22 April 2015

Bantuan Allah



Baru-baru ni aku ada baca buku mengenai 21 rahsia kejayaan. Buku tu percuma aku dapat masa pergi seminar hidup luar biasa yang lepas dan aku baru baca dua bab. Sedekah dan seikhlas. Bab seminar tu aku tak nak story korang pegi sendiri. Sebenarnya banyak kali buat keputusan berbolak balik tp Alhamdulillah aku garap peluang. Memang tak rasa rugi langsung, untung ada la. Money is not the matter, dia story tentang life, kolam hati dan banyak berunsur ketuhanan. Jauh meleset dari kiraan aku.

Nak dijadikan cerita, hari ni kebetulan pakcik aku kat felda kepis meninggal, jadi aku ambil keputusan nak menziarah. Aku gerak seorang diri sebab niat aku nak balik hari. Sebenarnya aku memang tak tahu jalan dan harapkan maps atau waze. Malangnya kedua dua apps tu tak allign betul betul. Sekejap freeze sekejap out dari jalan yang aku tengah lalu. Biasalah handphone aku pon pwnovo, tak ori plak tu, tambah pulak internet aku slow. Tapi bole la sikit nak agak kalau apps tu sangkut. Sesampai di kuala pilah waze aku start to hang, walhal dah tinggal dalam 20km je lagi. Buntu sekejap sebab dah masuk laluan yang tak banyak kedai tepi jalan. Tiba tiba aku nampak van jenazah, aku terus perlahankan kereta dan bagi laluan kat van jenazah tu. Tiba tiba aku teringat aku ada pasang niat kalaulah terjumpa van jenazah pakcik aku kan senang boleh follow sampai rumah terus. Hati aku berdebar tiba tiba. Inikah namanya pertolongan Allah. Macam mana boleh ngam jumpe? Sepanjang dari gombak, cheras seterusnya ke hiway lekas aku asik fikir je macam mana nak pegi rumah pakcik aku tu. Aku terus nekad follow van jenazah yang aku tak tahu siapa didalam. Selepas setengah jam aku nampak papantanda felda kepis. Yer kot ni, aku terus follow dan akhirnya Alhamdulillah memang betul sangkaan aku. Tanpa membuang masa aku park kete dan terus bersalaman dengan saudara dan ziarah si arwah. Syukur.

Seketika aku dipanas terik kuburan, aku dapat call dari bapak aku, yang makcik aku kat kampung baru je meninggal. Allah...dugaan, aku tak ambil masa lama selepas selesai pengkebumian aku gerak ke kampung. Walau tersalah jalan beberapa kali tapi aku sampai juga dikampung. Lega dapat tolong angkat jenazah dan kebumikan.

Semoga arwah cik Giman dan wak Besah ditempatkan dikalangan orang yang Kau redhai. Inna lillahi wa inna illahi rojiun.
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)