24 Januari 2010

LEGION- satu lagi citer sesat yang bakal/ keluar di pawagam


**Assalamualaikum w.b.t Bismillahirrahmanirrahim**

Dalam pukul 1.30 ptg td ntah macan mane aku terpicit remote tv yg mmg aku tak suka nak tgk kecuali berita, itu pun tgk keadaan jugak. Ada satu 'The making of  "Legion" citer mengenai malaikat diturunkan ke bumi untuk memusnahkan manusia kerana tuhan dah hilang kepercayaan kat umat manusia, pengarah die cakap la. Memula aku tgk aku perasan ada satu nama bar tu ditulis 'Paradise Fall' ape maksud die???? syurga jatuh? kejatuhan syurga? atau ape-ape je? Tapi pernah tak korang dengar "The Fallen Angel" ??
Ok kat sini mungkin dah ade yang pening, kalau kita umat islam mesti tahu pasal Dajjal atau Al-Masih Al-Dajjal? Tapi dalam bahasa inggris juga disebut sebagai  "The Fallen Angel" atau "The Antichrist". Jadi kat sini kita dah tahu akan maksud terselindung disebalik papan tanda bar itu "Paradise Fall" ataupun sengaja di moderate supaya kita tak perasan. Lihat watak utama manusia berkepak ala-ala burung...Kalau kepala burung???

Kumpulan malaikat yg turun ke bumi untuk memusnahkan manusia adalah terlalu ramai tapi.....boleh dibunuh, kat sini dah nampak satu pemesongan akidah secara terang-terangan, kata malaikat tapi kenapa pulak manusia boleh bunuh dia??? Cuba anda fikir sejenak kalau la anda membawa anak-anak anda ke pawagam untuk menonton filem ini bagaimana tanggapan mereka? Adakah dia tak caya dgn aksi itu? Kanak-kanak mempunyai fikiran fantasi yang tinggi dan dengan mudah mempercayai dari apa yang mereka lihat dan fahami contohnya melalui cerita ini. Jangan kata kanak-kanak, anda mungkin secara tidak sengaja terpengaruh dengan unsur-unsur didalam filem ini melalui proses "Mind Control" ataupun halusinasi yang terjadi dibwah sedar anda. Semua ini bergantung pada iman dan pengetahuan anda.

Menurut pengarah filem itu, walaupun malaikat-malaikat yg ditugaskan oleh tuhan la kononnya menjalankan tugas dengan membunuh semua umat manusia tetapi ketua malaikat masih berpihak kepada manusia untuk menyelamatkan seluruh penduduk bumi. Ermmm...ape pendapat anda, cuba fikir sebentar...

Satu lagi auta bukan fakta yang sengaja dibuat dengan alasan ini cuma sebuah filem, tetapi spt yang saya ckp diatas tadi 'mereka' dengan sedaya upaya cuba menyesatkan kita dengan berbagai-bagai teknik. Bukankah 'ketua malaikat' itu wataknya hampir sama seperti 'Nabi Isa a.s ataupun Imam Mahdi'?? Apa yang mereka buat ni?? Mereka dah putar belitkan keseluruhan kefahaman kita dengan filem ini!! Lepas tu malaikat bunuh malaikat lagi la merepek totally tahyul dan tiada faedahnya kita menonton filem itu. Cuba lihat gambar diatas, ada cahaya ataupun mungkin matahari sebagai simbolik kepada "The Sun Of God" ataupun tuhan "Ra" ataupun "Annu". Nyatanya disini satu lagi simbolik-simbolik sesat ataupun "Freemasonry". Betul ke tidak tiada faedah? Kalau bagi anda ada faedah menonton filem ini saya tak tahu nak cakap ape lagi, yela mungkin sekadar hiburan semata-mata tetapi pastikan anda dah baca entry ini sebelum minda bawah sedar anda terpengaruh ampuh oleh filem ini.

Rasa kecewa kenapa filem sedemikian dibuat atau akan ditayangkan di negara kita Malaysia, terima kasih buat siaran NTV7 kerana menyiarkan the making of Legion ini. Harap maaf sekiranya entry ini menyentuh sesetengah pihak. Kembali kepada jalan yang benar, jihad Fi-Sabilillah Allahuakbar!!!

**SEKIAN TERIMA KASIH**

P/S: SAYA MENGALU-ALUKAN KOMEN ANDA INSYALLAH SAYA BALAS.

21 Januari 2010

DUIT KITA ADA UNSUR MASONIC???

Adakah ini hanya kebetulan ataupun memang sengaja dibuat begini?
mase tgh keje tadi aku terperasan pulak simbol ni kat blog2 yg dah aku bace, mungkin ada persamaan ataupun sengaja pihak yg membuat duit kita ni nk memasukkan unsur2 masonic??

cuba perhatikan persamaan checkered floor yang biasanya digunakan dalam upacara ritual freemason dan pada duit ini.

Gambar ini adalah lodge freemason

dan juga cuba lihat gambar ini


Adakah anda tahu binatang apakah ini? dan juga simbol bulan dan matahari/ siang dan malam ataupun trans dimensi??


pharaoh hound(binatang kesayangan firaun)
anda boleh lihat tugu2 binatang ini di Mesir.


tgk je kat atas tiang tu nampak tak?


pada sesiapa ada pendapat mengenai isu duit kita ni sila lah kemukakan di komen, manalah tahu kamu ada wat kajian ke ataupun ape2..tQ....





19 Januari 2010

Pagi Ini Ku MerdeKa!!

Hari yg penuh gilang gemilang bagi gua,
Lu org tau pasal ape??
Sebab wa dh ubah cara wa berfikir.
mungkin korang tak paham nie..
takpe lah try korang pegi kat thepiratebay..
pastu search 'The Secret'
then download ar apelagi..
fahamkan betul2..
tapi pastikan yg korang download tu btl..
first view die org pompuan bawak beg..
just nk kongsi dgn korang satu benda baik je..
moga anda maju setapak kehadapan..

**selamat mencuba**



16 Januari 2010

Cinta Bengong-novel (karya Al-Faizal Al-Attas)


Korang dengar dan layan lagu ni pastu bace post aku okey....


Nak citer sket kenangan mase gua tgh hot bercinta dulu..

korang ingat cinta itu bute ke?
aku rasa tak kot, 
hehe manis betul kenangan dulu-dulu kan?
nak2 1st luv..
jujur tu perkara paling penting dalam perhubungan,
tapi kalau setakat separuh jalan je ape kejadahnyer,
so dulu adela minah ni aku syok kat die, 
lama gak la kawan,
plan2 kununnyer nk jadikan bini la..
tapi haprak nasi dah jadi ketupat..
membe gua rembat sial..
mamat tu kaya la pulak,
alim sket dari aku kira budak mesjid la,
tah camne lps lama aku tinggal die pasal keje tup tap dgr berita mmbe gua kasi angkut itu olang, 
haiyaak..
tup tap2 lagi tebibe nak kawen,
bagus la aku cakap,
dari korang beromen tak kira tempat baik korang nikah je siol,
tapi....
tah camne mase minah tu dh dekat sangat nk kawen tetibe merayu2 kat aku nk balik kat aku...
hati aku cakap nk kena tampo budak nie..dah dkt 5 tahun blah tetibe nanges2 nak kat aku..
musti ade benda tak kena nie..
'buduh la ko, buduh la ko'
aku nyumpah gitu jek..
pastu aku jadi penceramah bebas mcm dr luv la konon,
tah mane die dapat no tipon aku gampang tol..
tapi kesian punya pasal aku ceramah la die baik2..ceh!!
hampir2 minah tu nk lari dari umah..
nk mampos ke agaknyer..
last2 die kawen..


**iklan**


lpas kawen tah cane die dapt anak,
bagus la ovum ngan sperm dorang bergabong hak3...
then beranak la die hihihi..
pastu cari aku balik..cakap tak bahgie la ape la mcm2 masalah suami die..
dah ar fedup plak aku tak habis2 nk menyusahkan aku..
pastu aku tukor numbol tipon
lantak la masalah ko bukan masalah aku..
bangang betol..
habis dahhh...

tenkiu...
(citer ni aku shortcutkan dari 7 tahun ke satu post0, paham2 la ok)






Note: bila jiwa kacau merapu la aku jadinye hahaha..





 


14 Januari 2010

PESAWAT PEJUANG-BHG 1





   Dek kerana kebosanan hari ni aku nak cerita sket pasal tempat keje aku dulu yg bagi aku sangat mencabar kredibiliti sbg seorang mekanik pesawat, masa tu aku masih tahap mekanik lagi dan baru berjinak2 keje dgn pesawat pejuang buat pertama kalinya dlm hidup aku. First view aku masa posting lepas kursus perantis mekanik TUDM aku rasa mcm tak layak nk operate teknologi camni. Tp dh kerana tugas aku kuatkan semangat juga.


Aku rasa bertuah kerana walaupun aku ni belaja tak la tinggi mane mcm korang ada diploma, ijazah dll. tp aku bersyukur dpt pekerjaan yg halal dan didalam satu organisasi yg mantap. Masa mula-mula ditugaskan ke 6skn aku diajar erti hormat, itu adalah pokok kpd semangat kerjasama yg plg penting dlm satu organisasi. Selain latihan yg agak keras kerana bekerja dgn sesuatu yg mempunyai bahan letupan adalah sangat bahaya. Jadi ilmu pengetahuan sgt penting dalam menjamin keselamatan. 


   Untuk pengetahuan korang, ini la lambang skuadron aku, 6skn berpangkalan di kuantan. Check ABC, marshalling, launching tu jadi makanan harian aku, kalau tak buat benda tu sume kira tak mcm kerja la. Pagi dh tentu open check A, topup hydraulik, oil, oksigen, nitrogen tu dah memang wajib tiap-tiap hari. Itu kerja biase buat semua tradesman. Aku sebagai Engineman kompom terlibat dengan segala servicing yg berkaitan dengan enjin. Kadang2 elektrikal pun kami buat jugak bergantung pada keadaan. Kami bekerja secara syif, 24hr on 24hr off, so masa on tu memang perit sket ar tapi lama-kelamaan biase je benda tu. Yang paling tak tahan pulak bila ORI (ordinance readiness inspection) memang kelam kabut dibuatnyer hehehe. ORI ni aku takleh nk cerita banyak kat sini. Rahsia kerajaan, sory yek!! Tapi bila ada operasi lagi la kusut, bayangkan la tetibe kena siap dlm setengah jam nk packing baju pastu terbang ke Labuan dan  sebagainyer ikut kehendak operasi.


Hehehe korang tengok gigi aku ker?? benda yg putih tu korang jgn salah sangka pulak, tu bukan bom tapi tu kira holder die la sebab tu bole letak kat situ kalau life bomb takde masa nk letak camtu je nak mampos!! Memang bahaya, bom sebesar cuma peha korang dan panjang cuma dua jengkal cukup nak robohkan rumah dua tingkat korang, kalau tak caya pi lah duduk kat Palestin. Bukan setakat bom je yg bahaya tapi masuk kokpit pesawat fighter pun dah bahaya. Pernah jadi kes kat Butterworth dulu kerana over konfiden, sorang LAC maut dan dua lagi cedera parah(pelatih) sampai masuk ICU. Berpunca dari ejection seat yang tersilap 'operate'. Maksud aku ni bangang tapi nak tunjuk terer  kat budak baru. So sebab tu la 'Safety First' hehehe. Ingat pesan aku ni kawan2. 


Ok lah korang mesti nak tengok bom yg betul2 kan? Gambar kat bawah ni aku rahsiakan namanya tapi memang powerful, even runaway pun boleh bersepai kalau di bom dgn senjata ni. Cukupla dengan impak2 yg dapat aku bagi kat korang utk bayangkan. Tapi aku harap korang jgn la rembat gambar nie, mls nk letak watermark.


sekitar tahun 2004 





**Bersambung pada post seterusnya**


NOTE:buat kawan-kawan, sory la sebab bahasa bercampur aduk, aku tak bise guna b.melayu masa keje.




FOM Ads
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)