31 Disember 2010

Selamat tinggal 2010

::Assalamualaikum::

Hari ni dah masuk hari terakhir bagi tahun 2010. Terasa begitu pantas bagi aku masa berlalu sehingga tidak sedar kita dipenamat 2010. Diam tak diam semakin hari semakin tua usia kita dan rentak kehidupan juga berubah. Banyak tarikh keramat bagi aku tahun ni. Dari tarikh lahir aku yang jatuh serentak dengan hari kelahiran nabi junjungan kita Muhammad S.A.W sehinggalah tarikh pemergian ibunda tercinta 01 januari 2010. Konflik hidup aku juga tahun ni agak teruk kerana sekadar perjuangkan kebenaran. Tapi nyatanya itu sekadar fitnah dunia yang sementara ni. Dugaan dari yang esa tanda sayangnya pada hamba-hambanya. Seakan-akan tak  padu hendak dipikul dugaan tahun ni tapi syukur aku dapat hadapinya dengan tenang. Walau banyak kenangan pahit dari kenangan manis tapi aku tetap aku. Kalau tak lautan luas direnangi manakan sampai ke tebingnya. Ni pepatah aku sendiri, sekadar panduan hidup aku. Apa yang aku risau kehilangan tu selalu menghantui dalam benak fikiranku. Tapi kehilangan juga ketentuan qada dan qadar dari Allah. Redha itu satu perkara yang mulia disisiNya. Aku harap hidup aku bertambah baik ditahun 2011 nanti. Masa terus berlalu meninggalkan kita. Masa juga tiada bersifat kebelakang kembali kepada sebelumya. Dengan lafaz bismillahirrahmannirrahim datanglah engkau wahai 2011 dengan segala keberkatan dan rahmatmu ya Allah. Sekadar bicara sendiri. Terima kasih kerana sudi membaca.
Hyprobulksms

26 Disember 2010

Soal jodoh?


Cinta?? antara perkataan yang aku anggap karut belaka. Tapi kalau jodoh yessza aku suka harhar.. Tak semua orang boleh memiliki cinta sejati. Semua orang perlukan pasangan hidup. Tidak kira mcm mana pun perkara ni mesti berlaku lainlah kalau anda memilih untuk hidup sendirian. Dalam usaha menuju kearah itu mesti bermacam-macam karenahnya bukan? ada yang frust menonggeng ada yg bunuh dirilah dan macam-macam dah aku dgr. Yang berjaya tu Alhamdulillah aku ucapkan .Setakat frust tu bole la blah tapi kalau bunuh diri tu bongok giler. Jodoh oh jodoh manelah kau??

Mungkin ramai kat sini tertanya-tanya akan jodoh korang, siapakah dia tu jeng3...Tapi yang aku pelik dugaan tu amatlah berat bagi aku sebab ape setiap kali aku jumpa mesti ada yang tak kena. Nak tunggu kena memang ntah bila betol tak? Macam main tikam2 jugak kot. tapi nak cari bini atau suami takle la tikam nanti mati anak orang hahaha..Sebab ape bila kita 'tikam' ni kita tak tau ape nak jadi dimasa depan kan. So lebih baik kita pilih yang terbaik buat diri kita dan masa depan. Perkara sayang tu nak tafsir camne ea? Ntah la aku pon tak tau korang sendiri tau kan. Untuk kesekian ribu juta kalinya ramai ustaz nasihatkan 'permulaan yang buruk tidak menjanjikan kebahagiaan dan kesudahan yang baik'..Ni yang aku dgr lah bukan nak ceramah. Kalau awal-awal lagi dah nampak simptom2nyer takkan nk angkut jugak? Tapi tu semua bergantung pada environment jugak. Tak semestinya buruk tak boleh menjadi baik tapi pisang takkan berbuah dua kali. Kena ingat tu, mana boleh reverse! Tapi kalau disemai balik bolela pastu bagi baja-baja yang terbaik insyAllah boleh kot. Tapi tetap tak sama dengan pisang yang first tadi kan? Tu dah pisang lain hehehe. Pisang lemak alahai comey..Gambar yang aku masukkan ni adalah sepupu aku, struggle dalam mencari jodoh dia tapi lastly Alhamdulillah Allah makbulkan doa dia, dapat ustazah la katekan hehehe. "KALAU DAH JODOH TAK KEMANA" pusing-pusing kat situ jugak hehehe..

Pada yang dah berkahwin tu agak-agak camne ek masa korang buat keputusan sblm berkahwin tu? kira BERANI MATI ke atau camne? Yela kawin ni bukan perkara main-main leh tangkap muat jer. Mesti kena istiqamah pastu istikharah sikit. Ada ke yang kawin kerana terpaksa? Ada ek. Aku rasa la..Pada lelaki yang berumur 25 keatas tu bole dah kawen, kalau belom blh la cari2. kalau pempuan lepas umo 25 kalau tak kawen tu jaga-jaga lah hehe. Market jatuh, laki takpe makin tua makin berisi la katekan. Haa aku tak memihak sapa-sapa tapi atas kebenaran cehh.

Dimusim-musin mengawan eh musim kenduri kendara ni aku ucapkan pada semua yang baru melangsungkan majlis perkahwinan aku ucapkan semoga bahagia dan diberkati olehNya hingga ke akhir hayat nanti insyAllah :-)
Hyprobulksms

Buat seseorang.

Mata takle lelap, jiwa rungsing, fikiran berkecamuk. Apa yang perlu aku buat nie.Kenapa aku terlanjur syg kat ko? Kenape aku kenal ko? Ya Allah tlg la bagi jalan penyelesaiannya secepat mungkin. Camne nk solve ni adoiii...apepon aku just post video ni buat seseorang yg aku sayang.


Hyprobulksms

21 Disember 2010

Art Of Life- X-Japan

X-JAPAN

X-Japan, one of my favourite music band from the land of Nippon or Japan. Even im too late to love this band but i know their songs so meaningful to my life. Once i heard their song my heart like go away by the rhytm, and give me some new relief to my pain, breathing. Just a few weeks ago, everyday i played the album and soon i'll hope so. 

