20 Februari 2011

Permainan Tradisional

  Setiap orang ada kenangan masa zaman kecik-kecik dulu kan. Sambil duduk kat pangkin minum air kopi dengan biskut kering ni teringat plak aku masa budak-budak dulu. So aku nak kongsikan sedikit dari kenangan-kenangan aku satu masa dulu. Bab permainan-permainan tradisi yang dah dilupakan sekarang. Mungkin ada permainan tradisional yang akan aku ceritakan kat sini korang tak penah dengar. Hehe asik kenangan je aku kan, bak kate kawan-kawan aku diorang ckap blog aku ni bnyk mengimbau masa lalu. Whatever la blog aku, bantai jelah.

  Kebanyakan permainan-permainan kat kampung aku dulu ikut musim jugak, tak semua permainan dimain serentak. Contohnya ketika hampir musim tengkujuh angin kuat, so layang-layang dan wau adalah permainan yang utama masa tu. Layang-layang tu diperbuat dari lidi, suratkhabar dengan getah pokok getah.Setiap kali balik dari sekolah terus tukar baju bergegas capai layang-layang masing-masing. Kumpulkan geng-geng pastu naikkan sekali ramai-ramai. Memang meriah giler la masa tu. Pastu kadang2 ramai jugak yang tinggal terus layang2 tadi diudara. Keesokan paginya tengok-tengok dah terhempas haha biaselah bila malam masuk ke pagi angin bertukar haluan. Jadi layang2 tadi tak stabil bila berubah haluan angin. Kalau musim cuti sekolah lepas je sarapan pagi terus pegi port. Port aku dulu kat kuari sebab luas angin pun kuat. Sehari suntuk kat sana sampai la petang. Penat tak terasa bila duduk ramai-ramai sampai tak ingat nak makan hehe.

  Gasing jugak antara permainan favourite kat kampung ni. Masing-masing alter gasing sendiri, ada yang kasi thumb tac la rebus dalam minyak enjin la, rendam dalam longkang la macam-macam lagi. Yelah nak bagi gasing tu kuat dan padat, bila kena pangkah nanti takla cepat pecah. Dulu gasing dalam 50sen jer. Kadang2 tu buat sendiri. Cara pangkah pun ada macam2 gaya, pangkah layang, pangkah batok macam2 la. Ada tu plak silap angle terkena kepala member sendiri. Tu adatlah. Aku sendiri penah kena kat tulang keting adoii sakit giler. main gasing ni ada pangkat2nya dari perdana menteri, tim. menteri, menteri sampai la kuli batak haha. Tu gelara bagi pusingan pertama nak tentukan sape pangkah sape. Aku dah tak berape ingat nak citer pasal pangkat tu.

  Kadang-kadang ada pulak budak2 kampong masa tu main satu permainan panjat pokok. Sape paling cepat dan paling tinggi panjat pokok dia selamat la, Nama permainan tu '1 2 3 dum' ntah korang penah dengar tah tidak. Area Johor punya permainan.  Osom pastu sape yang kalah kena pegang galah, kira 1,2,3 pastu sape yang selamat tadi tu kena lari secepat mungkin panjat pokok hehe..sape yang tak cukup tinggi dan terkena galah sape yang jadi tu kena turun lah kena pegang galah pulak. Gitu la ceritanya.

  Polis sentry plak selalunya budak-budak kampung aku main masa ada rewang atau malam masa org kampung gotong royong untuk kenduri kahwen. Main gelap-gelap habis periuk semua kami langgar. Kalau ada sepuluh orang so kena divide dua, 5/5. Lima jadi polis lima lagi jadi penjahat. Polis kena tangkap penjahat sampai habis masuk lokap. Lokap tu takla macam lokap betol tapi lokap dijaga oleh anggota polis tadi hehe. Bila habis polis tangkap orang jahat, tukar plak. Jahat tadi jadi polis. Kemenangan dikira berapa round geng tadi menang.. Selalunya main 5 set dah pewai semua huahuahua..

  Konda -kondi musti korang tau kan? kat tempat aku kitorang panggil cotek ayam. Permainan ni kadang-kadang tak tengok musim. Bantai jer kalau dah bosan dengan permainan sebelumnya. So aku tak payah la nak cerita camne nak main permainan tu k.

  Penah dengar senapang lantap tak? Senapang tu dibuat dari buluh, menggunakan peluru dari buah cerperai. Kalau kena sakit woo. Selalu dimainkan kat kawasan semak samun sbb nk bagi thrill. Konsep sama macam polis sentry tu, orang jahat lawan orang baik. Selalunya kalau dah musim main benda ni kat basikal tu tersangkut lah buluh lantap kemana saje pergi. Pastu tak pasal-pasal ada anak dara sunti kena tembak kat punggung huahuahua. Nakal betol masa tu tak hengat.

  Kalau nak taip kat sini semua rasanya memang banyak la. Cukup aku kongsi yang mana masih segar dalam ingatan aku (macam lagu xpdc pulak dah). Ting-ting la galah panjang la baling kasut la dam macam-macam lagi. Semua tu hasil kreativiti orang-orang yang terdahulu. Sampaikan lori bawak tanah pun buat. Abang aku sampai boleh buat bajak korek buat korek longkang. Pistol pakai belerang mancis pun ada. Phewww.. mula dah otak aku tetibe kat dalam zaman tu. Okay la penat la taip banyak-banyak. Harap korang enjoy ape yang aku kongsikan kat sini. Tergelak-gelak aku taip ni hahaha..Cal0 bette. Assalamualaikum.

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (7) buka minda (7) KERJAYA (4) LIRIK (4) hidup (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) INFORMASI (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) MATI (2) PATRIOTIK (2) PENGHAYATAN (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)