"Tokey, ada kerja kosong tak?" tokey tu jawab "ada-ada, u boleh apa kilija(kerja)?" aku jawab " suma boleh tokey tarak hal punya". Lepas tu tokey tu setuju ambik kami berlima kerja kat kebun sayur dia yang luasnya lebih kurang 10 ekar. Gaji pulak dia bagi sehari RM8 je, ermm ok la tu janji dapat duit halal ma...hati kecik aku cakap. Maklum la masa tu umur aku baru 15 tahun, mana la reti nak betah2 gaji ni. Kebun cina tu masa tu baru je 'peron' atau bahasa melayunya bakor akar dan pokok-pokok yang telah ditumbangkan. Bermula cabut akar-akar pokok yang masih tertinggal dalam tanah selepas dibajak hinggalah sampai kebun tu mula keluarkan hasil. Macam2 keje kami buat, mencangkul, buat batas, tanam benih, dan yang paling aku tak tahan angkat baja urea baja tahi ayam. Tergelak aku taip ni, yela mana ada budak2 melayu sekarang sanggup keje macam tu. Kalau ada pun segelintir je. Masa aku kerja tu kalau tak silap terkena bulan puasa, so adalah kantoinya juga. Tapi tokey aku kira okey la siap cakap 'kalau u tak puasa nanti saya belikan makanan. Sebelum bulan puasa tu memang dia selalu belikan makanan. Mungkin pasal kami rajin bekerja dengan harapan dapat sayur free tapi lepas tu memang hari2 free haha. Ape yang paling puas bagi aku ialah dari mula kebun tu tak macam kebun sampai cantik jadi kebun sayur subur menghijau. Seronok sangat hasil keja kami berlima. Walau gaji rm8 je tapi kami tak penah merungut. Dalam tempoh bekerja tu aku pasang niat, nak beli sebuah gitar kapok dan sepasang kasut 'cikang'. Masa tu kasut tu memang tengah ngetop la. Penat tu toksah cakap la macam mana dengan matahari macam merebus kepala tapi dek kerana impian semua tu tak rasa bagi aku.
Raya pun dah nak sampai dan aku dan kami semua berhenti kerja. Dapat la duit sikit. Dengan duit tu la aku beli gitar pertama dalam hidup aku berserta kasut cikang sepasang yang semat giler, dapat la aku bergaya sikit masa raya tu hahaha. Seronok yang amat sangat. Lepas tu bermula la aku belajar main gitar dan hasilnya berkat dari usaha yang gigih dapat la aku mainkan lagu ape yang aku nak. Rasa susah sangat sebab takde orang nak ajarkan. Nak belaja dengan abang aku memang jangan harap la. Tapi tips2 dia yang kau dapat tu sangat banyak membantu aku. Korang mesti tak percaya aku belajar gitar sendiri takde cikgu. Macam mana nak pegang macam mana nak petik semua aku belajar sendiri ditambah tips2 pro abang aku. Okey la jugak, tapi ada jugak satu masa tu gitar kapok kesayangan aku tu nak dihempas sebab tak boleh2 nak main, tapi aku istighfar kenangkan punya la susah aku nak beli sebiji gitar kapok yang harganya masa tu cuma tak sampai seratus ringgit. Berkat sabar berjaya jugak. Tu jela aku nak cerita kat sini....adios buddy....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan