24 Januari 2010

LEGION- satu lagi citer sesat yang bakal/ keluar di pawagam


**Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim**

Dalam pukul 1.30 ptg td ntah macan mane aku terpicit remote tv yg mmg aku tak suka nak tgk kecuali berita, itu pun tgk keadaan jugak. Ada satu 'The making of  "Legion" citer mengenai malaikat diturunkan ke bumi untuk memusnahkan manusia kerana tuhan dah hilang kepercayaan kat umat manusia, pengarah die cakap la. Memula aku tgk aku perasan ada satu nama bar tu ditulis 'Paradise Fall' ape maksud die???? syurga jatuh? kejatuhan syurga? atau ape-ape je? Tapi pernah tak korang dengar "The Fallen Angel" ??
Ok kat sini mungkin dah ade yang pening, kalau kita umat islam mesti tahu pasal Dajjal atau Al-Masih Al-Dajjal? Tapi dalam bahasa inggris juga disebut sebagai  "The Fallen Angel" atau "The Antichrist". Jadi kat sini kita dah tahu akan maksud terselindung disebalik papan tanda bar itu "Paradise Fall" ataupun sengaja di moderate supaya kita tak perasan. Lihat watak utama manusia berkepak ala-ala burung...Kalau kepala burung???

Kumpulan malaikat yg turun ke bumi untuk memusnahkan manusia adalah terlalu ramai tapi.....boleh dibunuh, kat sini dah nampak satu pemesongan akidah secara terang-terangan, kata malaikat tapi kenapa pulak manusia boleh bunuh dia??? Cuba anda fikir sejenak kalau la anda membawa anak-anak anda ke pawagam untuk menonton filem ini bagaimana tanggapan mereka? Adakah dia tak caya dgn aksi itu? Kanak-kanak mempunyai fikiran fantasi yang tinggi dan dengan mudah mempercayai dari apa yang mereka lihat dan fahami contohnya melalui cerita ini. Jangan kata kanak-kanak, anda mungkin secara tidak sengaja terpengaruh dengan unsur-unsur didalam filem ini melalui proses "Mind Control" ataupun halusinasi yang terjadi dibwah sedar anda. Semua ini bergantung pada iman dan pengetahuan anda.

Menurut pengarah filem itu, walaupun malaikat-malaikat yg ditugaskan oleh tuhan la kononnya menjalankan tugas dengan membunuh semua umat manusia tetapi ketua malaikat masih berpihak kepada manusia untuk menyelamatkan seluruh penduduk bumi. Ermmm...ape pendapat anda, cuba fikir sebentar...

Satu lagi auta bukan fakta yang sengaja dibuat dengan alasan ini cuma sebuah filem, tetapi spt yang saya ckp diatas tadi 'mereka' dengan sedaya upaya cuba menyesatkan kita dengan berbagai-bagai teknik. Bukankah 'ketua malaikat' itu wataknya hampir sama seperti 'Nabi Isa a.s ataupun Imam Mahdi'?? Apa yang mereka buat ni?? Mereka dah putar belitkan keseluruhan kefahaman kita dengan filem ini!! Lepas tu malaikat bunuh malaikat lagi la merepek totally tahyul dan tiada faedahnya kita menonton filem itu. Cuba lihat gambar diatas, ada cahaya ataupun mungkin matahari sebagai simbolik kepada "The Sun Of God" ataupun tuhan "Ra" ataupun "Annu". Nyatanya disini satu lagi simbolik-simbolik sesat ataupun "Freemasonry". Betul ke tidak tiada faedah? Kalau bagi anda ada faedah menonton filem ini saya tak tahu nak cakap ape lagi, yela mungkin sekadar hiburan semata-mata tetapi pastikan anda dah baca entry ini sebelum minda bawah sedar anda terpengaruh ampuh oleh filem ini.

Rasa kecewa kenapa filem sedemikian dibuat atau akan ditayangkan di negara kita Malaysia, terima kasih buat siaran NTV7 kerana menyiarkan the making of Legion ini. Harap maaf sekiranya entry ini menyentuh sesetengah pihak. Kembali kepada jalan yang benar, jihad Fi-Sabilillah Allahuakbar!!!

