28 September 2011
Just nak share story kerja aku hari ni.
Detik ni baru jer balik keje, rasa lenguh dan sengal badan aku. Struggle siapkan keje-keje tertangguh dan rectify beberapa problem tadi. Bengang pun ada, orang lain punya silap kita yang nak kena. Haish ape daaa, nut yg sepatutnya dikunci dgn torque yg sesuai tapi diikat mati sampai patah nipple joint tadi. Penat jer aku topap pressure, usung troli nitrogen yg berat tu sorang-sorang sebab aku amek tanpa kebenaran kat skuadron vvip. Macam penyamun daa tapi dah terdesak jam pun pukul 11 malam, tengok-tengok takde org stanby lak tempat tu so aku sauk je la. Takpe harta kerajaan jugak sama-sama pakai. Hah satu lagi tadi ada pintu panel cuma beberapa inci jer nak libas kepala aku, jatuh tiba-tiba maybe telescopic dia tak fully secure. Erm salah membe sekerja aku tak check betol-betol. Kalau kena tadi kompem pecah kepala aku, penah kena dulu berdarah la jugak kepala hangguk aku nie itu pun kena libas sikit, yang tadi tu full punya. masa rectify tadi panic sekejap sebab komponen penting kt enjin dah pecah welding dia gara-gara tak bole nak bukak. Bedebah punya budak..geram sbb tak ikut prosedur pada sape yg tighten skru tu. Panik sekejap sebab boleh libatkan kapal grounded dan tukar enjin. Banyak mau cerita weh kalau jadi. Puas aku cuba tak bole-bole, pastu aku rehat jap hisap rokok sepam dua cari idea sambil hilangkan peluh. Mesej dia jap then sambung keje Alhamdulillah bole la pulak. Dah stail aku kalau jumpe benda rumit aku tenangkan diri dulu lepak-lepak isap rokok ke ape jap kompom boleh. Tapi aku masih ragu-ragu sebab tempat tadi tu weld dia pecah. Then lepas aku approve kapal satis utk ground run aku mula la cuak.Arghh slumber jer. Jam tepat pukul 12 mlm then bermulalah G.run. Pilot tanya aku yg masa tu aku ikut skali utk test. Dia tanya nak idle power ke full power? Aku blur jap then aku cakap idle pun takpe. Pilot sampuk ' bukan ke during take off itt high 930?' aku jawab 'hoh aah tuan' pastu pilot jawab lagi 'so kita full power 400tQ. Aku ok kan jelah terus start-up then taxi ke hi-power egr bay. Aku sarankan pilot buat berperingkat mengenangkan joint yg dah pecah tadi tu. Dia setuju utk buat repetition by 100tQ-400tQ. Mula-mula aircond ada bau hangit sikit. Alamk ape aku nak jawab ni?? Aku cakap tunggu la kejap maybe sebab packing baru bleed valve tukar tadi. Dia angguk pastu seterusnya 100,200,300,400tq semua itt mantap. Fuhh lega, thanks bebudak airframe yang lasak membantu kawan-kawan. Kalau tak tadi terkontang-kanting aku sorang-sorang nak buat itu ini. Ni sebab aku tolong mereka kot petang tadi hehe. Alhamdulillah berkat juga kot belanja kawan-kawan sekerja aku makan goreng pisang tadi ramai-ramai. Lepas 40minit kapal tarik masuk dalam hangar then check 'b' kedua-dua kapal closed. Update job schedule comp wash tadi settle masalah.. Legaaa..Alhamdulillah.
22 September 2011
persoalan
Sejuk sangat malam ni, bunyi katak pun tak henti-henti memeriahkan suasana malam yang hening. Dalam gelap begini tentunya membawa kepada satu pemikiran yang tenang dimana segala perkara yang menyentuh perasaan jiwa dan raga kembali menusuk kedalam jiwa sanubari ini. Seperti satu puzzle satu persatu kemusykilan muncul dalam kotak persoalan hidup, semakin ditelan usia semakin matang dan jauh corak pemikiran kita. Soalan dan jawapan kini semakin akrab tanda kematangan hidup ni berlalu dengan sempurna. Arakian usia yang semakin panjang tetapi hayat yang semakin pendek adalah tanda-tanda kekuasaannya. Sesaat berlalu tanpa disedari seakan kita semakin menghampiri yang Esa, lupa dan sedar itu juga permainan masa. Teka-teki hidup ini takkan berakhir, sudi menemani insan yang bernama manusia. Persoalan hidup ini takkan terjawab,biar beribu persoalan ini pun jika tidak digali sedalam-dalamnya kita tidak akan dapat apa yang dicari. Tetapi jika itu namanya ketentuan maka redhakanlah kerna ada maksud tersirat didalamnya. Sekadar coretan malam...
21 September 2011
Gangguan makhluk halus
Asalamualaikum, tingin pulak aku nak mengulas seulas dua mengenai makhluk Allah yg lebih senang dipanggil syaitan atau nama lemah lembutnya iaitu makhluk halus. Zaman serba moden ni semakin ramai orang tak percaya akan perkara gangguan makhluk halus ni walhal dalam masa yang sama perkara ni terus merebak dan meluas. Relatifnya ramai juga yang percaya aktiviti paranormal kini sudah berkurangan dari dulu, itu mungkin tanggapan sesetengah pihak yang biasa kita dengar.
Dari zaman purba lagi kita dah dengar kat Quran, kitab-kitab ataupun story mory dari tok nenek masing-masing akan perkara seram ataupun sihir. Berzaman sudah sihir ini dilakukan sejak dari zaman nabi lagi. Masih ingatkah tongkat menjadi ular, laut terbelah, dan bermacam-macam lagi mukjizat mahupun sihir yang telah tercatit dalam Al-Quran dan hadis. Ini menguatkan bahawa manusia tidak akan lari dari perkara tersebut. Bahkan pernah juga aku mendengar petikan dari hadis ataupun Quran yang sihir ini nanti akan lebih hebat dari zaman Nabi Musa a.s ketika diakhir zaman wallahualam. Pada pendapat patik la sepanjang idup aku ni ada jugak pengalaman menengok orang berubat dengan cara tradisional. Kalau dari mata memang macam tipu tipu je tapi sebenarnya benar belaka. kalau tipu tu diorang punya pasal lah! Ada jugak aku tengok cerita macma seekers, wujud, dan paranormal aktiviti. Tapi kadang-kadang macam tipu jugak. nak tau pi join mereka try tengok kena tinggal sorang-sorang dalam rumah buruk dalam hutan sejauh seratus meter jer. Ada rezeki jumpa la kamu dengan beliau. Nak cepat jumpa buat-buat la kerek dan berlagak sket, kompom cepat huahuahua.
Tapi pada aku rasukan tu kadang-kadang atas silap sendiri jugak, Contoh si A ni seorang yang penakut, dah tentu bila lalu je tempat yang sunyi dah pikirin benda yg bukan-bukan. Thats why lah orang macam ni paling senang nak kena rasuk sebab semangat tak kuat. Lagi satu bila kerap sangat biarkan badan kotor contohnya malas nak mandi wajib lagi senang nak kena rasuk dan gangguan lain sebab mereka ni memang suka manusia yg macam ni. Sebenarnya kan kalau korang nak tau, ni dari pada pengalaman aku la sebenarnya kita boleh halang benda tu masuk kedalam badan kita hanya dengan melawan ape yang kita rasa. Rasuk ni ada beberapa peringkat. Pertama kita macam feeling lost, masa tu kita macam khayal seperti dengar muzik nobat dan seangkatan dengan angkatannya. Lost tu bukan sbb muzik jer, sebab kita biarkan fikiran dan jiwa kita kosong dan melayang terlalu jauh. Tak elok ler. Kalau rasa camni cepat-cepat la sapu muka dengan air dan baca ape yang patut. Kedua bila rasa hujung mana-mana jari kita rasa kebas. Itu maknanya setan bangang tu dah mula try test nak masuk badan. Ingat, hujung jari tau bukan sepanjang tangan. Kalau otak dah kebas gua pun tak tau nak tolong kah3...Ketiga, pandangan dah mula gelap macam nak pitam walhal kita elok je duduk ataupun tengah baring diiringi dengan nafas yang cuba nak laju. Jangan pejamkan mata, jangan sekali-kali kerana tahap ni penentu keberjayaan makhluk halus tu nak takeover badan kita. Terus bangun dan berjalan tanpa lengah lagi ambik la air wuduk se-tertibnya. Masa mata kita nak gelap tu ada satu perasaan ingin tahu kalau kita tutup mata. Jangan terpedaya itu adalah tipu daya syaitan nirrojim. Keempat, bila sudah dirasuk kita sendiri tak boleh nak kawal keseluruhan badan kita walau kita rasai pergerakannya. Masa ni ape pun tak boleh, kalau terer try la korang lawan dia bersama-sama dalam badan anda. Seperti dalam satu botol kaca yg gelap gelita lagi tiada bersuluh, disitu lah korang akan jumpe dia dan berlawan kalau diizinkan. Tahap keempat ni rasanya hanya orang lain boleh sembuhkan iaitu orang yang normal kesedarannya seperti orang yang tengah membaca blog aku ni. Kerana kita manusia yang dipinjamkan nur-nur Nya dan sifat-sifat Nya dan mempunyai darjat yang tersendiri wallaualam.
