26 Februari 2011

Dulu kini dan selamanya~

 Hari nie 26 Februari 2011, tarikh yang tak asing lagi bagi aku. Hujan dan sejuk, bersantapkan semangkuk megi kari dan secawan kopi cukup melegakan aku. Semalaman hujan dibumi Sarawak , limpahan rahmat dari yang esa. Kebetulan hari ni off day, dapatlah aku legakan peha aku yang sengal ni lama sikit.


  Biasalah bila aku duduk sorang-sorang nie sambil layan lagu terasa sangat santai dan relax. Bila dah relax2 ni mula lah kenangan aku datang lagi. Tak habis-habis kenangan haha. Kali ni aku nak story sikit pasal aktiviti aku yang pastinya tak dpat aku nak lupakan sampai bila-bila. Sewaktu aku kat sekolah menengah dengan kawan-kawan seperjuangan.


Tahun 1999 mungkin jadi tahun pertama dunia aku kenal satu dia yang sampai sekarang ni aku akan bawak kemana-mana. Dia yang banyak simpan memori-memori lama sepanjang aku hidup ni, dia la kawan dia la sahabat sejati aku suka dan duka. Walau dia tak boleh cakap tapi bagi aku dia faham dengan bunyi yang dia keluarkan. Ingat lagi masa aku memula kenal dia, nk sentuh pun takut, malu pun ada kalau-kalau member gelakkan aku. Penah gak jari jemari aku sampai melecet dok main dengan dia. Penah jugak dia nak jadi mangsa kemarahan aku. Yela masa tu aku baru je kenal dia, tak reti nak layan dia camne, asik pegang jer usung kesana kemari, pagi, petang malam mesti aku lepak dengan dia. Setiap malam minggu mesti aku dating dengan dia, wajib! kalau tak jumpe dia alamat kusut la aku. Selalunya aku lepak sekali dengan kawan-kawan aku kat satu tempat. Kena bayar Rm20 sejam. Dah minat nak buat camne janji puas hati. Sebab selalu lepak kat situ tokey tempat tu jadikan aku pelanggan terhormat. Lepak situ free setiap minggu, wow! indahnya dunia tuhan saje yang tahu. Sampaikan satu hari tu tokey jemput aku dengan kawan-kawan pergi buat show kat majlis kenduri kahwin member dia. Siap dapat upah lagi. Aku memang betol-betol puas main dengan dia dulu. Tak cukup dengan tu kadang-kadang aku bawak dia lepak kat kampung sebelah dari lepas isyak sampai la pukul 2-3 pagi (kalau hari cuti la). Kadang-kadang tu sampai tak balik rumah tido rumah member aku dok layan dia. Satu hari tu geng-geng aku buat pondok buluh, agak besar jugak la boleh la nak main 5-6 orang sekaligus. Balik sekolah je kesitu takde keje lain. Tapi takde la sampai lupekan semua yang mane patut aku buat. Waktu terluang la der. Aktif sangat sampai la habis sekolah, aku pon tak tau kenape aku hantu sangat dengan die. Mungkin darah seni ni mengalir dari zaman moyang aku lagi kot. Dia pun okay je dengan aku, ngam kot. Dah jodoh nak buat camne. Sampai je umur aku 18 aku dah start lupekan dia, kadang-kadang jer aku jenguk dia. Kadang-kadang tak jenguk langusng lagikan nak pegang. Ni la manusia kan, yela masa tu aku dah keje, busy jer manjang. Gi keje balik terus tido. Keje kontrak je masa tue walau hasilnya lumayan tapi penat sampai dia yang aku sayang pun tak diendahkan. Lepas tu aku dapat kerja lain, kerja yang aku kerjakan sekarang nie. Dia kembali bersamaku. Tapi versi yang lain pulak. Adik kepada yang lama yang lagi canggih dan moden lagi sifistikated. Welkam to my life ;-) Ibanez Gio GSR200 D.O.B 25th Feb 2011. A great big present to my birthday and my life hehehe...jangan jeless.
Ibanez  aku punyer yg laen watak tambahan jer hahaha.
  Oh yer jangan slah paham plak wakakakaka....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

mantap beb!!

pijankodok berkata...

As salam... hobi dan kesukaan... apa saja kita akan lakukan supaya kita memilikinya...

selamat berblogging, tuan tanah...

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)