Pagi tu aku,pak long dan arwah wak pegi minum sama. Tah camne sembang punya sembang masuk bab tarik barang. Tapi kami tak harap la cuma mane la tau kot2 tuah kitorang ni buleh dpt keris ke ape ke. So cadangan demi cadangan tempat mane yg kitorang nak pegi akhirnya dpt gak jawapan. Atas kata putus kitorang gunung jerai jadi sasaran. Planning dan collection seminggu awal dah di 'settle' kan. Ahli kelab cuma beberapa org saje yg nk ikut. Chif dari penang pun dh kontek. Die antara mantan program selain pak long. Total yg nk pegi mase tu dpt la dua kete.
Awal pagi sabtu tu sume dh berkumpul di blok aku dan ready utk teruskan perjalanan ke gunung jerai. Lebih kurang sejam lebih kitorang gerak dari alor setar dan sampai di kaki gunung jerai pada jam 10 pagi. Van yg ditempah pun sampai pada waktu yg sama. Sume brg2 kitorang pastikan cukup dan siap dimasukkan. Tanpa lengah lagi van pun mulakan pendakian yg memakan masa lebih kurang hampir dua jam. Sampai je khemah pun dipasang siap dgn belerang sebagai pelindung dari serangga berbisa. Kawasan tu agak suram sbb mungkin resort yg agak tak terurus dan tiada penghuni. Selesai solat zuhur kami tido jap sbb ptg tu kami nak mendaki ke puncak jalan kaki. Tujuan sebenar bukan la nk naik ke puncak tapi nak cari telaga tok syeikh. Ramai yg cakap tempat tu keramat. Ada sesetengah perubatan tradisional dilakukan kat situ. Kami pun mulakan pendakian melalui jalan turap yg lebih kurang 30 deg curam. Cuace plak hujan tapi kami nekad nk teruskan jugak. Mase naik tu kami tak jumpa pon telaga tok syeikh sampai la puncak. Ada resort tgh buat kat situ mmg cantik. Sempat la layan sebatang dua rokok kat situ pastu kami pun turun. Dlm perjalanan tu la kami ternampak simpang ke telaga tok syeikh. Ragu2 nak masuk jalan tu sebab curam dan gelap dek rimbun pokok. Alang2 dh sampai takkan kami nk kensel so truskan jugak masuk ke area telaga tu. Ada 2 buah kereta parking dekat dgn area telaga tu. Dorang tgh sembahyang mungkin solat sunat agaknye. Masuk kawasan tu tak bole pakai kasut atau selipar. Mestila berkaki ayam berjalan sampai la ke telaga tu. Selesai saja pengunjung tadi balik kami pun masuk la kedalam pondok dimana dalam tu ada mata air yg mengalir laju. Pelik sebab tempat tu di kawasan yang agak tinggi tapi air mata air tu ckup sejuk dan mengalir laju. Leader kami ckp minum dan berdoa. kami pun buat la mane yg baik. Jam pun dh hampil pukul 5 ptg tapi nmpaknya mendung tebal menggelapkan tempat tu. Hujan makin lebat turun dan kami pun tersepit kat telaga tok syeikh tu. Semasa kami tgh mandi dan layan kedinginan air tu ada satu family dtg satu kereta. peh hujan2 pun dorang dtg gak..dalam hati aku kata mungkin tempat ni ada sesuatu yg bagus. Sementara nk tunggu hujan benti kami solat asar dulu takut tak sempat nk sampai tmpt khemah kami. Lebih kurang setengah jam hujan reda cuma gerimis je. Kami pun turun pelan2, jalan licin momentum pun tinggi. dekat magrib jugak kami sampai kat area khemah. Mandi2 pastu solat jemaah. Lps solat leader bagi penerangan sikit pasal gunung jerai. Kat sini sebenarnye dulu ada satu kuil atau candi yg besar kat atas gunung jerai. Info ni kitorang dapat dari org2 lama yg duduk didaerah ni. Askar2 yg keje kat pencawang kat puncak gunung jerai ni pun cakap bila lepas hujan putik2 candi tu akan nampak sebab tanah mendap bila lps hujan. Diorang suruh kami pijak kalau2 terjumpa batu2 bersegi atau putik candi yg hampir serupa dgn putik bunga teratai. Senang crita korang bayangkan kalau kuil buddha siam tu tenggelam dalam tanah pastu kena hujan. Mesti tanah tu turun dan menampakkan sedikit sebanyak bentuk kuil tu kan??. Korang tau tak setahun sekali sami dari India akan turun ke malaysia dan naik ke gunung jerai utk cari kuil diorang. Info ni dari renjer Gunung jerai dan orang2 lama daerah ni. So kalau la sami tu jumpa, persatuan buddha malaysia akan tuntut tempat tu sebagai tempat suci dorang. Ada yg mengatakan kuil yg berada di atas gunung jerai tu adalah terbesar sekali di malaysia dan juga tempat paling keramat dorang. Hasil maklumat penduduk, askar dan juga petugas di gunung jerai tu nyatalah berita tu benar. Ini sebenarnya tujuan aku tulis blog post ni!
