26 Januari 2011

Amy search pakai salib???

Assalamualaikum.


  Sebenarnya entry kali ini bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang tetapi sekadar berkongsi pendapat dari apa yang saya lihat sendiri dikaca televisyen. Bermula pada malam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan lalu saya tergerak untuk melihat rancangan dari RTM konsert dari artis-artis tanahair. Antaranya ialah Amy search. Mungkin ramai yang tidak perasan akan baju yang dipakai oleh beliau pada malam itu iaitu jaket berwarna hitam dan terdapat simbol seakan salib ala nazi dibahu kiri beliau. Menyerupai Eisernes Kreuz/Salib Baja/Iron Cross iaitu yang sering terlihat pada lambang-lambang rasmi tentera Jerman. 

  Agak terkejut dengan apa yang saya telah lihat, saya telah menangkap beberapa foto untuk dinilai. Tetapi hasilnya tidak begitu memuaskan kerana ditangkap dari televisyen. Setelah beberapa kali saya lihat di tv sememangnya jelas ia adalah menyerupai simbol ini. Dia tidak sepatutunya memakai jaket yang mempunyai unsur-unsur yang menyerupai simbolik keagamaan lain walhal masih banyak lagi pilihan lain. Amy yang mempunyai hubungan rapat dengan Dato Nik Aziz juga mempunyai imej yang semakin baik setelah Dato Nik melawat restoran ala masakan cina beliau iaitu Cheng Ho. Personaliti sebegini serba sedikit memadam imej beliau yang semakin positif setelah pulang dari mengerjakan umrah. Sebelum ini juga kita telah digemparkan dengan simbolik-simbolik freemason ketika AJL-24 dan juga AJL-25 baru-baru ini. Kumpulan rock Search juga menggunakan simbol segitiga dan juga 'all seeing eye' mata satu antara simbol paling banyak digunakan oleh freemason.                                                                      

  Sila utarakan pendapat anda mengenai isu ini. Sekadar coretan untuk 'critical thinkers'..thanks 4 reading .

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Small matter je tu.. Bukannya dengan tengok benda tu sekali orang terus murtad. Jangan prejudis sangat.. hiduplah dengan harmoni mcm penduduk sabah/sarawak.

faizalfretless berkata...

Tak cakap pun dia murtad..just share dan mintak pendapat..harmoni ek sabah sarawak? hehe..km diam d ctok juak.

Tanpa Nama berkata...

mmg laa,kalo dh tau benda2 camtu jgn laa guna benda tuh sebagai icon.. fikir laa sket..takkan laa amy nih tak tau illuminati tuh ape free mason tuh ap..kenapa die pakai? imej? style? dlm islam kite pn dah belajar kan..die pn dah tua pepandai pikir ah..kite kat dunia ni ade tanggungjawab..harmoni lah ape lah tade kaitan..

faizalfretless berkata...

rilek ar yg lu gelabah semacam ni pehal.

Kama Irahsa berkata...

pernah jugak nk cerita psl ni. tp sbb bro dh cerita dulu. betul la tu lambang salib. artis2 ni kena la sensitif sikit.. terang2 tu kot..

Unknown berkata...

sukar utk menafikan... sebagai seorang dewasa.. amy perlu tahu tentang sekurang kurangnye sedikit tentang simbolism... lgpun die artis... anak2 muda akan sikit sebanyak terikut ikut dgn pakaian mereka... skali dgn mendukung simbol2 ini... pada saye... mmg ade illuminati di Malaysia... cuma... penyembahan syaitan dikalangan artis melayu islam... wallahu a'lam... tak pasti... cume perlu diingat. mungkin just belum lagiiii.....

Unknown berkata...

sukar utk menafikan... sebagai seorang dewasa.. amy perlu tahu tentang sekurang kurangnye sedikit tentang simbolism... lgpun die artis... anak2 muda akan sikit sebanyak terikut ikut dgn pakaian mereka... skali dgn mendukung simbol2 ini... pada saye... mmg ade illuminati di Malaysia... cuma... penyembahan syaitan dikalangan artis melayu islam... wallahu a'lam... tak pasti... cume perlu diingat. mungkin just belum lagiiii.....

Unknown berkata...

Search tidak bermaksud tentang logo tersebut,,lgipun mereka menggunakan hanya sekadar hiburan dan agak cantik dan unik..sedangkan mereka pun kurang tahu apa itu illuminati.

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)