31 Mei 2011

Hujan akan teduh

     Dalam suatu petang jumaat yang mendung dan angin sejuk yang agak kuat membuat aku bercampur-baur perasaan. Nak aku gagah tapi cuaca tak mengizinkan, tak ku gagah tapi hati ni lagi kuat. Aku duduk ditepi pintu memandang motor honda kapcai aku yang dah siap sedia untuk perjalanan jauh. Jam kat tangan dah menunjukkan 6.00 petang. Aku keterlewatan bangun dari tidur selepas solat jumaat dan hajat ingin lelapkan mata sebentar tetapi terlajak. Kesana kemari aku melangkah sambil berfikir wajarkah aku balik ke johor petang ini. Agak lama aku nak buat keputusan dan akhirnya aku hidupkan enjin dengan lafaz bismillah aku teruskan perjalanan. Berbekalkan jaket tipis hujan pun mulai turun, aku berhenti di kawasan rehat gambang. Sambil mendengar deruan enjin motorku aku berfikir lagi samada nak teruskan ataupun tidak. Hujan mulai lebat membasahi bumi. Dengan perlahan aku pusingkan motorku menuju kembali ke rumahku. Belum sempat sampai hati aku tetap kuat untuk pulang ke kampung walau hujan lebat membasahi jaket dan pakaianku. Aku pusingkan kembali motorku ke laluan selatan. Aku teruskan menuju ke johor dalam keadaan basah,kabur dan jalan yang licin. Aku yakin apa yang aku buat ini hanya kerana Allah dan kerana ingin menjenguk keluargaku dikampung terutama sekali ibuku. Baru sejam perjalanan melepasi kawasan paloh hinai aku lihat jalan gelap gelita tiada kenderaan terutamanya lori-lori balak yang selesa berjalan diwaktu malam. Air hujan yang menemani aku sepanjang perjalanan membuat aku menggigil kesejukan, baru sahaja melepasi sejam. Aku berdoa semoga hujan cepat berhenti tetapi keadaan sama tetap lebat.

     Menaiki bukit bukau sesekali membuat motorku terasa berat untuk berjalan. Ya Allah sejuknya malam tu tuhan saja yang tau. Aku hadkan kelajuan pada 80km/j kerana pandangan sangat terhad termasuk kabus yg sangat tebal. Dalam asyik dalam perjalanan dan kesejukan aku terimbas kembali saat aku kecil. Waktu itu pagi dan angin pagi meniup ubun-ubunku yang dingin sambil memerhatikan langit biru. Pada masa yang sama aku sedang menyiapkan layang-layang aku. Aku perhatikan ibuku sedang menoreh disebelah rumah dalam semak samun yang agak rendah. Suasana waktu itu masih segar dalam ingatan aku. Aku sendiri tak faham mungkin juga kerana memori aku sangat kuat untuk mengingat detik itu. ......Bersambung~

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)