25 Oktober 2014

Perasaan ayah

Alhamdulillah... tanggal Jumaat 1132 pagi bersamaan 06 disember 2013 maka lahirlah puteri sulungku bernama Amni Nuraisyah bte Faizal. Tak tergambar perasaan masa tu bila dianugerahkan oleh Allah dengan kurniaan yang tak terhingga. Menjadi amanah abadi ku dan melayakkan aku dan isteri menjadi ibu bapa. Syukur ke hadrat ilahi juga kerana mempermudahkan urusan bersalin isteriku sepanjang proses kelahiran Amni.

Sebagai ayah 'baru' tentulah risau bila saat-saat kelahiran hampir tiba. Banyak doa dipohonkan, solat hajat dan bermacam-macam lagi yang mesti kita lakukan demi menjamin keselamatan ibu dan bakal anak. Andai kita puas berusaha tetapi sebaliknya anggaplah juga ia mungkin suatu ujian keatas diri kita yang terpilih untuk menerima ujian. Tetapi apa didalam hati saya, janganlah sombong dengan Allah, pintalah walau sekaya mana, sesihat mana kita dan tetap menganggap kita adalah bukan siapa-siapa kecuali makhluk dan hamba Allah.

Sejak dah ada anak ni, mulut sentiasa tersenyum, hati selalu riang bila teringat telatah anak ketika dirumah. Alangkah indahnya bersama. Semoga dengan adanya anak ku ini menjadi pendorong semangat untuk melalui segala dugaan dunia dan akhirat.   


24 Oktober 2014

Ride mencari ketenangan

Assalamualaikum.

Dah bersawang blog aku ni semenjak aku dah malas taip kat blog ni. Bukak-bukak balik senyum sorang2 bila bace post yang lama-lama. Apedaa aku merepek ni..

Akhir-akhir ni jiwa aku kacau bilau, pendek kata tak tenteram tak tau ape sebabnye..mungkin sedikit masalah kesihatan aku yang tak berapa baik ni. Yelah umur semakin tua, semakin larut ditelan usia la katekan. So hari ni aku ambik keputusan untuk ride ke bukit tinggi untuk melepaskan sedikit kecelaruan otak aku ni. Banyak yang aku fikirkan, tentang masa depan, tentang diri sendiri dan tentunya dosa-dosa lalu yang sering menghantui diri aku ni. Siapa tak pernah buat dosa kan.. Tinggal solat satu waktu pun beribu tahun kat neraka nk bayar apelagi dosa-dosa lain. Ya Allah, berjayakah aku masuk ke syurga nanti. Teringin aku tapi aku sendiri bukanlah seorang ulamak atau orang-orang alim lain. Aku cuma insan biasa yang penuh dengan khilaf dek tarikan nafsu semulajadi manusia. Memang sudah nak hindar dosa dari diri kita. Sekecil-kecil dosa sampai sebesar2 dosa pun manusia pernah buat. Tapi aku yakin ade orang yang sangat minimum akan dosa dia dan ada jua yang maksimum dosa mereka. Dimanakah kita sekarang? Kalau aku sanggup aku letakkan akulah orang paling bawah, paling teruk didunia ni agar aku tau yang aku ni tidak layak untuk syurgaMu ya Allah, tapi aku tidak pula nak masuk nerakaMu ya Allah. Semua orang tak nak masuk ke neraka. Tiada seorang pun. Yakinlah kita tetap akan masuk neraka walaupun sebentar, yakinlah yang kita akan dihimpit di dalam kubur. Tapi yakinlah jua Allah maha pengampun. Kalau iblis dan syaitan meminta dan berdoa kepada Allah untuk menyesatkan manusia pun ditunaikan, takkan Allah tak meneriba taubat kita, pengampunan kita tidak kira siapa kita dahulu dan sekarang. Aku yakin, Allah berhak menentukan segalanya.

Dari kecil kita lahir sehinggalah kita besar begini, apakah sumbangan kita pada diri kita, suami, isteri serta anak2? Tapi tanyalah apakah investment akhirat kita sudah kukuh ke belum. Aku bukan ingin ceramah tapi sekadar mengingatkan diri sendiri. Akhir-akhir ini jugak aku merasakan macam dekat je ajal tu. Macam jap lagi jer, macam esok je last kat dunia. Yang aku tau bila mati nanti kita akan menangisi masa lalu kita iaitu masa kat dunia kita ni, kenapa tak penuhkan dengan bersujud kepada Allah, membaca kuran, tahajjud dan sebagainya. Bukan tak mampu tapi malas. lagi teruk kita sering utamakan dunia dari akhirat. Bimbang itu dan ini walhal tempoh kat dunia ni sangat-sangat sementara dan singkat. 60 tahun dunia itu tak lama. Seribu tahun kat akhirat lama tak? Korang pon tau sendiri. Kenapa kita terlalu memikirkan dunia? sebab kita kurang solat, kurang baca AlQuran, tidak kenal Allah. Siapa kita untuk dijadikan, untuk apa kita dibumi. Masya Allah..