Aku rasa boleh cerita takat ni jer. Mata aku dah berat sangat, harap lain kali aku boleh story mory lagi pasal benda ni. Ini pun berdasarkan pengalaman jer tak semestinya dijadikan bahan rujukan. Buah ciku diluar pagar, dapat galah tolong petikkan, aku cuma manusia biasa, kalau salah jangan segan-segan betolkan yer. Calo bette Assalamualaikun & thanks 4 reading :)
13 September 2011
Kes gaduh masa kat sekolah (mei 2000)
Ada satu hari tu aku ingat lagi, masa aku kat tingkatan 4 kat SMKBG tahun 2000. Waktu tu masa subjek agama islam baru je habis. Sambil menunggu kedatangan cikgu utk mengajar subjek lain kitorang borak2. Tiba-tiba aku terdengar kerusi aku jatuh, dan kerusi yang jatuh itu adalah kerusi aku. Terkeluar kitab Al-quran serta terjemahan issue dari bantuan buku teks. Dengan tak sengaja aku pun naik panas, budak sepet yang melanggar kerusi aku dengan selamber bermain-main dgn kawan2nya yang sama sengal. Bengang sebab kitab suci kita jatuh dan org yang menjatuhkan tu buat tak tau jer macam aku ni tunggul. Tanpa segan silu aku jerka si mata sepet tu suruh dia naikkan balik kerusi aku tapi dia dengan kerasnya tak nak sambil mendada berlagak rapat ke aku. Mula la makin panas, pantang banyak aku kalau kaum sepet ni buat hal. Aku paksa dia bangunkan kerusi aku lagi, dia tetap tak nak seakan-akan nak tolak dada aku. Ewahhh bagos sangat kau, baru dia nak tolak dada aku terus aku tolak dia jatuh sambil terkena meja-meja dan kerusi kat dalam kelas aku. Apa lagi terus bertumbuk sampai aku tak ingat ape aku buat kat dia. Yang aku perasan aku dengar suara perempuan menjerit-jerit apehal ntah. Sepet yg dah kalah tu terus lari keluar kelas, nafas aku belum stabil lagi. Otot2 badan aku masih kental tak puas nak belasah budak tu. Dalam 15min lepas tu dia bawak kawan sepet dia 4 orang. Aku, anak pengetua dan seorang lagi membe kamcing aku dah ready masa tu. Berdentum lagi la jawabnya kat depan kelas, koyak baju aku tapi puas hati sebab dapat pelepuk kat mata dia sedas. Sebenarnya berdas-das tapi tak ingat lak aku. Membe-membe aku yang tau pasal hal ni semua dah bertanya dan sebok nak tolong. Masa balik sekolah abang-abang kaum si mata sepet tu dah tunggu kt Tmn Sri Jaya, laluan aku nak balik kerumah dari sekolah. Semuanya naik motor sambil buat muka gengster dan kuat sangat tahap bruce lee. Belom sempat ape-ape bapak kepada kawan kembar aku lau sambil pimpin basikal kat situ. Kalau nak tau kat pinggang dia ada parang, kat bakul basikal dia ada parang lagi panjang. Bapak membe aku memang kering punya orang, maybe sebab dia bugis. Cabut lari semua sepet-sepet dengan motor suzuki RG yg masa tu top sangatlah katanya. Dedor jugak masa nak balik sekolah, tapi buat kering jer backup ramai. Terus aku balik umah bedal nasik.
