02 September 2010

Ucapan hari raya saya buat semua::::AidilFitri::::


Assalamualaikum w.b.t

Tahun ini kita sekali lagi bakal merayakan perayaan Aidilfitri sebaga tanda kemenangan kita menempuh sebulan berpuasa, menahan nafsu lapar dan dahaga juga dari melakukan perkara maksiat. Persiapan sudah mula dilakukan, mercun juga sudah mulai kedenganran. Sedikit sebanyak mengimbau kembali kemeriahan hari raya Aidilfitri yang telah berlalu sepanjang usia kita ini. Kebanyakan dari kita juga telah mula kembali ke kampung halaman terutamanya buat perantau-perantau yang tinggal berjauhan dari keluarga. Kedengaran lagu-lagu raya disana sini menggamatkan lagi suasana kemeriahan. 


Apa yang perlu dititikberatkan ialah cara penggunaan kewangan kita bagi mengelakkan pembaziran juga inflasi yang berlebihan. Cukuplah sekadar memenuhi keperluan yang ada, kini pula harga barangan-barangan runcit yang semakin mahal tatkala ramadhan baru sahaja menjelma tempohari. Pengurusan kewangan yang bijak haruslah bermula dari awal perbelanjaan melalui perangkaan dan perbincangan sesama keluarga.


Aspek keselamatan juga tidak perlu diambil ringan kerana seringkali berlaku kemalangan-kemalangan ngeri disepanjang lebuhraya dan juga jalan-jalan biasa. Pastikan kereta anda diperiksa dengan teliti dan juga tahap kesihatan haruslah ditahap terbaik sebelum memandu. Tidur hendaklah cukup sebelum memulakan perjalanan dan juga berhenti ketika mengantuk. Dapatkan bantuan keluarga sebagai pengganti jika tidak dapat menahan mengantuk.

Esok saya akan berangkat balik ke semenanjung Malaysia dan bermulalah cuti saya selama 2 minggu. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung halaman setelah sekian lama. Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, maafkan saya sekiranya ada kesalahan saya yang sengaja atau tidak disengajakan. Diharap tahun ini perayaan kita lebih meriah dengan tiada peristiwa yang buruk berlaku. Semoga anda menikmati Syawal ini dengan penuh keriangan dan penuh dengan keberkatan InsyAllah.

::Assalamualaikum::
Hyprobulksms

01 September 2010

Sejauh manakah peranan media dalam menyuntik semangat patriotik?

Akhir ini masyarakat majmuk kita terlalu laju mengejar kekayaan diera globalisasi kemajuan dunia yang arakiannya semakin mencabar. Tidak mengira kaum Melayu, iban, orang asli, india, cina masing-masing mempunyai matlamat memajukan diri sendiri melalui perlbagai cara. Namun pada hakikatnya kita semakin lupa akan semangat patriotik yang sepatutnya ditanamkan dihati sanubari kita selaku rakyat Malaysia. Media adalah medium terbaik untuk menaikkan semangat kenegaraan kita kerana melalui media juga kita kebiasannya mudah terpengaruh dan pecaya tanpa perlu berfikir panjang.

Televisyen adalah sumber maklumat yang utama selain dari suratkhabar dalam kehidupan seharian kita, kebanyakan kandungannya terdiri dari isu semasa, politik dan juga hiburan. Jika dilihat dari mata kasar media tanahair kita lebih menjerumus kepada hiburan semata-mata dimana boleh mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Apa yang hendak saya sampaikan disini bagaimana jika pihak media dengan bijak menyiarkan cerita atau berita mengenai semangat perjuangan dikalangan rakyat terhadap negara. Keadaan rakyat masakini yang tidak menghiraukan kutukan dan cacian negara luar terhadap Malaysia. Hanya omong-omong kosong yang tidak disusuli dengan tindakan. Cuma sekadar luahan kemarahan dan tidak puas hati. Bila agaknya melayu kita nak bangkit kembali seperti dahulu gah disegala bidang. Maruah diutamakan dimana bumi dipijak Malaysia tercinta. 
Jiran kita semakin berani dengan kutukan dan makian yang sepatutnya kita sedar bahawa kita adalah bangsa yang damai. Tetapi juga kita tidak sepatutnya berdiam diri berpeluk tubuh hanya melihat dan sekadar mengutuk perbuatan mereka. Puas kita memberi mereka peluang pekerjaan, tempat tinggal dan juga tiada gangguan terhadap keharmonian mereka disini.


Pada pagi tadi rakan saya memberitahu apa yang telah dilihatnya dari channel seberang. Mereka (pihak media) menggalakkan pemprotesan mereka terhadap negara kita dengan kerap menyiarkan dan memburuk-burukkan negara kita. Ini peranan media mereka! dan kita tidak boleh menyalahkan mereka dengan tindakan ini. Apa yang saya lihat dari televisyen petang tadi, mereka yang membuat tunjuk perasaan diupah melalui pakej-pakej menarik akibat desakan hidup yang memaksa mereka melakukan sesuatu yang ganas dan liar untuk mendapat ganjaran yang lebih. Tetapi pihak manakah yang diupah?? Adakah anda ada jawapannya? Sila kemukakan jawapan anda jika anda yakin jawapan anda itu tepat. Mereka semakin berani dan kita semakin kebelakang. Jika mereka berani untuk mengusir rakyat kita disana bagaimana pula rakyat mereka yang berlambak-lambak disini? Apakah tindakan media kita? Dimanakah maruah bangsa kita, bagaimana kita hendak kekalkan pepatah Hang Tuah "tidak melayu hilang didunia" jika kita asyik dengan keselesaan yang selama ini kita kecapi walau selesa itu cukup sekadar memenuhi keperluan hidup.
Hyprobulksms

30 Ogos 2010

Menara jam The Raffles dan Kaabah


Mekah merupakan tempat impian kita selaku orang islam untuk mengerjakan fardu haji setiap kali tiba musim haji. Namun kini terdapat satu lagi daya tarikan yang bakal menggugat kemasyuran Kaabah iaitu menara jam dan hotel The Raffles. Kewujudan menara ini sedikit sebanyak mampu memberi impak yang mendalam terhadap ketulusan umat islam untuk beribadah bila tiba disana.


Dengan ketinggian mencapai 601meter menjadikan menara ini menjadi bangunan kedua tertinggi didunia mengatasi Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 509 meter manakala bangunan tertinggi didunia didahului oleh menara Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter. Dihiasi dengan bulan sabit emas berkilau-kilauan, 21,000 lampu putih dan hijau yang akan memancar dalam radius 30km setiap kali masuknya waktu solat  dan juga mempunyai empat muka dengan setiap satu mempunyai garis pusat 46 meter, dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi, sebahagiannya bersalut emas dan terletak lebih 400 meter di atas perkarangan Masjidil Haram. Pada setiap musim perayaan Islam pula, 16 jalur cahaya lampu akan dihalakan ke atas, menerangi kawasan setinggi 10 kilometer ruang angkasa. Bangunan The Raffles ini menjadi pencabar utama kepada Big Ben di London dimana perbezaan diameter 23ft dan menara hanya 31ft.


Menara jam The raffles ini bakal menggantikan pusat garisan masa iaitu GMT(Greenwich Mean Time) kepada MMT(Mecca Mean Time). Namun menara jam itu masih dalam tempoh percubaan. Pada satu persidangan di Doha pada 2008, ulama dan intelek Islam bersepakat bahawa waktu Makkah adalah meridian global yang tepat. Mereka berkata, Makkah terletak di tengah dunia dan Waktu Min Greenwich yang digunakan sekarang hanya dikuatkuasakan oleh Barat sejak 1884.
Apa yang membimbangkan kita kini ialah sejauh mana kelebihan pada menara itu sedangkan Mekah adalah tempat yang paling suci bagi kita selaku umat islam. Adakah dengan adanya ini memberikan kesan positif terhadap masyarakat dunia khususnya umat islam. Dengan ketinggian hampir 3 kali ganda dari menara-menara sekitar kaabah ia tidak sepatutnya didirikan berhampiran Masjidilharam. Kenapa Arab Saudi membenarkan perkara ini berlaku sedangkan antara tanda-tanda kiamat ialah berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit? Tentunya ketulusan hati dan kekusyukan para jemaah yang ingin menunaikan kewajipan terganggu kerana keindahan dan kemasyuran menara itu. Ditakuti akan ada aktiviti maksiat seperti yang biasa hotel-hotel besar adakan contohnya pub dan disco. Lebih ditakuti lagi jika disusuli aktiviti pelacuran dan maksiat yang lain.


Dari segi logiknya sudah tentu ada korupsi dikalangan pemimpin yang mementingkan diri sendiri untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa memikirkan persekitaran. Anda sendiri maklum bagaimana masyarakat arab masakini. Terakhir bayangkan jika bangunan menara itu tumbang menghala ke kawasan kaabah samada tidak sengaja atau disengajakan.Renung-renungkanlah.

Hyprobulksms

26 Ogos 2010

Kisah hidup aku satu masa dulu,

Hidup ni bukan selalunya senang, ada saja cabaran-cabaran yg datang, kadang2 kita betul, kadang2 kita buat silap. Yelah kita hanya insan biasa kan? Takde ape pon yg joe nk tulis kt post ni cuma nak kongsi sket kisah asal-usul kehidupan aku.

Aku ni anak petani, dari kecik sampai besa dah lali dengan kehidupan sebagai org kampung. Sawit, getah, sawah tu semua adalah mata pencarian family aku. Walaupon aku hanya anak seorang petani tapi bagi aku itu adalah rahmat bagi aku. Kenal erti susah payah dalam kehidupan, kenal erti kesederhanaan dalam hidup. Setiap kali aku tengok pokok2, dedaunan mesti hati aku jadi tenang. Sampai kadang2 jadi ketagih nk menikmati semua tu setiap masa. 
 
 
Ihsan pak Google
Dulu masa aku kecik aku selalu ikut mak aku tolong kutip getah sekerap atau bahasa lain getah beku atau lantun. Hehe ada tak yang tak penah dgr istilah nie? Bila dtg je time wekend aku selalu bangun pepagi ikut mak aku ke kebun getah. Biasanya kebun org je, kebun getah sendiri tak sampai dua ekar. Sebab tu mak ngan bapak aku selalu ambik upah toreh getah org. Haa ape? busuk? tau la korang mesti pikir busuk kan. Tp tula antara mata pencarian utama keluarga aku. Aku seronok tolong mak aku walau kadang2 aku malas nk tolong hahaha. Biasanya kalau time wekend aku tak tolong mak aku kutip getah mesti aku menyesal. Apasal ntah aku pon tak tau. Dapatla sket kadang2 amak aku bagi duit sket tuk beli jajan. Aku tak nak pon tapi amek jela buat simpan2. Amek ati la katekan haha. Mak aku toreh getah lama dah dr dia remaja lagi. Tp skrang dia dah sakit2 dh takle keje berat2. Kesian dia aku tgk kencing manis la jantung la dan sekarang ni buah pinggang problem plak. Alahai mak sabar erh mak kami sentiasa akan jaga mak okeh.


Ihsan pak Google
Kalau pasal sawit plak banyak kaitannya dgn bapak aku yg tabah tu. Dulu masa aku mula2 menceburkan diri dlm kebun sawit bapak aku tu umo aku baru darjah 4. Ape la sangat yg aku bole buat erk, tapi masa tu aku dah start tolak kete sorong jenama diamond tak silap aku tu. Bole la setakat 4 biji sekali tolak. Berat dowh badan pon kecik je. Masa tu gak jalan tgh kebun belum buat, berselut2 plak tu mak aihh..selalu aku mengeluh pasal selalu kete sorong aku terbalik bila isi penuh2. Dahla jauh..Geram2 aku sepak je kete sorong tu pasal ape ntah hahaha. Biasanya yg kejekan bapak aku, aku ngan uteh aku, kadang2 ude ada tolong gak. Sama2 tolak gerabak bapak aku nk letak kat tempat yg lori bole masuk punya pasal. Tarik pakai moto je beb. Habis baju kami kena tanah masa tu..Hahaha lawak plak nk citer, Biasanya bapak aku mesti belanja aku mkn roti canai sedap kat kg parit kassim dekat2 area kg aku sebelum gi nyawit. Balik pon kdg2 ngeteh gak kalau balik awal. Ye bapak aku kaki ngeteh haha. Aku pon samer je..Bila dah jual je sawit tu mesti bapak aku kasi upah yeahh.. dgn duit tula aku bole beli kasut, baju, majalah gila-gila, ujang, rokok syhhh..senyap2 je smuggle hua3..lama gak aku tlg kejekan sawit tu sampai tingkatan 5.Sekarang pokok sawit tu dah tua, bapak aku pon dah tua. Aku, uteh, uda masing2 dah ada kerjaya sendiri. Bapak aku dh tak larat nk kejekan sorang so dia upahkan je indon tuk settle semua tu. Kesian bapak aku susah2 besarkan kami ni. Thank kiu bah..Abah mmg the best. Skrg ni kalo boleh aku tak bagi dah bapak aku keje berat2 lagi, umo pon dah masuk 70 thn bah. Relak2 duk umah sudah nnt kita ngeteh sama2 erh.

Kadang2 time cuti aku lepak2 kat kebun sawit bapak aku tuk releasekan tensen aku. Dah macam ubat dah bila aku lepak sana rasa aman tenteram je jiwa aku nie.

Dengan experience ni banyak yang aku dapat faedahnya buat pedoman hidup aku. Bukan mudah mak bapak aku nk dapatkan duit utk besarkan kami. Aku hargai semua tu, dan aku tak nak susahkan mereka lagi. Aku janji. Biarlah susah camne pun kita kena dahulukan org tua kita. Sesungguhnya aku bangga menjadi anak tani.
Hyprobulksms

15 Ogos 2010

Boleh ke harga sampai macam ni??

Assamalualikum..
Hari ni Mat tak nak cakap banyak2..
cuma nak kongsi sket pasal harga barangan kat Sarawak ni yang agak dan memang mahal pun.
Satu hari tu Mat pegi beli air 100plus, then bawak balik trus minum untuk berbuka.
Tengah dok lepak2 tertengok plak tanda harga kat botol tu.
Kat sini memang perkara biasa tapi takkan la sampai beza 70sen aje giler!!
Korang tgk la sendiri gamba ni.




Sorry bagi rakyat sarawak, tujuan post ni bukan nak memburukkan cuma kesian org2 yg duk sini, harga barang memang banyak yg mahal. Hakikatnya memang perlu mahal sikit dari semenanjung tapi ada pulak yg ambik advantage gila-gila sebab Mat tgk harga kat sini memang tak seragam. Harap pihak berwajib dapat pantau masalah macam ni. Ni baru air lom lagi makanan dan barangan lain.


Fikir-fikirkan sejenak.
Hyprobulksms
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)