31 Mei 2011

Hujan akan teduh

     Dalam suatu petang jumaat yang mendung dan angin sejuk yang agak kuat membuat aku bercampur-baur perasaan. Nak aku gagah tapi cuaca tak mengizinkan, tak ku gagah tapi hati ni lagi kuat. Aku duduk ditepi pintu memandang motor honda kapcai aku yang dah siap sedia untuk perjalanan jauh. Jam kat tangan dah menunjukkan 6.00 petang. Aku keterlewatan bangun dari tidur selepas solat jumaat dan hajat ingin lelapkan mata sebentar tetapi terlajak. Kesana kemari aku melangkah sambil berfikir wajarkah aku balik ke johor petang ini. Agak lama aku nak buat keputusan dan akhirnya aku hidupkan enjin dengan lafaz bismillah aku teruskan perjalanan. Berbekalkan jaket tipis hujan pun mulai turun, aku berhenti di kawasan rehat gambang. Sambil mendengar deruan enjin motorku aku berfikir lagi samada nak teruskan ataupun tidak. Hujan mulai lebat membasahi bumi. Dengan perlahan aku pusingkan motorku menuju kembali ke rumahku. Belum sempat sampai hati aku tetap kuat untuk pulang ke kampung walau hujan lebat membasahi jaket dan pakaianku. Aku pusingkan kembali motorku ke laluan selatan. Aku teruskan menuju ke johor dalam keadaan basah,kabur dan jalan yang licin. Aku yakin apa yang aku buat ini hanya kerana Allah dan kerana ingin menjenguk keluargaku dikampung terutama sekali ibuku. Baru sejam perjalanan melepasi kawasan paloh hinai aku lihat jalan gelap gelita tiada kenderaan terutamanya lori-lori balak yang selesa berjalan diwaktu malam. Air hujan yang menemani aku sepanjang perjalanan membuat aku menggigil kesejukan, baru sahaja melepasi sejam. Aku berdoa semoga hujan cepat berhenti tetapi keadaan sama tetap lebat.

     Menaiki bukit bukau sesekali membuat motorku terasa berat untuk berjalan. Ya Allah sejuknya malam tu tuhan saja yang tau. Aku hadkan kelajuan pada 80km/j kerana pandangan sangat terhad termasuk kabus yg sangat tebal. Dalam asyik dalam perjalanan dan kesejukan aku terimbas kembali saat aku kecil. Waktu itu pagi dan angin pagi meniup ubun-ubunku yang dingin sambil memerhatikan langit biru. Pada masa yang sama aku sedang menyiapkan layang-layang aku. Aku perhatikan ibuku sedang menoreh disebelah rumah dalam semak samun yang agak rendah. Suasana waktu itu masih segar dalam ingatan aku. Aku sendiri tak faham mungkin juga kerana memori aku sangat kuat untuk mengingat detik itu. ......Bersambung~

19 Mei 2011

Rona-rona fikiran~

     Tengah asyik dengan keje sambil bermandi peluh sempat lagi aku mengelamun, teringat akan kata-kata dari membe aku yang tak dapat aku nak taip kat sini. Mungkin la aku kena buat apa yang dia cakap dan aku rasa selama ni memang itu la yang aku patut buat. Lagu hattan yang berkumandang kat henpon cabuk aku menguatkan lagi suasana. Ermm...keliru mana satu yang aku perlu buat tapi apepun aku kena kembali ke asal. Sayang dengan apa yang aku dan bina selama ni roboh macam tu je. Betulla orang cakap kadang-kadang dalam kita sedang mencari jalan menuju keredhaanNya tetap ada halangan dan rintangan yang hebat walhal pada masa yang sama mungkin tuhan nak bagi kita sesuatu yang lagi baik dari itu. Rasanya bila buat dosa seolah-olah kita menganiaya diri sendiri yang sebenarnya tak nak dan tak mungkin dibuat. Logically fikiran dan nafsu sangat-sangatlah berbeda, pengaruhi apa yang akan disampaikan dan diolah menjadi satu perbuatan, sejurus itu dibahagi-bahagikan menjadi mana yang baik dan buruknya. Dengan tak sengaja aku mendongak lagi, mana dia? mana? kabur dan jauh dari pandangan yang rabun akan kabut dunia. Aku teruskan berjalan dan terdetik lagi dan langkah aku terhenti. "Allah, masihkah ada ruang untuk ditempatkan di sampingmu?" Ada yang senyum ada yang muram, takpe dan terus berjalan sampai ke sempadan tempat-tempatnya. Penatlah hati aku cakap, lepas tu hati aku cakap takpelah nanti sambung balik. Bertenang that was only a beginning cakap automotivasion aku, eh sapa kat belakang aku? selalu bayang-bayang tu tetap mengekori aku sampai aku terlupa. Tak kenal dan tak jelas siapa. Aku abaikan lagi dan abaikan sampai la satu detik degup jantung aku terhenti sekejap. Bermula dari situlah mungkin i'll take action for what it being for. Ok i'll try. But...

12 Mei 2011

0

Assalamualikum, dingin hari ni, seharian kerja sepanjang minggu lepas hingga kini sangat panas. Bekerja kat tengah panas memang dah jadi mainan aku untuk cari makan. Diam tak diam dah masuk minggu kedua aku kat subang. Padat dengan jadual harian yang agak membosankan. Life ni nak ke tak nak kita kena teruskan, nak nak pulak nak cari makan jadi kenala kita kerja seikhlas yang mungkin untuk mendapatkan rezeki yang halal lagi diberkati. kalau ikut hati rasa macam teringin jugak nak tukar kerja. Aku suka pelbagaikan kerja aku tambah pulak yang lagi mencabar. Tapi kontrak tak habis lagi la pulak. Takpe, sampai masa boleh la aku try keje lain pulak. Aku teringin kerja kat oversea sebenarnya. Tempat paling ingin aku kerja kat Abu Dhabi. Yes arab tu, jauh dari Malaysia jauh dari family. Rasa nak sangat aku kotakan impian tu tapi belum sampai waktu agaknya. Aku pun pelik kadang-kadang ada je idea giler aku ni muncul. Tah hape-hape aku pun tak paham, ada sekali tu aku rsa nak buat bungee jump. Mana nak dapat? so aku lupekan la. Tapi ada satu lagi benda aku teringin sangat-sangat nak buat, nak beli satu hang gliding. Dari kecik dah aku idam benda tu siut. Terbang bebas berapa lama aku nak sampai kaku kesejukan awan. Macam mana rasanya ntah. hope so nanti aku dapat beli benda tu. Amenda aku merapu ni.. dah la tido lagi bagos..adios.

10 Mei 2011

Izinkan selamanya namamu dihati

Khas aku tujukan lagu ni buat seseorang, semoga bahagia ke akhir hayat..Aku akan sentiasa doakan kau okey.


PT 5808

Syukur alhamdulillah akhirnya rumah aku dah siap sepenuhnya dan sedia untuk disewa. Melihat rumah sendiri terharu rasanya macam tak percaya walaupun hanya sekadar hutang. Berbagai-bagai dugaan sebelum nak dapat rumah ni termasuk runner yang dah running larikan duit grill aku dan kawan-kawan. Biarlah dia nak buat ape pun Allah maha adil. Yang penting kunci rumah dah selamat diserahkan tadi. habis lagi duit aku seribu. Siap dibasuh samai leka hampir masuk waktu maghrib. Lepas ni rasanya elok aku sewakan rumah tu sebab aku yang bertugas jauh nun di Sarawak. Ada jugak income aku sikit-sikit nanti sementara tunggu harga dia naik. Rasa macam nak jual satu hari nanti, ntah kenapa tiba-tiba rasa malas nak duduk sana. Pada yang nak beli rumah tu jangan banyak fikir sangat, rumah sekarang dah mahal, makin lama makin mahal, jangan sampai satu hari nanti terus tak mampu nak beli. Kalau berhajat la nak rumah sendiri. Sebab aku dengar-dengar harga rumah akan naik mendadak lepas 2012 ni wallahualam. Sapa-sapa nak sewa rumah area port dickson boleh kontek aku. Calo macha...
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)