24 Februari 2011

Sedikit ulasan perlawanan Malaysia vs Pakistan 2-0

  Hari ni Malaysia sekali lagi dah membuktikan kehebatan dengan menumpaskan Pakistan dengan kemenangan 2-0 (London Olympic qualifier 1st leg), tak sengaja tadi tengok kat kedai makan dengan kawan-kawan. Ni yg nak story nih.  Memula plan nak gi stadium tapi rasa mcm malas la pulak so tukar haluan ke kedai mkn Rejab tom yam kat batu 3 Shah Alam. 

  Sesampai je kat sana terus duduk depan tv tengok result dah 1-0, tak bape minit pas tu ada free kick tapi terkena tiang, terus bersemangat nak tengok. Terpinge-pinge yang nak amek oder tengok kami dok riuh depan tv. Ralit habaq hang sry la dik terus oder tom yam seafood ngan kailan ikan masin plus kopi ais. Ape yang buat aku agak bangge la sket dgn team bola Malaysia malam ni diorang punyer fitness, stability dgn agility. Technicity hehehe...pom bole tahan jugak kira overall Harimau Malaya kali ni memang tip top condition lah. Pakistan mmg takle blah nak kejor player kita yang laju tahap cipan kena asteroid. Banyak kali aku nengok dengan selamber badaknyer player kita curi bola dari kaki player Pakistan, nape tah mereka itu senang sangat terlepas bola walhal dikaki sendiri. Mungkin pemain kita dinaik taraf dari segi teknikal dan mentalikal eh mentality..sori silap.. Key personnal semua beroperasi dengan baik,  tak banyak buat kesilapan sengal. Ending serangan ada sedikit lemah la tambah pulak goal keeper pakistan perform all out malam ni. Tembus gak dua biji hahaha...Ada satu babak tu player no 6 kena himpit dgn dua org player pakistan, dua-dua player Pakistan yang mengapit no 6 tadi teguling-guling kesakitan lepas jatuh padahal no 6 tadi steady jer sambil garu-garu dagu kekompiusan. Kami yang tengok pun penin camne yang kena himpit leh steady, itulah player kita walaupun badan cekeding tapi mantopp. Rata-rata setiap kali kita bagi 'body' je sikit mesti diorang tergolek-golek. Alahai sian aku tengok, maybe stamina diorang lemah la. Badan besar bagak tapi lembik ceh.."karpitt karpitt, mau beli ka bang?" Bebudak ni dok gelak pasal diorang suke jual karpet kt Malaysia nih.  Goal keeper kita ada jugak ceritanya, si sape tu Fahmi erk? Ade satu try dari Pakistan tapi fahmi ni tangkap, kebetulan pulak kepala si mat pakistan ni termasuk kat lingkungan tangan Fahmi pegang bola. Pakistan tu try la nak lepaskan bola tu dari tangan Fahmi, bola terlepas dan Fahmi hulur kaki nk buang bola sbb mamat tu depan dia terus pengadil tiup wisel, mana boleh curi bola dari tangan goal keeper oii. Brader paskitan ni tak pueh hati terus sepak 'anu' si Fahmi..Geram kitorang weh...Nahhhhhh terus kena kad merah perchoma. Bongok betoll lah..Terkebil-kebil macam kena tampo dgn cikgu sekolah dia sambil keluar padang. Tak lama lepas tu terus Malaysia dapat gol yang kedua hasil rembatan kencang tah sape tah nama dia aku tak tau, memang deras lah kirenyer. Maklum la, lps Pakistan main cume 10 org, M'sia makin laju buat serangan bertubi-tubi. Semua semat2 belak0..Aku ingat lagi no 9 player kita, ending dia tak bape mantop la, kalau la Safi Salee(btl ke nama dia ni?) ada tadi tah bape header dan tendangan kencang dia sumbat dalam gol Pakistan tu. Banyak try kita on target tadi tak terkira la, cume luck tak dak beb. Semua mabeless2 punya try.

  Balik jer dari tengok bola tadi ada beberapa mat motor laungkan 'Malaysia' berkali-kali lepas nampak bendera kita kat baju membe aku,layankan sudaah. Rumusan aku: kira sekarang team bola Malaysia atau lebih mantep lagi 'Harimau Malaya' dah dapat corak tersendiri dan boleh maintain permainan yang cantik macam sekarang ni. Semua tak pentingkan diri sendiri, masing-masing main baik, stamina pom power renjer dah cuma aku harap kita dapat maitain dan tingkatkan lagi mutu permbolaan tanahair. GOOD LUCK MALAYSIA! my pride..we'll support Harimau Malaya forever..

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)