The genre maybe for me is ballad but honestly they play 'rocks'! All the structure of their music is so beautiful and totally so well. Yoshiki the drummer can get my adrenalin go high, he can also play piano and violin too. I dont know how to say, but you can enjoy this song for your first impression. Art of life by X-Japan.  Another best song is 'Week End'. Starving to feel it everyday lol.



ART OF LIFE- X-JAPAN (LYRICS)
Desert Rose
Why do you live alone
If you are sad
I'll make you leave this life
Are you white, blue or bloody red
All I can see is drowning in cold grey sand

The winds of time
You knock me to the ground
I'm dying of thirst
I wanna run away
I don't know how to set me free to live
My mind cries out feeling pain

I've been roaming to find myself
How long have I been feeling endless hurt
Falling down, rain flows into my heart
In the pain I'm waiting for you
Can't go back
No place to go back to
Life is lost, Flowers fall
If it's all dreams
Now wake me up
If it's all real
Just kill me ***

I'm making the wall inside my heart
I don't wanna let my emotions get out
It scares me to look at the world
Don't want to find myself lost in your eyes
I tried to drown my past in grey
I never wanna feel more pain
Ran away from you without saying any words
What I don't wanna lose is love

Through my eyes
Time goes by like tears
My emotion's losing the color of life
Kill my heart
Release all my pain
I'm shouting out louder
Insanity takes hold over me

Turning away from the wall
Nothing I can see
The scream deep inside
reflecting another person in my heart
He calls me from within
"All existence you see before you
must be wiped out :
Dream, Reality, Memories,
and Yourself"

I begin to lose control of myself
My lust is so blind, destroys my mind
Nobody can stop my turning to madness
No matter how you try to hold me in your heart
Why do you wanna raise these walls
I don't know the meaning of hatred
My brain gets blown away hearing words of lies
I only want to hold your love

Stab the dolls filled with hate
Wash yourself with their blood
Drive into the raging current of time
Swing your murderous weapon into the belly
"the earth"
Shout and start creating confusion
Shed your blood for pleasure
And what? For love?
What am I supposed to do?

I believe in the madness called "Now"
Past and future prison my heart
Time is blind
But I wanna trace my love
on the wall of time, over pain in my heart
Art of life
Insane blade stabbing dreams
Try to break all truth now
But I can't heal this broken heart in pain
Cannot start to live, Cannot end my life
Keep on cry

Close my eyes
Time breathes I can hear
All love and sadness
melt in my heart


Dry my tears
Wipe my bloody face
I wanna feel me living my life
outside my walls

You can't draw a picture of yesterday, so
You're painting your heart with your blood
You can't say "No"
Only turning the wheel of time
with a rope around your neck
You build a wall of morality and take a breath
from between the bricks
You make up imaginary enemies and are chased by them
You're trying to commit suicide
You're satisfied with your prologue
Now you're painting your first chapter black
You are putting the scraps of life together
and trying to make an asylum for yourself
You're hitting a bell at the edge of the stage
and
You are trying to kill me

I believe in the madness called "Now"
Time goes flowing, breaking my heart
Wanna live
Can't let my heart kill myself
Still I haven't found what I'm looking for
Art of life
I try to stop myself
But my heart goes to destroy the truth
Tell me why
I want the meaning of my life
Do I try to live, Do I try to love
in my dream

I'm breaking the wall inside my heart
I just wanna let my emotions get out
Nobody can stop
I'm running to freedom
No matter how you try to hold me in your world
Like a doll carried by the flow of time
I sacrificed the present moment for the future
I was in chains of memory half-blinded
Losing my heart, walking in the sea of dreams

Close my eyes
Rose breathes I can hear
All love and sadness melt in my heart
Dry my tears
Wipe my bloody face
I wanna feel me living my life
outside my mind

Dreams can make me mad
I can't leave my dream
I can't stop myself
Don't know what I am
What lies are truth?
What truths are lies?

I believe in the madness called "Now"
Time goes flowing, breaking my heart
Wanna live
Can't let my heart kill myself
Still I haven't found what I'm looking for
Art of life
I try to stop myself
But my heart goes to destroy the truth
Tell me why
I want the meaning of my life
Do I try to live? Do I try to love?

Art of life
An Eternal Bleeding heart
You never wanna breathe your last
Wanna live
Can't let my heart kill myself
Still I'm feeling for
A Rose is breathing love
in my life


Hyprobulksms

20 Disember 2010

Pegi Jamming: Kubur Band

GENG KUBOR

Dek kerana kekusutan kepala dan juga tak tau nak buat ape wa ajak membe2 wa release kan all the dirt. Macam biase la hobi kitorang ni kalau dalam sebulan tak jamming memang tak sah.  Ada gak membe wa yang keje tapi wa ajak gak hahaha. Seb baik dia tu gitar lead kami, aku setakat main bass jer. Dulu penah gak wa main band untuk kenduri kahwen punyer tapi tak lama setakat sampai umo wa 18 lps tu tah kemana.

Semenjak dua menjak tiga menjak ni wa seakan terajak-ajak tuk pegi jamm. Sebelum jamm yang ni wa dah pegi sekali kat pekan dekat tempat wa lepak. Sound mantap tapi tokey tu takle blah, disiplin konon pegi jahanam la ko tokey. Membebel macam buntut ayam padahal tak terer bak Ygwie Malmsteen pon ceh. Mau kasi pecah punya pasal wa layan jelaaa. Hambek sejam RM25 tapi memang puashati. Malam tadi kami repeat kat studio yg agak mantep sket sejam RM30. 7Tribe Studio. Amp ada Laney, Peavey bole la blah sket tapi drum plak dh macam kompang wa dgr so leader kami cakap takle blah haha...Tapi sound bass tu wa memang suke, slurrpp gempak bunyi seketul2...

