**Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim**
Dalam pukul 1.30 ptg td ntah macan mane aku terpicit remote tv yg mmg aku tak suka nak tgk kecuali berita, itu pun tgk keadaan jugak. Ada satu 'The making of "Legion" citer mengenai malaikat diturunkan ke bumi untuk memusnahkan manusia kerana tuhan dah hilang kepercayaan kat umat manusia, pengarah die cakap la. Memula aku tgk aku perasan ada satu nama bar tu ditulis 'Paradise Fall' ape maksud die???? syurga jatuh? kejatuhan syurga? atau ape-ape je? Tapi pernah tak korang dengar "The Fallen Angel" ??
Ok kat sini mungkin dah ade yang pening, kalau kita umat islam mesti tahu pasal Dajjal atau Al-Masih Al-Dajjal? Tapi dalam bahasa inggris juga disebut sebagai "The Fallen Angel" atau "The Antichrist". Jadi kat sini kita dah tahu akan maksud terselindung disebalik papan tanda bar itu "Paradise Fall" ataupun sengaja di moderate supaya kita tak perasan. Lihat watak utama manusia berkepak ala-ala burung...Kalau kepala burung???
Kumpulan malaikat yg turun ke bumi untuk memusnahkan manusia adalah terlalu ramai tapi.....boleh dibunuh, kat sini dah nampak satu pemesongan akidah secara terang-terangan, kata malaikat tapi kenapa pulak manusia boleh bunuh dia??? Cuba anda fikir sejenak kalau la anda membawa anak-anak anda ke pawagam untuk menonton filem ini bagaimana tanggapan mereka? Adakah dia tak caya dgn aksi itu? Kanak-kanak mempunyai fikiran fantasi yang tinggi dan dengan mudah mempercayai dari apa yang mereka lihat dan fahami contohnya melalui cerita ini. Jangan kata kanak-kanak, anda mungkin secara tidak sengaja terpengaruh dengan unsur-unsur didalam filem ini melalui proses "Mind Control" ataupun halusinasi yang terjadi dibwah sedar anda. Semua ini bergantung pada iman dan pengetahuan anda.
Menurut pengarah filem itu, walaupun malaikat-malaikat yg ditugaskan oleh tuhan la kononnya menjalankan tugas dengan membunuh semua umat manusia tetapi ketua malaikat masih berpihak kepada manusia untuk menyelamatkan seluruh penduduk bumi. Ermmm...ape pendapat anda, cuba fikir sebentar...
Satu lagi auta bukan fakta yang sengaja dibuat dengan alasan ini cuma sebuah filem, tetapi spt yang saya ckp diatas tadi 'mereka' dengan sedaya upaya cuba menyesatkan kita dengan berbagai-bagai teknik. Bukankah 'ketua malaikat' itu wataknya hampir sama seperti 'Nabi Isa a.s ataupun Imam Mahdi'?? Apa yang mereka buat ni?? Mereka dah putar belitkan keseluruhan kefahaman kita dengan filem ini!! Lepas tu malaikat bunuh malaikat lagi la merepek totally tahyul dan tiada faedahnya kita menonton filem itu. Cuba lihat gambar diatas, ada cahaya ataupun mungkin matahari sebagai simbolik kepada "The Sun Of God" ataupun tuhan "Ra" ataupun "Annu". Nyatanya disini satu lagi simbolik-simbolik sesat ataupun "Freemasonry". Betul ke tidak tiada faedah? Kalau bagi anda ada faedah menonton filem ini saya tak tahu nak cakap ape lagi, yela mungkin sekadar hiburan semata-mata tetapi pastikan anda dah baca entry ini sebelum minda bawah sedar anda terpengaruh ampuh oleh filem ini.
Rasa kecewa kenapa filem sedemikian dibuat atau akan ditayangkan di negara kita Malaysia, terima kasih buat siaran NTV7 kerana menyiarkan the making of Legion ini. Harap maaf sekiranya entry ini menyentuh sesetengah pihak. Kembali kepada jalan yang benar, jihad Fi-Sabilillah Allahuakbar!!!
**SEKIAN TERIMA KASIH**
P/S: SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA INSYALLAH SAYA BALAS.