30 Januari 2011

Penemuan fakta sains dan islam bukti kebenaran Al-Quran: Peringkat kejadian manusia (Embriology)


  Beberapa saintis dari seluruh dunia telah mengkaji akan sifat-sifat kewujudan manusia dan cuba mencari peringkat-peringkat embriologi manusia dengan tepat. Sebelum ini mereka telah membuat beberapa panduan melalui apa yang dikaji oleh mereka tetapi belum tentunya mendapat hasil yang benar-benar memuaskan sehinggalah mereka menemui apa yang terkandung didalam kitab suci agama islam iaitu Al-Quran.

  Mungkin ramai yang tidak percaya bahawa saintis-saintis barat telah tersasar dah telah menjadikan panduan yang salah itu sebagai panduan mereka untuk mengklassifikasin pembentukan embrio manusia. 

  Saya telah menjalankan kajian melalui beberapa artikel-artikel, video-video dan juga kitab Al-Quran sendiri mengenai deskripsi susun atur embriologi manusia. Salah seorang saintis yang telah memberikah hujah-hujahnya mengenai perkara ini ialah Keith L. Moore, seorang saintis anatomi dan embriologi terkemuka didunia. Beliau juga pengarang kepada buku yang bertajuk "The developing human" yang mana sedang diterjemah kedalam lapan bahasa diserata dunia. Buku beliau dianggap sebagai rujukan sah oleh komittee khas Amerika Syarikat sebagai buku terlaris dipasaran yang dikarang oleh orang perseorangan sahaja. Mengikut apa yang telah Prof. Keith sampaikan, hanya sedikit tentang pengkelasan dan penggolongan embrio manusia sehingga kurun ke-20. Deskripsi embrio yang terkandung dalam Al-Quran tidak boleh diasaskan atas pengetahuan saintifik pada kurun ke-7 masihi. Satu-satunya konklusi munasabah darinya ialah deskripsi ini telah disampaikan kepada Muhammad dari "tuhan'. Merujuk kepada ayat beliau tuhan itu ialah Allah swt. Pada tahun 1940'an prof. Streeder yang berkhidmat di Institute embriologi Carnegie, Washington telah mencadangkan satu sistem pengkelasan 23 tahap-tahap embrio berdasarkan rupa dan perbezaan. Sistem pengkelasan Carnegie telah digunakan diseluruh dunia sehingga tahun 1970'an sehinggalah sistem yang lebih baik dicadangkan oleh Dr. Ronan Nurali di institute Carnegie di San Diego,California.

  Kajian-kajian diteliti berkenaan Al-Quran dan hadis selama 4 tahun telah mendedahkan sistem untuk mengkelaskan sistem embrio manusia yang menakjubkan kerana dicatat pada kurun ke 7 masihi. Walaupun Aristotle pengasas ilmu embriologi manusia sedar bahawa embrio ayam dihasilkan melalui beberapa peringkat dari kajiannya tentang telur ayam pada kurun ke 4 sebelum masihi namun dia tidak memberi apa-apa penerangan tentang tahap-tahap ini. Tiada seorangpun didalam sejarah ilmu embriologi pernah memberi penerangan yang jelas tentang ilmu embriologi sehingga kurun ke 20 masihi. Namun Quran memberi penerangan yang begitu jelas tentang tahap-tahap embriologi manusia sebelum manusia pernah menyentuh lagi berkenaan bab-bab embriologi manusia, lagilah mengenai tahap-tahapnya.

  Surah ke-23 Al-mukmin ayat 12-14 "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati(yang berasal) dari tanah, kemudian kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada tempat penetapan yang kukuh, kemudian kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu kami ciptakan darah beku itu menjadi daging, kemudian kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian kami balut tulang-tulang itu dengan daging. setelah sempurna kejadian itu, kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya, maka nyatalah Allah sebaik-baik pencipta"

  kemajuan dalam kajian mikroskopik oleh "New technological developments" mendedahkan bahawa ayat-ayat yang terkandung dalam Al-Quran adalah benar belaka. Pemeriksaan mikroskopik ini menunjukkan bahawa pembentukan bayi dalam rahim ibu berlaku "betul-betul seperti apa yang dikatakan dalam ayat-ayat suci Al-Quran itu tadi. Al-Quran mencatatkan ini 1400 tahun lalu!. Al-Quran menetapkan secara teliti tentang sekurang-kurangnya 6 tahap embriologi manusia. "Sesuatu yang sains hanya boleh temui dan mengesahkan pada kurun ke 20-masihi, atas sebab ini deskripsi yang terkandung dalam Al-Quran TIDAK BOLEH diasaskan atas pengetahuan saintifik pada kurun ke 7 masihi. Satu-satunya konklusi munasabah yang boleh dibuat darinya ialah deskripsi ini telah diberikan kepada Muhammad swt dari Allah.

Susunan embriologi manusia yang diringkaskan mengikut Al-Quran.

  1. NUTFAN: setitis air atau cecair(mani)
  2. ALAQAH: struktur seakan-akan lintah
  3. MUDGHAH: struktur seakan-akan gumpal
  4. IDHAAM: tulang atau rangka
  5. KISAA: pembalutan tulang dengan daging
  6. AL-NISH'A: pembentukan janin asing(manusia)

This post are originated by me,  thanks for reading.



26 Januari 2011

Amy search pakai salib???

Assalamualaikum.


  Sebenarnya entry kali ini bukan bertujuan untuk mengaibkan seseorang tetapi sekadar berkongsi pendapat dari apa yang saya lihat sendiri dikaca televisyen. Bermula pada malam kita menyambut ulang tahun kemerdekaan lalu saya tergerak untuk melihat rancangan dari RTM konsert dari artis-artis tanahair. Antaranya ialah Amy search. Mungkin ramai yang tidak perasan akan baju yang dipakai oleh beliau pada malam itu iaitu jaket berwarna hitam dan terdapat simbol seakan salib ala nazi dibahu kiri beliau. Menyerupai Eisernes Kreuz/Salib Baja/Iron Cross iaitu yang sering terlihat pada lambang-lambang rasmi tentera Jerman. 

  Agak terkejut dengan apa yang saya telah lihat, saya telah menangkap beberapa foto untuk dinilai. Tetapi hasilnya tidak begitu memuaskan kerana ditangkap dari televisyen. Setelah beberapa kali saya lihat di tv sememangnya jelas ia adalah menyerupai simbol ini. Dia tidak sepatutunya memakai jaket yang mempunyai unsur-unsur yang menyerupai simbolik keagamaan lain walhal masih banyak lagi pilihan lain. Amy yang mempunyai hubungan rapat dengan Dato Nik Aziz juga mempunyai imej yang semakin baik setelah Dato Nik melawat restoran ala masakan cina beliau iaitu Cheng Ho. Personaliti sebegini serba sedikit memadam imej beliau yang semakin positif setelah pulang dari mengerjakan umrah. Sebelum ini juga kita telah digemparkan dengan simbolik-simbolik freemason ketika AJL-24 dan juga AJL-25 baru-baru ini. Kumpulan rock Search juga menggunakan simbol segitiga dan juga 'all seeing eye' mata satu antara simbol paling banyak digunakan oleh freemason.                                                                      

  Sila utarakan pendapat anda mengenai isu ini. Sekadar coretan untuk 'critical thinkers'..thanks 4 reading .

10 Januari 2011

Mengapa kadangkala kita baik kadangkala kita jahat

  Baik dan jahat adalah seperti warna hitam dan putih. Setiap manusia punyai abstrak yang tersendiri yang dipengaruhi oleh alam sekeliling dan gaya hidup tersendiri. Tahukah anda bahawa tubuh badan kita jika dipisah-pisahkan akan menjadi satu molekul yang sangat halus iaitu zarah atau lebih jelas lagi atom-atom yang mempunyai casnya tersendiri. Betul, positif dan negatif. Cuba anda ingat balik apa yang sudah diajar oleh guru sains anda satu masa dulu.

  Kita ibarat orang yang sedang memandu kereta dan kereta itu adalah tubuh badan kita. Jika kita memandu dengan berhemah mungkin kita dapat mengurangkan risiko kemalangan. Itu salah satu contoh memandu dengan cara negatif boleh menyebabkan perkara negatif. Ada beberapa dari rakan-rakan saya pernah berkongsi cerita mengapa bila susah dia selalu mengharapkan belas kasihan ilahi dan bertaubat kepadaNya tetapi bila tidak dalam keadaan tertekan dia lupa segalanya. Adakah perkara ini normal? Salah satu saya ingin tekankan disini ialah mengenai kebendaan, keseronokan dan juga keselesaan. Orang yang selalu melakukan perkara yang baik akan susah untuk melakukan perkara negatif, tetapi masih terdorong untuk melakukan perkara yang tidak baik. Tiada manusia sempurna dimuka bumi ini. Mengeluh bila susah dan juga berdoa bila susah adalah perkara yang berlainan. Rasanya keluhan manusia ini lebih dari berdoa dan juga berusaha.

  Pernahkan anda melihat seseorang yang selalu meninggalkan sembahyang, tidak berpuasa dan tidak melakukan perkara yang baik-baik tetapi mempunyai kemewahan yang melimpah ruah? Bohong jika anda tidak pernah melihat manusia sebegini. Mereka ada disekitar anda. Mengapa perkara ini berlaku? Pernah saya membaca salah satu hadis dari kitab yang mengatakan bahawa jika seseorang itu telah tersasar jauh dari haluannya maka Allah gelapkan hatinya dan membuatkannya leka dengan hal-hal duniawi. Tetapi...mengapa orang yang tidak lalai menunaikan kewajipannya terhadap tuhannya selalu ditimpa masalah dan juga kesusahan. Benar tidak semua menghadapi masalah yang sama tetapi dari apa yang saya lihat mereka sekadar hidup bersederhana tidak berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara. Ingatlah satu-satu dugaan yang Allah berikan itu satu petanda bahawa Dia masih sayangkan kamu dan inginkan anda tabah dan benar-benar taat kepadanya. Orang yang bersabar dalam sesuatu musibah adalah mulia disisi Allah.

  Azalinya manusia ini 'bogel' sebenarnya, tidak berpakaian tetapi suci bersih dari segala kekotoran. Harap anda jangan salah faham. Bogel dalam ertikata disini ialah kita tiada berjasad sebelum turun kemuka bumi ini. Tetapi kita ditakdirkan untuk menghadapi ujianNya bersama 'pakaian' yang dinamakan manusia berjasad. Tubuh badan kita diperbuat dari tanah dan juga beberapa unsur lain seperti air. Ia mudah terpengaruh oleh alam sekeliling termasuk cuaca dan juga suhu-suhunya. Kehadiran syaitannirrajim pula memeriahkan suasana kehidupan seisi dunia dengan godaan dan hasutan-hasutannya yang hebat. Jangan salahkan mereka sahaja jika anda sudah tersesat jauh tetapi tanyalah hati anda sejauh mana anda mengenal diri anda sendiri dan maha agung Allah subhanallahutaala. Ingat, cas yang lebih kuat akan menarik cas yang lebih lemah, jadi dimanakah anda?? Akhir kata dari saya, 'kita genggam kita dapat, kita lepas dia pergi'...Assalamualaikum. Thanks for reading.



08 Januari 2011

Perbezaan call, sms tidak sama dengan bersemuka juga dengan tulisan.

Assalamualaikum

Apa yang ingin aku sampaikan kat sini adalah antara punca-punca kita disalahertikan. Hampir semua dari kita menggunakan medium telefon sebagai aplikasi untuk berhubung. Namun kadang-kala kita sendiri tersalah faham dengan apa yang disampaikan oleh seseorang contohnya SMS. Ia hanya sekadar bentuk tulisan digital dan juga sama dengan konsep tulisan. Tetapi tulisan tidak menggambarkan perasaan dan juga situasi sebenar perkara tersebut. Mungkin juga kat sini aku tak dapat nak sampaikan kerana ini juga adalah tulisan. Dipendekkan cerita, nada seseorang dalam menyebut satu perkataan mempengaruhi kefahaman seseorang individu dalam berkomunikasi. Mungkin ayat nampak kasar tapi intonasinya lembut bersahaja begitu juga sebaliknya. Dari pengalaman aku agak banyak juga tersalah faham juga disalahfahamkan. Perkara biasa bagi mereka yang menggunakan telefon bimbit.


Tetapi bila kita membuat panggilan, suara kita dapat menggambarkan perasaan begitu juga bila kita mendengar suara yang dipanggil tetapi tetap tak sama dengan raut wajah ketika menyampaikan kerana kita tidak 'face to face'. Hanya nada suara jadi anggaran. Semua itu boleh diubah dengan cara pertuturan mengikut kehendak si pemanggil. Ini membolehkan penyamaran dibuat. Mungkin ada pro dan kontra antara sms juga panggilan telefon. Syak wasangka akan wujud seketika bila kedua-dua isu yang dah aku sebutkan tadi. Perkara ini bermain dibenak fikiran anda seketika. Terpulang kepada anda untuk menilai mengikut gerak hati anda.
  
   Tulisan contohnya dibuku-buku adalah agak berbeza kerana kadang-kala ia ditulis dengan begitu teliti sehingga boleh mewujudkan perasaan mengikut cerita dan lagak tulisan itu sendiri contohnya seperti novel dan juga buku-buku hikayat. Bentuk tulisan juga menggambarkan peribadi seseorang itu dengan tidak disengajakan. Anda boleh meneliti perkara ini melalui mengkaji tingkah laku seseorang dan melihat karektor tulisannya. Seberapa kali anda melihat tulisan dan juga karektor yang sama si penulis, anda boleh mengagak peribadi seseorang melalui dengan melihat tulisan mereka. Tapi harus diingat bahawa itu sekadar anggaran dan juga agakkan.

04 Januari 2011

Satu ketika


Kerana takde idea aku teringin nak share gambar ni kat korang. Pic ni takla best sangat tapi amat bermakna buat aku buat selama-lamanya. Waktu gamba ni diambil pukul 6.45 pagi 01 okt 2010 hari Jumaat area Kuching Sarawak. Awan-awan tu seakan mengiringi aku lak masa tue, cantik sangat tapi sebalik keindahan tu ada duka la pulak. Tak tergambar perasaan aku masa ni hiba tak terhingga tapi aku buat relax sbb perjalanan masih jauh lagi. Ni la hidup kan, pelbagai ragam dan karenahnyer. Peristiwa tahun lepas memang aku tak dapat lupekan sampai bila2. Adeh penat dah merepek kat blog ni. Nak buat camne dah ni tong sampah aku hahaha. K chow Assalamualaikum.
Hyprobulksms
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)