Antara lagu-lagu yang kami bawak tu campur2. paling gua layan lagu dari kumpulan Loudness la dari jepun. Terbarai otak wa layan hahaha..Lagu2 lain macam opera hidup, semangat lamina, pawana, langit dan bumi dll, penat nak tuis semua sampai lagu cik ainon janda muda pon ada hahahaha. Lepas sejam jamming tu kami pegi kat area pub ngan disco. Haaa jgn pikir bebukan wa tak pegi ler tmpat macam tu tapi wa singgah jamming studio area tu. Lagi dasyat alat2 semua pawer renjer wehhh....Aku ingat next stage wa nak ajak geng kubur ni pegi pecah kat situ plak. Best2!!

Lusa wa turun semenanjung nak jumpe geng2 lama jamming, praktis habis2san la 2 ari ni..Pastu wa nak balik kg tengok bapak wa sekali dengan pegi kenduri kawen sepupu wa. Adik membe wa yg dulu syok kat wa pun jemput ke kenduri kahwen dia hahaha perasantan aku. Dh jadi cekgu dah dia aduii melepasss. So utk reader or silent reader wa minggu depan wa jarang nk berblogging(ceh macam selalu jer berblogging) lagi pon wa punya line berukben slow macam siput nak panjat KL tower..Pundekk betol..Sory geng ni la masalah wa sbb jarang nak dtg blog lu all.
Tuje lah kot.. tak reti nak taip banyak2. Thanks 4 readme.
Hyprobulksms

17 Disember 2010

Zynga Poker


Takyah aku nak bagitau amende menatang Zynga nih. Ramai yang tau, kalau anda tak tau especially pompuan leh tanya balak2 korang benda nih. Bagi sesiapa yang tak tau ni adalah poker atau judi siber. Ramai membe2 aku ketagih benda ni sampai tak tido dibuatnyer. 

Permulaan aku jumpa game ni kat Tagged, masa tu aku ada akaun tagged tapi skg takde dah. Tengok membe aku main macam bosan jer tapi bila aku test mak aihh best la pulak. hampir setiap hari aku main menatang ni tak kira bila waktu free. Dalam tu ada chip atau pun senang cakap duit ler duit palsu. Ada menang ada masyukk. tak menang jgn harap haha. Tapi Zynga bagi chip free setiap hari bagi sesape yang rajin main. Paling best bila duduk satu table dgn kawan2 tempat keje pastu kasi taruh gila-gila. Esok tu pulak cerita kat tempat keje dh macam takde keje huahuahua. 

Ada pulak membe2 aku yang dapat banyak chip siap jual RM5 utk satu juta chip. Wahh jadi bisnes pulak. Tapi ok la tolong kawan2, kadang2 tu ada plak yg tensen sbb kalah pastu tak main sampai seminggu. Bagi aku poker ni just utk hiburan jer. Time tak tau nk watpe baru aku layan zynga poker nih. Syok lagi bila line berukband ni laju kalau tak mmg terhegeh2. 

Selain dari tu blh dapat membe2 dari serata dunia. Server connect satu dunia. Dh antarabangsa ni ada la pulak kutuk mengutuk adoiiyaiii. Siap gado2 plak tue nak2 dgn jiran kita ada jer topik nk buat gado.
Xpelah kalau korang ni penggemar poker leh la isi masa lapang kalau takle nak membuta hahaha...
Hyprobulksms

14 Disember 2010

Mana satukah pilihan aku???

"Ape lah yang merungsingkan aku sangat malam nie, manakah pilihan yang patut aku buat. Tahun depan perlu ke aku sain atau tak? Perlu ke aku menyambung perkhidmatan aku? Kalau tgk skg ni jer memang aku dah tak bole blah lagi dah. Membe2 pun dah surut semua dah benti dan beralih ke Mas dan AirAsia. Perlu ke aku tanggung benda yang saban hari menjengkelkan aku? Pilihan aku salah ke? Arghh...aku rasa aku tak silap pilih jalan cume mungkin ini satu peluang bagi aku. Ada yang kata pencen ada jugak yang kata benti jer. Kalau nk ikutkan skrg ni semuanya duit..Apa pun tak bole kalau takde duit. Tapikan duit itu hanya bersifat sementara? Tapi kalau aku teruskan jugak aku tau ape yang bakal aku jumpe nanti. Mungkin korang tak paham dgn keadaan sebab tu dalam hati korang cakap "teruskan jelah dah alang2 tu pencen jelah dan macam2. Keje kerajaan ni ok bukan tak ok cuma ermmm agak ssh nk terangkan kat sini.. 

Skrg ni je dah masuk 8 tahun aku keje dan pengalaman keje aku kat bahagian aviation ni masuk 7 tahun. Agak kuat disitu tapi ekonomi bila-bila bole berubah kan? Masih di tahap pemikiran yang tak brape kritikal hahaha....Ape pendapat korang ek tapi korang takle nk bagi keputusan tepat sbb aku tak cerita pasal ape aku nak benti awal. Kalau aku jadik benti ni memang kira kering la.3-4 tahun lagi kita tak tau pe jadi...ye aku tau ler.. adoiii so complicated lah kawan. Kawen pon tak lagi hutang rumah pun berlambak nk kna bayor lagi aduhh. Tapi dah itu je harta yang aku ada..manelah aku nak duduk klu tak beli umah kan. Sekarani pehal la semua benda mahal2 takle murah2 ke?? hahaha..gelak je aku taip post ni pehal tah.. Aku rasa aku nk bumi cawangan baru la, aku nak buat kerajaan aku sendiri aku yang manage hehe...Giler ke hape..

Hurmmm ...takpelah saje jer tangan aku ni gatal nak taip.. tq gak pada sape2 yang tak sengaja baca post ni hahahaha....babaiii..


Hyprobulksms

Setitis tinta dimalam hening

Dalam kesesakan dunia masakini kita  semakin alpa dengan apa tujuan kita diciptakan didunia. Sesungguhnya dunia ini penuh dengan cabaran dan juga muslihat tersendiri buat kita mengenal diri untuk menemukan apa yang dihajatiNya. 

Maka walaupun tanpa kita sedari, kita masih didalam belenggu hasutan syaitan setiap minit dan setiap waktu, merentas masa dengan tanpa sesaat pun digoda oleh syaitan laknatullah. Apalah ini suatu dugaan ataupun alasan untuk kita terus berjuang kembali kejalanNya. 

Indahnya alam ini sengaja dicipta oleh Allah S.W.T yang esa untuk kita renungi dan nikmati secebis nikmat iaitu nikmat duniawi yang kadangkala membuat kita tenggelam dalam keindahan-keindahan yang ada. Itu hanyalah lampias dari sedikit keagungannya wahai kawan. Andai kita merasai itu adalah nikmat maka adalah jauh sekali nikmat di syurgawi yang Allah janjikan. Cukuplah dgn nikmat yang diberikanmu ya Allah. Aku hampir tenggelam dengan cubaan-cubaan Mu.

Tetapkanlah imanku, keluargaku, sahabat-sahabatku juga saudara-saudara se-islamku, semoga kita bersatu menghadapi hari kiamat juga meniti titian siratalmustaqim dengan jayanya kelak. Juga berkatilah rezeki-rezeki kamu yang kau berikan ya Allah. Sesungguhnya kami amat mensyukuri pemberian Mu kerana itu adalah yang terbaik dari Mu kepada kami. Cucurilah rahmat keatas nabi junjungan kami nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat nabi, para anbiya, ulama' juga para pejuang-pejuang islam dimasa lalu. Perjuangan mereka adalah sangat-sangat berharga buat kami yang menikmati kelengkapan islam kini. Tanpa mereka siapalah kami, penyambung warisan islam sehingga ke akhir zaman.

~Amin amin ya robbal alamin~

Hyprobulksms

12 Disember 2010

XPDC satu kenangan aku

XPDC-DARJAHSATU
Dengar je Xpdc mungkin skg ni ramai yg dah tak tau kumpulan muzik rock tanahair yg dulu penah menjadi kegilaan bebudak remaja. Mana2 pegi mesti dgr lagu Xpdc dinyanyikan tak kire la radio ke ataupun mulut.
Album pertama XPDC-darjah Satu adalah album pertama yg aku dgr dr kumpulan ni, masa tu aku tak igt brape umur aku. Yang aku ingat kalau dgr lagu C.I.N.T.A je teringat masa pegi jalan-jalan dgn abg aku masa lepas hujan. Masa tu jugak aku baru je lps blaja naik basikal so dgn banggenye aku mengayuh smbil bernyanyikan lagu C.I.N.T.A . Sampai skg aku igt that moment. Abg aku punya keja la ni sbb dia antara rockers sejati yg aku kenal masa tu. Search, Xpdc, Lefthanded. Metallica memang abg aku tapau habis dgn gitar dia. Lepak kat bawah pokok manggis depan rumah atok aku dgn kawan2 dia dgn beberapa gitaris kampung. Rambut ala rock 90'an, kasut Aliph buatan Bata yg dh pupus tu dan dress up yg betol2 rock menguja aku tuk jadi mcm mereka hehehe. Tapi masa tu aku masih kecik lom skolah pon so aku tmpg tgk jela smbil jadi penyanyi latar hahaha..

Ni antara tajuk2 album Darjah Satu-XPDC kat bawah tu ada link untuk korang download satu album terus.

  1. Raja kertas
  2. Aku dan sesuatu
  3. Pelesit mata sebelah
  4. C.I.N.T.A (instrumental)
  5. Gerak 2000
  6. Bukan milik aku
  7. Abadikan tragedi
  8. Cermin dunia
  9. Jangan tak mandi
  10. C.I.N.T.A

XPDC-TIMUR BARAT
Album kedua Xpdc iaitu Timur Barat 1993 ada sedikit perubaha pada struktur lagu sbb lagu2 dlm tu ada sedikit lebih keras dari album Darjah Satu. Tapi masih ada lagu yang agak slow tuk wat layan2. Boleh aku katekan album ni the best lah sbb banyak lagu2 dlm tu yg match ngan life aku masa tu. Sampai sekarang pun aku msh layan lagu2 drg dari album ni bila aku boring. Vokal si Mael org muar a.k.a kampung aku suara dia mmg best. Dari dulu sampai sekarang sama jer suara dia. Ada gak aku terserempak ngan dia kt muo dulu. Tp skg ni dgr dia dh jadi mat per. Apa nak jadila ko Mael. Kalau rasa2 korang yang mmg peminat album Xpdc album ni leh la tgk list lagu ni dan download album link pun aku bagi terus.

  1. Cinta kenangan silam
  2. hamba abdi
  3. Ikatan
  4. Lagu dari aku
  5. Penyakit gatal
  6. Hairan bin ajaib
  7. Talam dua muka
  8. Cinta kenangan silam (instrumental)
  9. Cekal
  10. Impian seroja

XPDC-KITA PENG YU
Antara Album yg mempunyai kualiti sound dan effect yang termantap ialah album ketiga iaitu 'Kita Peng Yu' . Sebenarnya aku hampir lupa nak masukkan cerita mengenai album ni tapi akubat ada seorang sahabat yang dah komen kt post ni aku terus edit supaya aku dan korang tak ketinggalan untuk download dan dengar balik lagu-lagu dari album ni. Terima kasih banyak bro! Memang tak patut aku tinggalkan album ni sebab ni antara yang paling keras penah Xpdc keluarkan. Sound yang agak raw untuk kita dengar masakini. Lau lagu dalam album ni juga antara ter 'hot' dimnainkan di radio tempatan dan jiran kita Singapura. Antara deejay radio yang banyak membantu kumpulan Xpdc ini ialah Isma Halil Hamzah (sory abg isma kalau salah taip nama) dalam rancangan Rennnntakkkk. Kalau tak silap radio THR-time highway radio. tak penah miss beb hahaha.. Okla cakap banyak tak gune sila tgk tajuk2 lagu dan download percuma  :)

  1.  Bahalol
  2. Nafisa
  3. John Jenin
  4. Kita Peng Yu
  5. Kabus semalam
  6. Selendang merdeka
  7. Hijau bumi tuhan
  8. Ntahapahapantah
  9. Titian Perjalanan
  10. Sentuhan Xpdc
DOWNLOAD ALBUM KITA PENG YU

 XPDC-BRUTAL
Setelah sekian lama aku menunggu lebih 4 thun kemunculan album baru last2 keluar gak album Brutal-Xpdc tahun 1997. Masa ni aku dah tingkatan satu, Banyak lagu2 dari album ni dimainkan di majlis2 kenduri kahwin di serata Johor ketika tu. Antara lagu2 yg menjadi permintaan muda mudi pd setiap kali ada jemputan band pada malam hari di rumah pengantin. Antara lagu yg paling aku minat dlm album ni 'Aku masih disini dan Hentian ini'. Tangkap syahdu beb hahaha...macam biaser aku list kan tajuk lagu utk korang download album Brutal ni skali.

