26 Januari 2014

Kes terakhir warga Indonesia bunuh pegawai Ambank 10 Feb.



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 Februari ini bagi tarikh pengurusan kes terakhir terhadap seorang pengawal keselamatan warga Indonesia yang dituduh membunuh dan melepaskan tembakan terhadap seorang pegawai AmBank di Subang Jaya, dalam satu kejadian rompakan, tiga bulan lalu.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli bagi memastikan dokumen-dokumen lengkap berkaitan kes terhadap La Ode Ardi Rasila, 37, diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh diwakili peguam bela S. Selvi yang dilantik Kedutaan Indonesia manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Parimalaah. Peguam bela, S. Prakash pula hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga tertuduh.

La Ode yang berasal dari Sulawesi, Indonesia, hadir di mahkamah memakai baju T dan seluar panjang berwarna hitam pada pukul 8.50 pagi dengan dikawal ketat pihak polis.

Sementara itu, di luar mahkamah, Parimalaah memberitahu pemberita, dokumen tersebut melibatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan kimia.

Pada 19 November tahun lalu, La Ode didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh Norazita Abu Talib, 37, di dalam bangunan AmBank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Bagi pertuduhan membunuh mangsa, lelaki yang bertubuh sederhana itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan 'pump gun' dengan niat menyebabkan kematian ke atas mangsa.

Pertuduhan kedua itu dikemukakan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, dalam kejadian pada 23 Oktober tahun lalu, Norazita maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 10 November tahun sama, pasukan Op Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya memberkas La Ode kira-kira pukul 7 pagi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Tertuduh yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di beberapa buah bank berdekatan dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu ketika memohon kerja di sebuah syarikat keselamatan.

Polis turut menemui senjata api jenis pump gun yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, beberapa hari selepas penangkapan lelaki terbabit.

03 Januari 2014

Tasbih cinta.

  Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya setelah menjadi suami kini bergelar pula sebagai ayah. Persoalan lalu terjawab, amanat Allah harus dijaga dengan rapi dan dengan sepenuh tanggungjawab membimbing keluarga kejalan yang diredhai Allah. 

Kini apa yang dilihat semuanya berlainan. Bukan sahaja kerana sebab kurniaan yang Esa, tetapi atas petunjuk-petunjukMu yang jelas terang lagi nyata. Walaupun diri ini jauh dariMu tetapi kau berikan jua petunjuk yang sukar diterjemahkan dengan perasaan dan kata-kata. Masa kini bukan lagi untuk berhibur, mengejar keseronokan duniawi semata-mata. Hobi bukan lagi menjadi peneman sejati kala sunyi. Tetapi merenung atas diri sendiri yang mungkin jauh dari jalan yang lurus. Biarkan mereka berkata-kata apa sekalipun, diri ini tetap diri ini. Teguh dengan pendirian hidup yang diamanahkan didunia ini sebagai bekalan akhirat nanti. Walau mungkin aku tersasar dari landasan, aku akan tetap berdoa memilih untuk ke jalan Mu yang benar. Rongga-rongga kusam akan ditutup, dan diratakan dengan cahaya dari Mu ya Allah. Terkurung nafsuku hanya untukMu. Setiap nafas ini tidak lagi untuk dibazirkan. Bukan lagi marah atau amarah menjadi petanda riak dan takabbur diatas muka bumi. Apalah gunanya, perbuatan membazirkan masa dengan perkara tidak berfaedah jika bukan sekadar pengubat dan penawar rindu kepadaMu. Mungkin itulah diriku yang dulu. Gelap, usang dan tandus tetapi kotoran menjadi penyeri hidup yang dulu. Apatah lagi sepi. Apa itu sepi. Sepi dari cahaya dari Mu ya Rabbil Alamin. Biarkan masa berlalu dengan semangat perjuangan abadi. 
-Ahad'-

08 November 2013

Allah hu Rabbi

Alhamdulillah....
Alhamdulillah....
Alhamdulillah....

     Syukur ke hadirat Ilahi atas kurniaan rezeki, kesihatan dan juga hidayah Mu. Ya Allah hari-hari yang Kau berikan sungguh mengujakan, tiada putus rahmatmu dan keberkahan yang tiada putus mengalir kepada hamba-hambaMu. Amatlah penyayang kepada hambaMu walau kami mungkin tidak pernah mensyukuri walau sekelumit nikmat Mu itu.

