13 Disember 2011
Nothing but that! OMG.
Nafas tersekat, langkah terhenti.....mungkin ungkapan yang dapat aku pamerkan setakat ini. Hari-hari yang berlalu begitu perlahan dan suram, cahaya juga tak seterang seperti selalu. Pagi tak sesejuk dahulu.. Aku diuji lagi dan diuji, di saat-saat hujung tanduk aku masih diuji. Semua salahku, semua aku yang pinta kerna aku yang memulakannya dan nah terimalah balasannya. Habis semua kata-kata lalu menjadi petrol membakar diri aku kini, Allah nak buktikan kuasaNya yang sememangnya Maha Berkuasa.. Rebah jatuh terduduk, longlai lagi tak bermaya. Ku gengam pasir tapi berjuraian jatuh kebumi, ku ulang tapi tetap jatuh. Ya Allah Ya Tuhanku...Apakah ini semua? Tidak selayakkah aku ini disisiMu, aku dilontar jauh ke lembah yang dikehendakiNya..Kaki ku lemah untuk bangkit semula, puas ku mencuba tapi tidak berdaya. Tolonglah aku ya Allah..Janganlah kau palingkan aku kembali setelah kau tarik diriku ke jalanMu.. Aku letih dan lesu dengan dunia ini.. Jiwa serabut, kusut lagi masai..Ya Allah bantulah hambamu yang lemah ini...Amin amin ya robbal alamin..
01 Disember 2011
HADIS-HADIS NABI BERKENAAN HUKUM DAN HUKUMAN ISTERI CURANG
Rasulullah S.A.W dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A: "Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri?" Baginda menjawab:”Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya”. Kemudian aku bertanya lagi :”Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?” Baginda menjawab:” Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya.” (Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Sabda Rasulullah S.A.W bermaksud: “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah S.A.W ditanya: “Mengapa demikian ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup.” (Riwayat al-Bukhari)
“Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?” Baginda menjawab : “Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya.” (Riwayat Muslim)
Berikut saya sertakan beberapa hadis berkenaan isteri berlaku biadab dan suka menyakiti hati suami. Semoga hadis-hadis ini dapat menjadi panduan buat Suami Curiga.
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk
Sabda Rasulullah S.A.W: ” Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami.” (Riwayat Ibnu Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: “Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
“Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali.” (Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah S.A.W: “Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syarak, haram baginya bau syurga.” (Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah S.A.W: “Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kepada Suami Curiga, hendaklah anda bersegera mengajar isteri anda tentang hadis-hadis di atas supaya isteri anda tidak mengulanginya lagi.
30 November 2011
Last day civillian.
Hidup lepas SPM memang seronok, yelah selama hampir 11tahun sekolah jer mana tak jemu. Masa sekolah tu macam-macam hal la nak lari pon ada. Kalau sekarang kalau kena sekolah lagi aku nak jer. Seronok beb hahaha..Mane la tau otak aku ni boleh dapatkan 18 pulak. Dulu bukan tak pandai tapi malasnyer melampau-lampau. Masuk kat bidang keje aku nyesal kena blajo lagi mcm nak amek dip..Itulah hidup hahaha.
Aku ingat lagi minggu-minggu terakhir sebelum aku ambik keputusan nak merantau cari rezeki, masa tu umo aku baru jer 18, belum cukup pengalaman hidup dan mungkin kurang berdikari agaknya. Aku lepak dengan kawan-kawan aku kesana kemari, nak puaskan hati aku yang kononnya macam tak jumpe kampung lagi. Jamming toksah cakap ler banyak tempat aku jamming. Rasa macam tak sabor macam cuak pon ada nk tinggalkan family dgn umah aku kt kampong. Ada satu petang tu aku dengan membe-membe aku panjat tangki air yang tingginya ntah berapa tingkat bangunan, masa tu taman cempaka belum lama bukak, eh taman mulia tak silap aku en entah la yang mana satu. Aku lepak sampai senja, tengok matahari terbenam ala-ala cerita melayu. Sampai sekarang aku takle ingat luper detik tu walhal tak la best sangat pon. Tu lah hari terakhir sebelum aku berangkat ke ipoh untuk pemilihan akhir.
Tu jelah aku nak cerita...putus idea sebenarnya ni hahahaha....Bye!
25 November 2011
Cetak Rompak! kerja bangang, tokey cd pirate kaya senang-senang je.
Lama aku tak godak blog ni dek kerana line berokband yg semakin cam haram sekarang ni. Agaknya org kuning semakin gemok tak kuat nak panjat-panjat tiang mcm iklan dia dulu kot. Kalau nak taip kt blog ni banyak aku nak cerita tapi ermm rasanya dah tak bole kot. Bior ler aku bubuh kat blog aku yang lain pulak nanti.
Okeh tanpa membuang masa aku nak ucap tahniah atas kesungguhan skuad harimau muda yang menang emas kat sukan sea yang lepas. Bukan nak cerita bola kat sini, kalau nak baca tentang bola nko pegi tgk kat blog lain. Aku nak komplen sikit pasal cetak rompak kat Malaysia tanah tumpah darahku ni. Rasanya ntah-ntah yang tengah baca post ni peminat setia cd cetak rompak jugak termasuk aku. Haip..aku ni bkn tak beli cuma dah aku memang tak gemor sangat nak tengok cerita-cerita merapek kt tv ke wayang ke mane-manelah. Kalau beli pon last-last mesti terbior tak pun buddy aku yg tengok. Yang ada input aku suke ler tapi kalau asik cerita-cerita berangan je bek gi jahanam. Alamak, lari tajuk plak, aku nak cerita pasal cetak rompak sebenarnya.
Yela kalau kita tengok melambak-lambak kedai cd cetak rompak ni tak kira la mane-mane pon. Dan satu lagi rasanya takde pon orang melayu jual cd bodo ni. Dengan harga lima hengget dgn pantas nko bole tengok muvie mane-mane yg nko suke. Gambor jgn risau boleh pilih, tapi banyak yg cun-cun mcm ori pon ada. Sape nak beli ori? Tak ramai kecuali orang kaya-kaya je kot. Tapi dari ape yg aku tengok la, diorang ni muka selamber badak je jual cd, takde cuak langsung siut. Bak kata aku yg tengah top sekarang ni 'imuniti la haha. Mane dorang dapat gerenti tu? erk maksud aku polis tak kacau? Ohh takde akta polis utk tangkap orang jual cd cetak rompak kot (kalau tak paham bodo la nko0 hahaha..Ntah ler tak paham aku, tapi tentunya rasuah la yang aku agak...ape salah ke agakan aku? Sape berani bet? Kamon la jgn slow sgt. Aku bukan tak penah beli, bohong la kalau aku tak penah beli la sengal..Aku cuma pelik jer camne leh bukak kedai yang besor utk jual cd cd tu? Yg tepi jalan toksah cakap la. Aku rasa antara punca dunia hiburan kita ni tak bole blah mcm korang cakap lagu melayu tak sedap la tak kick la no taste lah mungkin kerana kurang duit royalty. Tau tak duit royalti tu hape? Duit bahagian dari hasil kerja mereka melalui jumlah cd ori mereka yang terjual.Dengan duit tula dorang ni nak buat modal nak beli alatan baru yang canggih, income canggih baru ler semangat. Bukan tak bole tapi tulah . Kesian jugak dunia hiburan kita ni takde lagu yang menyentap gempak yang bole top macam kumpulan search or senang cakap artis dulu-dulu. Modal nak buat cd pirate tu tak bape hengget je maybe satu cd baru 60 sen tapi untung juta-juta. Bukan susah beli mesin ngan cd, eh mesin lak haha ape-apelah. Pastu copy paste...tak tau yang nak buat lagu sampai nak gila, yang nyanyi pulak sampai nak terbuasir. Tu belom yang berlakon lagi. Ish ish ish Kesian kesian. Bukan nak bekap diorang tapi tak bekap langsung peniaga pembuat cd cetak rompak ni. Haram jadah, makan duit orang lain, senang lenang buta-buta je pakai ferrarri free. Kita jugak yang support. So sebab tu la better aku tak tengok dan kebetulan tak suke. Jangan salahkan komposer atau penyanyi kita kalau lagu tak sedap, moral support tu penting dan ia dari berbagai-bagai aspek.
Aku harap sangatla pihak berwajib ni pegi tangkap mereka yang jual cd haram ni sebab moto hidup diorang ni aku pernah dengar dan baca iaitu "To be rich there is no sins" ni motto dari negara asal dan bangsa asal dia yang komunisme tu. So paham-paham jela , dah macam yahudi punye moto menghalalkan buat apa saja kt orang yg beragama lain sesuka hati. Bangang betol. Bagi aku kalau macam tu baik korang download dari internet je lagi puashati, bangsa dia tak untung bangsa kita pon tak untung habis cerita. :p
10 November 2011
Dah ajal, takde jodoh..
Masuk hari kedua aku kat kuching ni, akibat cuaca tak menentu aku kena serang virus...yer virus selsema.. Lepak malam-malam buat air kopi pekat sambil layan movie. Sambil2 FB tertengok pulak status wall membe aku ni. Dari ape yang aku paham mula-mula ingatkan membe laki dia meninggal. Rupa-rupanya awek dia yang pernah aku jumpa dengan dia dulu. Masa tu pi hantar kete awek dia sbb dia pinjam bawak balik kampung emergency bapak dia sakit. Tak lama lepas aku komen kat wall dia terus dia datang lepak bilik aku. Takde tmpat mengadu dia cakap. Aku memang suke dgr masalah orang dan bagi pandangan, sebab maybe dengan cara tu kita dapat tolong orang dan belajar sesuatu dari pengalaman beliau. Tak lama lepas mandi tadi dia datang, terus aku buatkan air teh dengan potongkan kek lapis yang membe baik dari samarahan bagi tadi. Dia pon story la pasal awek dia, macam aku cakap tadi aku pernah terjumpa arwah awek dia. Budak kelantan, umo sebaya dia, keje sebagai staff nurse kat ampang. Aku tau si arwah ni baik budaknya, walau cuma status awek je pada membe aku ni tapi dia sanggup habiskan cuti dia semata-mata nak jenguk bapak kepada membe aku ni yang sedang uzur. Selain tu dia pernah tolong si membe aku ni macam-macam. Kira memang sayang sangatlah kat mmbe aku( nak cerita semua malas lak) . Memang nampak sangatlah dia sayang betol-betol dengan membe aku, macam-macam dia buat untuk buktikan kasih sayangnya. Aku siap pesan malam masa hantar kete tu, 'hang pi lah teman dia sat kluaq minum2 ka'..tapi mungkin mmbe aku ni segan sebab ramai membe. Lepas hanta kete tu dia keluar balik, lepak ngeteh ngan si arwah ni.
Sebelum penggal detasmen yang baru ni, membe aku ni dah pesan siap-siap nak pegi subang sebab nak pi kenduri kawan baik dia. Aku cakap ok jer, minggu depan aku balik hang pulak pi subang. Sekali bila tarikh aku dah nak balik kuching nama dia tak ada pulak untuk set crew minggu depan. Aku tengok macam dia tak submit nama pulak. Tapi geng2 yang sibuk nk duk subang ni aku dah pesan, si membe srg lagi ni nk mai subang, ada hal...tapi diorang buat tak tau jer. Kesian pulak aku, dah la dia ni jarang dapat balik semenanjung. Sebab tu aku berkeras nak letak nama dia. Bila masing-masing pentingkan diri sendiri camni lah jadinya. Membe aku tak dapat pegi sana minggu ni, kebetulan pulak awek dia meninggal semalam. Dia stress aku tengok, ape yang aku boleh buat cuma nasehat jelah. Sebab aku ada pengalaman, tapi tu mak aku, meninggal tapi bila aku sampai kampung mak aku dah dikebumi. Aku pesan kat dia instighfar banyak2, sedekahkan al-fatihah banyak2..Pada aku cara tu jer yang boleh tenangkan hati manusia. Geram pun ada bila teringat balik aku pesan kat budak2 yang sibuk nak duduk subang tu diorang buat tak reti..Takpe lah benda dah lepas. Tapi ralat tu tetap ada sebab dia dah pesan kat aku, seolah-olah dia mintak tolong aku selaku senior selaku incharge dia. Tadi sebelum dia balik dari bilik aku dia tunjukkan lagu yang arwah awek dia buatkan tuk dia..lagu dari wali band kot 'Doaku untukmu Sayang'-wali band siap lirik..kalau aku jadi membe aku ni pun agak terharu jugak beb...arwah pesan membe bilik dia suruh bagi video yang dah siap lirik tu kat membe aku tapi membe aku dapat lepas dia meninggal...terbarai siut.. Semoga dia dicucuri rahmat, Al-Fatihah buat Nik Athirah..
Langgan:
Catatan (Atom)
Label
ISLAM
(37)
aku
(29)
PEDOMAN
(12)
kenangan
(12)
aku merepek
(8)
buka minda
(7)
hidup
(5)
KERJAYA
(4)
LIRIK
(4)
muzik
(4)
AIDILFITRI
(3)
ALAM MISTIK
(3)
INFORMASI
(3)
JODOH
(3)
KEMBARA
(3)
LAGU
(3)
MATI
(3)
PENGHAYATAN
(3)
Puitis
(3)
RENUNGAN
(3)
SARAWAK
(3)
TUDM
(3)
sukan
(3)
2011
(2)
AL QURAN
(2)
Aircraft
(2)
FILEM
(2)
FREEMASON
(2)
INDONESIA
(2)
JENAYAH
(2)
KASIH IBU
(2)
KEBENARAN
(2)
KEJURUTERAAN
(2)
PATRIOTIK
(2)
PERJUANGAN
(2)
SEJARAH
(2)
TAUBAT
(2)
UCAPAN
(2)
YAHUDI
(2)
bisnes internet
(2)
keje
(2)
memasak
(2)
motor
(2)
resepi
(2)
sajak malam
(2)
100PLUS
(1)
2010
(1)
7TRIBE
(1)
ALAM KUBUR
(1)
AMY SEARCH
(1)
ANJING
(1)
ART OF LIFE
(1)
ARTIST
(1)
BAHASA
(1)
BAIK
(1)
BINATANG
(1)
BIRTHDAY
(1)
BISNES
(1)
BRUTAL
(1)
BURJ DUBAI
(1)
C-130
(1)
CALL
(1)
CINTA
(1)
CN235
(1)
CRIME
(1)
DARJAH SATU
(1)
DRUM
(1)
DUA LAUTAN
(1)
DUNIA
(1)
FACEBOOK
(1)
GAME
(1)
GITAR
(1)
GULA
(1)
HAIWAN
(1)
HARGA
(1)
HOBI GAMBAR TRAVEL
(1)
IT
(1)
Indon
(1)
JAHAT
(1)
JAMMING
(1)
JAPAN
(1)
JIWANG
(1)
JOHOR
(1)
KEBENARAN BUKA MINDA
(1)
KEDAI GITAR
(1)
KEYBOARD
(1)
LAMUNAN
(1)
LANEY
(1)
MAKANAN
(1)
MALAYSIA
(1)
MAULIDURRASUL
(1)
MEKAH
(1)
MERAPU
(1)
MICROGENIUS
(1)
MIMPI
(1)
MUSIC
(1)
Maling
(1)
NABI MUHAMMAD S.A.W
(1)
NEGATIF
(1)
NIPPON
(1)
PEAVEY
(1)
PELIK
(1)
PERMAINAN
(1)
PERMANDANGAN
(1)
PESAWAT PEJUANG-BHG 1
(1)
POSITIF
(1)
SAINS
(1)
SHARING
(1)
SMS
(1)
SYAWAL
(1)
Syair
(1)
TAGGED
(1)
TAIPEI 101
(1)
TAKWIM
(1)
TARIKH
(1)
THE RAFFLES
(1)
THE TRUTH
(1)
TIMUR BARAT
(1)
TRADISI
(1)
TULISAN
(1)
VALENTINE
(1)
VIOLIN
(1)
VIRUS
(1)
X-JAPAN
(1)
XPDC
(1)
ZINA
(1)
ZYNGA POKER
(1)
anak
(1)
belasah jer
(1)
bolasepak
(1)
ekspidisi
(1)
fakta menarik
(1)
gadget
(1)
gaduh
(1)
handphone
(1)
jelajah
(1)
kamera
(1)
kasih sayang
(1)
kekeluargaan
(1)
kuching
(1)
memori
(1)
nasihat
(1)
olympic
(1)
pakistan
(1)
pengkebumian
(1)
politik
(1)
saudara
(1)