**SEKIAN TERIMA KASIH**

P/S: SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA INSYALLAH SAYA BALAS.

9 ulasan:

Mr.Z berkata...

sekarang ni dah banyak dah pengaruh2 barat masuk ke negara kita..sedar tak sedar, kalau movie or music tu,dah banyak dah..just diri kita yang perlulah sentiasa berwaspada.. :)

Al-Faizal berkata...

btl tu mr.z, sbb tu info2 camni kita kena sebar2kan sebelum makin teruk jadinya, walau kita tak bole nk halang at least kita dah jalankan tugas kita sebagai umat islam..

hami asraff berkata...

assalamualaikum. inilah propaganda yang cuba dimainkan pihak barat khususnya kristian dan yahudi laknatullah. dah banyak unsur-unsur yang dibawa masuk negara ni. tapi ramai yang tak sedar yang kita sedang 'dimanipulasikan'. lihat sajalah negara kita ni. hiburan dan artis diletakkan di aras tertinggi perbincangan. 'mengagungkan' artis melebihi agama sendiri. memang filem-filem sebegini membawa kesan yang mendalam kepada para penonton. penonton secara tak sengaja disogokkan dengan unsur-unsur yang akan memesongkan akidah sekaligus mempercayai apa yang cuba disampaikan. begitu juga dengan filem hot '2012'. terlalu banyak propagandanya. dan banyak lagi saya rasa. bila jadi macam ni salah siapa? perlaksanaan tidak tegas. pemangsa menunding hari kepada mangsa. Islam menjatuhkan bangsa seagamanya sendiri. dah banyak sangat tanda-tanda akhir zaman. minta maaf sekiranya komen ini agak panjang. moga kita sama-sama muhasabah diri dan berfikir sejenak akan hal ini. wallahu'alam.

Al-Faizal berkata...

Alhamdulillah, terima kasih dgn komen saudara semoga dapt berkongsi pendapat..

saya harap masyarakat kita dpt berubah, jgn kejar dunia semata2...tapi kejar lah dunia abadi akhirat tapi pastikan kita bawak bekalan yg cukup sebagai tiket utk ke syurga...InsyAllah..

Mr. HFH berkata...

satu entry yg baik sbnrnyer.....skrg ni ramai org kiter yg tak dpt fikirkan yang maner baik dn buruk....yang mereka tau adlh ianyer sesuatu hiburan....dan mereka terpengaruh atau terikut2 atau pun mudah percaya dgn mainan barat ini samada secara langsung atau tidak langsung....pendapat saudara dgn sayer adlh samer.....cumer sayer masih blm tgk lagi the makingnyer.....tp jika dilihat pada posternyer pon kiter dah bleh fikirkan smu tu...."WHEN THE LAST ANGEL FALLS, THE FIGHT FOR MANKIND BEGINS"....fikir2kanlah....

Al-Faizal berkata...

yup Mr. HFH kat situ sahaja kita dh nmpk terang2an terpesong dari akidah kita selaku umat islam...jgn lah dikejar sangat cerita2 camni walau sekadar hiburan ttp sekurang2nya kita dh sokong yahudi dgn menonton cerita mcm ni, secara tak langsung menyumbang atau ' support' mereka..terima kasih dgn komen tuan puan sekalian..

Mujahadah Al-Knight berkata...

Salam.

Ana ada menulis mengenai simbolik filem ini di blog ana serta menganalisanya. Macam-macam lah propaganda Yahudi sekarang ini. Ini lah psikologi kognitif secara halus... Fitnah Dajjal memang teruk!

Al-Faizal berkata...

alhamdulillah ada jugak yg rajin post benda camni...nnt ana masuk blog ente la ya..

Rizha. berkata...

salam.
sy pegi tgk cite nie taw.
well, honestly xtaw apa psl cite nie coz x tgk trailer mmovie pon.
then bila dh tengok awl2 blurr gak la pastu bila dh dtg seorang lelaki yg kononnya malaikat, sy dah start gelak.
just tengok diam2 apa contect movie.
cerita nie penuh karut melalut dan merepek.
sangat songsang dr agama Islam.

btw, im just wondering why la cite2 cmnie bule lepas kt malaysia and cerita yg mcm ketika cinta bertasbih lambat je nak keluar kt malaysia.

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)