Ok habis bab tu aku nk cerita pulak aktiviti mlm kitorang kat atas gunung jerai tu. Pak long, arwah wak, zaidi dan beberapa org lagi sebenarnya adalah antara paranormal yg selalu mengubat orang area jitra kedah. Walau tak famous tapi banyak projek dh settle Alhamdulillah. Antaranya ialah instructor kami sendiri. Mlm tu dijalankan sesi 'test power' bagi ahli2 baru dan juga lama. Sebelum projek tu jalan suasana tempat camp kami tu mcm biase sunyi sepi takde ribut takde angen cuma bulan mengambang dan bintang yg sentiasa berkelip2. 'pagar' dah dibuat di perimeter kami dan tanpa lengah masing2 mengasah ilmu masing2 yg dilakukan serentak bagi mendapatkan full power bagi mlm tu. Leader cuma duduk dlm khemah pantau keadaan kot2 kalau ada benda lain yg dtg senang nk monitor. Selesai topup power aktiviti pertama sparring antara kami. Itu utk uji ketepatan dan pergerakan. Habis sume tu projek pun start, kali ini nk cuba settlekan satu masalah dari keluarga 'M'. Kes ni agak rumit pasal territory musuh yg besar dan juga 'askar' dorang diimport dari thailand (paham2 sudah) Seorang dari kami masuk ke pandangan ketiga utk memantau pergerakan dan sorang lagi Yan yg ada 'tv' yg besar dan clear monitor hampir keseluruhan projek. Tembakan bertubi-tubi dari ahli lain tanpa mengenal menyerah. Tiba2 angin kuat dan sejuk terpa muka kami, suasana jadi gelap pasal lampu sume padam, angin kuat serupa ribut. cuma torch light je kat tangan. Projek diteruskan, Suasana yg sememangnya hanya kami sahaja yg berada kat situ dikelilingi pokok2 besar dan jauh dari orang lain. Suasana jadi panik jap, kami hampir loose control dan leader pun bangun. Masa yg sama ada satu lembaga seakan asap berbentuk makhluk berlegar2 di sekeliling kami. Cukup dgn mata dan mulut yg mengerikan. Leader tanpa buang masa membaling sesuatu sambil kami buat ape yg telah diajarkan. Syukur byg tu lenyap dan angin pun berhenti, suasan jadi tenang semula. Selesai saja projek tu suma ahli ambik tempat masing2 jarak dalam 3meter dan teruskan berzikir..
Waktu dah pukul 4 pagi. Masing2 mengantuk dan trus tido. Masa tu cuma aku sorang tak tido, aku nampak bayang2 jasad berjalan. Aku tak pasti apakah itu, kaki agak besar tak serupa manusia. Aku hiraukan dan terus tido. Dh tau setan tu nk watpe layan. Tido lagi sedap.
Pagi tu chif kejutkan kitorang 'weh bangun!' aku tgk jam dh pukul 9 pagi. Sempat buat sarapan ringan jap dan packing terus brg2 siap utk balik. Dalam perjalan turun ke bawah tu pak cik drebar sempat crita kisah yg penah jadi satu masa dulu kat gunung jerai tu. Dorang panggil 'orang hutan', tinggi bangunan 3 tingkat, berbulu tebal tapi takde kepala. Sume yg duduk kat resort masa tu sume nampak termasuk la cina, india, melayu. Punya la bersyukur kami tak jumpa makhluk tu mlm tadi. Ape2 pon tima kasih sbb sudi baca post aku ni, sori la aku taip cincai2 je.
nota: kandungan dlm crita ni dh diubah suai mengikut kesesuaian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Label
ISLAM
(37)
aku
(29)
PEDOMAN
(12)
kenangan
(12)
aku merepek
(8)
buka minda
(7)
hidup
(5)
KERJAYA
(4)
LIRIK
(4)
muzik
(4)
AIDILFITRI
(3)
ALAM MISTIK
(3)
INFORMASI
(3)
JODOH
(3)
KEMBARA
(3)
LAGU
(3)
MATI
(3)
PENGHAYATAN
(3)
Puitis
(3)
RENUNGAN
(3)
SARAWAK
(3)
TUDM
(3)
sukan
(3)
2011
(2)
AL QURAN
(2)
Aircraft
(2)
FILEM
(2)
FREEMASON
(2)
INDONESIA
(2)
JENAYAH
(2)
KASIH IBU
(2)
KEBENARAN
(2)
KEJURUTERAAN
(2)
PATRIOTIK
(2)
PERJUANGAN
(2)
SEJARAH
(2)
TAUBAT
(2)
UCAPAN
(2)
YAHUDI
(2)
bisnes internet
(2)
keje
(2)
memasak
(2)
motor
(2)
resepi
(2)
sajak malam
(2)
100PLUS
(1)
2010
(1)
7TRIBE
(1)
ALAM KUBUR
(1)
AMY SEARCH
(1)
ANJING
(1)
ART OF LIFE
(1)
ARTIST
(1)
BAHASA
(1)
BAIK
(1)
BINATANG
(1)
BIRTHDAY
(1)
BISNES
(1)
BRUTAL
(1)
BURJ DUBAI
(1)
C-130
(1)
CALL
(1)
CINTA
(1)
CN235
(1)
CRIME
(1)
DARJAH SATU
(1)
DRUM
(1)
DUA LAUTAN
(1)
DUNIA
(1)
FACEBOOK
(1)
GAME
(1)
GITAR
(1)
GULA
(1)
HAIWAN
(1)
HARGA
(1)
HOBI GAMBAR TRAVEL
(1)
IT
(1)
Indon
(1)
JAHAT
(1)
JAMMING
(1)
JAPAN
(1)
JIWANG
(1)
JOHOR
(1)
KEBENARAN BUKA MINDA
(1)
KEDAI GITAR
(1)
KEYBOARD
(1)
LAMUNAN
(1)
LANEY
(1)
MAKANAN
(1)
MALAYSIA
(1)
MAULIDURRASUL
(1)
MEKAH
(1)
MERAPU
(1)
MICROGENIUS
(1)
MIMPI
(1)
MUSIC
(1)
Maling
(1)
NABI MUHAMMAD S.A.W
(1)
NEGATIF
(1)
NIPPON
(1)
PEAVEY
(1)
PELIK
(1)
PERMAINAN
(1)
PERMANDANGAN
(1)
PESAWAT PEJUANG-BHG 1
(1)
POSITIF
(1)
SAINS
(1)
SHARING
(1)
SMS
(1)
SYAWAL
(1)
Syair
(1)
TAGGED
(1)
TAIPEI 101
(1)
TAKWIM
(1)
TARIKH
(1)
THE RAFFLES
(1)
THE TRUTH
(1)
TIMUR BARAT
(1)
TRADISI
(1)
TULISAN
(1)
VALENTINE
(1)
VIOLIN
(1)
VIRUS
(1)
X-JAPAN
(1)
XPDC
(1)
ZINA
(1)
ZYNGA POKER
(1)
anak
(1)
belasah jer
(1)
bolasepak
(1)
ekspidisi
(1)
fakta menarik
(1)
gadget
(1)
gaduh
(1)
handphone
(1)
jelajah
(1)
kamera
(1)
kasih sayang
(1)
kekeluargaan
(1)
kuching
(1)
memori
(1)
nasihat
(1)
olympic
(1)
pakistan
(1)
pengkebumian
(1)
politik
(1)
saudara
(1)
2 ulasan:
wah..bila baca cita ni teringat masa sy form4 dlu..penah jugak g gunung jerai..berkemah kat telaga tok sheikh tu la..ada rumah renger kan kat situ kan??surau pun ada kalo xsilap..xtawu pulak tu kawasan mistik..i'll never go there 4 the 2nd tyme..aiyaa..takut la pulak bila teringat..masa sy g tu,,siap ada org berubat bandi bunga lagi...air dy pelik la kat situ..dasar dy warna perang coklat2 gitu..cikgu2 pun dah pesan jangan tegur benda pelik..kebetulan ada la terdengar bunyi org selak pintu masa tengah tido lam khemah..tapi wat2 pejam mata ja...he he..
hehe tu la, kena hati-hati kalau pegi sana...saya mmg minat benda2 gini.
Catat Ulasan