26 Ogos 2011

Ramadhan on training

       Dah hujung-hujung pose ni tingat plak aku time pose masa training dulu tahun 2002. Maser tu baru je register utk training kat ipoh sebulan then pose. Aku ingatkan masuk je 1st ramadan rilek giler tak macam hari sebelum tu yela sebulan sebelum tu kena lanyak pagi petang siang malam so dgn harapan yg tinggi boleh la aku membute petang-petang kat bilik. Tapi rupe2nyer masuk je 1st ramadan kena phy. training setiap petang bermula pukul 3 ptg sampai la lepas asar. Apa lagi dah tentu ramai yg tak pose, pagi sebelum tu kena lanyak kawad pulak tgh2 panas terik. Tu yg air paip sold out. Tak masal jer time polling malam2 batuk sana sini. Cuaca panas, dah tentu malamye tak puas minum air lagi. Ade jugak yg curi2 minum air kolah sebelum larian petang. Janji sempat jer budak2 ni. Paling aku tak bole lupa masa ada budak kantoi curi roti masa sahur. Dah la waktu tu time weekend, tak masal2 yg lain kena tengok mulut diorang kena sumbat dgn roti bun sebesor2 roti awal pagi. Seposen je aku nengok muka budak dua ekor yang kantoi tu terbahak2 gelak adoiyai. Waktu malam kami takde yang sia-sia, yelah kena detail pegi terawih setiap malam tanpa paksaan tapi wajib. Hah camne nk jawab tu? Masa terawih ada jugak benda lucu yang terngiang2 kat kepala hotak aku ni. Kat surau dlm kem tu buat 20 rakaat terawih, kalau dah siang tu maksimum aktiviti fizikal pose2 ni dah tentu la malam letih. Tak masal2 jugak ada yang tertewas masa nk tunaikan terawih tu, tertonggeng tido masa sujud, bukan sorang tp ber-orang2 hahaha. Tapi aku sendiri tak nafikan, mmg berat giler kepala masa masuk 10 rakaat, letih sangat kot masa tu. Bahang kat badan tak penah lekang, klu masa tu tido atas tar sampai pagi pun takkan sejuk badan ni. Masa imam tgh bawak terawih ada jugak yg amek kesempatan, pegi isap rokok kat belakang surau. Tapi mereka2 ini pon kurang jugak bijaknye, tiba2 pulak assistang imam serbu port isap rokok. Diorang lagi terer rupenyer adesss. Esoknya mereka2 yg kantoi ni terpaksa tido beralaskan tarmac kat tengah2 padang kawad tgahari bute yg panasnye dh macam padang masyar tuh siap berselimutkan blanket tebal. Sauna free la gamaknyer.. kadang2 diorang bagi kayu balak pikul sana sini dpn pelatih2 lain, bajet macho la kunun ceh. Kayu log tu besor la pulak aku tgk, klu prebet badul punya tu kira kena kali dua la dgn kami punye. Time tgahari  ada jgk yg curi2 masak megi, sempat ajer nk cilok masa ikut mana pun. Well, kesimpulannya ikut mana pun nk hidup kena bijak, hukuman2 tadi tu mengajar kami supaya lebih terer mencilok, yela kot2 satu hari nanti perang ke atau kena tawan musuh ke dah tau nk cilok macam mana. Tak kantoi tak salah, ini moto kami. Thanks juruletih, ure the best teacher on how to infiltrate, hijacking, recon, attack, defence, tactic, skill and do respect with others. This how we live, learnt with shadow and shining brilliant skills. Glow on the dark...blahh.. 

16 Ogos 2011

Cawan dan lautan

       Kita adalah makhluk yang terhad kemampuannya dan terhad kemampuan mental. Namun kita hidup didalam dunia yang tidak terhingga pengetahuannya, yang tidak terhingga kebenarannya. Sesetengah dari kita menggunakan kemampuan kita untuk mencari, untuk memahami. Tetapi memandangkan kemampuan kita terhad, kita harus memahami bahawa segala kesimpulan yang kita lakukan hanyalah persepsi dari apa yang telah kita lalui. Tiada seorang pun dari kita mempunyai kebenaran mutlak. Tapi sebaliknya masing-masing mempunyai persepsi tersendiri mengenai kebenaran dan oleh sebab pencipta kita tidak terbatas  pengetahuan-Nya, kewujudan-Nya dan kebijaksanaan-Nya. Kita tak mampu memahami Dia sepenuhnya. Apalagi kita saling bertengkar antara satu sama lain mengenai pandangan siapa yang paling betul. Kita ambil laut sebagai contoh. jika laut adalah kebenaran mutlak, yang kita ada hanyalah cawan utuk diisi..Itulah kemampuan kita. Jadi tak kira berapa banayak kita isi cawan kita ia tetapi jadi amaun yang terhad dari laut. Sekarang bayangkan bagaimana semua orang diseluruh dunia bergaduh tentang cawan siapa yang paling bagus dan mengapa cawannya adalah yang paling betul tentang laut. Sedangkan kenyataannya tidak seorang pun dari kita yang mempunyai satu laut dalam cawan kita. Dan inilah keadaan kita dalam hubungannya dengan kebenaran, tuhan dan agama. Tidak ada yang berhak membuat keputusan terhadap orang lain kerana dia percaya bahawa pandangan dialah yang betul-betul benar. Ia hanyalah persepsi...Memang, sesetengah orang lebih tepat dari orang lain, dan sesetengah lagi mungkin telah menambah racun luaran kedalam cawan mereka tetapi tetap tidak ada yang memiliki kebenaran penuh dan inilah sebab mengapa ia sangat penting untuk kamu membina perjalanan kamu sendiri untuk mengisi cawan kamu sendiri. Sementara memahami dan menerima kenyataan bahawa orang lain memiliki cawan yang berbeza yang berasal dari laut yang sama dan penilaiannya adalah dengan tuhan.


