Dalam kesesakan dunia masakini kita semakin alpa dengan apa tujuan kita diciptakan didunia. Sesungguhnya dunia ini penuh dengan cabaran dan juga muslihat tersendiri buat kita mengenal diri untuk menemukan apa yang dihajatiNya.
Maka walaupun tanpa kita sedari, kita masih didalam belenggu hasutan syaitan setiap minit dan setiap waktu, merentas masa dengan tanpa sesaat pun digoda oleh syaitan laknatullah. Apalah ini suatu dugaan ataupun alasan untuk kita terus berjuang kembali kejalanNya.
Indahnya alam ini sengaja dicipta oleh Allah S.W.T yang esa untuk kita renungi dan nikmati secebis nikmat iaitu nikmat duniawi yang kadangkala membuat kita tenggelam dalam keindahan-keindahan yang ada. Itu hanyalah lampias dari sedikit keagungannya wahai kawan. Andai kita merasai itu adalah nikmat maka adalah jauh sekali nikmat di syurgawi yang Allah janjikan. Cukuplah dgn nikmat yang diberikanmu ya Allah. Aku hampir tenggelam dengan cubaan-cubaan Mu.
Tetapkanlah imanku, keluargaku, sahabat-sahabatku juga saudara-saudara se-islamku, semoga kita bersatu menghadapi hari kiamat juga meniti titian siratalmustaqim dengan jayanya kelak. Juga berkatilah rezeki-rezeki kamu yang kau berikan ya Allah. Sesungguhnya kami amat mensyukuri pemberian Mu kerana itu adalah yang terbaik dari Mu kepada kami. Cucurilah rahmat keatas nabi junjungan kami nabi Muhammad S.A.W, sahabat-sahabat nabi, para anbiya, ulama' juga para pejuang-pejuang islam dimasa lalu. Perjuangan mereka adalah sangat-sangat berharga buat kami yang menikmati kelengkapan islam kini. Tanpa mereka siapalah kami, penyambung warisan islam sehingga ke akhir zaman.
~Amin amin ya robbal alamin~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan