. Bila dia buka aku tanya kat mana ladang tu. Dia jawab ladang tu dah lama tutup dah setahun kat hujung kampung tempatnye. Rupe-rupenye jalan yang aku lalu tu kampung tapi tak tau la nape tak nampak orang, rasenye jauh jugak aku masuk kedalam. Korang tau kenapa sebenarnya aku patah balik...rupe-rupenye aku tak perasan hahaha. Alhamdulillah Allah gerakkan hati aku...

Baru aku perasan petrol aku dah low sangat-sangat dalam hutan kebun tu. Tapi aku dah biasa situasi ni, sebelum ni masa perjalanan dari kuching ke Sri Aman tahun lepas. Puncanya aku tak isi minyak kat serian sebab terlalu ramai orang isi minyak sampai sesak teruk. Tak tau pasal apa. Selamat sebab ada kedai tepi jalan jual minyak pakai gelen hehe...terbang Rm12 segelen..





 Hmm..takpelah (rasa macam sengal sekejap) terus aku balik ke Serian. Lepas setengah jam aku sampai pekan Serian. Lepak jap kat kedai mamak. Tengah tunggu mood nak makan datang tiba-tiba ada sorang cina ni mengamuk sebab makanan dia lambat sampai. Maki-maki lancau cibai semua tu kat pekerja muslim kat situ. Aku senyum je tengok dia sambil dia tengok aku tak puas hati. Lantak la ko! perangai macam budak-budak. Pegangan agama dia camne pun aku tak tau. Walhal setengah jam aku duk situ takde pulak dia tanya "mana makanan saya, sula siap ke belum?"...Lepas tu salahkan pekerja maki-maki bagai. Ekkk elehhhh...bongok ke ape. Aku marah pasal dia takde adab..Takpela aku rileks jer sebab penat bawak motor lom hilang tambah pulak baju lencun dengan perut yang lapar macam nak makan orang. Lepas makan aku refuel petrol aku dan teruskan ke Kuching, last station aku. Semalam memang sangat-sangat lebat sampai tak nampak jalan. Aku dah pakau baju hujan dua lapis tapi masih sejuk bangat. Nak speeding kat jalan serian-kuching pun tak dapat sebab jalan licin dengan tak nampak sangat...visor aku takde wiper hehe..naseb baek aku pakai glove so takla sakit tangan aku kena titisan hujan masa bawak laju. Sejuk, tak tahan dah aku lepak isap rokok kejap..ish rokok je aku hehe...


Alhamdulillah aku berjaya sampai ke rumah aku dengan selamat. Puas hati dengan ekspidisi lone ranger aku kali ni....In syaa Allah kalau ade rezki lepas aku pakai Kawasaki Versys nanti aku nak pergi Brunei dan juga sabah mudah-mudahan.Kesian kat motor ni aku buat macam superbike jalan jauh-jauh...Nak bagi dia rehat nak kasi frame kat dia hahaha.....banyak kenangan dia bawa aku bersama...Thanks for reading mate!

18 Januari 2013

6 Dosa yang tidak diampun Allah SWT walaupun dengan Taubat



1- Makan harta anak yatim secara haram.

( untuk menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang telah digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut . Jika anat yatim tersebut memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tersebut tidak memaafkan perbuatannya maka dosanya tidak terhapus).

2- Menuduh wanita solehah berzina.

( Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut, jika wanita solehah tersebut memaafkan, maka terhapuslah dosa tersebut dan bolehlah penuduh bertaubat kepada Allah SWT. sekiranya wanita solehah tidak memaafkannya maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT ).

3- Lari dari medan Jihad yang memperjuangkan kalimah Allah SWT.

( Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki Syurga, cuba kaji dalam sejarah Islam hukuman mereka yang lari dari medan Jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu Arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut ).

4- Melakukan sihir.

( Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang Syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah SWT melainkan mengucap kembali kalimah Syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya ).

5- Bersyirik kepada Allah SWT atau menyamakan kedudukan Allah SWT dengan makhluk.

( Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk, ubat samada melalui niat,percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kedua Kalimah Syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah SWT rela menerima kembali amal ibadat seseorang hamba yang telah menduakan Allah SWT atau menyamakan Allah SWT atau menyengutukan Allah SWT).

6- Membunuh Para Nabi yang diutuskan oleh Allah SWT.

( Mereka yang membunuh Para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutuskan utusan untuk membuuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan Negara Islam Madinah).

Kitab Tanbihul Ghafilin , Jilid 1 & 2. M/S : 532.


Amal Soleh mesti melalui 8 tapisan


Ringkasan dari Hadis Muaz dengan Rasulullah SAW tentang Isra’ dan Mikraj:
1-Apabila amal soleh melalui langit pertama, Malaikat akan menilai agar amal soleh tersebut suci dari nilai-nilai Ghibah, atau mengumpat.

2-Apabila amal soleh tersebut berjaya melalui langit pertama, maka Malaikat dilangit kedua telah ditugaskan agar amalan tersebut suci dari nilai-nilai Matlamat dunia, jika amalan terebut suci dan selamat dari sifat-sifat matlamat dunia , maka dibenarkan meneruskan perjalanan dan akan naik ke langit ke tiga.

3-Semasa amal soleh tersebut melalui langit ketiga, Malaikat akan menilai dan menapis amalan tersebut agar suci dari sifat bangga diri.

4-Apabila amalan tersebut tidak memilki unsur-unsur bangga diri, maka amalan tersebut akan dibenarkan melangkah ke langit kelima, semasa amalan soleh melalui langit kelima, Allah SWT mengarahkan agar amalan tersebut dinilai agar suci daripada nilai-nilai hasad.

5-Apabila amalan tersebut berjaya melepasi langit keempat, amalan soleh akan melalui langit kelima, semasa dilangit ke lima , amal soleh akan dinilai agar suci daripada sifat Ujub atau berbangga dengan kelebihan diri sendiri.

6-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ke lima, amal tersebut akan melalui langit keenam, semasa amal soleh melalui langit keenam, Malaikat yang bertugas dilangit keenam akan menilai agar amal soleh tersebut mengandungi sifat kasihan belas kepada orang lain, tidak menzalimi orang lain dalam semua perkara.

7-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit keenam, maka amal soleh tersebut akan diarak oleh ribuan para malaikat sehingga mengeluarkan bunyi seperti lebah dan apabila sampai dilangit ketujuh, Malaikat yang menjaga langit ketujuh akan menilai agar amal soleh tersebut suci daripada sifat Riya’, iaitu amal soleh yang tidak disertakan dengan harapan agar amalannya diiktiraf oleh manusia serta disanjung dan diagung-agungkan.

8-Apabila amal soleh telah berjaya melepasi langit ketujuh, amal soleh tersebut akan diiringi oleh ribuan para Malikat. Apabila amal soleh tersebut telah berada dihadapan Allah SWT. Malaikat berkata kepada Allah SWT dengan kata mereka : Ya Allah inilah amal yang terbaik yang telah melepasi segala tapisan, tetapi Allah SWT berfirman : Sesungguhnya masih ada lagi tapisan yang perlu dilakukan kerana Aku lebih mengetahui sesuatu amalan yang terbaik ” Maka Allah SWT akan menilai agar amal soleh tersebut dilakukan adalah benar-benar Ikhlas demi Allah SWT”, setelah amal soleh tersebut benar-benar dilakukan kerana Ikhlas kepada Allah SWT, Maka Allah SWT bersetuju memberi pahala dan dimasukkan kedalam Syurga.

Nota: Setiap amal soleh yang tidak melepasi tapisan-tapisan para Malaikat, amal soleh tersebut akan dihumban ke muka pemilik amal soleh tersebut.

Sumber Rujukan:

Imam Abdullah bin Al Mubarak lah.a telah meriwayatkan di dalam kitab Al Zuhd dengan sanad beliau daripada seorang lelaki (iaitu Khalid bin Maadan) yang pernah berkata kepada Muaz bin Jabal: “Wahai Muaz! Ceritakanlah kepadaku sebuah hadis yang pernah engkau dengar daripada Rasulullah s.a.w.”

Berkata Rawi hadis tersebut (Khalid bin Maadan) lalu Muaz menangis sehingga aku sangka ia tidak dapat berhenti tetapi akhirnya Muaz berhenti daripada tangisannya kemudian lalu Muaz berkata. Aku mendengar Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepadaku: Wahai Muaz! Sebenarnya aku mahu menceritakan kepada kamu sebuah hadis jikalau engkau mampu memeliharanya pasti ia akan memberi manfaat akan dikau di sisi Allah tetapi jika engkau mensia-siakannya dan tidak memeliharanya maka akan terputuslah hujjahmu di hadapan Tuhan pada hari kiamat nanti.

Wahai Muaz! Sesungguhnya Allah s.w.t telah menjadikan 7 orang malaikat sebelum ia menciptakan langit dan bumi kemudian lalu ditentukannya pada setiap langit seorang malaikat daripada mereka untuk menjaga pintu langit tersebut. Lalu naiklah malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba yang dilakukannya mulai dari pagi sampai ke petang. Amalan tersebut mempunyai nur bagaikan cahaya matahari, sehingga apabila malaikat Hafazhah yang membawa amalan hamba itu sampai ke langit yang pertama.

Mereka menganggap bahawa amalan itu baik dan sangat banyak lalu bekata malaikat penjaga langit pertama itu bagi malaikat Hafazhah: “Pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat penjaga ghibah (mengumpat). Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang mengumpat orang lain itu dapat melalui aku untuk terus naik ke atas.”

Kemudian datang pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Mereka menganggap bahawa amalan itu sangat baik dan sangat banyak (Malaikat itu berjaya melintasi langit yang pertama) sehingga mereka sampai ke langit yang kedua lalu berkata malaikat penjaga langit yang kedua itu:”Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia menghendaki dengan amalannya akan mendapat keuntungan dunia. Allah telah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang seperti ini melintasi aku untuk terus naik ke atas. Selain daripada itu ia juga suka membesarkan diri di dalam majlis perjumpaan. Akulah malaikat penjaga kebesaran.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba yang penuh dengan sinaran dan cahaya daripada pahala sedekah, solat, puasa. Para malaikat Hafazhah merasa hairan melihat keindahan amalan tersebut lalu mereka membawa amalan itu (melintasi langit pertama dan kedua) sehingga sampai ke pintu langit yang ketiga maka berkata malaikat penjaga langit ketiga itu:”Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya. Akulah malaikat takkabur. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang takkabur dapat melintasiku. Orang itu sangat suka membesarkan diri di dalam majlis orang ramai.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba. Amal itu bersinar-sinar seperti bersinarnya bintang yang berkelip-kelip. Baginya suara tasbih, solat, puasa, haji dan umrah. Para malaikat Hafazhah berjaya membawa amalan itu sehingga sampai ke langit pintu yang keempat maka berkata malaikat penjaga langit keempat itu: “Berhenti kamu di sini dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya, belakang dan juga perutnya. Akulah malaikat ujub (bangga dengan diri sendiri). Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang ujub dapat melintasiku. Ia beramal adalah dengan dorongan perasaan ujub terhadap dirinya.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amal seseorang hamba sehingga mereka berjaya sampai ke pintu langit yang kelima seolah-olah amalan itu pengantin yang dihantar (disambut) ke rumah suaminya (maksudnya amalannya itu berseri-seri) lalu berkata malaikat penjaga langit yang kelima: “Berhenti kamu dan pukulkan dengan amal ini akan muka orang yang mengerjakannya dan campakkanlah di atas tengkoknya. Akulah malaikat hasad ia sangat hasud kepada orang yang belajar ilmu dan beramal seperti amalannya. Ia hasut akan orang lain yang melakukan sebarang kelebihan di dalam ibadat, ia juga mencela mereka. Allah menyuruhku supaya aku tidak membiarkan amalan orang yang hasud ini melintasi aku.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Baginya cahaya seperti bulan purnama daripada solat, zakat, umrah, jihad dan puasa. Malaikat Hafazhah berjaya membawa amalannya sehingga sampai ke langit yang keenam lalu berkata malaikat penjaga langit tersebut: “Berhentilah kamu dan pukulkan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya kerana ia tidak belas kasihan kepada hamba-hamba Allah yang terkena bala dan kesusahan bahkan ia merasa gembira dengan demikian. Akulah malaikat rahmat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang seperti ini dapat melintasi aku.”

Kemudian naiklah pula malaikat Hafazhah membawa amalan seseorang hamba. Amalan itu ialah solat, puasa, nafkhah, jihad dan warak. Baginya bunyi (maksudnya bunyi zikir) seperti bunyi lebah dan baginya cahaya seperti cahaya matahari dan naiklah bersama dengan amalan itu 3000 orang malaikat. Mereka telah berjaya membawanya sehingga sampai ke pintu langit yang ketujuh maka berkata malaikat penjaga pintu langit tersebut:
“Berhentilah kamu dan pukulkan dengan amalan ini akan muka orang yang mengerjakannya bahkan pukulkan pula akan seluruh anggota badannya dan tutupkan ke atas hatinya. Akulah malaikat sum’ah (ingin masyhur). aku akan menghalang amalan orang yang riak dari sampai kepada Tuhanku. Ia beramal bukan kerana mencari keredhaan Allah tetapi bertujuan supaya mendapat tempat yang tinggi di hati para fukaha dan supaya disebut di kalangan para ulama dan supaya masyhur namaya di merata tempat. Allah menyuruhku supaya tidak membiarkan amalan orang yang riak itu melintasi aku, kerana setiap amalan yang tidak ikhlas adalah riak dan Allah tidak akan menerima amalan orang yang riak.”

Kemudian naik pula malaikat Hafazhah dengan amalan seseorang hamba. Amalan itu berupa solat, zakat, puasa, haji, umrah, akhlak mulia, banyak berdiam (daripada yang tidak berguna) dan banyak berzikir. Amalan hamba ini diusung oleh para malaikat penjaga tujuh petala langit sehingga mereka melintasi segala halangan dan sampai kepada Allah. Para malaikat itu berhenti di hadapan Allah dan bersaksi dengan keikhlasan dan kebaikan amalan tersebut lalu Allah berfirman kepada para malaikatnya: “Kamu adalah yang bertugas menjaga amalan hambaKu ini dan sebenarnya aku lebih mengetahui dengan segala isi hatinya dan aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hambaKu ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas kepadaKu dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak boleh menipu aku. Aku adalah Maha Mengetahui”.

“Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagiKu apa sahaja yang terlindung. PengetahuanKu atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuanKu atas apa yang bakal terjadi”.

“PengetahuanKu atas orang yang terdahulu adalah sama dengan pengetahuanKu atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hambaKu ini menipu aku dengan amalnya ini?”
“Ia sebenarnya tidak menghendaki akan aku dengan amalan tersebut. Ia hanya menghendaki sesuatu yang lain daripadaKu. Oleh kerana itu maka aku turunkan ke atasnya akan laknatKu.”
Dan ketujuh-tujuh malaikat berserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata, “Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknatMu dan laknat kami sekelian bagi mereka.”
Dan semua yang di langit turut berkata, “Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat”.

Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadis ini) kemudian menangis teresak-esak dan berkata, “Ya Rasulullah, bagaimana aku boleh selamat dan apa yang diceritakan ini?”

Sabda Rasulullah saw., “Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan”.

Muaz bertanya kembali, “Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanya si Muaz bin Jabal (hamba Allah bukan Rasul), bagaimana saya boleh selamat dan boleh lepas dan bahaya tersebut?”

Bersabda Rasullullah, “Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain”.
“Jangan riak dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhirat. Kamu jangan berbisik berdua ketika di sebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabbur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut kepadamu. Jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan merobekkan (pecah belah) peribadi orang lain dengan mulutmu kelak engkau akan dirobek-robek oleh anjing-anjing api neraka jahanam”.

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud, “Di neraka itu ada anjing-anjing perobek badan manusia”.

Muaz berkata, “Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?”

Jawab Rasulullah SAW., “Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindar semua itu, kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci apa yang berlaku kepada orang lain apa-apa yang dibenci oleh dirimu sendiri. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar”.

Wallahu’alam….

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.” (Riwayat Muslim)

Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar: 53)

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya sudah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran daripada Tuhan kamu, dan yang menjadi penawar bagi penyakit batin (hati) yang ada dalam dada kamu dan menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang beriman.” (Surah Yunus: ayat 57).

Penyebab syurga dan penawar dosa

       Dalam perjuangan menuju kasih Allah, kita diduga dan diuji dengan bermacam-macam perkara dimana keimanan kita cukup tercabar dan mungkin tumbang dengan serta merta. Melihat jijiknya diri yang dulu dan rasa bertuahnya melihat diri yang kini yang mungkin kita boleh harapkan. Kita manusia biasa, tidak lari dari kesalahan kesilapan yang bila dilihat semula hanyalah satu penyesalan hidup yang berganda-ganda

       Rahmat Allah takkan putus bagi mereka yang selalu berfikir dan selalu memaksa diri kembali kepada jalan yang bernar. Jauhkan la dari amarah yang cuba menguasai diri supaya berpaling kerana geram pada yang Esa, kerana merasa tiada rahmat Allah lagi didalam hidupnya. Saya percaya, sejauh manapun kita dengan Allah tetap akan diberi keampunan walau sebanyak buih-buih air dilautan. Mungkin kita rasa diri kita sudah tenggelam dalam kezaliman, tergolong dalam orang-orang yang kufur atau munafik, tetapi Allah itu kan maha pengampun. Berdosa jika menidakkan sifar Allah yang maha pengampun. Percayalah, pintu taubat senantiasa terbuka. Sememangnya Allah itu maha adil, tetapi pada masa yang sama Allah mempunyai sifat kepada semua 'maha' perkara yang baik-baik. Tidak sekali Dia maha jahat. Bertuahnya kita dilahirkan sebagai seorang muslim yang terlindung dari agama kafir.

       Mungkin dalam perjuangan kita untuk kejalanNya amat sukar dan boleh jadi amat mudah. Jika merasa susah tidak mengapa kerana itu bermakna masih banyak perkara yang perlu kita ketahui dan pelajari. Contoh paling senang ialah bagaimana melawan nafsu. Nafsu perosak iman, boleh dikawal melalui ilmu yang cukup. Bukan ilmu ghaib atau apa sekali pun ilmu selaim ilmu islam. Tetapi ilmu tulen dari kalamullah iaitu Al-Quran. Kita ada panduan hidup sebagai umat islam. Tujuannya adalah untuk memudahkan kita, menjadikan ia panduan dan sempadan hidup yang sementara ini. Renunglah sebentar dimanakah kita di sisi Allah swt. Saya sendiri tidak pasti dimana saya, tetapi in syaa Allah akan kita cuba untuk menunaikan segala yang termampu dalam hidup kita ini. Ya Allah, peliharakanlah kami selaku hambaMu yang lemah ini, beriaknlah kami peluang, bukakanlah hati sanubari kami sepenuhnya untuk Mu ya Allah. Kami berdosa ya Allah maka ampunilah kami sekalian umat nabi Muhammad saw.

        Masih merasa hairan dalam hidup ini, mengapa bila kita terlupa solat atau sengaja meninggalkan puasa dan perkara bersangkutan dengan tidak menunaikan kewajipannya tetapi kita masih boleh menghirup udara yang segar ini dengan selesa. Makan minum yang sedap seperti biasa, bukankah kita telah melupakan tuhan kita waktu itu? Allah maha pengasih lagi maha mengasihani. Masyallah..Hebat kasihNya terhadap kita walau kita alpa. Semua itu tidak hairan lagi kerana tauhid kita hanya pada Allah yang selalu sayangkan kita selama ini. Tidakkah kita terfikir mengapa kasih yang banyak Allah curahkan pada kita tapi kita masih sombong, ego dengan sebatang tubuh ini? Petunjuk itu semua orang merasai, cuma bagi yang menganggap ia perkara remeh temeh maka mungkin sekadar ucapan Alhamdulillah tidak terucap.

       Hujan yang turun, angin yang meniup pokok-pokok menghijau, sinaran cahaya matahari, dan udara yang selalu menyegarkan adalah nikmat yang percuma. Tetapi ia adalah salah satu petunjuk untuk kita berfikir kenapa Allah memberikan keindahan semua ini. Janganlah kita sesekali lalai dan lupa akan perintahNya..Matikan kami dalam iman dan jalan yang kau redhai ya Allah.....In syaa Allah.



16 Januari 2013

Sajak malam

Mentari jauh melabuhkan tirai,
Awan nan merah meliputi langit dihujung alam,
Tanda penamat kepada hari,
Dan bersilih waktu,
Menggamit kenangan berlalu,
Semalam adalah sejarah,
Kini adalah waktu yg berlalu,
Yang akan tetap meninggalkan kita,
Dari segenap sudut tanpa rela,
Itulah hakikat yang harus diterima,
Tiada makna belas pada masa,

Hari kian kegelapan,
Menenggelamkan seribu memori hari ini,
Yang pernah bertaut sebentar tadi,
Pantas berlalu begitu sahaja,
Alangkah ruginya kita,
Rugi yang menjadi hak wajib pada diri manusia,
Namun....
Itulah pengisian hari kita yang akan berlarutan,
Sehingga ke hujung nyawa..
Pejamkan matamu..
Bukakan hatimu..
Siapakah dirimu..
Siapakah dia...
Siapakah...

Cermin disana melihat kita,
Kita melihat dia,
Siapakah gerangan didalam cermin,
Setia mengikut hukum dunia,
Tak mampu melawan,
Tak mampu mengubah dan menggubah,
Itulah rahsia.
Buat mereka yang berfikir..
Dan melihat kedalam air dengan tenang.
Gerakkan kaki,
Angkatlah tangan,
Bukakan hati..
Tawarkan nafsu nafsi.
Timpakan nafsu dengan..
Dengan tuntutan, kewajipan, dan keperluannya,
Biarkan ia berlalu,
Menjadi kenangan paling manis disana,
Buat tatapan penghuni jannah yang setia..

15 Januari 2013

BESI ( SUBHANALLAH )

Ahli astronomi moden berpendapat berpendapat bahawa besi berasal dari luar sistem suria (extra-terrestia) dan bukannya berasal dari perut bumi. Mereka berpendapat ia datang melalui meteorite (batu dari angkasa) yang jatuh ke bumi sejak dahulukala lagi. Menurut mereka lagi, adalah mustahil besi berasal dari bumi kerana tenaga yang diperlukan untuk menghasilkan satu atom besi lebih kurang 4 kali lebih banyak daripada tenaga dalam sistem suria ini.

Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur’an dalam surah al-Hadid, yang bermaksud besi, kita dikhabarkan;

....Dan Kami telah menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan berbagai manfaat bagi manusia....Surah al-Hadid;25.

Perkataan ‘diturunkan’ khususnya digunakan untuk besi dalam ayat di atas difikirkan mempunyai satu pengertian metaforik untuk menerangkan bahawa besi diberikan untuk faedah kegunaan umat manusia. Tetapi apabila kita mempertimbangkan pengertian literalnya, perkataan ini akan bermaksud ‘secara fizikal diturunkan dari luar angkasa’, kita menyedari bahawa ayat ini menggambarkan satu keajaiban saintifik yang sangat-sangat signifikan.


Ini adalah kerana penemuan astronomi moden telah menyingkap bahawa besi yang wujud dalam dunia ini berasal dari bintang-bintang gergasi di luar angkasa.

Unsur-unsur berat dalam alam semesta adalah dihasilkan di dalam nuklid bintang besar. Sistem solar kita, bagaimanapun, tidak mempunyai struktur sesuai untuk menghasilkan besi baginya. Besi hanya dapat dihasilkan dalam bintang yang lebih besar daripada matahari, di mana suhu mencecah beratus juta darjah. Apabila amaun besi melebihi peringkat tertentu dalam sebuah bintang, bintang ini tidak dapat lagi menampungnya, dan akhirnya ia meletup dalam satu letupan yang dipanggil ‘nova’ atau ‘supernova’. Sebagai satu hasil dari letupan ini, meteor yang mengandungi besi berserakan ke seluruh alam semesta, dan mereka bergerak melalui ruang di angkasa sehingga ditarik oleh daya graviti sesuatu jasad di cakerawala.

Fenomena ini menunjukkan bahawa besi tidak dihasilkan di dalam bumi, tetapi dibawa dari bintang-bintang yang meletup dalam angkasa melalui meteor, dan telah ‘diturunkan ke dalam bumi’. Dalam cara yang persis dengan apa yang dinyatakan dalam ayat; ianya jelas bahawa fakta ini tidak dapat diketahui secara saintifik dalam abad ke 7, ketika Al-Qur’an diwahyukan.

Di samping itu, nilai perkataan besi dalam bahasa Arab 'Al-Hadid' ialah 57. Jumlah ini adalah sama dengan nombor surah Al-Hadid iaitu surah nombor 57. Satu keajaiban...

Nilai perkataan Hadid (besi) ialah 26. Nilai ini adalah sama dengan nombor atom bagi besi (ferum) iaitu 26.

Waallahualam...

sumber : tayibah.com & Harlina


13 Januari 2013

Cara-cara memasak kari ayam: Resepi bujang pantas dan sedap gila.

     


Cara memasak kari paling pantas, mudah, simple dan sedap semuanya disini..Jangan segan nk singgah sini kalau nak tau rahsianya.

Hari ni dah sehari aku tak makan nasi, makan roti bakor kosong semata-mata. Semalam gua dah plan nak masak kari ayam. 1st time taw hehe..tapi jangan risau aku dah bertanya-tanya dahulu dengan pakar masak. Masak kari ni rupenye tak susah macam aku bayangkan ler.. Simple jer janji cukup bahan. Bahan-bahannya pun tak susah mane. Nanti aku bagi tips skali.. Sajian ni aku set kan untuk 3 orang makan.

Memula korang boleh sediakan bahan-bahan untuk memasak kari:

  1. Minyak masak 6 sudu besar
  2. bawang merah 4biji
  3. bawang putih 3biji
  4. halia 1/2 inci
  5. garam
  6. serbuk kari 4 sudu besar (campurkan air secawan kecil dan bancuh sebati)
  7. santan pekat secawan
  8. air masak 2 gelas
  9. ayam 1/2kg (potong ikut sukahati)
  10. cili boh 3 sudu besar (nak pedas tambah je sukatan)
  11. kentang 2biji (potong jadi lapan ketul)
Ok, sekarang cara nak masak:

  1. tumbuk sehingga lumat bawang merah, bawang putih dan halia
  2. panaskan kuali/periuk dan masukkan minyak masak, dengan menggunakan api yang sederhana masukkan tumisan tadi dan tunggu dalam 3minit.
  3. masukkan cili boh dan goreng sehingga naik minyak (anggaran dalam 5minit)
  4. masukkan potongan ayam tadi kedalam tumisan. Gaulkan rata sehingga ayam tadi dilumuri dengan tumisan
  5. Masukkan sedikit dari air kari tadi kedalam tumisan supaya tidak hangus. Api masih sederhana. 
  6. Selepas tempoh dalam 5minit masukkan baki campuran kari tadi kedalam kuali.
  7. kuatkan api dan biar mendidih.
  8. Sebaik sahaja kari ayam tadi mendidih masukkan santan dan 2 gelas air masak kedalam kuali.
  9. Masukkan kentang.
  10. Tutup kuali/periuk tujuannya supaya ayam lekas lembut. 
  11. Jangan biarkan tidak dikacau terlalu lama. Khuatir nanti berkerak pulak kuali tu.
  12. Pastikan kuah mengikut selera anda kerana kandungan air dalam masakan akan berkurang semasa proses merebus, ini terpulang kepada anda jika mahu pekat atau banyak kuahnya
  13. hidangan sedia untuk disajikan
Tips: Memastikan tahap kemasakan ayam mungkin satu perkara yang sukar bagi yang tidak biasa memasak. Untuk resepi kari ini, jika kentang tadi sudah cukup lembut bermakna ayam anda sudah masak sepenuhnya. Selamat mencuba :-)


12 Januari 2013

Mengenal perangai dan sifat sebenar pasangan ada selepas berkahwin.

Arkib.
 
     Assalamualaikum saudara-saudara tidak kira dimana anda berada. Mendengar tajuk diatas mungkin bagi yang sudah berkahwin adalah perkara yang telah anda temui. Ia umpama khazanah harta karun yang terdampar didasar lautan yang sukar ditemui. Walau bagai manapun, saya adalah seorang yang belum berkahwin.

     Tujuan saya mencoretkan topik ini didalam blog saya adalah kerana perasaan ingin tahu yang mendalam sebelum menempuh alam perkahwinan. Berulang kali saya dengar ayat seperti ini "kau tidak akan kenal dia (pasangan) sehinggalah selepas kau bernikah menjadi pasangan sah". Perkataan ini selalu mengusik jiwa sanubari saya apakah perkara ini sangat positif atau mungkin juga negatif. Tentunya jawapan terbaik adalah dari orang yang sudah mendirikan rumahtangga yang mungkin selepas bernikah sehari, sebulan, setahun atau sudah lama hubungan itu. Apa yang saya yakinkan disini, semua yang diperkatakan adalah benar iaitu mengenal sifat dan perangai pasangan adalah selepas bernikah. Kalau tidak bagaimana ramai dikalangan mereka memberitahu perkara yang sama kepada saya atau kepada anda.

     Kebiasaannya hubungan selepas nikah adalah indah, umpama syurga dunia hidup berteman, mempunyai zuriat dan juga keturunan sendiri. Tapi selama manakah hubungan itu akan berkekalan. Tahniah kepada anda yang masih bersama suami atau isteri sehingga kini. Tetapi bagi yang sudah bercerai-berai saya ucapkan takziah. Itu mungkin ketentuan ilahi atau juga berpunca daripada sebab munasabab sendiri yang mewujudkan masalah rumahtangga. Kini, semakin hari semakin banyak kes-kes penceraian berlaku disekeliling kita. Graf perceraian dikalangan umat islam di Malaysia meningkat saban hari. Justeru dimanakah erti hubungan kekeluargaan sebenar tersemai dalam jiwa sanubari kita. Kebanyakan dari apa yang saya lihat masalah ini muncul setelah berkahwin lebih dari dua atau tiga tahun. Apakah masalah yang biasanya berlaku didalam selimut? Setiap manusia impikan keluarga yang bahagia, mempunyai anak yang pintar dan sihat, namun kita tidak dapat lari dari kekhilafan. Kebiasaannya ia bermula dari masalah ekonomi. Duit merupakan faktor utama dalam dunia kini di era modenisasi. Tanpa duit semuanya tidak menjadi, tanpa duit semuanya tidak bahagia. Tetapi pada saya duit adalah hal kedua selepas ketaatan suami isteri, hidup mengikut kehendak agama dan saling memahami. In syaa Allah keberkatan akan datang sendiri. Mungkin masih ada yang tidak perasan, mereka yang hidup mewah tetap tidak cukup dengan apa yang ada bahkan ingin mencari lebih kepuasan dalam hidup. Berbeza dengan orang yang hidup sederhana, makan dengan satu mata lauk pun sudah memadai bagi mereka, kenikmatan, dan kelazatan setiap rezeki itu senantiasa disudahi dengan Alhamdulillah. Syukur kita masih boleh melihat, membaca, mendengar dan bermacam-macam lagi kenikmatan yang sedang kita nikmati. Tidak semua orang kaya lupa akan asal usul sendiri, tidak semua orang kaya sombong, tidak semua orang kaya ini tidak merasai kelazatan nikmat Allah swt tetapi jika mereka pandai mengagih-agihkan pendapatan mereka dengan menderma dan mengikut jalan Allah swt mungkin mereka mendapat nikmat yang lebih.

     Saudara-saudara yang dikasihi sekalian, kembali kepada topik perbincangan kita. Mengapa harus ada perkara curang, mengapa harus ada saling mengkhianati antara pasangan masing-masing, mengapa perkara ini berlaku. Pucuk pangkalnya adalah hati. Hati yang kuat tidak akan mudah berubah, hati yang lemah selalu kalah, kalah dengan pujukan syaitan, amarah, nafsu syahwat dan duit yang mengaburi mata. Dengan solat mungkin kita dapat menghindari dari semua perkara ini terjadi. Tetapi sejauh manakah kesempurnaan solat kita? Jawapannya ada pada diri anda sendiri yang mengambil berat atas apa yang diri anda lakukan. Keegoan hati kadangkala merosak, memusnahkan ketulenan ibadah dan meruntuhkan iman sendiri. Jika tidak meninggalkan solat dan membaca Quran setiap hari tetapi masih tiada ketetapan hati, maka ada sesuatu yang mungkin kita tersilap. Mungkin kita tidak pernah cuba untuk memeriksa diri sendiri darihal yang paling asas sehinggalah didalam kemapuan kita sendiri. Cubalah renungkan sejenak...

     Apa yang saya taipkan disini hanyalah pandangan seseorang yang biasa, tak punya apa-apa kelulusan tinggi. Cuma sekeping hati yang sentiasa ingin diberi petunjuk dari yang Esa dan sanggup menerima apa hukuman sekalipun didalam hidup asalkan Allah memberkati hidup saya sehinggalah hembusan nafas yang terakhir...In syaa Allah..Jika ada yang tersilap harap dimaafkan dan berilah tunjuk ajar kepada saya. Jasa kalian amat bermakna buat saya juga pembaca blog. Sekian.. Wassalam.


Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)