25 Jun 2011

Sehari

Dua hari lepas aku terdengar dari mulut membe aku, minit mesyuarat yang agak menjengkelkan aku. Kalau betul la ape yang dicadangkan memang agak malang la nasib aku. Gara-gara masih bujang mungkin dorang akan ambik advantage, pehh ya Allah harap-harap la kekal macam sekarang at least mudah untuk aku balik kampong. Kalau aku terpilih ok la Alhamdulillah, kalau tak nauzubillah mintak dijauhkan. Tak sanggup rasanya aku nak layan kat sana, takde life langsung macam ikan dalam akuarium tak kemana. Ni la hidup, sentiasa ada saja dugaan yang datang. Andai jadi juga benda tu maybe terpaksa la aku sign borang berhenti. Tak ada cara lain, ini la monarki. Bila-bila masa jer kita boleh diatas dan dibawah. Adoiyai, banyak masa aku terbuang rasanya. 

Hari ni alhamdulillah aku selamat sampai dari kampung, walau off cuma sehari tapi aku gunakan cukup2. Pasang tinted kete, potong pokok bunga, ajak bapak aku ngeteh, cari umah..Giler mengantuk kat highway, dlu naik moto selamber je tapi skrg bawak kete tak  brani la pulak. Rasa tak semangat nak habiskan minggu ni, seksa je aku ghase. Demoralized sbb maybe aku tak bole nak amek off kat sini. Dia dh tunggu aku hujung bulan ni. Rindu giler nak jumpe dia. Nape la aku tak tolak mission ni dlu. Aishh..sabo jela, jarang jumpe pun ok jugak, bertambah2 rindu dibuatnye. Oit Oit..ape da masuk kesitu plak ahahhh!! Kalau takde rezki nk off hjg bulan ni kat sini nak buat camne, keje punya pasal, kena jaga jugak periuk nasi. Oh ya, nak story jugak harga rumah kat area kampung kau skrg rate RM140k< oh mak ka0..tu harga utk RTST rumah teres satu tingkat. Kalau double story tak brape, last aku tanya 197k, itu pun yg dua tingkat teres, tapi memang smart, teringin aku rumah tu. Tapi tgk baju pakai sendiri la haha,. telan air liur je. 10 tahun akan datang ape tah jadi kat aku. Fuhh bosannnya keje hari ni, sebiji je terbang, lewat ptg baru blk kapal. Tido pun da puas. Ok la aku nak tengok2 pe yg patut. Wassalam...

21 Jun 2011

Ntah

Dalam kesyahduan malam ni, terfikir sampai bila aku harus mcm ni, membujang je sampai hari ni. Rasanya terlalu lama aku abaikan diri aku dgn kasih sayang, biarkan aku lali dengan rutin hidup aku yg terlalu biasa. Aku sendiri tak tau kenapa aku macam ni. Nak kata frust menonggeng tak jugak tapi maybe mls nak layan perkara2 yang boleh buat aku teringat perkara lama. Rupa2nya dah dkt 7tahun aku solo kan diri aku ni. Sampai ada org lain yg marah dengan aku. Rasanya aku ada misi yang perlu aku tunaikan. 2 tahun dari sekarang, i need to fulfil all the thing i miss. Its on the go, and continuing. Adios.

18 Jun 2011

Allah maha pemurah

     Sesekali duduk termanggu teringat kembali akan jalan-jalan yang sudah kita lalui sepanjang usia yang muda ini meniti titian masa yang belum tahu dimana penghujungnya.Walau sebagaimana hinanya atau mulianya kita sebagai manusia kita tidak serik meminta petunjuk dariNya. InsyAllah termakbul jua atas kuasa Allah yang maha Esa. Daya upaya kita memohon sesuatu petunjuk dikala krikital memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi boleh membuahkan hasil kerana Dia adalah maha pemurah lagi maha mengasihani. Berbekalkan yasin dan doa-doa iringan memantapkan lagi hajat yang terniat dihati. Sesungguhnya kekuasaanmu ya Allah sangatlah hebat tiada tolok bandingannya, sehinggakan aku rasa begitu kecil disampingmu. Pemberianmu itu satu anugerah yang pastinya aku sangat menghargainya, terasa malu akan mu ya tuhan bila terkadang lupa untuk mengingatimu. Aku hanya insan yang lemah yang selalu terleka dengan dunia dan godaan syaitan laknatullah. Tetapi aku sedari, diri ini masih boleh bernafas, berjalan, merasa dan menghirup udara kurniaanmu ya Allah..ya Allah..ya Allah..mengapa engkau masih memberi ini kepadaku?? Dan juga kepada mereka yang sering lalai dengan hal sendiri. Hatiku sering bertanya pada mereka yang tidak pernah menunaikan tanggungjawab dan barangkali mungkin hina pada pandangan manusia. Hari ini ku akui lagi kebesaran-kebesaranMu ya Allah. Engkau yang senantiasa memberi petunjuk dan hidayahMu pada insan yang sangat memerlukan hidayahMu tanpa jemu dan tidak mengira siapalah aku. Engkau maha maha pemurah. Tiada kata lain dapat ku lafazkan lagi Subhanallah, Alhamdulillah, Astaghfirullah disaat ini. Hatiku begitu gembira, sayu dan pilu. Sekali lagi ku agungi kebesaranMu. Syukur Alhamdulillah akan petunjukMu..Wassalam.

