13 Mac 2011

Bila kita mati, barulah..

.:Assalamualaikum:.

sekadar hiasan
   Rasanya kali ni aku nak buat post pasal mati plak, bukan nak ceramah mcm ustaz tapi dari hati sanubari aku sendiri. Sesekali bila duk sorang buat kita mengingat mati, tp bila kita asik enjoy yak yeh sana sini kita jadi lupe, tenggelam dengan kegembiraan dan ke-syokkan dunia ni. Ok, ready?

  Tak aku nafikan la bila kita sihat kita gumbira kita dapat dan seronok dgn ape yg kita ada kadang-kadang aku terlupa nak ucap syukur. Tak tau lah pulak anda semua, kalau sentiasa beringat, syukur ke hadirat ilahi. Yelah mungkin kita tak terasa lagi bila sampai masanya kita tua, sakit dan mati. mungkin masa tu barulah kita nak insaf dan bertobat . Ok gak kalau ingat dari tak ingat langsung. Kalau pegi ziarah orang sakit kita insaf sekejap, sekejap jela. Pastu bila kita tgk jenazah nak-nak lagi bila tgh dengar baca talkin lagilah kita insaf. Tapi takat mana erk? Tak lama rasanya. Tulah manusia agaknyer. Terjejas dengan kemakmuran yang ada. Anggaplah diri anda semua sekarang tengah nazak, masa tu jugak anda semua tengah terbayang-bayang alam akhirat, dibayangi siksa kubur pulak tu. Camne tu? Dalam hati ada taman,  opss dalam hati mesti teringat, Ya Allah kalau la aku tau nak jadi macam ni dah lama aku bersembah sujud padamu. Kena pulak masa tu dah lumpuh satu badan, mata je berkelip-kelip, menangis tak sempat nak tadah tangan minta ampun dan maaf. Allah maha adil, Dia sayang hambanya. Walau dlm keadaan macam mane sekali pun kita masih boleh bertaubat, beristighfar dan mengucap tanda syukur masih ingat padaNya. Tapi................alangkah baiknya kalau masa muda, masa sihat kita penuhi dengan ucapan puji-pujian kepada yang Esa. Cuma renung sedalam-dalamnya, kita mungkin penentu kepada produk yang akan datang. Jika sebaliknya Subhanallah itu kuasaNya. Ape yang aku nak link-kan kat sini bila kita mati, agak-agak anda ada tak anak-anak atau cucu-cucu yang sanggup dan sudi menghadiahkan kita walau sekadar suratul Fatihah setiap hari setiap waktu solat? Jika anda tidak mula sekarang bermakna pelaburan anda akan gagal kerana akarnya dibina dari benih yang tidak elok. Peratus roh anda menangis dan terseksa didalam kubur adalah tinggi. Jika mungkin hadirnya ketika anda didalam kubur itu satu doa ataupun surah Al-Fatihah mahupun Yasin dah tentu anda akan direhatkan dari siksa kubur dalam meniti masa menuju hari perhitungan akhirat. Mungkin juga kubur yang sempit itu menjadi lapang selapang-lapangnya seketika kerana ada diantara anak atau saudara anda mengirim surah kepada anda selaku simati. Terkadang juga aku simulasikan yang aku ni dalam kubur, disiksa bertubi-tubi dengan dasyat sekali mungkin hanya kerana meninggalkan solat, dan juga masa tu aku terlalu mengharapkan sangat-sangat doa dari anak-anakku atau saudaraku tetapi tidak sorang pun dari mereka mengirimkannya. Dah tentu aku menyesal tidak mendidik dan pesan padanya ilmu agama sebaik-baiknya sewaktu aku hidup. Aku menyesal Ya Allah. Mungkin itu agaknya bila aku dah disana nanti. Lebih baik kita menganggap begitu dari menganggap kesudahan yang baik. KERANA, itu akan membuatkan kita lupa dan lupa. Tiba pula bila roh kita menjenguk kaum keluarga terutama sekali anak-anak, dan pula ketika itu anda selaku roh melihat anak-anak anda sedang melakukan maksiat. Apa lagi yang dijeritkan wahai si roh, semuanya dah tertulis kamu telah direhatkan dari alam dunia dan terimalah ini adalah hasil dari apa yang telah kamu kerjakan. Maka baliklah roh tadi dengan perasaan sedih walau pada mulanya dengan harapan dan perasaan gembira dapat pulang menjenguk keluarga. Kasihan si roh. Adakah itu yang ingin berlaku satu masa nanti?? Dan begitulah dalam menunggu masa untuk dibangkitkan. Banyak cerita yang aku dengar dan aku baca lebih kurang begitulah ceritanya. 

  Masa sedang berjalan dan pilihan itu satu kurniaan Allah s.w.t, gunalah masa yang ada ni untuk mengingatkan si zahir dan batin anda. Kawallah dia(tubuh kita) kerana kita ditugaskan untuk menjaga dan membawanya kepada jalan yang benar. Sesekali terlajak ucaplah Astaghfirullah, tidak banyak sedikit pun dah cukup buat kita semua. Ampun dan maafkan kalau adanya aku tersalah dalam entry ni. Maklumlah aku bukan penulis professional. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari aku sendiri. Sekadar perkongsian, semoga kita semua diberkati InsyAllah

::Assalamualaikum::

12 Mac 2011

Bencana & saudara

  Bencana ni mane-mane pon boleh dtg, tak kira la kat mane pun. Setakat ni negara tercinta kita Malaysia belum lagi terkena bencana alam yang dasyat-dasyat seperti kat indon tu. Tsunami, gunung berapi impak dia amat mengerikan bagi kita. Setakat ni kita masih selamat dan harus bersyukur dengan keadaan keselamatan kita.

  Ape yang aku nak cerita kt entry ni just pasal erti setiakawan antara kita dan negara jiran kita. Sepanjang aku hidup ni rasanya tak penah lagi kita lupa untuk memberikan bantuan kpd sedara tak bape nk sedara kita. Takyah la nk mention kat sini, negara yang selalu suka menghina mencaci mencerca serta membaling najis pada kita. Aku tak tau la rakyat kita ni termasuk kerajaan kita yang sememangnyer baik hati bagi bantuan macam-macam. Tak kira ape keadaan kalau bencana mesti negara kita tolong. Tapi yang sedihnyer kita tolong tapi cuma cacian yang kita dapat. Camne tah cara mereka berfikir, tak pernah mensyukuri apa yang drg dapat. Nak kata negara kaya tu tak la sangatkan. Tapi paham-paham sudaaa..Ada sekali tu kapal kita nak landing kat sana pun tak dapat permission dari tower mereka. Kena pujuk la ejas la baru la dapat landing walhal nak bagi bantuan kemanusiaan je. Masa tu kes bencana kat Padang, indon. Ramai yang tak tau kes ni tapi yela hanta bantuan pon pakai pesawat tudm kan. Diam-diam suda. 

  Cuba korang ingat-ingat balik, selama mana bila negara kita ditimpa bencana seperti banjir, highland tower, tanah runtuh, dan bencana-bencana besar yang lain ada tak jiran kita tu tolong? Rasanya takde kan. Baru-baru ni kita dilanda banjir teruk tapi ada tak mereka hantarkan sebuku roti? Jangankan sebuku roti, sesen pun mereka tak terlintas kat kepala diorang. Takpelah, masa diorang susah kita tolong, masa kita susah kita bangkit sendiri, berdiri dengan kaki sendiri. Sesekali camne baik atau buruknya kerajaan kita ni aku masih bersyukur. Masih ada bantuan bagi rakyat kita yang bermasalah di Malaysia ini. Mungkin negara diorang miskin sangat kot kan. Kita pon tak tahu. (perli sebenarnya). Kadang-kadang kita membangkang tapi yang dibangkang tu jugak yang menolong. Samalah ceritanya Malaysia tolong indon. Reverse psycho pun tak guna. Sesekali try tengok kita tak tolong langsung. Camne ntah mereka nak handle rakyat mereka yang ramai macam semut tu.

  Baru ni jadi plak bencana dasyat kat jepun, skala 8.9 ritcher! kali ni memang betol2 dasyat. Aku harap bencana tu tak lama walaupun kat Jepun. Aisssh makin banyak bencana dah bumi ni sekarang, semua dah jadi teruk. Kita dipenghujung dunia. Beringatlah........

07 Mac 2011

Mencari sakinah

Assalamualaikum, setelah berpuluh-puluh kali saya melihat video ini rasanya elok saya sampaikan kepada anda mesej yang terkandung dalam video ini, amat bermakna buat renungan kita semua. Tambah pula jika anda stress dan juga ditimpa dugaan yang berat. Kadang-kadang kita alpa dengan apa yang diberi olehNya walaupun nikmat itu hanya disekeliling kita. Mari kita saksikan titipan ceramah oleh Dr Mohd Asri zainal Abidin 'mencari sakinah', semoga kita beroleh petunjuk darNya InsyAllah.




26 Februari 2011

Dulu kini dan selamanya~

 Hari nie 26 Februari 2011, tarikh yang tak asing lagi bagi aku. Hujan dan sejuk, bersantapkan semangkuk megi kari dan secawan kopi cukup melegakan aku. Semalaman hujan dibumi Sarawak , limpahan rahmat dari yang esa. Kebetulan hari ni off day, dapatlah aku legakan peha aku yang sengal ni lama sikit.


  Biasalah bila aku duduk sorang-sorang nie sambil layan lagu terasa sangat santai dan relax. Bila dah relax2 ni mula lah kenangan aku datang lagi. Tak habis-habis kenangan haha. Kali ni aku nak story sikit pasal aktiviti aku yang pastinya tak dpat aku nak lupakan sampai bila-bila. Sewaktu aku kat sekolah menengah dengan kawan-kawan seperjuangan.


Tahun 1999 mungkin jadi tahun pertama dunia aku kenal satu dia yang sampai sekarang ni aku akan bawak kemana-mana. Dia yang banyak simpan memori-memori lama sepanjang aku hidup ni, dia la kawan dia la sahabat sejati aku suka dan duka. Walau dia tak boleh cakap tapi bagi aku dia faham dengan bunyi yang dia keluarkan. Ingat lagi masa aku memula kenal dia, nk sentuh pun takut, malu pun ada kalau-kalau member gelakkan aku. Penah gak jari jemari aku sampai melecet dok main dengan dia. Penah jugak dia nak jadi mangsa kemarahan aku. Yela masa tu aku baru je kenal dia, tak reti nak layan dia camne, asik pegang jer usung kesana kemari, pagi, petang malam mesti aku lepak dengan dia. Setiap malam minggu mesti aku dating dengan dia, wajib! kalau tak jumpe dia alamat kusut la aku. Selalunya aku lepak sekali dengan kawan-kawan aku kat satu tempat. Kena bayar Rm20 sejam. Dah minat nak buat camne janji puas hati. Sebab selalu lepak kat situ tokey tempat tu jadikan aku pelanggan terhormat. Lepak situ free setiap minggu, wow! indahnya dunia tuhan saje yang tahu. Sampaikan satu hari tu tokey jemput aku dengan kawan-kawan pergi buat show kat majlis kenduri kahwin member dia. Siap dapat upah lagi. Aku memang betol-betol puas main dengan dia dulu. Tak cukup dengan tu kadang-kadang aku bawak dia lepak kat kampung sebelah dari lepas isyak sampai la pukul 2-3 pagi (kalau hari cuti la). Kadang-kadang tu sampai tak balik rumah tido rumah member aku dok layan dia. Satu hari tu geng-geng aku buat pondok buluh, agak besar jugak la boleh la nak main 5-6 orang sekaligus. Balik sekolah je kesitu takde keje lain. Tapi takde la sampai lupekan semua yang mane patut aku buat. Waktu terluang la der. Aktif sangat sampai la habis sekolah, aku pon tak tau kenape aku hantu sangat dengan die. Mungkin darah seni ni mengalir dari zaman moyang aku lagi kot. Dia pun okay je dengan aku, ngam kot. Dah jodoh nak buat camne. Sampai je umur aku 18 aku dah start lupekan dia, kadang-kadang jer aku jenguk dia. Kadang-kadang tak jenguk langusng lagikan nak pegang. Ni la manusia kan, yela masa tu aku dah keje, busy jer manjang. Gi keje balik terus tido. Keje kontrak je masa tue walau hasilnya lumayan tapi penat sampai dia yang aku sayang pun tak diendahkan. Lepas tu aku dapat kerja lain, kerja yang aku kerjakan sekarang nie. Dia kembali bersamaku. Tapi versi yang lain pulak. Adik kepada yang lama yang lagi canggih dan moden lagi sifistikated. Welkam to my life ;-) Ibanez Gio GSR200 D.O.B 25th Feb 2011. A great big present to my birthday and my life hehehe...jangan jeless.
Ibanez  aku punyer yg laen watak tambahan jer hahaha.
  Oh yer jangan slah paham plak wakakakaka....

24 Februari 2011

Sedikit ulasan perlawanan Malaysia vs Pakistan 2-0

  Hari ni Malaysia sekali lagi dah membuktikan kehebatan dengan menumpaskan Pakistan dengan kemenangan 2-0 (London Olympic qualifier 1st leg), tak sengaja tadi tengok kat kedai makan dengan kawan-kawan. Ni yg nak story nih.  Memula plan nak gi stadium tapi rasa mcm malas la pulak so tukar haluan ke kedai mkn Rejab tom yam kat batu 3 Shah Alam. 

  Sesampai je kat sana terus duduk depan tv tengok result dah 1-0, tak bape minit pas tu ada free kick tapi terkena tiang, terus bersemangat nak tengok. Terpinge-pinge yang nak amek oder tengok kami dok riuh depan tv. Ralit habaq hang sry la dik terus oder tom yam seafood ngan kailan ikan masin plus kopi ais. Ape yang buat aku agak bangge la sket dgn team bola Malaysia malam ni diorang punyer fitness, stability dgn agility. Technicity hehehe...pom bole tahan jugak kira overall Harimau Malaya kali ni memang tip top condition lah. Pakistan mmg takle blah nak kejor player kita yang laju tahap cipan kena asteroid. Banyak kali aku nengok dengan selamber badaknyer player kita curi bola dari kaki player Pakistan, nape tah mereka itu senang sangat terlepas bola walhal dikaki sendiri. Mungkin pemain kita dinaik taraf dari segi teknikal dan mentalikal eh mentality..sori silap.. Key personnal semua beroperasi dengan baik,  tak banyak buat kesilapan sengal. Ending serangan ada sedikit lemah la tambah pulak goal keeper pakistan perform all out malam ni. Tembus gak dua biji hahaha...Ada satu babak tu player no 6 kena himpit dgn dua org player pakistan, dua-dua player Pakistan yang mengapit no 6 tadi teguling-guling kesakitan lepas jatuh padahal no 6 tadi steady jer sambil garu-garu dagu kekompiusan. Kami yang tengok pun penin camne yang kena himpit leh steady, itulah player kita walaupun badan cekeding tapi mantopp. Rata-rata setiap kali kita bagi 'body' je sikit mesti diorang tergolek-golek. Alahai sian aku tengok, maybe stamina diorang lemah la. Badan besar bagak tapi lembik ceh.."karpitt karpitt, mau beli ka bang?" Bebudak ni dok gelak pasal diorang suke jual karpet kt Malaysia nih.  Goal keeper kita ada jugak ceritanya, si sape tu Fahmi erk? Ade satu try dari Pakistan tapi fahmi ni tangkap, kebetulan pulak kepala si mat pakistan ni termasuk kat lingkungan tangan Fahmi pegang bola. Pakistan tu try la nak lepaskan bola tu dari tangan Fahmi, bola terlepas dan Fahmi hulur kaki nk buang bola sbb mamat tu depan dia terus pengadil tiup wisel, mana boleh curi bola dari tangan goal keeper oii. Brader paskitan ni tak pueh hati terus sepak 'anu' si Fahmi..Geram kitorang weh...Nahhhhhh terus kena kad merah perchoma. Bongok betoll lah..Terkebil-kebil macam kena tampo dgn cikgu sekolah dia sambil keluar padang. Tak lama lepas tu terus Malaysia dapat gol yang kedua hasil rembatan kencang tah sape tah nama dia aku tak tau, memang deras lah kirenyer. Maklum la, lps Pakistan main cume 10 org, M'sia makin laju buat serangan bertubi-tubi. Semua semat2 belak0..Aku ingat lagi no 9 player kita, ending dia tak bape mantop la, kalau la Safi Salee(btl ke nama dia ni?) ada tadi tah bape header dan tendangan kencang dia sumbat dalam gol Pakistan tu. Banyak try kita on target tadi tak terkira la, cume luck tak dak beb. Semua mabeless2 punya try.

  Balik jer dari tengok bola tadi ada beberapa mat motor laungkan 'Malaysia' berkali-kali lepas nampak bendera kita kat baju membe aku,layankan sudaah. Rumusan aku: kira sekarang team bola Malaysia atau lebih mantep lagi 'Harimau Malaya' dah dapat corak tersendiri dan boleh maintain permainan yang cantik macam sekarang ni. Semua tak pentingkan diri sendiri, masing-masing main baik, stamina pom power renjer dah cuma aku harap kita dapat maitain dan tingkatkan lagi mutu permbolaan tanahair. GOOD LUCK MALAYSIA! my pride..we'll support Harimau Malaya forever..
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)