Assalamualaikum w.b.t
Tahun ini kita sekali lagi bakal merayakan perayaan Aidilfitri sebaga tanda kemenangan kita menempuh sebulan berpuasa, menahan nafsu lapar dan dahaga juga dari melakukan perkara maksiat. Persiapan sudah mula dilakukan, mercun juga sudah mulai kedenganran. Sedikit sebanyak mengimbau kembali kemeriahan hari raya Aidilfitri yang telah berlalu sepanjang usia kita ini. Kebanyakan dari kita juga telah mula kembali ke kampung halaman terutamanya buat perantau-perantau yang tinggal berjauhan dari keluarga. Kedengaran lagu-lagu raya disana sini menggamatkan lagi suasana kemeriahan.
Apa yang perlu dititikberatkan ialah cara penggunaan kewangan kita bagi mengelakkan pembaziran juga inflasi yang berlebihan. Cukuplah sekadar memenuhi keperluan yang ada, kini pula harga barangan-barangan runcit yang semakin mahal tatkala ramadhan baru sahaja menjelma tempohari. Pengurusan kewangan yang bijak haruslah bermula dari awal perbelanjaan melalui perangkaan dan perbincangan sesama keluarga.
Aspek keselamatan juga tidak perlu diambil ringan kerana seringkali berlaku kemalangan-kemalangan ngeri disepanjang lebuhraya dan juga jalan-jalan biasa. Pastikan kereta anda diperiksa dengan teliti dan juga tahap kesihatan haruslah ditahap terbaik sebelum memandu. Tidur hendaklah cukup sebelum memulakan perjalanan dan juga berhenti ketika mengantuk. Dapatkan bantuan keluarga sebagai pengganti jika tidak dapat menahan mengantuk.
Esok saya akan berangkat balik ke semenanjung Malaysia dan bermulalah cuti saya selama 2 minggu. Tidak sabar rasanya ingin pulang ke kampung halaman setelah sekian lama. Dengan ini saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin, maafkan saya sekiranya ada kesalahan saya yang sengaja atau tidak disengajakan. Diharap tahun ini perayaan kita lebih meriah dengan tiada peristiwa yang buruk berlaku. Semoga anda menikmati Syawal ini dengan penuh keriangan dan penuh dengan keberkatan InsyAllah.
::Assalamualaikum::
Tiada ulasan:
Catat Ulasan