Esoknya tu seawal pagi aku dah pegi sekolah, masa perhimpunan pagi tiba-tiba aku kena baling batu yg ntah mana datang. Kira ambush la kononnyer. Serata tempat jugak batu tu datang. Hati aku terbakor jer kat dalam. Pantang kalau ada orang jatuhkan maruah aku. Takpe-takpe harinya akan tiba. Lepas perhimpunan tu terus aku story kat brader2 budak Form 5 yang sememangnya dah tau akan hal ni. Ape-ape waktu rehat okeh. Tu yang otai cakap kat aku. Kebetulan hari tu adalah hari guru so tiada kelas pada hari itu. Sesampai waktu rehat, segerombolan bebudak melayu ni berkumpul terdiri dari budak form 4 dan 5. Aku yg selaku mantan operasi waktu tu discuss dengan budak-budak yag bole diharap. Tanpa berlengah kami semua cari budak yg buat hal tu. Last-last jumpe kat padang badminton sekolah. Diorang kena kepung bulatan. Memula diorang buat tak tau jer walau tengok peluh mereka tiba-tiba lebat. Ramai gila bebudak melayu masa tu semua tunggu masa jer. Diorang mintak keputusan, aku cakap tak bole serang lagi sebab budak yg buat punca gaduh tu takde. Zassss tiba-tiba aku tengok tombol pintu terbang kena kepala salah seorang budak sepet skema yg tengah main badminton. Nangis beb pastu bebudak ni gelak ramai2. Adeh pada aku lom lagi dan bukan budak tu. Habis waktu rehat kami bersurai, kayu-kayu beruti dicampak merata kt tepi pagar. Misi hari kedua gagal. Dengar cerita lepas dari tu sepet2 bongok ni report kat cikgu.
Hari ketiga iaitu hari yang sama mesyuarat pengetua-pengetua daerah Muar kat sekolah aku. Hari ini jugak budak Form 5 ada ujian peperiksaan. Asal jumpe cikgu mane-mane jer semua tanya aku dan tengok aku semacam. Satu sekolah tau pasal aku, ada jugak ada sorang cikgu tu cakap aku budak jahat. Lantak la ko cikgu, ko bukan tau ape2 pon. Semasa waktu belajar, kehulu kehilir sepet2 yg lain lalu kelas aku sambil perhati aku. Ramai jugak la maybe diorang kawad cam kot nak tau sape punya angkara membe dia bengkak hijau kt mata hahaha. Gelisah tu mau ada beb sebab diorang memang tunggu aku keluar kelas jer. Kira kelas dah kena kepong. Kanan kiri aku semua tegar-tegar tu yg buat aku makin konfiden. Arghhh lantak la nk jadik ape pon jadik la. Aku genggam tangan aku sekuat-kuat dua tiga kali. Tak sabar rasanya. Bila subjek habis jer aku buat-buat gi toilet. Diorang follow jer. Padahal budak-budak form 5 dah tau plan aku. Then aku panjat tingkat 4. Nah kauuu..budak-budak form 5 yg kepala hangen semua dah tunggu. Kebetulan jugak diorang baru jer habis test. Tanpa membuang masa lagi berdentam dentumlah seramai-ramai form 4 dgn 5 wak tu tu. Sampai aku tak ingat nak taip kat sini camne punya haru biru masa tu. Ada meja terbang dari tingkat 4, tong sampah melambung-lambung lah, water color merah terkena baju la. Meriah giler masa tu, masing-masing geram sgt dah. Yang tak tahan membe gemok sebelah kampung aku lompat-lompat atas perut sorang budak sepet ni. Ada aku tengok kat baju diaorang merah-merah, aku ingatkan darah rupenyer water color ciss.Cikgu datang tapi last-last cikgu tu jugak join gaduh hahaha. Habis patah-patah meja kerusi kayu yg masa tu memang tak pakai barang plastik lagi. Ada yg tewas tapi yg pastinya budak-budak kita paling ramai kat sekolah tu kan dah tentu kalah teruk sepet-sepet tu semua. Ambek ko ubat, nak sangat kan. Tak lama lepas tu lerai pergaduhan tu sebab ramai cikgu lelaki yg datang nak leraikan. Ramai jugak yang dihantar ke klinik sebab luka-luka. Jeep polis pun datang ke sekolah. Masa polis datang tu aku dah cabut lepak dalam stor diam-diam dengan beberapa orang membe aku. Pukul 2.30 ptg baru aku balik sekolah.