Akhir-akhir ini jugak, banyak peristiwa lalu menjadi permainan minda. Masa yang gemilang dan masa duka juga menjadi kajian minda untuk masa-masa yang akan mendatang. Soal kedudukan kita dengan Allah jangan dipersoalkan. Perbaiki diri dulu baru boleh memikir siapa kita dengan Allah, bagaimana hubungan kita dengan Allah. Teringin aku mati dalam keadaan senyum, berbau harum, dan masih berpeluh, Tapi siapakah aku. Ya Allah...sesungguhnya aku tidak dapat meraih itu semua kalau dikirakan. Hanya Allah yang maha pemurah. Andai amal jariahku tak diterima, tetapi terimalah solat-solat ku, hafazan ku agar jadi bekalan yang menerangi setiap gelap ku di alam kubur nanti. Perelokkan lah zuriat ku, isteri ku supaya dapat memberi manfaat ketika aku tiada nanti. Aaminnn insyAllah. Semoga kita menjadi orang-orang yang soleh.

12 Mei 2014

Sedetik ini

Ya Allah, banyaknyer dugaan dtg sperti tiada org lain dpt dugaan mcm aku ni..keliling pinggang masalah dtg, apakah salah aku dlm sedang brjalan mncari keredhaanMu ya Allah. Semakin aku mencarimu dari jalan kegelpan hingga hampir sempurna tetapi tetap ada yg mengganggu iman sampai diuji kesabaran di tahap maksimum. Dulu tak begini tp skrg begini. Adakah kau telah membeliku, mahukan aku dlm kesederhanaan, sentiasa taqwa dlm bekalan iman yg sedikit ini, dan akan mematikan aku dalam iman. jika kau memilih untuk memasukkan aku kejalan yg benar maka aku terima, tariklah kesihatan ku sehabisnya, tariklah nikmat dunia sekontang2nya jika janjimu untuk ku akan terlunas diakhirat kelak. Tetapi berilah aku kesabaran yang tinggi, tunaikanlah permintaan sabar ku ini. Aku masih muda, anakku masih kecil, masih banyak tanggungjawabku. Tp andai sakitku ini sebagai alasan kau untuk menjemputku aku redha ya Allah. Berilah aku ruang mematikan nafsu keduniaan, berilah aku keampunan, sucikanlah diriku dgn segala aaal yg aku curahkan. Ya Allah...ampunkan aku yg sedang dlm mnerima segala ketentuan yg mungkin jarang2 dilalui seusia dgnku ini. Peliharalah anak dan isteriku dari segala dosa, lindunglah mereka, payungilah mereka dari lindungan payung rahmat mu. Masa ku semakin singkat, seruan mu sampai  dari apa yg kau beri dimasa ini. Rumit masalah ku ini. Rumit lagi Rasullullah dan sahabat2. Terimalah amalku yg sekelumit ini, andai doa lainku kau tak terima tapi terimalah doa pengampunan ku ya rabbal alamin. Izinkan aku dalam senyum, izinkan aku dlm sujud, izinkanlahhhh..

16 Mac 2014

Kemanisan hidup


Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah kita masih lagi dapat bernafas dengan sempurna, diberi kesihatan yang baik dan juga rezeki yang melimpah ruah. Jutaan syukur kita panjatkan kehadrat ilahi atas kurniaannya.

Kali ini ingin saya membicarakan tentang kemanisan hidup dari sudut kecil dari hati saya ini. Semoga perkongsian ini menjadi tatapan ataupun teguran buat saya insyAllah.

Kita masih disini, di dunia yang penuh dengan cabaran dan dugaanya tersendiri. Sebagai umat islam kita sekarang berada didalam tempoh mencari bekalan untuk hari akhirat. Ramai dikalangan kita warga Malaysia ataupun negara islam yang lain hidup dalam keadaan yang boleh dianggap sebagai selesa, kecuali negara-negara tertentu yang hidup dalam tindasan yahudi mahupun dlm kerajaan yang mengamalkan liberalisme. Kekayaan dan kesihatan bukanlah kemanisan hidup yang sebenar, tetapi islam menuntut kita untuk menjadi insan cemerlang. Erti cemerlang disini ialah dari semua aspek dari hal dunia hinggalah akhirat. Kebanyakan kita menganggap apabila seseorang itu mewah dia telah berjaya, hidupnya terjamin dan hidup dalam keadaan yang bahagia. Kita tidak tahu sejauh mana kebahagiaan seseorang itu kerana kita tidak dapat mengukur dan kita kita boleh sama sekali menilai seseorang dengan mata kepala kita sendiri. Kita sering diuji dengan pelbagai dugaan hidup contohnya kekurangan wang, rumahtangga dan kesihatan. Tetapi apakah kemanisan yang terselindung dibalik duka itu? Allah maha mengetahui dan janganlah bersedih.

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "sedangkan mereka diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahu orang-orang yang dusta. Al-Ankabut: 2-3.

Suka saya katakan disini banyak perkara bermain didalam fikiran kita samada kita mengidamkan sesuatu atau menginginkan sesuatu. Contohnya kita menginginkan rumah yang besar atau kereta besar ataupun isteri dan anak yang cantik. Tidak semua kita boleh perolehi dengan mudah dan mungkin juga kita tidak akan perolehi. Semua itu atas ketentuan Ilahi yang maha bijaksana mengatur akan sesuatu. Impian tetap impian, berusahalah kita kepada apa yang kita inginkan. namun jika Allah tidak perkenankan permohonan kita, mustahil impian akan jadi kenyataan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui," Al-Baqarah: 216.

Kadangkala kita merasa putus asa ataupun bersedih dengan ujian yang berat sehinggakan ada yang tidak berselera untuk makan atau tertekan dengan masalah peribadi. Masalah ini banyak jika mahu disenaraikan, cukup masalah anda itu amat berat bagi anda (rujuk petikan surah diatas). Tidak kira siapa kita, darjat kita, ujian tetap akan diterima pada setiap insan. Jika anda rasa ujian itu paling hebat dikalangan sekitarmu, maka ada lagi yg hebat dan mungkin membuat kita tidak terjangka. Senantiasa positifkan diri yang ujian dari ALlah itu adalah kemanisan hidup yang sebenar-benarnya.

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" Al-Baqarah: 286.

Bila melabuhkan tubuh diatas katil atau merenung jendela mengingatkan nasib yang dirasakan malang kita akan merasa kecewa, sedih dan tertekan. Mungkin persoalan timbul "mengapakah mesti aku menghadapinya? mengapa tidak orang lain yg sepatutnya diberi ujian sebegini? mengapa orang yang tidak solat tidak dapat ujian seperti aku?" Bersabarlah sesungguhnya Allah maha bijaksana memberikan jawapan.

"Jangan kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjat-darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman" Al-Imran: 139.

Kesedihan dirundung malang bukan bermakna kita harus merajuki apa yang telah berlaku, apalagi menjadikan alasan kesukaran hidup itu sebagai alasan amalan kita sia-sia dan tidak diterima Allah, Nauzubillahi min zalik. Itu sebenarnya Allah semakin dekat dengan kita, atau Dia hendak melatih kita agar lebih kuat dan lebih mahir merencanakan keadaan. Kesukaran itu biarlah kita selesaikan dengan cara yang paling berhemah dan mengikut ajaran islam yang sebenar.

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkan kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan). Al-Imran: 200.

Apakah yang kita dapat dari semua ini? Bersabar dan terus bersabar menanti sesuatu yang tidak pasti. Pasti sebenarnya, cuma kita yang mungkin memerlukan kesabaran yang tinggi dan keimanan yang utuh.

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka." At-Taubah: 111

Mengadu domba bukanlah ajaran islam. Mengeluh pada manusia juga bukanlah jalan terbaik untuk selesaikan masalah. Apalagi mengambil jalan mudah untuk keluar dari segala keperitan hidup. Itu yang terjadi bila ada kes kejadian bunuh diri dan sebagainya. Jauhkanlah kami dari perkara sedemikian.

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal."
At-Taubah: 129

Jika semua cara tidak dapat meredakan kekecewaan mu, percayalah Allah ada untuk kita.

" Dan jangalah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." surah yusuf: 12.

Ujian dan dugaan itulah sebenarnya kemanisan hidup yang sebenar. Semakin Allah sayangkan kita semakin kita di uji. Itu tanda kasih sayang dari Maha pencipta kepada hamba-hambanya.
 Semoga kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyAllah.

-credit to Kapt Nasir officer KAGAT pu kuch.-

26 Januari 2014

Kes terakhir warga Indonesia bunuh pegawai Ambank 10 Feb.



SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 10 Februari ini bagi tarikh pengurusan kes terakhir terhadap seorang pengawal keselamatan warga Indonesia yang dituduh membunuh dan melepaskan tembakan terhadap seorang pegawai AmBank di Subang Jaya, dalam satu kejadian rompakan, tiga bulan lalu.

Tarikh itu ditetapkan oleh Pendaftar Mahkamah Tinggi, Hanie Dzatul Akhmar Zulkefli bagi memastikan dokumen-dokumen lengkap berkaitan kes terhadap La Ode Ardi Rasila, 37, diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh diwakili peguam bela S. Selvi yang dilantik Kedutaan Indonesia manakala pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Parimalaah. Peguam bela, S. Prakash pula hadir sebagai peguam pemerhati bagi pihak keluarga tertuduh.

La Ode yang berasal dari Sulawesi, Indonesia, hadir di mahkamah memakai baju T dan seluar panjang berwarna hitam pada pukul 8.50 pagi dengan dikawal ketat pihak polis.

Sementara itu, di luar mahkamah, Parimalaah memberitahu pemberita, dokumen tersebut melibatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan laporan kimia.

Pada 19 November tahun lalu, La Ode didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas tuduhan membunuh Norazita Abu Talib, 37, di dalam bangunan AmBank No. 5 dan 7, Jalan USJ Sentral 2, Subang Jaya dekat sini antara pukul 6 petang dan 6.30 petang, 23 Oktober 2013.

Bagi pertuduhan membunuh mangsa, lelaki yang bertubuh sederhana itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Tertuduh turut didakwa melakukan rompakan dan melepaskan tembakan menggunakan 'pump gun' dengan niat menyebabkan kematian ke atas mangsa.

Pertuduhan kedua itu dikemukakan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 yang membawa hukuman mati.

Memetik laporan akhbar sebelum ini, dalam kejadian pada 23 Oktober tahun lalu, Norazita maut ditembak oleh suspek ketika membuka peti besi di dalam bilik kebal bank itu, sebelum suspek melarikan diri dengan hasil rompakan berjumlah RM450,000.

Pada 10 November tahun sama, pasukan Op Cantas Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman berjaya memberkas La Ode kira-kira pukul 7 pagi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi, Johor.

Tertuduh yang bertugas sebagai pengawal keselamatan di beberapa buah bank berdekatan dilaporkan menggunakan kad pengenalan palsu ketika memohon kerja di sebuah syarikat keselamatan.

Polis turut menemui senjata api jenis pump gun yang dipercayai digunakan dalam pembunuhan itu, beberapa hari selepas penangkapan lelaki terbabit.

03 Januari 2014

Tasbih cinta.

  Alhamdulillah ke hadrat Ilahi, akhirnya setelah menjadi suami kini bergelar pula sebagai ayah. Persoalan lalu terjawab, amanat Allah harus dijaga dengan rapi dan dengan sepenuh tanggungjawab membimbing keluarga kejalan yang diredhai Allah. 

Kini apa yang dilihat semuanya berlainan. Bukan sahaja kerana sebab kurniaan yang Esa, tetapi atas petunjuk-petunjukMu yang jelas terang lagi nyata. Walaupun diri ini jauh dariMu tetapi kau berikan jua petunjuk yang sukar diterjemahkan dengan perasaan dan kata-kata. Masa kini bukan lagi untuk berhibur, mengejar keseronokan duniawi semata-mata. Hobi bukan lagi menjadi peneman sejati kala sunyi. Tetapi merenung atas diri sendiri yang mungkin jauh dari jalan yang lurus. Biarkan mereka berkata-kata apa sekalipun, diri ini tetap diri ini. Teguh dengan pendirian hidup yang diamanahkan didunia ini sebagai bekalan akhirat nanti. Walau mungkin aku tersasar dari landasan, aku akan tetap berdoa memilih untuk ke jalan Mu yang benar. Rongga-rongga kusam akan ditutup, dan diratakan dengan cahaya dari Mu ya Allah. Terkurung nafsuku hanya untukMu. Setiap nafas ini tidak lagi untuk dibazirkan. Bukan lagi marah atau amarah menjadi petanda riak dan takabbur diatas muka bumi. Apalah gunanya, perbuatan membazirkan masa dengan perkara tidak berfaedah jika bukan sekadar pengubat dan penawar rindu kepadaMu. Mungkin itulah diriku yang dulu. Gelap, usang dan tandus tetapi kotoran menjadi penyeri hidup yang dulu. Apatah lagi sepi. Apa itu sepi. Sepi dari cahaya dari Mu ya Rabbil Alamin. Biarkan masa berlalu dengan semangat perjuangan abadi. 
-Ahad'-
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)