        Setiap manusia telah diciptakan dengan mentaliti yang berbeza, ini membolehkan kita untuk membina pandangan, tujuan dan pemahaman yang berbeza. Terdapat hikmah disebalik intelek yang berbeza ini. Jadi mengapa begitu banyak dari kita begitu tekad untuk mencipta hanya satu jenis atau hanya satu cara pemikiran? Mengapa kita harus memerangi orang yang tidak bersetuju denga kita? Dari bergaduh tentang perbezaan kita, ,kita sebaliknya harus membiarkan agama kita untuk mengeluarkan yang terbaik dari kita. Ia bermula dari diri kita sendiri. Untuk memperbaiki dunia, kita harus memperbaiki keadaan kita, sikap kita, perbuatan kita untuk melakukannya secara efektif, seseorang harus belajar untuk jujur dengan dirinya sendiri. Dalam harapan mengenali niat kita sendiri, dan berusaha untuk mengikhlaskannya kerana kita akan dinilai berdasarkan tujuan dan niat kita. Jadi kita harus memahami kekuatan kita dan belajar untuk menguasainya. Segala niat dan tindakan kita dibina atas emosi-emosi yang tertentu. Kita mungkin didorong oleh emosi tertentu seperti kemahuan, kepercayaan, cinta, minat, belas kasihan dan mungkin harapan. Ataupun emosi seperti benci, iri hati, tamak, dendam, cemburu, marah, takut, Dan ini berhubung dengan setiap fikiran, niat, tujuan, atau tindakan yang kita lakukan, senang kata Jika kita belajar untuk membina matlamat dan niat kita dengan emosi positif, kit asedang menyembuh dunia, tetapi jika kita membina dengan emosi negatif, kit amembunuh dunia.

       Dunia kita memerlukan lebih banyak kasih sayang, persefahaman, kepercayaan dan belas kasihan. Lebih banyak minat, harapan, sifat romantis, kemahuan. Jika kita mula melayan orang lain dengan kekuatan-kekuatan tersebut dan belajr untuk memperbaiki diri dalam usaha menghindari sifat-sifat negatif kita, maka kita boleh menjadi contoh positif untuk agama kita. Kita harus menerima dan merangkul perbezaan kita, kerana perbezaan inilah yang menjadikan kita manusia. Namun, apa-apa pun yang kita percaya atau dari mana kita berasal, kita berkongsi asas moral yang sama. Itulah persamaan yang harus kita bina. " Tidak ada diantara kamu yang (benar-benar) beriman sehinggalah dia mendoakan untuk saudaranya apa yang ia inginkan untuk dirinya sendiri-Hadis Nabi Muhammad s.a.w-

-1 COMMON GROUND- 

06 Ogos 2011

Cahaya - Giegiel

Akhir kutemui sinar menerangi
Umpama datangnya bidadari
Terasa bagaikan mimpi-mimpi suci
Hadirnya ada rahsia tersendiri
Biar arah mengelirukan diri
Biar rebah ke bumi
Tersesat bagaikan tiada bertepi
Ke dasar hanya doa mengiringi
Kabut yang berlari ditinggal begitu
Takkan kudakap seperti dulu
( 1 )
Di sepi malam hanya bertemankan bintang
Hatiku merayu pada-Mu Tuhan Yang Satu
Moga diberikan satu petunjuk dan jalan menemui-Mu
Hanya ku berserah padamu Tuhan ku
( 2 )
Hanya pada nama
Hanya satu pintaku
Hanya pada kasih
Kan kuserahkan jiwaku
Hanya pada cinta
Hanya itu janjiku
Hanya pada Satu
Aku imankan jiwaku
( 3 )
Aku merayu pada-Mu Yang Satu
Moga ditempatkan ku bersama cahaya
Seperti mereka
Setia dengan Mu
( ulang 1, 2 & 3 )
Setia dengan Mu ( 3X )

