31 Disember 2011

Farewell 2011 :( welcome aboard 2012 :)

Assalamualaikum..

       Okay, firstly buat reader atau follower blog aku, aku mintak maaf banyak2 sbb kotorkan blog aku ni dengan post peribadi yang banyak. Terharu dengan beberapa orang yang bertanyakan tentang blog yang tak berapa smart ni mengapa tak update. Ada jugak yang mengaku sebelum ini readers setia blog 'seni hidup' tapi sory la kadang2 aku lupe yang blog aku ni ramai orang perhati. Malu jugak sebenarnya bila ada dikalangan kawan2 sendiri yang membaca. Tapi apa salahnya kongsi pengalaman hidup kan? Hidup ini begitu banyak pengalaman dan terlalu banyak pengajaran,.

       Alhamdulillah juga hari ini adalah akhir tahun bagi 2011 dalam kalendar masehi, esok jika panjang umor insyAllah kita mencapai tingkat umur yang baru dan diharap dapat mematangkan lagi corak pemikiran kita. Nampaknya tahun ini yang bagi aku ada juga peristiwa pahit manis yang berlaku sepanjang melalui 12 bulan. 

18JUL2007(kurus aku time ni hehe)
       Tanpa aku sangka rupa-rupanya tahun ini aku kehilangan seorang lagi orang terhampir atau kesayangan aku iaitu nenek aku sendiri yang telah kembali ke rahmatullah pada 12 dis lepas, Setahun dua bulan selepas  perginya anak beliau iaitu selaku arwah ibu aku melengkapkan dua tahun dua orang telah meninggal pada 2010 dan 2011. Mereka berdua ini seakan-akan sama akan nasihat, teguran sepanjang hidupnya didunia ini yang diberikan kepada anak ataupun cucunya. Tetapi syukur Alahamdulillah sempat bersama menguruskan jenazah arwah nenek aku dari proses awal hingga ke liang lahad tidak seperti arwah ibu aku, terlambat kerana jarak dan masa yang tidak dapat dielakkan. Semoga mereka berdua ini bertemu disana dan mendapat hidayah dari Allah s.w.t berkat doa dari anak dan cucu mereka insyAllah.

Dari segi ekonomi syukur juga aku dapat membeli sebuah rumah di Negeri Sembilan iaitu rumah teres satu tingkat sahaja sesuai dengan pendapatan aku yang sederhana. Dari segi pendapatan bulanan pula agak merosot teruk berikutan tanggungan rumah dan juga kereta. Harap tahun hadapan ada peluang untuk memajukan diri dalam bidang perniagaan. Mungkin Januari 2012 ini bermula menyediakan sejumlah wang yang agak penting juga dalam proses kehidupan manusia setelah beberapa ribu telah habis digunakan tanpa disedari.

       Bak kata orang, pasang surut iman itu kita tidak ketahui tetapi jika kita sendiri yang malas mengekalkannya jangan salahkan ibu mengandung, tetapi tetap salah peribadi sendiri yang selalu leka dan lalai dalam kondisi dunia yang serba pantas dan moden ini,. Gelojak nafsu meronta-ronta untuk dipenuhi tatkala syaitan mengiringi. Tepuk dada tanya selera diri kita ini dan jangan pertiakikan orang lain. Renunglah sedalam-dalamnya hati kita ini dimanakah dia yang sebenar, apakah yang ia lakukan sebenar, dan adakah jalannya itu benar. Bersama-sama kita memperbaharui segala yang kita fikirkan tadi.

Dipenghujung tahun iaitu hari ini juga ingin aku selitkan secebis peristiwa yang berlaku semalam ketika aku menjemput seseorang di Batu 3 shah alam. Sebuah lori kontena telah mencelah masuk tanpa memasang lampu signal, ketika itu aku sudah sampai ke tengah-tengah badan lori tersebut. Terus aku memijak pedal brek dengan mengawasi kenderaan belakang. Terkejut dengan tindak balas semerta pemandu lori itu tiba-tiba perasaan marah pun timbul. Tanpa sengaja kedua-dua tangan aku menunjukkan isyarat kedua-dua jari tengah kepada dia. Terus dia berpaling tanpa kata. Jalan yang sesak memang bila-bila sahaja kita boleh kemalangan. Sejurus dalam 10min selepas itu sebuah lagi lori treler membuat perkara yang sama terhadap kenderaan aku. Hanya hon yang dapat aku bunyikan dan melepaskan amarah. Tiba-tiba terfikir, jumaat adalah hari keramat bagi aku kerana kebanyakan saudara aku meninggal pada hari Jumaat. Alhamdulillah mungkin Allah bagi peringatan yang nyawa itu bila-bila sahaja boleh diragut. 

       2012 ini mungkin revolusi akan dilakukan buat diri aku kerana banyak perkara yang telah jatuh grafnya. Senang kata merosot dari segi pencapaian. Bersama-samalah kita memperbanyak perbaiki diri dan kelemahan-kelemahan diri sendiri. Semoga kita beroleh keberkatan ditahun hadapan nanti InsyAllah..

Assalamualaikum..

6 ulasan:

ibuemak berkata...

salam..
takziah ke atas arwah nenek dn ibu..
semoga 2012 merubah corak hidup kita semua..
aminn..

faizalfretless berkata...

aminn ya robb...bersama kita memantapkan lagi corak hidup ...aminn ;)

Nonie berkata...

assalamualaikum....salam takziah,semoga kedua mereka ditempatkn bersama para solehah...
sy doakn anda akn terus berjaya dan kuat mengharungi hidup ini....aminn Ya Rabb

faizalfretless berkata...

Walaikumussalam nonie..trima kasih. smoga awak pon terus berjaya lagi tabah harungi dugaan hidup.. :)

~Sal Ismail~ berkata...

luahan rasa dari hati mmg terkesan sekali bila dihayati oleh pembaca..~
sy x pernah kehilangan insan terdekat..tp hanya dengan membayangkan sudah mampu mengundang sebak di dada..mudah2an bila tiba saat itu sy dpt hadapi dengan tenang..kerana yg dtg, kembali ke sana itu pasti~

selamat tahun baru..kekalkan momentum dari awal hingga akhirnya utk terus hit target dlm kehidupan..all the very best!~ =)

faizalfretless berkata...

~SaL IjOu~: oleh itu gunalah masa yg ada ini sepenuhnya utk menghormati,menyayangi,membahagiakan mereka sehabis baik kerana detik yg berlalu ini adalah senantiasa akan dikenang buat rindu satu hari nanti...InsyAllah hati kita tenang dgn kepergian mereka nanti :) bless you all..

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)