Bismillahirrahmanirrahim..
Akhirnya semakin hari semakin cepat masa berlalu, Tak lama lagi aku dah nak habis berkhidmat dalam tentera. Terlalu banyak kenangan manis, suka duka sepanjang perkhidmatan aku didalam TUDM. Tempoh 12 tahun aku rasa sangat singkat dan sangat pantas. Pengalaman-pengalaman bermakna dalam perkhidmatan takkan aku lupakan. Nak kata sedih tu tak la cuma berpisah dengan kawan-kawan kerja aku tu yang agak terasa sedikit. Mungkin agak jiwang jugak penulisan aku ni tapi itulah aku. Macam mana lagi aku nak ubah. Syukur kehadrat ilahi diberi peluang untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada nusa dan bangsa.
Terlalu banyak kenangan samapai nak cerita pun tak ingat. Mungkin ade masa aku sisipkan buat kenangan aku sendiri. Kerjaya aku bermula masa rekrut kat ipoh. Aku ingat masa tu aku jadi pegang senapang jer rupanya pegang sepanar. Itulah rezki namanya. Bermula latihan basic kat ipoh bawak ke kolej tentera udara, itas. Macam-macam aku belajar ilmu kemahiran mekanikal elektrikal pesawat. Aku tak rasa bangga langsung. Layan jer sampai habis ni. Jangan cakap naik kapal terbang best sebab dah muak sangat, jadi benci lak lahaii. Tapi pada aku kenangan paling best masa keje dengan fighter atau orang kampung aku cakap jet pejuang. Sebab aku rasa kesatuan yang paling utuh semasa berkhidmat di 6 skuadron kuantan. Kat situ jugak aku banyak menimba ilmu aku yang tak seberapa ni. Aku bukan qualityman, cuma teknisyen biasa yang sangat biasa-biasa sahaja. Hormat menghormati dan kerjasama sangat penting dan jadi subjek utama semasa kerja. Sebab tu aku suka kerja kat sana. Incharge semua sangat sporting dan sangat mengambil berat. Pendek kata semua jalankan tugas masing-masing dengan baik tidak berkira atau mengira tahap kepakaran individu. Walau tak pernah baris pagi tetapi kat 6skn tak pernah ada yang lewat dari Man A, Man B sampai la ke incharge. Sampai sekarang aku ingat integrity kami masa bertugas kat sana, Sampai satu tahap incahrge aku sendiri suruh rehat, ambil off/standown sebab masa tu aku dah lupa nak cuti/off dek kerana syok bekerja. Tahun pertama kerja memang tak pernah off, cuti sakit atau cuti. Memang tak terasa langsung. Siapa-siapa geng 6skn atau 'Mud Movers' yang baca post aku ni terima kasih sangat-sangat tinggalkan memori manis sepanjang tiga tahun kat sana. Mungkin keadaan sekarang dah berubah, ramai yang dah post out atau berhenti tapi aku harap kerjalah seikhlas mungkin kerana dari situlah terjalinnya hubungan akrab antara crew. Jangan mengira soal kerja, tapi soal keluarga juga jangan diketepikan. Ikhlaskan diri untuk bekerja sebaik mungkin. Teringat aku masa tu dua tahun berturut-turut jadi skuadron paling cemerlang dengan serviceability 110%. Bukan senang nak maintain aircraft ni. Kena belajar slow-slow dari bawah sampai mahir. Aku respek semua technician TUDM, walau ramai yang tak tahu dan tidak mengiktiraf kepakaran kami tetapi hasil kerja sangat memuaskan. kadang-kadang engineer pun minta nasihat kami. Bukan kadang-kadang tapi selalu, sebab yang hadap masalah adalah kami mereka lebih kepada arahan sahaja. Kalau anda engineering officer tak nak mengaku baik tukar trade sahajalah. Bukan cakap kosong-kosong sila cermin diri anda, Anda juga mempunyai kelebihan sendiri yang kami kagumi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan