.:Assalamualaikum:.
sekadar hiasan |
Tak aku nafikan la bila kita sihat kita gumbira kita dapat dan seronok dgn ape yg kita ada kadang-kadang aku terlupa nak ucap syukur. Tak tau lah pulak anda semua, kalau sentiasa beringat, syukur ke hadirat ilahi. Yelah mungkin kita tak terasa lagi bila sampai masanya kita tua, sakit dan mati. mungkin masa tu barulah kita nak insaf dan bertobat . Ok gak kalau ingat dari tak ingat langsung. Kalau pegi ziarah orang sakit kita insaf sekejap, sekejap jela. Pastu bila kita tgk jenazah nak-nak lagi bila tgh dengar baca talkin lagilah kita insaf. Tapi takat mana erk? Tak lama rasanya. Tulah manusia agaknyer. Terjejas dengan kemakmuran yang ada. Anggaplah diri anda semua sekarang tengah nazak, masa tu jugak anda semua tengah terbayang-bayang alam akhirat, dibayangi siksa kubur pulak tu. Camne tu? Dalam hati ada taman, opss dalam hati mesti teringat, Ya Allah kalau la aku tau nak jadi macam ni dah lama aku bersembah sujud padamu. Kena pulak masa tu dah lumpuh satu badan, mata je berkelip-kelip, menangis tak sempat nak tadah tangan minta ampun dan maaf. Allah maha adil, Dia sayang hambanya. Walau dlm keadaan macam mane sekali pun kita masih boleh bertaubat, beristighfar dan mengucap tanda syukur masih ingat padaNya. Tapi................alangkah baiknya kalau masa muda, masa sihat kita penuhi dengan ucapan puji-pujian kepada yang Esa. Cuma renung sedalam-dalamnya, kita mungkin penentu kepada produk yang akan datang. Jika sebaliknya Subhanallah itu kuasaNya. Ape yang aku nak link-kan kat sini bila kita mati, agak-agak anda ada tak anak-anak atau cucu-cucu yang sanggup dan sudi menghadiahkan kita walau sekadar suratul Fatihah setiap hari setiap waktu solat? Jika anda tidak mula sekarang bermakna pelaburan anda akan gagal kerana akarnya dibina dari benih yang tidak elok. Peratus roh anda menangis dan terseksa didalam kubur adalah tinggi. Jika mungkin hadirnya ketika anda didalam kubur itu satu doa ataupun surah Al-Fatihah mahupun Yasin dah tentu anda akan direhatkan dari siksa kubur dalam meniti masa menuju hari perhitungan akhirat. Mungkin juga kubur yang sempit itu menjadi lapang selapang-lapangnya seketika kerana ada diantara anak atau saudara anda mengirim surah kepada anda selaku simati. Terkadang juga aku simulasikan yang aku ni dalam kubur, disiksa bertubi-tubi dengan dasyat sekali mungkin hanya kerana meninggalkan solat, dan juga masa tu aku terlalu mengharapkan sangat-sangat doa dari anak-anakku atau saudaraku tetapi tidak sorang pun dari mereka mengirimkannya. Dah tentu aku menyesal tidak mendidik dan pesan padanya ilmu agama sebaik-baiknya sewaktu aku hidup. Aku menyesal Ya Allah. Mungkin itu agaknya bila aku dah disana nanti. Lebih baik kita menganggap begitu dari menganggap kesudahan yang baik. KERANA, itu akan membuatkan kita lupa dan lupa. Tiba pula bila roh kita menjenguk kaum keluarga terutama sekali anak-anak, dan pula ketika itu anda selaku roh melihat anak-anak anda sedang melakukan maksiat. Apa lagi yang dijeritkan wahai si roh, semuanya dah tertulis kamu telah direhatkan dari alam dunia dan terimalah ini adalah hasil dari apa yang telah kamu kerjakan. Maka baliklah roh tadi dengan perasaan sedih walau pada mulanya dengan harapan dan perasaan gembira dapat pulang menjenguk keluarga. Kasihan si roh. Adakah itu yang ingin berlaku satu masa nanti?? Dan begitulah dalam menunggu masa untuk dibangkitkan. Banyak cerita yang aku dengar dan aku baca lebih kurang begitulah ceritanya.
Masa sedang berjalan dan pilihan itu satu kurniaan Allah s.w.t, gunalah masa yang ada ni untuk mengingatkan si zahir dan batin anda. Kawallah dia(tubuh kita) kerana kita ditugaskan untuk menjaga dan membawanya kepada jalan yang benar. Sesekali terlajak ucaplah Astaghfirullah, tidak banyak sedikit pun dah cukup buat kita semua. Ampun dan maafkan kalau adanya aku tersalah dalam entry ni. Maklumlah aku bukan penulis professional. Yang baik dari Allah dan yang buruk dari aku sendiri. Sekadar perkongsian, semoga kita semua diberkati InsyAllah
::Assalamualaikum::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan