27 Oktober 2010

Kasih mu ibu ke pintu syurga

Kisah ketabahan ibu menempuh onak dunia

--p/s: plz on lagu--
Malam yang hening ini tiba-tiba menggamit kenangan lalu yang indah dan senantiasa menemaniku walau dimana sahaja aku berada.. Lalu aku coretkan kisah ku yang lalu saat perjalanan hidupku dari kecil bersama ibuku.

Raya 2009
Aku bukanlah datang dari keluarga yang mewah seperti sesetengah dari anda sekalian. Ayah dan juga ibuku hanyalah penoreh getah dan juga petani kecil-kecilan. Dengan duit itulah kami sekeluarga membesar sehingga masing-masing punya keluarga dan haluan sendiri dalam meniti arus kehidupan. Setiap pagi seawal selepas subuh ibu dan ayahku sudah keluar untuk mencari nafkah. Menoreh dengan mengambil upah kerana tidak mempunyai kebun sendiri yang besar. Kebun yang ada hanya tidak sampai seekar lebihan dari tanah pusaka arwah datok ku. Aku selalu membantu ibuku saat kecil waktu aku masih lagi bersekolah ketika hari cuti. Ape yang dapat aku bantu hanyalah mengutip hasil dari torehan ibuku. Hanya itu yang aku tahu. Tapi aku gembira dapat menolongnya walau hanya mengutip getah. Ibu tidak pernah putus-putus menasihatiku sepanjang kami dikebun. Adil hal agama dan juga pelajaran. Dia seorang yang terlalu mengambil berat tentang ini. Selepas menoreh, ibuku membasuh pakaian-pakaian kami dan menyediakan masakan untuk kami. Betapa letihnya dia, ibu tetap menjalankan kewajipannya. Kadang-kadang ku lihat wajahnya menggambarkan kepenatan. Dan aku membawakannya segelas air untuk diminum. Selepas waktu maghrib pula ibu mengajar aku untuk membaca Al-Quran pada setiap hari. Walau di seusia kecilku tidak faham akan pengorbanannya untuk kami tapi kini pengorbananmu itu menjadikan kami seorang manusia dan bukan binatang. 

Selain dari menoreh ibu juga sering membantu ayahku untuk menyediakan jagung rebus dan juga tapai untuk dijual di pekan setiap hari jumaat kerana ada pasal lambak. Itu adalah bonus bagi pendapatan keluarga kami. Ayah juga menjual sayur-sayuran seperti meranti, keledek, keladi, pucuk pakis dan lain-lain lagi. Semasa aku masih didarjah satu, ibu selalu menjemputku balik dari sekolah dengan menaiki basikal tuanya. Terus terang ku katakan perkara ini sering membuatku sedih. Penat menoreh, mebasuh pula menjemputku dari sekolah. Jarak rumahku dari sekolah pula lebih kurang 7km. Masuk darjah 3 aku dah mula menaiki basikal sendiri untuk kesekolah. 

Tiba pula waktu aku di sekolah menengah, kesihatan ibu mula sering terganggu kerana mula menghidap pennyakit kencing manis. Walau bagaimanapun dia masih belum dalam keadaan kritikal dan mampu melakukan kerja-kerjanya seperti biasa. Ibu sering memasang harapan yang tinggi buat aku supaya dapat melanjutkan pelajaran ke universiti. Kata-kata semangatnya masih bermain-main dibenak fikiranku sehingga kini. Paling diutamakan ialah solat.  Setiap masa dia akan mengingatkan aku tentang perkara itu walau aku sudah menunaikan kewajipanku. Aku gembira dengan nasihatmu ibu. Setelah menduduki peperiksaan SPM aku mendapat keputusan yang agak baik, tapi aku mengambil keputusan untuk tidak menyambung ke mana-mana pengajian. Ini kerana aku mengerti susah payah mereka membesarkan ku, payah jerinya aku dah lalui, jadi cukuplah setakat ini aku bergantung. Lalu aku memohon untuk bekerja dengan kerjayaku sekarang ini. Walau mungkin hatinya terguris tapi percayalah aku tidak mahu menyusahkan hidupmu lagi ibu. Inilah jalanku perndirianku. Ku niatkan juga untuk membantu kembali sesah payah ibu dan ayah membesarkan ku setelah bekerja. Alhamdulillah tercapai jua hasratku.

Setelah beberapa tahun, penyakit ibu semakin teruk tambahan pula menghidap penyakit jantung, buah pinggang dan juga migrain. Ibu juga sering ditahan di hospital kerana keadaan yang tidak terkawal. Sering juga aku mendapat kecemasan dari ahli keluargaku. Selepas dari itu kami adik beradik tidak membenarkan lagi ibu menoreh kerana khuatir penyakitnya semakin serius. Setiap kali cuti aku cuba membuatkan dia tersenyum tetapi penyakitnya tidak membenarkan dia untuk sering tersenyum. Ku usap dan ku urut badannya jika dia tidak sihat. Selera ibu semakin menurun, mungkin kerana ubat-ubatan yang banyak yang harus ditelannya setiap hari. Juga mungkin kerana dia sendiri mengawal kadar paras gula dalam badannya. Lama-kelamaan penyakitnya semakin teruk. Aku yang ditugaskan di kejauhan ini sering risau akan dirinya. Jika ada peluang untuk bertugas di Subang memang tidak aku lepaskan. Dengan itulah dapt aku menjenguknya di kampung untuk tiga hari jika ditugaskan kesana. Tapi aku tetap perlu balik ke Kuching kerana parent base ku disini. 

Buah pinggang dan jantung ibuku semakin teruk, sebelah dari buah pingganya telah rosak dan perlu melakukan hemodialisis jika tahapnya kritikal. Serentak dengan itu jantung ibuku sudah tidak berfungsi dengan baik, dan perlu dirawat melalui satu rawatan khusus untuk memulihkan saluran-saluran kapilari darah dan oksigen di jantung. Fistula telah dipasang ditangannya. Ketika hampir hari untuk menjalani rawatan khusus itu, mesin khas tersebut telah rosak dan perlu menunggu untuk dibaiki. Ibu pun masih ragu-ragu untuk melakukannya di IJN atau di hospital swasta. Kami tidak mempunyai saudara mara di Kuala Lumpur dan kami tidak mempunyai wang yang banyak untuk menghantar ke hospital swasta. Keadaan ibu semakin teruk, sering tidak dapat tidur malam malah baring pun tidak boleh kerana nafasnya akan sesak. Badan ibu susut mendadak.  
Ketika aku cuti raya untuk tahun 2010 ini, setiap malam ku lihat ibu tidak tidur, aku sering menjengah ibu jika terdengar suara keluhan sakitnya, ku urut-urut badannya ku sapukan minyak angin agar dapat membuatnya selesa. Menitis air mataku dalam senyap ketika melakukan ini memikirkan penyakit yang harus ditanggungya sebegini teruk. Kalau aku lihat sahaja aku tidak mampu lagikan pula menderita mengidap penyakit sepertinya. Seperti malam-malam sebelum sakitnya teruk, ibu seringkali solat hajat, mengaji dan memohon pada yang esa supaya penyakitnya dapat  dipulihkan tidak kira walau 3-4 pagi sekalipun. Hampir setiap malam jika badannya mampu melakukannya. Cukup tabah ibuku, terharu dengan perjuangannya dan semangatnya.Puasa sampai ke penghujungya tetapi ibu masih terlantar di katilnya. sehinggalah raya ke 2. Ketika raya ke-3 perasaan gembira ku muncul bila ku lihat dia kelihatan agak sihat. Tenang hatiku seketika melihat ibuku sihat. Tetapi kesihatannya tidak lama. Selepas beberapa hari dia kembali ke katilnya terbaring. Jika kita dapat makan hidangan yang lazat tetapi ibu tidak. Hanya bubur dan roti sahaja menemaninya. Ada satu masa  aku tidak sengaja terlihat ibu makan ketupat hanya berlaukkan bilis, hatiku sebak dan menangis lagi dalam senyap. Tidak dapat ku tahan air mata ini memikirkan nasibnya. Bukan dia tidak boleh makan tetapi akibatnya teruk jika ibu makan masakan-masakan yg tentunya berlemak dan berbagai-bagai ramuan. Sesiapa yang punyai saudara mara yang menghidap penyakit kencing manis tentunya tahu dan betul-betul faham akan perkara ini. ketika raya aku tidak sibuk untuk pergi beraya dan hanya duduk dirumah. Biarlah aku menghabiskan masa bersama ibuku yang sedang sakit ini. Tamat sudah cuti rayaku. Ketika aku mahu melangkah pergi untuk kembali bertugas, kaki ku amat berat untuk meninggalkan rumah. Setelah ku peluk cium ibu, aku masuk ke kereta tetapi aku keluar kembali, tidak tahu perasaan apakah ini sungguh aneh. Terasa berat sangat kakiku untuk melangkah pergi. Sempat ku katakan pada ibu "terasa tak nak balik sana lah mak". Ibu bertanya bila "bila nak balik lagi?" ku jawab " bulan depan comform balik punyer" ibu hanya mengangguk. Itulah janji terakhirku untuknya. Namun akhirnya kugagahi jua untuk pulang kembali menunaikan kewajipanku. Ketika itu aku masih demam. Minggu pertama di Kuching aku demam teruk, tonsilku membengkak sehingga seminggu tidak boleh makan. Selepas itu baik sahaja demam aku mula bekerja semula, hari ketiga bekerja aku meminta untuk bertugas pada jam 4.30 pagi kerana ada terbang awal pada hari tu. Malam sebelum itu aku tidak dapat lena dengan nyenyak sehingga dikejutkan oleh incharge ku pada pukul 4.40pagi. Selesai menyiapkan kapal aku dikejutkan dengan panggilan dari abangku jam 6.30 pagi. Dia tidak menyatakan tentang ibu tetapi memaksa aku balik dengan serta merta. Aku faham  dengan maksudnya. Ku telefon sekali lagi tentang keadaan mak, tetapi dia hanya cakap mak kat hospital. Aku kebingungan lalu memutuskan untuk tumpang kapal yang telah aku sediakan pada pagi itu untuk mengambil cuti ehsan. Malangnya kapal itu harus melaui ke pulau pinang kerana tasking yang perlu dilaluinya. Ketika diawanan, entah bagaimana aku dapat mesej dari temanku di kampung yang mengucapkan takziah kepadaku atas pemergian ibuku. Tersentap hatiku seperti direntap-rentap kebawah. Fikiranku tidak karuan lagi kerana jadual sampai ke Subang pukul 11 pagi. Setelah mendarat aku lihat telefonku ada 63 misscall dan mesej yang banyak. Antaranya ibu sedang dikebumikan kerana hari Jumaat dan mereka tidak tahu akan status aku kerana aku sedang dalam perjalanan udara, menghalang komunikasi sepanjang perjalanan. Janjiku padamu untuk balik pada bulan depan itu tertunai pada 01/10/1010. Cuma ku lambat, maafkan ku ibu. Aku memutuskan untuk tidak tergopoh gapah kerana ibu telah sedia dikebumikan.Perkara yang sering menghantui aku kini menjadi kenyataan, sebelum ini selalu aku selalu berharap agar ketika pemergiannya dapat ku tatap dan cium wajahnya buat kali terakhir. Tetapi tidak. Tidak lagi dapat ku menatap wajahnya, inginku cium buat kali terakhir sebelum ibu tinggalkan aku dan kami sekeluarga buat selamanya. Jasa-jasamu akan ku kenang sampai keakhir hayatku ini ibu. Ampunkanlah dosa-dosaku dan kami sekiranya anakmu ini ada membuatmu menangis atau terasa sekalipun. Ampunkanlah jua sekiranya ada hajatmu yg belum kami tunaikan. Akan ku curahkan rohmu dengan doa-doa dan surah-surah yang dapat menemanimu sepanjang di alam barzakh agar dirimu tenang dan aman disana. Mengertilah ibu, kasihmu itu akan membawaku ke pintu syurga InsyAllah. Amanlah engkau disana semoga kita bertemu disana nanti. 2010 Aidilfitri terakhir bersamamu ibu. Al-Fatihah.....


Hyprobulksms

2 ulasan:

H.A berkata...

alfatihah...

hambaMu Yang Esa berkata...

moga rohnya dirahmati ilahi..

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)