09 Mei 2011

Si Cooper

       Ada satu basikal, cooper nama dia. Dulu sebelum dia dibeli sape-sape dia duduk dengan kawan-kawan dia, ada yang besar ada yang kecil semuanya baru-baru belaka. Sampai satu masa tu ada seorang manusia beli si cooper ni. Kemana sahaja dia pergi cooper akan ikut sekali, cooper sangat bertuah tuan dia sangat caring pada dia. Setiap hari tuannya akan membasuh cooper sebersih2nya, Pantang ada yang tak kena tuannya pasti akan baiki dia secepat2nya. Ohh bertuahya si cooper. Bila malam cooper disimpan didalam rumah dan diselimuti dengan kain. Seawal pagi tuannya membawa cooper untuk mencari rezeki. Bersemangat si tuan kerana cepat sampai ke tempat kerjanya. Cooper menunggu tuannya dengan penuh semangat, tersenyum melihat cooper adalah perkara biasa. Sampai satu masa cooper terpaksa melalui jalan yang rosak, malangnya cooper kemalangan . Cooper rosak teruk, ada bahagian yang tidak boleh dibaiki. Namun tuannya tetap bersama cooper walau tidak secantik dan selesa seperti dulu. Tuannya sangat sayang pada cooper, tetap seperti dulu. Cooper sekali lagi rasa bertuah kerana ada tuan seperti itu. Tetapi tuan cooper merasakan yang cooper harus digantikan kerana sukar untuk ditunggang lagi. Dan tuannya memutuskan untuk membeli basikal yang baru bagi menggantikan cooper. Cooper diletakkan di belakang rumah, terbiar dihujani dan panas dek sinar mentari. Lama kelamaan cooper semakin berkarat. Tuannya meletakkan cooper di belakang reban. Seluruh rangka cooper semakin berkarat dan akhirnya reput. Sampai satu masa cooper rebah menyembah bumi kerana karat. Cooper lenyap dari mukabumi..

07 Mei 2011

Kuning dan biru dambakan satu

Sejuk bayu melintas pergi
Mempalit secangkir ingatan tulus
Hendak digenggam hendak didakap
Dan memori gugur bak dedaunan kering
kembali bertaut kenangan lalu

Sayu hening sunyi dan dingin
Tiada bunyi tiada serangga
Kembali bersatu dihati dinyawa
Abadi perimu membekal jiwa
Buat pembawa sang diri ini

Disini ku tunggu disana kau tunggu
Kesana kulihat dan kesini jua kau lihat
Tiada jawapan sehidup senyawa
Itulah dia benteng dimensi
Hanya masa yang akan tiba

Ku nantimu dititian itu
Tetapi belum sampai waktu
Kerana tonggak sekadar satu
Terindu yang darimu
Kini berkatmu tiada satu

Tulismu dihati segar dan mekar
Buat ingatan tulus dan suci
Hanya makam dapat ditatap
Buat pengganti si diri itu
Kukuh tersimpan didalam kalbu.


~Selamat hari ibu~

06 Mei 2011

Antara impian cita-cita

       Nov 1999, cuti sekolah bersamaan . Kebetulan masa tu kawan aku yang duduk kat felda moakil balik kampung. Dia ada bawak sebuah gitar kapok.  Ipin selaku kawan karib aku bila tiba musim cuti sekolah selalu bila aku lepak dia mainkan gitar. Ingat lagi lagu yang dia mainkan lagu 'teman' dari xpdc. Masa tu kumpulan xpdc tangah hot lagi bagi bebudak meningkat naik masa tu. Lepak kat rumah atok dia kat pangkin sambil melalak ramai-ramai. Petang dan malam. Kebetulan masa cuti sekolah tu teringin aku nak merasa duit sendiri, so aku dan member2 sekampung aku cari la keje. Tapi takde la kat pekan, cuma kat kebun2 sayur. Sbb kami rasa tempat tu je plg senang nak dapat keje.

       "Tokey, ada kerja kosong tak?" tokey tu jawab "ada-ada, u boleh apa kilija(kerja)?" aku jawab " suma boleh tokey tarak hal punya". Lepas tu tokey tu setuju ambik kami berlima kerja kat kebun sayur dia yang luasnya lebih kurang 10 ekar. Gaji pulak dia bagi sehari RM8 je, ermm ok la tu janji dapat duit halal ma...hati kecik aku cakap. Maklum la masa tu umur aku baru 15 tahun, mana la reti nak betah2 gaji ni. Kebun cina tu masa tu baru je 'peron' atau bahasa melayunya bakor akar dan pokok-pokok yang telah ditumbangkan. Bermula cabut akar-akar pokok yang masih tertinggal dalam tanah selepas dibajak hinggalah sampai kebun tu  mula keluarkan hasil. Macam2 keje kami buat, mencangkul, buat batas, tanam benih, dan yang paling aku tak tahan angkat baja urea baja tahi ayam. Tergelak aku taip ni, yela mana ada budak2 melayu sekarang sanggup keje macam tu. Kalau ada pun segelintir je. Masa aku kerja tu kalau tak silap terkena bulan puasa, so adalah kantoinya juga. Tapi tokey aku kira okey la siap cakap 'kalau u tak puasa nanti saya belikan makanan. Sebelum bulan puasa tu memang dia selalu belikan makanan. Mungkin pasal kami rajin bekerja dengan harapan dapat sayur free tapi lepas tu memang hari2 free haha. Ape yang paling puas bagi aku ialah dari mula kebun tu tak macam kebun sampai cantik jadi kebun sayur subur menghijau. Seronok sangat hasil keja kami berlima. Walau gaji rm8 je tapi kami tak penah merungut. Dalam tempoh bekerja tu aku pasang niat, nak beli sebuah gitar kapok dan sepasang kasut 'cikang'. Masa tu kasut tu memang tengah ngetop la. Penat tu toksah cakap la macam mana dengan matahari macam merebus kepala tapi dek kerana impian semua tu tak rasa bagi aku.

       Raya pun dah nak sampai dan aku dan kami semua berhenti kerja. Dapat la duit sikit. Dengan duit tu la aku beli gitar pertama dalam hidup aku berserta kasut cikang sepasang yang semat giler, dapat la aku bergaya sikit masa raya tu hahaha. Seronok yang amat sangat. Lepas tu bermula la aku belajar main gitar dan hasilnya berkat dari usaha yang gigih dapat la aku mainkan lagu ape yang aku nak. Rasa susah sangat sebab takde orang nak ajarkan. Nak belaja dengan abang aku memang jangan harap la. Tapi tips2 dia yang kau dapat tu sangat banyak membantu aku. Korang mesti tak percaya aku belajar gitar sendiri takde cikgu. Macam mana nak pegang macam mana nak petik semua aku belajar sendiri ditambah tips2 pro abang aku. Okey la jugak, tapi ada jugak satu masa tu gitar kapok kesayangan aku tu nak dihempas sebab tak boleh2 nak main, tapi aku istighfar kenangkan punya la susah aku nak beli sebiji gitar kapok yang harganya masa tu cuma tak sampai seratus ringgit. Berkat sabar berjaya jugak. Tu jela aku nak cerita kat sini....adios buddy....

02 Mei 2011

10 petanda dia jodoh kita =)

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan? 

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama

Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan

Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Masa kanak-kanak memang best beb.

Hari ni 2 may 2011, ye hari ni aku keje jugak. Tengah keje tadi tingat pulak aku pasal ayam. Dulu kecik2 hobi aku bela binatang, banyak gak binatang aku penah bela, kucing, murai, terkukur, merbuk, wak-wak, tupai, itik, ayam, kambing, kelicap dan tah hape2 lagi aku penah bela. Ha tupai penah gak tapi kejap je. Tapi ape yang aku rasa paling untung ayam la. Ayam kampung aku dah biase bela tapi aku nak citer pasal ayam daging. 
Korang tau tak mana aku dapat baka ayam daging? Gua dapat dari B.S beb. BS? tu singkatan bebudak kampong aku dulu a.k.a buangan sampah. Haha mesti korang rasa jijik dengar aku kutip dari BS kan? Kecik-kecik tau hape janji dapat barang yang kami nak antaranya pelampung tiub lori balak utk buat berkubang kat kolam2 yang kami ceroboh. Ye memang dulu aku kira selalu jugak la pegi sana sebab nak cari barang permainan dan gadget2 lain yang masih serviceable. Mak bapak aku tak penah ajo pon tapi membe2 aku yang ajo. Bau memang busuk giler babeng la toksah cakap tapi tak penah la aku muntah. Kilang ayam jarang-jarang buang telur ayam kat sana tapi kalau dia buang mmg banyak anak ayam ler cuma pilih je yg nmpak sihat dan berkualiti. Biasanya aku bela tak sampai 20 ekor. Duit sekolah aku buat beli jagung ayam hancur, kasi makan ayam ternakan aku. Masa memula mmg kritikal sikit sebab mana ada ibu ayam tu, so kena la inisiatif sikit. Masukkan kat dalam 'gerdos' bahasa kampong aku ataupun lagi senang kotak mcm kotak TV tu. Then tebuk tin milo atas bawah, letakkan kat dalam tu pelita. Tebuk keliling tin milo tu supaya haba dapat diedarkan. Senang je kan? Seronok tengok ayam-ayam aku membesor gemok2 semua. Bila dah besor sikit aku lepaskan ler. Sampai masa aku request bapak aku sembelih makan ramai2. Hehe ada yang geli nak makan kalau ikut aku cerita ni. Tapi aku yakin dah dkt 16 tahun lepas aku makan ayam tu dan masih sihat walafiat alhamdulillah. Sebab ape sebab aku yakin ayam tu bersih masa aku kutip dan tak penah kena injection lagi. Ayam baru netas la katekan. Teringat dlu ayam yang aku bela tu jinak2, tak lari kalau aku datang siap main panjat2 badan aku lagi. Masa tu la aku tau ayam pon pandai nak manje2 mcm kucing. Alah aku tau korang tak percaya ayam tu kan haha. Tapi betol bila dia naik kat bahu aku dia usik aku pakai paruh dia. Lawak  je aku ingat. Dan satu lagi kegemaran aku kalau ada yama tengah mengeram aku suka usik bagi ibu ayam tu patuk aku tak pon suruh dia kejor aku. Akibat selalu sangat kacau mak ayam mengeram tu yang aku kena 'gurem'. Gurem ni spesis insect yang suka duduk sama2 kat area telur bila mengeram. Kalau kena kat badan gatal woo00o. Cara nak hindar gurem tu dengan minyak gas. Sapukan kat mana2 kat area badan mcm pakai perfume nnt dia lari la. Tak caya? tak caya dah aku ni kan budak kampong je. Lantak pi kat hang budakj bando haha. 

Cakap banyak tak guna tembak pon tak kena ok lah sampai sini jela aku nak cerita ek, May rest in peace bebeh =) babaii...
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)