      Hari-hari yang ku rasakan semakin pendek, seakan esok Izra'il bakal menjemputku. Walau begitu masih banyak dosa terpalit didada ini. Amatlah berat ku menanggungnya ibarat ditindih oleh sepanjang banjaran gunung-ganang.  Wahai sekeping hati, ingatlah..bukan mudah mengawal iman, bukan senang membentuk hati. Sang nafsu dan syaitan musuh sejati dalam perjuangan penuh bermakna dalam hidup. Ku pejamkan mata dan teruskan berjalan selagi nyawa dikandung badan selagi sisa-sisa iman masih berjalan selagi hidayah Allah terus bersama. Usah ditanya Rahmat Allah, kerna Rahmat Allah itu senantiasa ada cuma kita perlu mensyukurinya.. Banyak peristiwa telah berlaku dalam hayyat ini, banyak petunjuk telah muncul dalam hayyat ini, terang benderang lagi bersuluh. Ya Allah, jauhnya aku disisi Mu, namun hati ku untukmu, jasadku untukmu dan..segala amalanku untuk Mu ya Allah... Ku cintakan Mu kerna kasih Mu yang tiada putus. Banyak nikmat yang telah kau berikan dari bernafas, berjalan, makan dan minum, melihat, mendengar, ketawa, menangis, berlari dan tidak terkira banyaknya. Semuanya itu kerana Kau lah maha penyayang...

     Tangan ini mungkin tidak lagi menulis, menaip...Mulut ini mungkin berhenti berbicara, mata ini juga mungkin berhenti melihat. Ampunkan kesalahanku wahai ibuku, ayahku, isteriku, kakak dan abangku dan juga kawan-kawanku yang dikasihi..Aku hanya orang biasa punya banyak dosa yang tidak mahu ke neraka dan tidak layak untuk ke syurga.

02 September 2013

Hari kemerdekaan ke 56 tahun 2013

     Sudah 56 tahun kita merdeka, hidup dalam keadaan majmuk yang berbilang kaum dan agama. Tetapi erti kemerdekaan itu sendiri tidak bermakna tanpa kesatuan rakyat dan keamanan yang padu.

     Baru-baru ini saya pergi ke Johor Bahru pada hari merdeka. Perjalanan dari Kuala Lumpur memakan masa selama lebih kurang 3jam. Dalam perjalanan terimbas kembali satu masa dahulu akan memori hari kemerdekaan. Banyak kederaan dipasang dengan jalur gemilang tidak kira dari motorsikal sehinggalah lori treler. Bandar-bandar dan pekan juga dipenuhi dengan kibaran bemdera Malaysia tanda cintakan negara. Tetapi apa yang mendukacitakan sepanjang perjalanan tiada satu pun yang memasang bendera di kenderaan masing-masing. Cuma saya ternampak beberapa motorsikal kapcai atau lebih dikenali dengan mat rempit memasang bendera Malaysia dimotorsikal mereka. Ada juga yang memakai dileher seperti 'superman'. Agak lucu ketika itu. Saya hairan mengapa sekarang rakyat sudah tidak merayakan kemerdekaan ini. Adakah kerana perbalahan politik atau mementingkan diri sendiri. Dulu jika pada 31 ogos ramai akan memasang bendera dibonet kereta, ditepi lori dan juga belakang bas. Tapi kini tiada lagi.

     Setelah selesai urusan di Johor Bahru saaa pulang ke Ledang iaitu kampung halaman saya. Terdetik lagi ketika melalui pekan Bukit Gambir sepanjang deretan kedai penuh dengan kibaran jalur gemilang. Tetap  malangnya tiada satu pun kedai atau deretan bangunan yang di dominasi masyarakat cina mengibarkan bemdera Malaysia. Dalam hati saya berkata 'apa sudah jadi'. Selepas pilihanraya terbaru ini semuanya telah berubah.

     Masyarakat berbilang kaum seperti tidak bersatu dan tiada semangat patriotisme. Bahkan ada juga yang menghina dan mencerca jalur gemilang mahu menggantikan dengan corak yang lain. Apalagi yang rakyat mahu. Kekayaan yang melimpah ruah dan peluang kerja yang banyak dapat menjamin hidup. Jika ada usaha adalah hasilnya. Bukan mengherdik dan dengki terhadap bangsa lain mahupun bangsa sendiri. Tunggu disuap dan dibelai bukan manusia namanya. Hanya mereka yang berani gagal akan maju kehadapan.