  1. Tak nak jadi soh chai
  2. Hentian ini 
  3. Hidup bersama
  4. tinggalkan semala
  5. Aku takkan bising
  6. Senapang patah
  7. Cempedak jadi nangka
  8. Aku masih disini
  9. Semangat yang hilang
  10. Apa nak dikata

Empat album ni aku rasa mmg tiada gantinya dari album2 Xpdc yang lain. Selepas dari album ini Xpdc muncul dgn album Samurai dengan gandingan vokal baru iaitu Ali dari kumpulan Terra Rossa yg penah hit dgn lagu Bunga Angkasa. Xpdc juga muncul dengan album2 lain antaranya Rasopariso sekembalinya Mael pada kumpulan Xpdc. Tapi 4 album ni mmg class dan akan aku abadikan lagu ni sampai bila-bila. Good luck XPDC!!

Hyprobulksms

08 Disember 2010

Info Takwim


::Assalamualaikum::


Tahukah anda disebalik bulan-bulan islam terdapat makna disebalik sebutan itu. Org arab menamakan bulan mengikut keadaan alam dan masyarakat pada masa tertentu. Bergantung pada persekitaran kehidupan juga. Berikut adalah nama-nama dalam bulan islam.


MUHARRAM
Yang diharamkan atau menjadi pantang larang kerana dibulan itu diharamkan menumpahkan darah atau berperang.

SAFAR
Safar ataupun kosong. Penamaan ini terjadi kerana orang lelaki pada zaman itu keluar untuk pergi berperang sehingga tiada lelaki dimukim itu.

RABIUL'AWAL
Rabi'(menetap) awal(pertama). kembalinya kaum lelaki dari merantau ke rumah masing-masing. Terjadi uga banyak peristiwa sejarah pada bulan ini.

RABIUL'AKHIR
Waktu penghabisan menetap lelaki dirumah.

JAMADIL'AWAL
Jumadi(kering) awal(pertama) . Bulan awal musim kemarau, apabila masalah kekeringan mula terjadi.

JAMADIL'AKHIR
Ertinya musim kemarau yang penghabisan.

REJAB
Bererti mulia, orang arab zaman dahulu memuliakan bulan ini antaranya dilarang berperang.

SYA'ABAN
Ertinya berkelompok. Orang arab ketika ini lazimnya berkelompok mencari nafkah. Bulan ini juga adalah bulan perpindahan kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah.

RAMADAN
Ertinya sangat panas. Bulan yang satu-satunya disebut dalam Al Quran. Bulan yang mempunyai pelbagai keistimewaan, kesucian dan keutamaan.

SYAWAL
Ertinya kebahagiaan, iaitu kembalinya manusia ke alam fitrah (kesucian) selepas menunaikan ibadah puasa, membayar zakat fitrah dan bermaafan.

ZULKAEDAH
Ertinya Zul (pemilik)  dan kaedah (duduk). Bulan istirehat bagi kaum lelaki Arab dahulu. Mreka menikmatinya dengan berehat dirumah.

ZULHIJJAH
Ertinya menunaikan haji, bulan ini sejak dari Nabi Adam A.S menunaikan haji.


Semakin ramai dari kita melupakan kalendar islam. walau dalam ingatan tetapi sejauh manakah kita menghayatinya. Sama-samalah kita renungkan.

Wassalam
Hyprobulksms

28 November 2010

Dua laut bertemu

{Assalamualaikum}

Kisah Air Masin & Air Tawar 

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan); yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53) 

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia. 

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. 

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak 
kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut. 

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan 
(surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez. Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan..."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas. 

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara. 

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih 
untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam. 

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran." 

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat 
sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan. 

Koleksi foto dari uncle Google






"Wallahualam"
Hyprobulksms

26 November 2010

MENGAPA YAHUDI BIJAK? WHY THE JEWS IS GENIUS?

::Assalamualaikum::


Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya?perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik?bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau?tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau,?adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi?genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada meatematik tadi, tanpa?merasa jenoh beliau membuat latihan matematik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu ,?dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,?menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dankepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan?dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan?untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.
Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama?perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut?mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.
Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah?Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan,?ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda?keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel?utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).?Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar?rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)
Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam,?diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa?iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain?musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum?Yahudi.
Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.?Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !.?Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi?keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping?mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.
Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa?senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.
Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang?perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan?lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian?seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg?mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.
Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka?ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya?menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk?nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah).?Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja)?jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan?anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman?di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti?perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah,?barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.
Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,?beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi?konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,?menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih?anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.
Merokok menjanjikan jenerasi lembab(tak cerdik) dan sudah tentu genius bodoh akan mengikut ke jenerasi si perokok. Lawatan saya ke Singapore pada?tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak?rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menakjubkan sekali!!! dan seperti?Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi?pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan generasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja?Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau?asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat?disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri??
Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia??Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.
Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman?Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan generasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan?cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah?saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esei sepanjang?5 mukasurat penuh. Eseinya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!?
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.
Dr. Stephen Carr Leon


Hyprobulksms

22 November 2010

Seleksi hits dulu-dulu


Assalamualaikum..

hari ni aku nak kongsi sket mengenai beberapa dari jutaan benda yg aku suka dulu. penah makan menatang ni tak? haaa...mesti ramai yang masih ingat kan??? tak ingat buat-buat ingat taw. Tadi masa aku singgah kat kedai runcit aku terjumpa gegula ni, gegula yang pernah buat aku tercekik dek kerana kekenyalannyer yang macam getah kasut hahaha..Tengok je gegula ni terus aku tingat time atok aku bagi duit suh beli jajan dulu. benda ni la salah satu peveret aku.tah macam mane leh jumpa pulak kat kuching ni. So tanpa membuang masa, mmbe aku beli tiga terus (bukan aku he) dgn harga lima pluh sen dan membagi aku satu untuk flashback..ermmm tapi rasa dia dh lain sket la. Tak sesedap dulu. Ni tengok ni ::


Satu lagi benda yang dulu penah jadi kegilaan bebudak ialah game microgenius yang tak berapa genius nih. Phewh dulu sape ade benda ni mmg hebat dan terbaek lah hahaha.. Ingat lagi game yang top ten masa tu contra, super mario, kete kebal. Kira paling tak bosan la senang cakap. Sanggup tunggu berejam-jam kat umah membe aku semata- nak main game Contra yang sengal tu jer. Kalau sekarang ni alamat buang belakang umah jer game ni hahaha.
Ape pendapat korang tentang dua benda ni????
pendapat aku gelak jer hahahaha...bye..

komen la sikit syg oii.. =)
Hyprobulksms

19 November 2010

Mari membaca untuk renungan semua


Agak-agak korang camne keadaan dunia dlm 20 tahun lagi? skrg ni pon dh macam2 perkara berlaku. Setakat zina tu cuma jadi makanan harian. Tak pelik, budak2 kampong yang sengal pon dh pandai buat benda nie. Yang aku heran tu apasal la ada yg muka skema gabak pon dh buat benda ni diusia muda2 lagi. Buang anak toksah citer ler, mcm buang taik jer, sorok2 pastu dh busuk org jumpe kantoiii sudahh..Haisshhh..kot ye pon jgn la bangang sangat smpai buang camtu. Rasa nk langgor pakai jentolak je jantan or betina yang buang tu.

Agak2 korang ape kaitan dgn semua ni? sape nak disalahkan? mak bapak ke, tok ayah ke, tok ibu ke, along ke, kak cik ke atau kucing peliharaan diorang?...Dah takyah salahkan sesape, salahkan diri sendiri jela gamaknyer. Tapi disebalik tu musti ada para pemangkin a.k.a serbuk penaik nafsu...opss sopan kata 'secret ingredients' nyer betoi tak cikgu cakap ni hua3...Okay, lets say skg ni dunia it, dunia hiburan tanpa batasan. Even nk wat dosa skrg ni cukup murah siap diskaun dan promosi. Adoiii jgn la peningg...Sape ada FB angkat tangan? shortcut la senang, sape ada intenenen eh intenet, tv, hp kamera, DVD player angkat tangan? Hurmm toksah la ckp aku cuma aku cuma, majoriti setiap sorang ada benda alah tu an..an..? ok masuk perenggan seterusnya...zassss.-->

Bukak2 je Fb dah dpt dosa free, tgk yg tak tutup aurat lah yg ngumpat sana sini la yang mcm2 la sng cakap yang rasa diri dia besttt sgt tuh..Diorang belanjer kita dosa beb, free jer bestnyerr bestnyerr..Ni aku cakap pompuan la, suke sgt tayang rambut..ade lak yg pki completet tapi dok pakai ketat2 sampai nmpk bentuk pungkok yang bau busok tu. Hape igt best ker? kentut ko pon busok la wehhh..hahaha...Sumer tu untuk tayangan satu dunia termasuk yg msuh kanak2 mahupon yg dh menopaus ekekeke.. perkara sebegini mengundang nafsu yang tak sengaja, mulalah nk ngejas2 pastu bla...blaa..bla..tudung labuh ke ape ke skema ke pon naik hancusss..ko igt aku ckp ni tak betol ke? tanya la kawan2 korang tuh pasal hal ni...Nak suh aku citer mmg takde maser..dah beso ada kepala hotak sendiri. ermmm...camne ek, hal dara tu mcm leh tumbuh balik jer..walhal tu la satu2nyer wanita agungkan. Benda sedap pon tunggu la dulu dowh...serrrr sgt pasai pa? Hah yang laki tu jgn dok eksyen tak tentu pasaii..hangpa pon slah gak, main nk rodok jer, sok anak hang kna rodok org sapa nak tanggung? Skrg ni bayar cash tau kt dunia, tak caya hang tunggu la nnt hahaha. Cinta kunun piiirahh. Tapi klu tepuk sebelah tangan tak jadi kan? so yang pempuan tu paham2 la yer.. aku pon bukan baikkk sgt just remind korang ngan diri aku sendiri..

Pasa sape2 yg rase dh terlajak a.k.a terlanjur tu tobat lah weiiiii...sok mak bapak ko meninggal pon kna tanggung dosa korang, sbb apa? sbb korang tu produk dia dh tentu ditanya kat sana nnt. Ni aku baca dr ustaz punya cerita lah, nk tau lebih jelas kaji sendiri jangan malas okehhh! tau nk blame je tapi tak cari jawapan ape ke hal nyer??Igt dunia ni nisbah dia umpama 60(umur) : infiniti(akhirat)...ni matemantiks mudah tuk orang.

Sory ler aku bukan niat nak sakitkan hati sesiapa yang hidup mahupun yg telah meninngal dunia, sekadar sharing is caring jer...Maaf yer..wassalam.

Al-Fatihah buat pejuang-pejuang islam sepanjang zaman. tanpa mereka siapalah kita Al-Fatihah.
Hyprobulksms

17 November 2010

No ideas


One thing when im alone, pray a while and lets my mind opened to find something. Now i think my mind is just ruining myself. Which way i must choose and where should i stop. Time is running out and i running out of time. But, i rather choose the best way than shortcut. 


Looking their face, it just like a shining sun  giving me a hope. Oh what a night, looking far away to my future and         what gonna happen? Please god please give me some guidance. Im humble to you. Youre my destiny. Now its like im out one of my legs. But Allah the all knowing this and just give me a tiny test. I should redha for what Allah give me. All are the best for me InsyAllah.
Hyprobulksms

27 Oktober 2010

Kasih mu ibu ke pintu syurga

Kisah ketabahan ibu menempuh onak dunia

--p/s: plz on lagu--
Malam yang hening ini tiba-tiba menggamit kenangan lalu yang indah dan senantiasa menemaniku walau dimana sahaja aku berada.. Lalu aku coretkan kisah ku yang lalu saat perjalanan hidupku dari kecil bersama ibuku.

