27 April 2015

Perjuangan terhenti disini



Bismillahirrahmanirrahim..




     Akhirnya semakin hari semakin cepat masa berlalu, Tak lama lagi aku dah nak habis berkhidmat dalam tentera. Terlalu banyak kenangan manis, suka duka sepanjang perkhidmatan aku didalam TUDM. Tempoh 12 tahun aku rasa sangat singkat dan sangat pantas. Pengalaman-pengalaman bermakna dalam perkhidmatan takkan aku lupakan. Nak kata sedih tu tak la cuma berpisah dengan kawan-kawan kerja aku tu yang agak terasa sedikit. Mungkin agak jiwang jugak penulisan aku ni tapi itulah aku. Macam mana lagi aku nak ubah. Syukur kehadrat ilahi diberi peluang untuk berkhidmat dan menabur bakti kepada nusa dan bangsa. 



Terlalu banyak kenangan samapai nak cerita pun tak ingat. Mungkin ade masa aku sisipkan buat kenangan aku sendiri. Kerjaya aku bermula masa rekrut kat ipoh. Aku ingat masa tu aku jadi pegang senapang jer rupanya pegang sepanar. Itulah rezki namanya. Bermula latihan basic kat ipoh bawak ke kolej tentera udara, itas. Macam-macam aku belajar ilmu kemahiran mekanikal elektrikal pesawat. Aku tak rasa bangga langsung. Layan jer sampai habis ni. Jangan cakap naik kapal terbang best sebab dah muak sangat, jadi benci lak lahaii. Tapi pada aku kenangan paling best masa keje dengan fighter atau orang kampung aku cakap jet pejuang. Sebab aku rasa kesatuan yang paling utuh semasa berkhidmat di 6 skuadron kuantan. Kat situ jugak aku banyak menimba ilmu aku yang tak seberapa ni. Aku bukan qualityman, cuma teknisyen biasa yang sangat biasa-biasa sahaja. Hormat menghormati dan kerjasama sangat penting dan jadi subjek utama semasa kerja. Sebab tu aku suka kerja kat sana. Incharge semua sangat sporting dan sangat mengambil berat. Pendek kata semua jalankan tugas masing-masing dengan baik tidak berkira atau mengira tahap kepakaran individu. Walau tak pernah baris pagi tetapi kat 6skn tak pernah ada yang lewat dari Man A, Man B sampai la ke incharge. Sampai sekarang aku ingat integrity kami masa bertugas kat sana, Sampai satu tahap incahrge aku sendiri suruh rehat, ambil off/standown sebab masa tu aku dah lupa nak cuti/off dek kerana syok bekerja. Tahun pertama kerja memang tak pernah off, cuti sakit atau cuti. Memang tak terasa langsung. Siapa-siapa geng 6skn atau 'Mud Movers' yang baca post aku ni terima kasih sangat-sangat tinggalkan memori manis sepanjang tiga tahun kat sana. Mungkin keadaan sekarang dah berubah, ramai yang dah post out atau berhenti tapi aku harap kerjalah seikhlas mungkin kerana dari situlah terjalinnya hubungan akrab antara crew. Jangan mengira soal kerja, tapi soal keluarga juga jangan diketepikan. Ikhlaskan diri untuk bekerja sebaik mungkin. Teringat aku masa tu dua tahun berturut-turut jadi skuadron paling cemerlang dengan serviceability 110%. Bukan senang nak maintain aircraft ni. Kena belajar slow-slow dari bawah sampai mahir. Aku respek semua technician TUDM, walau ramai yang tak tahu dan tidak mengiktiraf kepakaran kami tetapi hasil kerja sangat memuaskan. kadang-kadang engineer pun minta nasihat kami. Bukan kadang-kadang tapi selalu, sebab yang hadap masalah adalah kami mereka lebih kepada arahan sahaja. Kalau anda engineering officer tak nak mengaku baik tukar trade sahajalah. Bukan cakap kosong-kosong sila cermin diri anda, Anda juga mempunyai kelebihan sendiri yang kami kagumi. 


     Skuadron terakhir aku rasanya tak banyak aku nak story, tetapi agak kurang seronok dan kurang meninggalkan kenangan bernilai untuk dibawa kemasa hadapan. Tetapi disitu juga aku menjadi technician sebenar. Aku tidak suka menonjol kerana kelak memakan diri. Cukuplah ilmu yang ada sebagai bekalan ketika kerja seorang atau ketika recovery. Biar orang lihat kita 'kosong' tapi kita pastikan isi dalaman kita penuh. Sedikit kecewa dengan segelintir orang yang sepatutnya membantu kita mungkin kerana jasa yang kita tumpahkan, tetapi qada dan qadar Allah taala telah menentukan, Rezeki aku takat disini. Terima kasih buat kawan-kawan yang selama ini membantu ketika senang dan susah. Tak lupa juga semua incharge yang memberikan bantuan secara sengaja atau tidak sengaja. Atau sengaja membiarkan anak buah dilanda masalah hingga tidak tahu langsung akan masalah anak buah. Terima kasih kawan-kawan bila senangku, Walau ada seorang dua yang membunuh tetapi aku harap masa depanmu semoga baik-baik sahaja. Setakat ini perjuangan saya. Terima kasih semuanya. Alhamdulillah



22 April 2015

Bantuan Allah



Baru-baru ni aku ada baca buku mengenai 21 rahsia kejayaan. Buku tu percuma aku dapat masa pergi seminar hidup luar biasa yang lepas dan aku baru baca dua bab. Sedekah dan seikhlas. Bab seminar tu aku tak nak story korang pegi sendiri. Sebenarnya banyak kali buat keputusan berbolak balik tp Alhamdulillah aku garap peluang. Memang tak rasa rugi langsung, untung ada la. Money is not the matter, dia story tentang life, kolam hati dan banyak berunsur ketuhanan. Jauh meleset dari kiraan aku.

Nak dijadikan cerita, hari ni kebetulan pakcik aku kat felda kepis meninggal, jadi aku ambil keputusan nak menziarah. Aku gerak seorang diri sebab niat aku nak balik hari. Sebenarnya aku memang tak tahu jalan dan harapkan maps atau waze. Malangnya kedua dua apps tu tak allign betul betul. Sekejap freeze sekejap out dari jalan yang aku tengah lalu. Biasalah handphone aku pon pwnovo, tak ori plak tu, tambah pulak internet aku slow. Tapi bole la sikit nak agak kalau apps tu sangkut. Sesampai di kuala pilah waze aku start to hang, walhal dah tinggal dalam 20km je lagi. Buntu sekejap sebab dah masuk laluan yang tak banyak kedai tepi jalan. Tiba tiba aku nampak van jenazah, aku terus perlahankan kereta dan bagi laluan kat van jenazah tu. Tiba tiba aku teringat aku ada pasang niat kalaulah terjumpa van jenazah pakcik aku kan senang boleh follow sampai rumah terus. Hati aku berdebar tiba tiba. Inikah namanya pertolongan Allah. Macam mana boleh ngam jumpe? Sepanjang dari gombak, cheras seterusnya ke hiway lekas aku asik fikir je macam mana nak pegi rumah pakcik aku tu. Aku terus nekad follow van jenazah yang aku tak tahu siapa didalam. Selepas setengah jam aku nampak papantanda felda kepis. Yer kot ni, aku terus follow dan akhirnya Alhamdulillah memang betul sangkaan aku. Tanpa membuang masa aku park kete dan terus bersalaman dengan saudara dan ziarah si arwah. Syukur.

Seketika aku dipanas terik kuburan, aku dapat call dari bapak aku, yang makcik aku kat kampung baru je meninggal. Allah...dugaan, aku tak ambil masa lama selepas selesai pengkebumian aku gerak ke kampung. Walau tersalah jalan beberapa kali tapi aku sampai juga dikampung. Lega dapat tolong angkat jenazah dan kebumikan.

Semoga arwah cik Giman dan wak Besah ditempatkan dikalangan orang yang Kau redhai. Inna lillahi wa inna illahi rojiun.
posted from Bloggeroid
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)