12 Julai 2013

Setitis tinta Ramadhan

Assalamualaikum..

       Setelah sekian lama tak menaip tiba-tiba hari ni nak menaip pulak. Alhamdulillah dah masuk hari kedua ramadhan tahun ni. Syukur kita masih dapat menjalankan ibadah puasa ye kawan-kawan. Menahan lapar dahaga, menahan pandangan mata dari melihat perkara yang tidak baik dan belajar menahan marah didalam diri. Sempena bulan Ramadhan yang diberkati ni rasanya elok kita ambil peluang untuk mencuci hati dan tubuh badan kita setelah sekian lama terpalit dengan dosa-dosa kita. Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati dari tahun yang sudah.

       Tik tok tik tok masa berlalu meninggalkan kita, rasanya sungguh cepat kita dimakan usia. Dengan limpahan kurnia Allah swt kita masih hidup dalam tempoh percubaan hidup untuk mencari bekalan di akhirat kelak. Walau kita bukanlah orang yang maksum dan cuma manusia biasa tetapi kita boleh melakukan perkara-perkara sebaik mungkin. Bak kata pepatah saya, apalah guna 'rockers' kalau tak beriman, ibarat sarkis yang tidak laku jadinya. Kembali kepada ramadhan ni kita sering tergoda oleh macam-macam perkara yang mungkin tidak disengajakan dalam seharian. Gerai-gerai minuman, makanan serta iklan sedemikian seringkali mengganggu gugat iman kita. Gadis-gadis seksi juga tak ubah seperti cacing dimata kail, menjadi umpan kepada masa depan tak gemilang. Marah juga menjadi belenggu dalam berfikiran waras manusia. Itulah sedikit sebanyak yang terjadi dibulan Ramadhan yang diberkati ini.

       Ada juga diantara kita yang sudah ketiadaan ibu atau bapa akan merindukan mereka tatkala bersahur atau berbuka puasa. Apalagi bila menjelang syawal yang dinanti-nanti. Nostalgia lalu tetap akan bersama kita merindui mereka yang tersayang ketika mereka ada disamping kita. Apakan daya, Allah lebih cintakan mereka Allah lebih mengasihi mereka. Kelak masa kita akan tiba jua suatu hari nanti. Apa yang penting doa anak untuk mereka adalah amat bernilai sebagai sandaran ketika disana. Jika kita tidak dapat membahagiakan mereka ketika mereka masih hidup apa kata kita membahagiakan mereka disana dialam yang fana menuju barzakh akhirat hakiki. Tidak semua menjadi orang yang mewah, tidak semua yang tak pernah melakukan khilaf terhadap mereka. Jika rasa dosa kita terhadap mereka tidak terampun, cucilah dosa itu dengan kiriman sekalung Alfatihah atau Yasin. Bersedekahlah kepada anak yatim , kasihanilah orang-orang yang susah atau miskin jadikanlah mereka sahabat kita InsyAllah ada jalannya kelak. Penyesalan tiada guna jika tidak berubah. Sematkanlah sedalam-dalamnya di hati supaya menjadi orang yang beriman agar mereka disana tidak disiksa oleh api neraka. Demi masa sesungguhnya orang-orang yang lalai itu didalam kerugian. Berubahlah sekarang untuk masa depan yang lebih cerah. Apa guna harta menimbun jika tiada keberkatan. Yang ada hanyalah tauhid dan hidayah yang kita perlukan. Berdoalah..kerana berdoa membuat kita lega dan bergantung harap pada yang Esa. Tawakkal dan usaha jalan penyelesaiannya.

       Bagi yang bakal menerima cahaya mata jangan putus berdoa akan kesejahteraan bayi yang bakal lahir kedunia. Mintalah apa-apa yang elok dari paras rupa sehinggalah segagah Saidina Umar Al-Khattab atau semulia Fatimah Az-Zahra. Pohonkanlah dia kekuatan iman padanya supaya nanti dia menuju ke jalan Allah bukan menuju kejalan kebinasaan. Biarlah kita mungkin ibu atau bapa yang mungkin tidak sempurna imannya tetapi pohonlah untuk mereka. Doa ibu bapa adalah yang terbaik. Jangan lupa pesanan ini juga untuk saya sendiri. Semoga anak-anak kita kelak menjadi orang yang beramal soleh. InsyAllah. Aminn.

Selamat menunaikan ibadah puasa kepada saudara saudari sekalian. Tabah dalam menjalani ibadah!

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)