Aku rasa bertuah kerana walaupun aku ni belaja tak la tinggi mane mcm korang ada diploma, ijazah dll. tp aku bersyukur dpt pekerjaan yg halal dan didalam satu organisasi yg mantap. Masa mula-mula ditugaskan ke 6skn aku diajar erti hormat, itu adalah pokok kpd semangat kerjasama yg plg penting dlm satu organisasi. Selain latihan yg agak keras kerana bekerja dgn sesuatu yg mempunyai bahan letupan adalah sangat bahaya. Jadi ilmu pengetahuan sgt penting dalam menjamin keselamatan.
Untuk pengetahuan korang, ini la lambang skuadron aku, 6skn berpangkalan di kuantan. Check ABC, marshalling, launching tu jadi makanan harian aku, kalau tak buat benda tu sume kira tak mcm kerja la. Pagi dh tentu open check A, topup hydraulik, oil, oksigen, nitrogen tu dah memang wajib tiap-tiap hari. Itu kerja biase buat semua tradesman. Aku sebagai Engineman kompom terlibat dengan segala servicing yg berkaitan dengan enjin. Kadang2 elektrikal pun kami buat jugak bergantung pada keadaan. Kami bekerja secara syif, 24hr on 24hr off, so masa on tu memang perit sket ar tapi lama-kelamaan biase je benda tu. Yang paling tak tahan pulak bila ORI (ordinance readiness inspection) memang kelam kabut dibuatnyer hehehe. ORI ni aku takleh nk cerita banyak kat sini. Rahsia kerajaan, sory yek!! Tapi bila ada operasi lagi la kusut, bayangkan la tetibe kena siap dlm setengah jam nk packing baju pastu terbang ke Labuan dan sebagainyer ikut kehendak operasi.
Hehehe korang tengok gigi aku ker?? benda yg putih tu korang jgn salah sangka pulak, tu bukan bom tapi tu kira holder die la sebab tu bole letak kat situ kalau life bomb takde masa nk letak camtu je nak mampos!! Memang bahaya, bom sebesar cuma peha korang dan panjang cuma dua jengkal cukup nak robohkan rumah dua tingkat korang, kalau tak caya pi lah duduk kat Palestin. Bukan setakat bom je yg bahaya tapi masuk kokpit pesawat fighter pun dah bahaya. Pernah jadi kes kat Butterworth dulu kerana over konfiden, sorang LAC maut dan dua lagi cedera parah(pelatih) sampai masuk ICU. Berpunca dari ejection seat yang tersilap 'operate'. Maksud aku ni bangang tapi nak tunjuk terer kat budak baru. So sebab tu la 'Safety First' hehehe. Ingat pesan aku ni kawan2.
Ok lah korang mesti nak tengok bom yg betul2 kan? Gambar kat bawah ni aku rahsiakan namanya tapi memang powerful, even runaway pun boleh bersepai kalau di bom dgn senjata ni. Cukupla dengan impak2 yg dapat aku bagi kat korang utk bayangkan. Tapi aku harap korang jgn la rembat gambar nie, mls nk letak watermark.
sekitar tahun 2004
**Bersambung pada post seterusnya**
NOTE:buat kawan-kawan, sory la sebab bahasa bercampur aduk, aku tak bise guna b.melayu masa keje.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan