26 Februari 2010

262626 FEBRUARY 2010

Perhatian:  sila pasang lagu yang disediakan di kotak kanan sebelum membaca



Hari ini merupakan hari keputeraan baginda Rasul junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W, tarikh keramat buat saya kerana 26 Februari 2010 ni genaplah umur saya yang ke 26, kebetulan pula sama dengan tarikh Maulidur Rasul ini. Pastinya saya takkan melupakan tahun ini buat selama-lamanya kerana jarang sekali tarikh lahir kita jatuh pada hari yg sama dgn Kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Terharu dengan ucapan-ucapan teman-teman yg sebelum ni jarang mereka ucapkan. Mungkin kerana hari ini hari penting buat kita selaku umat islam.

Sambutan pastinya akan diadakan di seluruh dunia termasuk negara tercinta kita Malaysia tapi bagaimanakah erti kata 'sambutan' itu sendiri dikalangan kita? Kebanyakan dikaca televisyen memaparkan perarakan sebilangan besar umat islam berjalan dengan berselawat dan juga sepanduk. Aku tak nafikan amatlah baik kita mengadakan aktiviti sedemikian supaya dapat memupuk semangat cintakan Rasul dengan memperingati hari penting sebegini. 

Akhir-akhir ini semakin ramai dikalangan pemuda pemudi hanya sekadar mengingati tarikh ini dan melibatkan diri dalam aktiviti yg aku sebutkan tadi tanpa mengetahui maksud sebenar sambutan MaulidurRasul dengan lebih mendalam lagi. Apa yang saya nak sampaikan disini, selamilah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan dakwahnya ketika pada masa itu kerana amatlah sukar untuk menyampaikan agama Allah ini  kepada seluruh manusia. Ketabahan baginda dalam menempuh liku-liku kehidupannya menjadi contoh yang terbaik buat kita sekalian. Bayangkanlah pada masa itu ramai yang menghina, mencerca dan ada juga yang sanggup membaling batu ke arah baginda a.s hanya kerana ingin membawa mereka kejalan yang benar dan diredhai Allah s.w.t. Ya Allah aku bersyukur lahir didunia yg aman dan damai selesa untuk beribadat. Marilah saudara saudari bersama-sama kita mensyukuri nikmat Allah dipermudahkan bagi kita untuk beribadat sementara pintu belum tertutup. Kalau pengorbanan baginda buat kita adalah untuk menyampaikan agama yg diredhai Allah ini amatlah sukar, tetapi Allah sudah permudahkan bagi kita pada zaman ini masa dan keselesaan yang banyak buat kita untuk beribadat. Kenagilah jasa-jasa Rasullullah, marilah kita bersama-sama kejalan yang benar.

Lihatlah alam yang terbentang ini begitu indahnya buat kita, langit yang membiru, tanah yang subur, dedaunan yang menghijau, gunung ganang yang tinggi, air yang mengalir tanpa henti dan juga udara yang segar semuanya Allah ciptakan supaya kita manfaatkan kurniaan tuhan ini dengan penuh penghayatan. Renungkanlah sedalam-dalamnya didalam hati ini untuk apakah kita hidup selama didunia ini, carilah erti hidup anda yang sebenar sesungguhnya Allah senantiasa berada disisi umat yg patuh pada perintahNya. Ketenangan hati bukanlah hanya dari kekayaan duniawi tetapi dari hati yang tulus menjadi hamba Allah yang taat menunaikan kewajipannya.

Kesimpulan dari apa yang saya ceritakan disini marilah kita kembali kepada jalan yang benar, jalan yang nyata yang patut kita lalui sebagaimana yang Nabi Muhammad s.a.w turunkan kepada kita seadanya. InsyAllah. Betulkan saya seandainya ada kesalahan dalam penulisan...

**ASSALAMUALAIKUM**


18 Februari 2010

EDISI: Aku mem'blues' kan diri aku (edisi blues la pulak!! heheheh)


Assalamualaikum....

Perghh....baru 6 bulan ni tak balik aku dah rindu giler2 kat kg halaman aku, takde la lama sangat tapi rindu kat anak buah aku yg 2 orang tu yg cumey2. Maser aku blk hr tu dorang baru lahir kat planet bumi nih...

Tah camne blk keje semalam tingin lak aku nk lepak tepi airport a.k.a tepi blok aku, so aku start workhorse aku (moto jerr) lepak tgk kapal terbang turun naek....rasa nak balikk je...yela mase aku blk pon masa tu emergency mak aku sakit dokter suh die lepak kat spital. 2 minggu gak mak aku kat spital. Seb baik nurse2 ngan dokter2 kat sana tu bagus2 sumer, aku respek dorang buat keje...kat Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.Aku sempat kat kg seminggu je tapi Alhamdulillah setakat ni sehat la jugak walau sakit2 biase die kerap datang..maklum la dah tua mcm2 penyakit datang...kire mak aku ni complete set la dari kencing manis sampai la buah pinggang...kesian aku tengok...kalau tak kerana keje aku ni dah lama aku benti keje duk kat kg je...

Tugas oh tugas kadang2 pening aku dibuatnyer, kat Kuching ni ape la sangat, kalau kaki enjoy tu mmg sini la tmpatnyer...seb baik aku tak kaki...tapi aku kaki jelajah hehhehe...melihat keagungan ciptaan tuhan semestinya pujaan hatiku kah3...tu jela bole buat hati aku lupa sket kat kg..mane2 tempat aku belasah je janji dpt tgk alam semulajadi yg sempoii...Sarawak ni banyak tmpt yg bagi aku unik la walau tak la besh mcm KL atau JB..ape-ape pon hemtam lah labuu...cari makan dah adat merantau sana sini....

 

Ni lah moto aku yg turut sama dalam semua edisi perantauan dari semenanjung sampai la Sarawak..hehe aku bawak je die kemana aku pegi....rekod moto ni bagi aku tahap moto kesatria baja hitam gak beb....ni antara rekod2 moto aku yg dah aku tempuh ngan die...walau standard tapi power...sbb tu aku biarkan standard sbb nk buat jalan jauh selalu...

KUANTAN-MUAR lebih kurang 36x ulang alik(semua solo ride)
ALOR SETAR-J.BAHRU 01x je ulang alik
ALOR SETAR-MUAR 04x ulang alik/1x solo ride
KUCHING-SERIAN 02x ulang alik
KUCHING-LUNDU 03x ulang alik
KUCHING-SEMANTAN,BAU 02x ulang alik

Yang lain2 aku dah tak ingat sbb tu moto aku ni dh banyak jasanya pada aku, kenangan pon dah berlambak2 sampai tak ingat..tapi mmg tak penah buat hal beb walau aku lenjan full throttle dari A.star ke Muar banyak kali. Cuma arwah Ex5 aku je tak dapat diselamatkan sbb gearbox pecah kat tgh jalan  antara Muadzam-Segamat.


Heheheh apa daaaa...camne leh citer bab moto buruk aku lak tu adoiiyaii..
hehehe jauh aku mengelamun nih...kla kengkawan bila2 free nnti aku sambung balik ok...
kalau anda org yang merantau ingat2lah selalu pesan org tua sementara mereka masih ada...sayangilah mereka seperti mana mereka curahkan pada kita semasa kita kecil sehinggalah dewasa...Aminnn...hehehe...k chow...

**Assalamualaikum**



15 Februari 2010

Hatiku Sayu Bila Melihat Gambar ini


Pada 12hb Feb lps aku membuat tugasan seperti biase, rutin bulanan yg wajib dilakukan apabila ditugaskan. Semua tugas-tugas aku alhamdulillah berjalan dengan lancar bermula dari pukul 0300 pagi sehingga pukul 0600 pagi.

 Apabila aku singgah di mess untuk sarapan pagi alangkah terkejutnya aku bila melihat dua ekor kucing ini mati bergelimpangan bersemut dengan keadaan luka yang agak parah. Pada mulanya aku ingatkan kucing ini tidur tapi setelah aku perhatikan betul-betul rupa-rupanya kucing ini sudah mati. Apa yang menyentuh perasaan aku bila melihat keaadaan badan kedua-dua kucing itu luka dibanyak tempat dan bersama-sama dengan adik,kakak atau abangya. Agak sayu bila melihat keadaan sebegini dan tak dapat aku gambarkan perasaan bagaimana cara kucing itu mati. Menjadi tanda tanya kerana dua ekor serentak dan keadaan yg agak sama. Kelihatan juga seperti kucing itu diheret dalam lingkungan 5meter berdasarkan kesan darah dan kotoran pada kesan heretan itu. 

Bukannya aku tidak pernah melihat keadaan sebegini tetapi dek kerana mati berdua dan warna bulu yg agak sama aku jangkakan kucing itu ada hubungan pertalian darah. Selera aku hilang dan terus melaporkan kepada incharge bertugas. Selepas dari itu sentiasa terngiang-ngiang di benakku seperti ada sesuatu yang berlaku. Kemungkinan kucing itu mati di gigit anjing atau didera manusia. Walaupun aku ini bukanlah seorang peminat binatang tapi aku tau kucing ini adalah haiwan kesayangan Nabi kita Muhammad S.A.W. Sedangkan Rasullullah kita sendiri sanggup memotong serbannya ketika seekor kucing tidur diatasnya menunjukkan kasih sayang Rasullullah terhadap makhluk Allah S.W.T. Oleh itu marilah kita semaikan perasaan kasih dan sayang antara makhluk Allah S.W.T

Akhir-akhir ini kita digembar-gemburkan dengan berita mengenai isu pembuangan bayi, bunuh bayi, bakar bayi dan sebagainya yang sangat kejam tiada tandingannya. Ketahuilah perbuatan membunuh orang islam sama perbuatannya dengan membunuh seluruh umat islam. Marilah kita semaikan perasaan cinta dan kasih terhadap Allah dan juga keatas semua makhluk ciptaanNya InsyAllah.

Sekian sahaja coretan aku ini agar menjadi manfaat pada anda semua.

*Assalamualaikum*







10 Februari 2010

Acer 4530 aku kena curi.






*Assalamualaikum*


Dah lama nampaknya aku tak buat blog post baru selepas kehilangan laptop kesayangan aku tu, memang hampa la kalau kat dalam tu mcm2 data ade, gambar, lagu, games, dan mcm2 lagi dokumen penting aku semuanya hancus.Tambah pulak pendrive aku pada masa yang sama crash pulak adessss.....tu yang aku geram, gambar2 masa aku on job training dan gambar exspidisi2 aku yg dah tentu aku sayang, takkan nak buat balik xpdc2 tu tak logik ar...tapi apekan daya, si pencuri dah bawa lari laptop aku..nak salahkan sapa pun tak tau, tapi yg aku tau masa tu aku pegi keje then dapat msj dari buddy bilik aku yg laptop aku dah hilang....perghhhhhh.....giler nih.. tapi tah camne aku relax jer, walau merata aku cari. Yang pasti yang rembat laptop aku tu kawan-kawan aku gak. Tak pernah kat area blok aku ni ade pemburu laptop, kalau pemburu hanset tu banyakla. Takpe2 mungkin hari tu hari die, hari aku akan sampai gak nnt untuk die. Ramai kawan2 aku suruh bomohkan je budak yg rembat laptop aku tu tapi aku rasa tak payah la, mcm syirik pon ade...tapi..aghhhh tak payah la...biarkan..kat dunia je die lepas, kat akhirat jumpa aku gak kan.

Aku rasa lepas kehilangan laptop aku ni rasa hidup aku mcm tak best je, yela takde tmpt nk buat release tension time balik keje.. selalu pon kalau time tak keje aku lagi suka duk bilik layan laptop..jimat sket duit aku hehehe...mane nak cari duit beli laptop hmmm....yang penting aku takkan mencuri mcm perembat laptop aku tu, berpijak di kaki sendiri di bumi yang nyata ni. Aku doakan semoga pencuri tu terima petunjuk dari yg Esa...agar tak nak mencuri lagi. Ape-ape pun hidup mesti diteruskan yeahhh....banyak lagi perjuangan yg perlu ditunaikan..lepas ni hero baru akan muncul, Acer 4740G multitasking hahaha..spec paling mantop dan paling latest InsyAllah..

sampai sini sajalah coretan aku...jumpa lagi...