01 Ogos 2011

Warkah buat ibu

Hari ni 1st day puasa kat bulan Ramadhan Al-Mubarak 1432H/2011. Hampir setahun perkara itu berlalu, namun ia masih segar dalam ingatanku. Bulan ramadan ini jugalah peristiwa yang agak mendukacitakan berlaku, apa yang tak diharap dan tidak dipinta berlaku. Teringat waktu aku pulang ke kampung halaman, menjenguk keadaan ibuku yang terlantar keuzuran kerana penyakit yang agak kronik. Saat ini juga waktu itu kebetulan aku terjaga terlihat dia duduk dikatilnya menahan dari tidurnya. Kegelisahan lantas terus aku dakap dan urut bahu dan belakang badannya. Dia diam tidak berkata-kata. Berulang kali ku bertanya mengapa dia menagis namun dia mendiamkan diri. Akhirnya satu ketika dia menyuarakan apa yang dirasainya. Nafasnya kian tersekat bila tidur didalam keadaan baring, perlahan aku bawakan air suam lalu diminumnya. Dalam pada itu aku agak tersentap akan perjuangan melawan apa yang berlaku terhadapnya. Begitu kuat dia menahannya, walau keadaannya sedemikian, dia tetap bangun ketika tengah malam atau seawal pagi untuk menunaikan solat sunat. Barangkali solat hajat. Dia tidak kuat untuk bekerja lagi, dia tidak mampu makan apa yg dihajatinya dan tidak juga mampu melakukan perkara seperti orang yang normal. Ini semua kerana tuntutan alam yg membataskan pergerakan. Sesekali aku terjaga ditengah malam, terdengar akan suaranya membaca kitab suci Al-Quran . Sayu kudengari mungkin juga kerana dia tidak mahu mengganggu orang lain tidur. Aku tahu dia sukar untuk tidur, mungkin juga sukar untuk bergerak, namun digagahi jua. Terharu dengannya, sangat tabah mengingati Allah walau keadaannya terhad. Ada jua aku terdengar tangisan di tengah malam, bapa ku sentiasa disisinya, tabah menjaganya siang dan malam. Boleh dikatakan seluruh masa dia akan terbaring dikatil seharian kecuali untuk solat. Jika direnung akan tubuh ini, mengapa aku tidak sekuat dia, selalu lali akan perintahNya. Peristiwa itu selalu menyedarkan aku dari lamunan. Tidak pernah sepinggan nasi dimakannya tetapi cuma beberapa suap nasi yang berjaya masuk kemulutnya. Selera tiada, walau makannan kegemarannya sentiasa ada tetapi itu juga mustahil untuk memujuk hatinya untuk makan. Sebuku roti adalah penemannya yang sejati, bila lapar itulah hidangannya. Aku cuba menghiburkannya tetapi selalu gagal, aku anggap mungkin kerana sakit itu membenamkan perasaan girangnya yang sebelum ini terpalit senyuman setiap kali aku mengusiknya. Aku mendambakan senyumannya, aku perlukannya. Adakah aku terlambat, itu adalah dari benak fikiranku ketika itu. Perkara yang paling tidak dapat aku lupa, dia akan sentiasa menungguku ketika aku akan pulang ke tempat kerja setelah tamat cuti. Tiada sekali dia tiada waktu itu. Dalam perjalananku ditemani doa-doanya yang sentiasa mendoakan kebaikan ku, Kini, umpama pulang ke kampung tiada bermakna lagi, tiada apa yang aku kejarkan. Aku tahu aku salah berfikir demikian, kerana aku masih ada ayah dan adik beradikku di kampung. Umpama ada satu yang kurang ketika aku kembali ke kuala lumpur. Mungkin dia tidak tahu, ada satu perkara aku tidak pernah aku memberitahu dia, setiap kali aku bergerak dari rumah, aku toleh dan aku pejamkan mata untuk disimpan wajah yang selama ini membesarkanku dan persoalan yang timbul ialah, adakah aku sempat untuk menatap wajahnya saat terakhir dia dimuka bumi ini. Kerana tugas aku ini sentiasa berjauhan dari keluarga. Semangat mereka sentiasa jauh didalam lubuk hatiku. Jasa-jasa mereka tiada tolok bandingnya, tiada tertunai dengan wang ringgit. Namun perkara itu sudah berlalu, dan aku gagal tunaikan impianku kepadanya. Biarkanlah hidup terus berlalu, masanya akan tiba.Seribu ampun dan maaf buat bonda, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu keinsafan buat diriku. Aidilfitri ini tidak dapat aku beraya bersamamu untuk kesekalian kalinya. Tarikh syawal tidak juga akan ku lupakan.Ampunkan anakmu....Semoga rohmu tenang dengan iringan doa ku kirimkan. Al-Fatihah.. 


                                                                                                                                                        0317H
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)