Raya 2009
Aku bukanlah datang dari keluarga yang mewah seperti sesetengah dari anda sekalian. Ayah dan juga ibuku hanyalah penoreh getah dan juga petani kecil-kecilan. Dengan duit itulah kami sekeluarga membesar sehingga masing-masing punya keluarga dan haluan sendiri dalam meniti arus kehidupan. Setiap pagi seawal selepas subuh ibu dan ayahku sudah keluar untuk mencari nafkah. Menoreh dengan mengambil upah kerana tidak mempunyai kebun sendiri yang besar. Kebun yang ada hanya tidak sampai seekar lebihan dari tanah pusaka arwah datok ku. Aku selalu membantu ibuku saat kecil waktu aku masih lagi bersekolah ketika hari cuti. Ape yang dapat aku bantu hanyalah mengutip hasil dari torehan ibuku. Hanya itu yang aku tahu. Tapi aku gembira dapat menolongnya walau hanya mengutip getah. Ibu tidak pernah putus-putus menasihatiku sepanjang kami dikebun. Adil hal agama dan juga pelajaran. Dia seorang yang terlalu mengambil berat tentang ini. Selepas menoreh, ibuku membasuh pakaian-pakaian kami dan menyediakan masakan untuk kami. Betapa letihnya dia, ibu tetap menjalankan kewajipannya. Kadang-kadang ku lihat wajahnya menggambarkan kepenatan. Dan aku membawakannya segelas air untuk diminum. Selepas waktu maghrib pula ibu mengajar aku untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Walau di seusia kecilku tidak faham akan pengorbanannya untuk kami tapi kini pengorbananmu itu menjadikan kami seorang manusia dan bukan binatang. 

Selain dari menoreh ibu juga sering membantu ayahku untuk menyediakan jagung rebus dan juga tapai untuk dijual di pekan setiap hari jumaat kerana ada pasal lambak. Itu adalah bonus bagi pendapatan keluarga kami. Ayah juga menjual sayur-sayuran seperti meranti, keledek, keladi, pucuk pakis dan lain-lain lagi. Semasa aku masih didarjah satu, ibu selalu menjemputku balik dari sekolah dengan menaiki basikal tuanya. Terus terang ku katakan perkara ini sering membuatku sedih. Penat menoreh, mebasuh pula menjemputku dari sekolah. Jarak rumahku dari sekolah pula lebih kurang 7km. Masuk darjah 3 aku dah mula menaiki basikal sendiri untuk kesekolah. 

Tiba pula waktu aku di sekolah menengah, kesihatan ibu mula sering terganggu kerana mula menghidap pennyakit kencing manis. Walau bagaimanapun dia masih belum dalam keadaan kritikal dan mampu melakukan kerja-kerjanya seperti biasa. Ibu sering memasang harapan yang tinggi buat aku supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Kata-kata semangatnya masih bermain-main dibenak fikiranku sehingga kini. Paling diutamakan ialah solat.  Setiap masa dia akan mengingatkan aku tentang perkara itu walau aku sudah menunaikan kewajipanku. Aku gembira dengan nasihatmu ibu. Setelah menduduki peperiksaan SPM aku mendapat keputusan yang agak baik, tapi aku mengambil keputusan untuk tidak menyambung ke mana-mana pengajian. Ini kerana aku mengerti susah payah mereka membesarkan ku, payah jerinya aku dah lalui, jadi cukuplah setakat ini aku bergantung. Lalu aku memohon untuk bekerja dengan kerjayaku sekarang ini. Walau mungkin hatinya terguris tapi percayalah aku tidak mahu menyusahkan hidupmu lagi ibu. Inilah jalanku perndirianku. Ku niatkan juga untuk membantu kembali sesah payah ibu dan ayah membesarkan ku setelah bekerja. Alhamdulillah tercapai jua hasratku.

Setelah beberapa tahun, penyakit ibu semakin teruk tambahan pula menghidap penyakit jantung, buah pinggang dan juga migrain. Ibu juga sering ditahan di hospital kerana keadaan yang tidak terkawal. Sering juga aku mendapat kecemasan dari ahli keluargaku. Selepas dari itu kami adik beradik tidak membenarkan lagi ibu menoreh kerana khuatir penyakitnya semakin serius. Setiap kali cuti aku cuba membuatkan dia tersenyum tetapi penyakitnya tidak membenarkan dia untuk sering tersenyum. Ku usap dan ku urut badannya jika dia tidak sihat. Selera ibu semakin menurun, mungkin kerana ubat-ubatan yang banyak yang harus ditelannya setiap hari. Juga mungkin kerana dia sendiri mengawal kadar paras gula dalam badannya. Lama-kelamaan penyakitnya semakin teruk. Aku yang ditugaskan di kejauhan ini sering risau akan dirinya. Jika ada peluang untuk bertugas di Subang memang tidak aku lepaskan. Dengan itulah dapt aku menjenguknya di kampung untuk tiga hari jika ditugaskan kesana. Tapi aku tetap perlu balik ke Kuching kerana parent base ku disini. 

Buah pinggang dan jantung ibuku semakin teruk, sebelah dari buah pingganya telah rosak dan perlu melakukan hemodialisis jika tahapnya kritikal. Serentak dengan itu jantung ibuku sudah tidak berfungsi dengan baik, dan perlu dirawat melalui satu rawatan khusus untuk memulihkan saluran-saluran kapilari darah dan oksigen di jantung. Fistula telah dipasang ditangannya. Ketika hampir hari untuk menjalani rawatan khusus itu, mesin khas tersebut telah rosak dan perlu menunggu untuk dibaiki. Ibu pun masih ragu-ragu untuk melakukannya di IJN atau di hospital swasta. Kami tidak mempunyai saudara mara di Kuala Lumpur dan kami tidak mempunyai wang yang banyak untuk menghantar ke hospital swasta. Keadaan ibu semakin teruk, sering tidak dapat tidur malam malah baring pun tidak boleh kerana nafasnya akan sesak. Badan ibu susut mendadak.  
Ketika aku cuti raya untuk tahun 2010 ini, setiap malam ku lihat ibu tidak tidur, aku sering menjengah ibu jika terdengar suara keluhan sakitnya, ku urut-urut badannya ku sapukan minyak angin agar dapat membuatnya selesa. Menitis air mataku dalam senyap ketika melakukan ini memikirkan penyakit yang harus ditanggungya sebegini teruk. Kalau aku lihat sahaja aku tidak mampu lagikan pula menderita mengidap penyakit sepertinya. Seperti malam-malam sebelum sakitnya teruk, ibu seringkali solat hajat, mengaji dan memohon pada yang esa supaya penyakitnya dapat  dipulihkan tidak kira walau 3-4 pagi sekalipun. Hampir setiap malam jika badannya mampu melakukannya. Cukup tabah ibuku, terharu dengan perjuangannya dan semangatnya.Puasa sampai ke penghujungya tetapi ibu masih terlantar di katilnya. sehinggalah raya ke 2. Ketika raya ke-3 perasaan gembira ku muncul bila ku lihat dia kelihatan agak sihat. Tenang hatiku seketika melihat ibuku sihat. Tetapi kesihatannya tidak lama. Selepas beberapa hari dia kembali ke katilnya terbaring. Jika kita dapat makan hidangan yang lazat tetapi ibu tidak. Hanya bubur dan roti sahaja menemaninya. Ada satu masa  aku tidak sengaja terlihat ibu makan ketupat hanya berlaukkan bilis, hatiku sebak dan menangis lagi dalam senyap. Tidak dapat ku tahan air mata ini memikirkan nasibnya. Bukan dia tidak boleh makan tetapi akibatnya teruk jika ibu makan masakan-masakan yg tentunya berlemak dan berbagai-bagai ramuan. Sesiapa yang punyai saudara mara yang menghidap penyakit kencing manis tentunya tahu dan betul-betul faham akan perkara ini. ketika raya aku tidak sibuk untuk pergi beraya dan hanya duduk dirumah. Biarlah aku menghabiskan masa bersama ibuku yang sedang sakit ini. Tamat sudah cuti rayaku. Ketika aku mahu melangkah pergi untuk kembali bertugas, kaki ku amat berat untuk meninggalkan rumah. Setelah ku peluk cium ibu, aku masuk ke kereta tetapi aku keluar kembali, tidak tahu perasaan apakah ini sungguh aneh. Terasa berat sangat kakiku untuk melangkah pergi. Sempat ku katakan pada ibu "terasa tak nak balik sana lah mak". Ibu bertanya bila "bila nak balik lagi?" ku jawab " bulan depan comform balik punyer" ibu hanya mengangguk. Itulah janji terakhirku untuknya. Namun akhirnya kugagahi jua untuk pulang kembali menunaikan kewajipanku. Ketika itu aku masih demam. Minggu pertama di Kuching aku demam teruk, tonsilku membengkak sehingga seminggu tidak boleh makan. Selepas itu baik sahaja demam aku mula bekerja semula, hari ketiga bekerja aku meminta untuk bertugas pada jam 4.30 pagi kerana ada terbang awal pada hari tu. Malam sebelum itu aku tidak dapat lena dengan nyenyak sehingga dikejutkan oleh incharge ku pada pukul 4.40pagi. Selesai menyiapkan kapal aku dikejutkan dengan panggilan dari abangku jam 6.30 pagi. Dia tidak menyatakan tentang ibu tetapi memaksa aku balik dengan serta merta. Aku faham  dengan maksudnya. Ku telefon sekali lagi tentang keadaan mak, tetapi dia hanya cakap mak kat hospital. Aku kebingungan lalu memutuskan untuk tumpang kapal yang telah aku sediakan pada pagi itu untuk mengambil cuti ehsan. Malangnya kapal itu harus melaui ke pulau pinang kerana tasking yang perlu dilaluinya. Ketika diawanan, entah bagaimana aku dapat mesej dari temanku di kampung yang mengucapkan takziah kepadaku atas pemergian ibuku. Tersentap hatiku seperti direntap-rentap kebawah. Fikiranku tidak karuan lagi kerana jadual sampai ke Subang pukul 11 pagi. Setelah mendarat aku lihat telefonku ada 63 misscall dan mesej yang banyak. Antaranya ibu sedang dikebumikan kerana hari Jumaat dan mereka tidak tahu akan status aku kerana aku sedang dalam perjalanan udara, menghalang komunikasi sepanjang perjalanan. Janjiku padamu untuk balik pada bulan depan itu tertunai pada 01/10/1010. Cuma ku lambat, maafkan ku ibu. Aku memutuskan untuk tidak tergopoh gapah kerana ibu telah sedia dikebumikan.Perkara yang sering menghantui aku kini menjadi kenyataan, sebelum ini selalu aku selalu berharap agar ketika pemergiannya dapat ku tatap dan cium wajahnya buat kali terakhir. Tetapi tidak. Tidak lagi dapat ku menatap wajahnya, inginku cium buat kali terakhir sebelum ibu tinggalkan aku dan kami sekeluarga buat selamanya. Jasa-jasamu akan ku kenang sampai keakhir hayatku ini ibu. Ampunkanlah dosa-dosaku dan kami sekiranya anakmu ini ada membuatmu menangis atau terasa sekalipun. Ampunkanlah jua sekiranya ada hajatmu yg belum kami tunaikan. Akan ku curahkan rohmu dengan doa-doa dan surah-surah yang dapat menemanimu sepanjang di alam barzakh agar dirimu tenang dan aman disana. Mengertilah ibu, kasihmu itu akan membawaku ke pintu syurga InsyAllah. Amanlah engkau disana semoga kita bertemu disana nanti. 2010 Aidilfitri terakhir bersamamu ibu. Al-Fatihah.....


Hyprobulksms
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)