Assalamualaikum~~

24 Januari 2010

LEGION- satu lagi citer sesat yang bakal/ keluar di pawagam


**Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim**

Dalam pukul 1.30 ptg td ntah macan mane aku terpicit remote tv yg mmg aku tak suka nak tgk kecuali berita, itu pun tgk keadaan jugak. Ada satu 'The making of  "Legion" citer mengenai malaikat diturunkan ke bumi untuk memusnahkan manusia kerana tuhan dah hilang kepercayaan kat umat manusia, pengarah die cakap la. Memula aku tgk aku perasan ada satu nama bar tu ditulis 'Paradise Fall' ape maksud die???? syurga jatuh? kejatuhan syurga? atau ape-ape je? Tapi pernah tak korang dengar "The Fallen Angel" ??
Ok kat sini mungkin dah ade yang pening, kalau kita umat islam mesti tahu pasal Dajjal atau Al-Masih Al-Dajjal? Tapi dalam bahasa inggris juga disebut sebagai  "The Fallen Angel" atau "The Antichrist". Jadi kat sini kita dah tahu akan maksud terselindung disebalik papan tanda bar itu "Paradise Fall" ataupun sengaja di moderate supaya kita tak perasan. Lihat watak utama manusia berkepak ala-ala burung...Kalau kepala burung???

Kumpulan malaikat yg turun ke bumi untuk memusnahkan manusia adalah terlalu ramai tapi.....boleh dibunuh, kat sini dah nampak satu pemesongan akidah secara terang-terangan, kata malaikat tapi kenapa pulak manusia boleh bunuh dia??? Cuba anda fikir sejenak kalau la anda membawa anak-anak anda ke pawagam untuk menonton filem ini bagaimana tanggapan mereka? Adakah dia tak caya dgn aksi itu? Kanak-kanak mempunyai fikiran fantasi yang tinggi dan dengan mudah mempercayai dari apa yang mereka lihat dan fahami contohnya melalui cerita ini. Jangan kata kanak-kanak, anda mungkin secara tidak sengaja terpengaruh dengan unsur-unsur didalam filem ini melalui proses "Mind Control" ataupun halusinasi yang terjadi dibwah sedar anda. Semua ini bergantung pada iman dan pengetahuan anda.

Menurut pengarah filem itu, walaupun malaikat-malaikat yg ditugaskan oleh tuhan la kononnya menjalankan tugas dengan membunuh semua umat manusia tetapi ketua malaikat masih berpihak kepada manusia untuk menyelamatkan seluruh penduduk bumi. Ermmm...ape pendapat anda, cuba fikir sebentar...

Satu lagi auta bukan fakta yang sengaja dibuat dengan alasan ini cuma sebuah filem, tetapi spt yang saya ckp diatas tadi 'mereka' dengan sedaya upaya cuba menyesatkan kita dengan berbagai-bagai teknik. Bukankah 'ketua malaikat' itu wataknya hampir sama seperti 'Nabi Isa a.s ataupun Imam Mahdi'?? Apa yang mereka buat ni?? Mereka dah putar belitkan keseluruhan kefahaman kita dengan filem ini!! Lepas tu malaikat bunuh malaikat lagi la merepek totally tahyul dan tiada faedahnya kita menonton filem itu. Cuba lihat gambar diatas, ada cahaya ataupun mungkin matahari sebagai simbolik kepada "The Sun Of God" ataupun tuhan "Ra" ataupun "Annu". Nyatanya disini satu lagi simbolik-simbolik sesat ataupun "Freemasonry". Betul ke tidak tiada faedah? Kalau bagi anda ada faedah menonton filem ini saya tak tahu nak cakap ape lagi, yela mungkin sekadar hiburan semata-mata tetapi pastikan anda dah baca entry ini sebelum minda bawah sedar anda terpengaruh ampuh oleh filem ini.

Rasa kecewa kenapa filem sedemikian dibuat atau akan ditayangkan di negara kita Malaysia, terima kasih buat siaran NTV7 kerana menyiarkan the making of Legion ini. Harap maaf sekiranya entry ini menyentuh sesetengah pihak. Kembali kepada jalan yang benar, jihad Fi-Sabilillah Allahuakbar!!!

**SEKIAN TERIMA KASIH**

P/S: SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA INSYALLAH SAYA BALAS.

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)