16 Jun 2011

Menuju kedunia yang abadi

     Hari demi hari pengalaman mendewasakan kita, segala yang kita dah lalui mematangkan kita dalam hidup. Walau bagaimana perit sekalipun ia adalah kenagan yang manis dan juga dijadikan pedoman dan iktibar. Kesalahan-kesalahan lalu masih boleh dicuci jika kita sendiri mahu mengubah hala tuju hidup kepada yang lebih baik. Kita hanya manusia yang sering melakukan kesilapan. Alpa tatkala senang, taubat dikala susah itu menjadi kebiasaan karenah manusia yang semulajadi. Jika selalu direnung dalam diri kita sendiri, kita tahu sejauh mana diri kita ini, samada baik atau buruk sebagai pengukur mesin masa yang akan datang, maksudnya hasil yang kita akan raih diakhirat nanti. Hidup ini bukanlah mimpi, tetapi sebagai satu anugerah untuk mencintai sesama makhluk juga kepada yang Esa. Hidup ini juga satu kemestian dalam hikayat perjalanan manusia iaitu hamba Allah swt. Kita diberi pilihan, itu adalah anugerah kepada kita. Tetapi haiwan mungkin tiada pilihan selain melalui cara hidup mereka yang telah ditetapkan sedemikian. Jangan menyalahkan nasib ataupun takdir kerana sesungguhnya itu adalah diri kita yang sebenarnya. Anda lakukan yang mana anda suka dan anda akan dapat apa yang anda mahukan samada suka ataupun tidak. Kita ibarat perahu dilautan yang hanyut dibuai arus. Jika tidak dikemudi ia akan hanyut bersama arus laut yang kita sendiri tidak tahu penghujungnya. Tetapi jika kita usahakan dengan mendayung InsyAllah kita akan temui jalan yang kita mahukan dan sampai ke destinasi. Terpulang kepada nakhoda samada mahu ke lembah duniawi semata ataupun ke syurga yang abadi. Kita dalam pengujian, kita dalam percubaan dan yang menang akan terpilih, yang tertewas akan duduk bersama-sama mereka yang gagal dalam percaturan hidup. Hidup ini kritikal jika dinilai sehalus-halus zarah. Sedutlah udara yang segar ini sebagai permulaan kepada sesuatu titik tolak yang baru dan lebih baik.. InsyAllah..

14 Jun 2011

Dari jauh ku pandang

     Malam yang sunyi kat PD ni tiba-tiba terfikir aku tentang angan-angan dan cita-cita. Sambil toleh kanan kiri aku mula menaip ape yang terlintas kat benak aku ni. Eh benak tu bukan maksunya sengal ke? gasak lah, janji aku taip. Ok la setiap manusia ada cita-cita tersendiri, bermacam-macam ada pulak yang sesetengah tu tak lojik dek akal. Macam biasa, kenangan lama aku yang suruh aku post kat blog nih.

     Dulu bila cikgu tanya aku pasal cita2 aku tak tau nak jwab ape. Apehal aku sendiri pun tak tau, mungkin ada masa tu tapi terlalu banyak sangat. Nak jadi jentera eh jurutera lah, tukang tembak oranglah dan macam2 lagi. Syahdunya bila kerjaya yang aku ceburi skrg ni penah aku utarakan boleh jugak diselatankan kat cikgu matematik aku masa darjah satu dulu. Then tahun2 selepas tu aku dah tukar cita2 dah. Lagi merapu nak jadi pelumba superbike, tu yang jahanam moto yamaha 100 sports bapak aku kerjakan. kona baring dan wheelie setiap masa. Last2 patah body hahaha. Itu la budak tau nak perabih je. Bukan moto tu jer tapi ada lagi yamaha yb, suzuki panther, honda rider semua aku hayun semacam, no fear la katakan. Sampai la aku jatuh motor yg sebabkan aku takleh cakap selama beberapa jam. Aku terai cakap tapi tak kua suara, tak tau pulak sebab kepala aku terhantuk tarmac terus jadi bengong jap. Memula malam tu aku pergi surau sampai isyak, lepas dari tu aku masuk highway sengkang racing dengan yamahaSS 110 racing spirit yang masa tu kununyer power la jugak. Balik dari lumba2 tu aku terai tukar rider atas jalan on the go, skali silap teknik la pulek tu yang terbongkang aku jatuh. Eh ni dah masuk bab motor ni, takpela sambung jer. Hah lepas dari tu terus aku turunkan kelajuan suzuki tu, klu bawak 180km/j aku turunkan ke 170km/j baru la selamat sikit. Itu semua kisah zaman silam aku. Manis dan segar dalam ingatan...adioss

13 Jun 2011

"KITA KEKURANGAN JURUTERA PENERBANGAN"



U/p:Perhatian kepada Aviation Engginering
'Kita kekurangan jurutera penerbangan'

KUALA LUMPUR 12 Jun - Industri perkhidmatan Penyenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO) global diunjur bernilai AS$65 bilion (RM195.3 bilion) menjelang 2020.

Industri tersebut dikenal pasti oleh kerajaan sebagai industri menguntungkan dan boleh menjadi jentera untuk memacu negara mencapai status negara berpendapatan tinggi.

Makmal Program Transformasi Ekonomi (ETP) menjangka Projek Permulaan di bawah bahagian MRO, mewujudkan 21,000 peluang pekerjaan dan menyumbang tambahan AS$4.2 bilion (RM12.62 bilion) menjelang 2020.

ETP percaya dengan permintaan serantau yang kukuh, dipacu oleh pertumbuhan ekonomi utama seperti India dan China dan ditambah dengan tumpuan khusus bagi keberkesanan kos dalam industri penerbangan, akan meningkatkan permintaan bagi perkhidmatan MRO dalam pasaran serantau.

MAS Aerospace Engineering (MAE), bahagian kejuruteraan dan penyenggaraan Malaysia Airlines, berkedudukan baik untuk merebut peluang ini.

Menurut Buku Panduan ETP yang diposkan di laman webnya, program itu disasarkan untuk memajukan MAE sebagai teraju penyedia perkhidmatan MRO di Malaysia, serta membangunkan Malaysia menjadi pusat MRO Asia Pasifik.

Bagaimanapun, katanya, dasar dan prosedur penerbangan yang ketinggalan zaman, tenaga kerja tidak mencukupi, dan kekurangan eko-sistem alat-alat ganti di Malaysia menghalang pertumbuhan industri itu.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman baru-baru ini berkata, Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera penerbangan berlesen.

Beliau juga berkata, negara ini masih kekurangan pusat latihan untuk melatih jurutera dengan pengetahuan dalam penerbangan awam.

Ketika ini, terdapat lapan sekolah latihan penerbangan di negara ini tetapi hanya lima sekolah kejuruteraan pesawat telah disahkan sebagai Organisasi Latihan Sah bagi melahirkan jurutera.

Sekolah-sekolah tersebut ialah Malaysian Airline Engineering Training Centre, DILOG Training and Services, Malaysian Institute of Aviation Technology, Aeroprecesion Aviation Training Centre dan Malaysian Aviation Training Academy atau MATA.

Ketua Pegawai Eksekutif MATA Sulaiman Dahlan, dalam satu temu bual dengan Bernama baru-baru ini berkata, kaji selidik Kementerian Sumber Manusia mendedahkan bahawa Malaysia memerlukan lebih 16,000 jurutera pesawat setahun, tetapi sejak 15 tahun lepas, hanya 3,000 jurutera berlesen dilahirkan.

Beliau berkata, kerjaya itu tidak dipromosikan dengan efisien, oleh itu menyebabkan orang awam tidak begitu menyedari tentang betapa pentingnya keperluan tersebut perlu dipenuhi.

MATA, katanya, berazam untuk terus memberikan komitmen kepada penerbangan, menerusi aspirasi, bagi menggalas peranan utama dalam pendidikan dan latihan juruteknik dan jurutera pesawat.

"Industri penerbangan, terutamanya sektor penyenggaraan dan pembaikan, sentiasa memerlukan kakitangan yang dinamik, berkemahiran dan profesional untuk menangani pertumbuhan pesat industri.

"Kami komited untuk merapatkan jurang yang diperlukan dalam latihan penerbangan daripada latihan asas hinggalah kepada latihan lanjutan sejajar dengan syarat-syarat pelesenan Bahagian 66 Agensi Penerbangan dan Keselamatan Eropah," katanya. - Bernama

11 Jun 2011

Kerja oh kerja

    Assalamualaikum, Rasanya macam lama gua tak update blog ni. Terlalu superb punya keje sampai banyak perkara aku miss. Hari ni hari ke tujuh penggal detasmen minggu ni. Dengan rutin seawal 0330h sampai la habis keje tidak menentu biasanya pukul 2300h-0000h baru balik keje. Itu pun nasib baik kalau balik keje pada hari yang sama. Kira senang satu hari aku keja jumlahnya lebih kurang 21jam. Yup tido just 3-4 jam sehari. Maintain selama 7 hari sebab roster lepas aku stay. Masuk hari yang last ni badan aku betul-betul collapse. Terasa macam diawang-awangan bila berjalan. Mata stim tak hengat, penat giler bapak punya. Itu semua janji aku boleh claim off 3 hari. Tiga hari jer??? ya betull. Pagi-pagi buta tadi masa nak 'ready' kapal  lebih kurang jam 0430h lepas refuel aku isi dokumen pun salah. ID aku sendiri pulak tu ajer mangkok hayun. Macam tak percaya jer. Banyak betul kapal yang rosak sepanjang 7 hari ni. Nak makan pun takde masa, nak solat pun curi-curi masa. Itupun ada yang cakap aku penat main-main ish palaotak die. Keje sorang kat trade aku memang mencabar. Benda mekanikal semua berat-berat kasar-kasar nak buat sorang memang mampuih la habaq hang. Tapi apakan daya dah tugas derr. Naseb la detasmen memang macam ni. Kalau tak kerana aku cintakan tanah semenanjung takde masanya aku datang kat shah alam ni. At least boleh jugak lari dari kesibukan duty yang melambak. Petang tadi dah elok2 settle task flypass ada pulak task untuk jemput recovery team dari pu kuantan. jadah betul dah kena refuel lagi. Sempat jugak jumpe membe-membe lama setugas aku dari sana. Diorang pun memang perlukan bantuan aku selaku tuan rumah hahaha. Si pak cik MiG tu kalau tak rosak tak bole ke? Takpe la ek janji power kah3..

     Rasa gumbira la pulak bila aku dapat settlekan semuaaaa kerja-kerja aku dan kerja yg tertangguh dari diorang yang pemalas tu kuang3..sampai dah masa untuk aku berehat puas2 selama 3 hari bermula esok. Nak tido selama-lamanya klu boleh Yiehaaa.................chow's chin chauuu...adios.

08 Jun 2011

Mimpi mimpi

 Bila aku terjaga dari tidur, aku lap mata aku. Rasanya dunia ni sama seperti hari-hari yang lepas. Tetap membosankan, rutin yang sama dan udara yang sama. Tiada benda yang bagi aku boleh membawa aku ke sesuatu yang baru dan lebih baik. Kecuali aku sendiri yang buat dia menjadi baik dan lebih sempurna. Tiada harapan nak diletakkan ditempat yang sesuai kerana tiada yang mampu untuk terima. Nothing fit with these thing.  Rasanya elok aku abaikan sesuatu yang perlukan modifikasi yang banyak dan drastik. Mungkin ianya bertahan tak lama kerana dari akarnya ia sememangnya layu, umpama besi yang dirawat tetapi karat didalam. Sampai masa karat itu akan tetap kembali merosakkan apa yang diluar.  Hanya boleh bertahan sekadar saja. So tunggu apa lagi, its been far away to look at, but we still can make it better from now. What we need is just relax and calm down. Good nite pals..
Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)