Keesokan harinya iaitu hari ke empat gaduh tu aku still pergi sekolah macam biase, tapi kali ni aku kena panggil mengadap guru disiplin,HEM, dan pengetua sekali. Kena basuh kaw-kaw punya kat dalam tu sorang-sorang bergilir dengan membe ngan budak sepet tu. Hampir aku nak kena buang sekolah masa tu, tapi guru disiplin bagi peluang kat aku. Syarat dia kena datang sekolah sebulan tanpa cuti atau ponteng. Lepas tu kena datang sekolah seawal pagi, tandatangan kedatangan waktu masuk dan waktu balik kat dalam bilik dia tiap-tiap hari. Dan hari esoknya pula bapak aku kena panggil oleh pengetua ke sekolah untuk settle hal ni. Oh ye bukan bapak aku jer tapi bapak sepet tu dan beberapa orang lagi. Yang lucunya bapak aku kenal semua bapak-bapak sepet tu. Dia cakap kecik punya hal. Sepet-sepet tu kena gantung sekolah dua hari tapi bapak aku cakap aku tak kena. Tapi dia suruh aku ponteng sekolah dua hari tanda adil. Naseb baik bapak aku pon sama sporting. lega aku. Lepas dari perkara tu aku wanted kat sekolah. mana-mana cikgu yang tak pernah ajar aku semua tegur dan bertanya. Sepet-sepet sekalian pun tak berani nak buat hal lagi kalau selisih pun dia paling muka jer. Ok la tu..Ini tanah gua yang punya!!
Ops lupa pulak nak cakap....pengetua tu bapak kepada kawan sepergaduhan aku hahaha, kabel besor...selamattt.... =p
07 September 2011
Bila dah takde keje sangat, cakap sorang-sorang..
Kadang-kadang aku rasa macam dah dekat-dekat je nak kawen, tapi fikir-fikir balik diri aku ni macam tak complete lagi jer. Yelah nak jadi suami, bapak kepada anak orang bukannya senang. Banyak nasi banyaklah keraknya. Pada aku kahwen tu bukannya perkara just you gift and i take it. Complicated jugak rasanya bab kahwen ni. Alhamdulillah bila dah jumpa saudara mara sidia rasa tenang sikit. So im going to higher level lah, next level tunang then kahwin. Tapi sebelum mengorak langkah lebih jauh dan panjang kena buat ujian-ujian jugak then compare dengan diri sendiri. Kalau diri sendiri tu pon lebih kurang jer takkan nak yang 100% perfect. Tapi pada korang ek kalau insan yang nak ditunang tu macam iyer tak ye camne kita nak letak sepenuh keyakinan kita kat dia? Kita dah okey dah sedia tapi kadang-kadang ada jugak hal kecik yang boleh buat jadi gaduh. As the beginning pun like that so how for the next stage? Ok lah i'll try the best lah walau aku sedar aku memang tak best pun hehehe. Planning tu dah ada pon, cuma sikit jer lagi. Harap pilihan aku ni tepat, risiko tu tetap ada sebab kita tak tahu ape nak jadi dimasa hadapan kan. Ok la, dia pada aku senang mungkin kerana sama-sama orang kampung, kadang-kadang lawak jugak, cume kuat merajok sikit. Nak gurau pun kadang-kadang kena simpan je takut terguris hati dia cewahh. Aku ni kalau bergurau tak hengat punye sampai kadang-kadang sakitkan hati orang. Tak sengaja semua tu, dan tak niat pun nak sakitkan hati sapa-sapa. Dulu lagi aku hyper sakat. Cikgu kat sekolah pun tak tahan kena sakat aku sampai bawak gi jumpe cikgu besor huahuahua..Ahh cerita lama, lupekan. Waktu terdekat ni selalu aku usha-usha harga emas, mahal giler sekarang, hari tu aku tanya kat kedai RM198 1gram. Giler betol...Kalau la dia boleh share-share sket duit hantaran kan ke boleh cepat sikit tuh. Erm tapi macam tak patut pulak ye, takpe lah pelan-pelan zal. Nko kan memang suke redah sendiri susah payah, kali ni nko mesti boleh punyer. Hmmm..dah kira wajib nih aku tinggalkan zaman bujang, kesana kesini dah puas nak enjoy pon takde nafsu dah alahaii...tinggal kawen, besokan anak then gi haji..tu jer projek-projek besor hidup aku. Eee.. tak larat la tunggu lama-lama, kadang-kadang ada bagusnya jugak dia ajak aku kawen cepat, yang aku ni terhegeh-hegeh mcm itik pulang petang adoiii. Bukan terhegeh-hegeh tapi slow and steady, telaten bak kata orang jawa. Harap bini in future aku the best lah buat aku yea aminnnn..mudah2an berkat doa. Kalau dia bace ni mesti senyum sorang-sorang. Gasak la nak senyum pun hihihi..Ajer giler petang tadi akibat kebosanan tak masal-masal habis satu shah alam aku ronda. Mata sakit, badan penat, perot pun masih kenyang dek kerana open house tadi. Esok kerja kerja kerja..last day sebelum cuti raya, Hah sape la sengih2 ni sebut-sebut 'bulat', sekeh kang...bubye...Assalamualaikum. Ohh lupe jagan like ea.
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
ISLAM
(37)
aku
(29)
PEDOMAN
(12)
kenangan
(12)
aku merepek
(8)
buka minda
(7)
hidup
(5)
KERJAYA
(4)
LIRIK
(4)
muzik
(4)
AIDILFITRI
(3)
ALAM MISTIK
(3)
INFORMASI
(3)
JODOH
(3)
KEMBARA
(3)
LAGU
(3)
MATI
(3)
PENGHAYATAN
(3)
Puitis
(3)
RENUNGAN
(3)
SARAWAK
(3)
TUDM
(3)
sukan
(3)
2011
(2)
AL QURAN
(2)
Aircraft
(2)
FILEM
(2)
FREEMASON
(2)
INDONESIA
(2)
JENAYAH
(2)
KASIH IBU
(2)
KEBENARAN
(2)
KEJURUTERAAN
(2)
PATRIOTIK
(2)
PERJUANGAN
(2)
SEJARAH
(2)
TAUBAT
(2)
UCAPAN
(2)
YAHUDI
(2)
bisnes internet
(2)
keje
(2)
memasak
(2)
motor
(2)
resepi
(2)
sajak malam
(2)
100PLUS
(1)
2010
(1)
7TRIBE
(1)
ALAM KUBUR
(1)
AMY SEARCH
(1)
ANJING
(1)
ART OF LIFE
(1)
ARTIST
(1)
BAHASA
(1)
BAIK
(1)
BINATANG
(1)
BIRTHDAY
(1)
BISNES
(1)
BRUTAL
(1)
BURJ DUBAI
(1)
C-130
(1)
CALL
(1)
CINTA
(1)
CN235
(1)
CRIME
(1)
DARJAH SATU
(1)
DRUM
(1)
DUA LAUTAN
(1)
DUNIA
(1)
FACEBOOK
(1)
GAME
(1)
GITAR
(1)
GULA
(1)
HAIWAN
(1)
HARGA
(1)
HOBI GAMBAR TRAVEL
(1)
IT
(1)
Indon
(1)
JAHAT
(1)
JAMMING
(1)
JAPAN
(1)
JIWANG
(1)
JOHOR
(1)
KEBENARAN BUKA MINDA
(1)
KEDAI GITAR
(1)
KEYBOARD
(1)
LAMUNAN
(1)
LANEY
(1)
MAKANAN
(1)
MALAYSIA
(1)
MAULIDURRASUL
(1)
MEKAH
(1)
MERAPU
(1)
MICROGENIUS
(1)
MIMPI
(1)
MUSIC
(1)
Maling
(1)
NABI MUHAMMAD S.A.W
(1)
NEGATIF
(1)
NIPPON
(1)
PEAVEY
(1)
PELIK
(1)
PERMAINAN
(1)
PERMANDANGAN
(1)
PESAWAT PEJUANG-BHG 1
(1)
POSITIF
(1)
SAINS
(1)
SHARING
(1)
SMS
(1)
SYAWAL
(1)
Syair
(1)
TAGGED
(1)
TAIPEI 101
(1)
TAKWIM
(1)
TARIKH
(1)
THE RAFFLES
(1)
THE TRUTH
(1)
TIMUR BARAT
(1)
TRADISI
(1)
TULISAN
(1)
VALENTINE
(1)
VIOLIN
(1)
VIRUS
(1)
X-JAPAN
(1)
XPDC
(1)
ZINA
(1)
ZYNGA POKER
(1)
anak
(1)
belasah jer
(1)
bolasepak
(1)
ekspidisi
(1)
fakta menarik
(1)
gadget
(1)
gaduh
(1)
handphone
(1)
jelajah
(1)
kamera
(1)
kasih sayang
(1)
kekeluargaan
(1)
kuching
(1)
memori
(1)
nasihat
(1)
olympic
(1)
pakistan
(1)
pengkebumian
(1)
politik
(1)
saudara
(1)