Akhir ini masyarakat majmuk kita terlalu laju mengejar kekayaan diera globalisasi kemajuan dunia yang arakiannya semakin mencabar. Tidak mengira kaum Melayu, iban, orang asli, india, cina masing-masing mempunyai matlamat memajukan diri sendiri melalui perlbagai cara. Namun pada hakikatnya kita semakin lupa akan semangat patriotik yang sepatutnya ditanamkan dihati sanubari kita selaku rakyat Malaysia. Media adalah medium terbaik untuk menaikkan semangat kenegaraan kita kerana melalui media juga kita kebiasannya mudah terpengaruh dan pecaya tanpa perlu berfikir panjang.
Televisyen adalah sumber maklumat yang utama selain dari suratkhabar dalam kehidupan seharian kita, kebanyakan kandungannya terdiri dari isu semasa, politik dan juga hiburan. Jika dilihat dari mata kasar media tanahair kita lebih menjerumus kepada hiburan semata-mata dimana boleh mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Apa yang hendak saya sampaikan disini bagaimana jika pihak media dengan bijak menyiarkan cerita atau berita mengenai semangat perjuangan dikalangan rakyat terhadap negara. Keadaan rakyat masakini yang tidak menghiraukan kutukan dan cacian negara luar terhadap Malaysia. Hanya omong-omong kosong yang tidak disusuli dengan tindakan. Cuma sekadar luahan kemarahan dan tidak puas hati. Bila agaknya melayu kita nak bangkit kembali seperti dahulu gah disegala bidang. Maruah diutamakan dimana bumi dipijak Malaysia tercinta.
Jiran kita semakin berani dengan kutukan dan makian yang sepatutnya kita sedar bahawa kita adalah bangsa yang damai. Tetapi juga kita tidak sepatutnya berdiam diri berpeluk tubuh hanya melihat dan sekadar mengutuk perbuatan mereka. Puas kita memberi mereka peluang pekerjaan, tempat tinggal dan juga tiada gangguan terhadap keharmonian mereka disini.
Pada pagi tadi rakan saya memberitahu apa yang telah dilihatnya dari channel seberang. Mereka (pihak media) menggalakkan pemprotesan mereka terhadap negara kita dengan kerap menyiarkan dan memburuk-burukkan negara kita. Ini peranan media mereka! dan kita tidak boleh menyalahkan mereka dengan tindakan ini. Apa yang saya lihat dari televisyen petang tadi, mereka yang membuat tunjuk perasaan diupah melalui pakej-pakej menarik akibat desakan hidup yang memaksa mereka melakukan sesuatu yang ganas dan liar untuk mendapat ganjaran yang lebih. Tetapi pihak manakah yang diupah?? Adakah anda ada jawapannya? Sila kemukakan jawapan anda jika anda yakin jawapan anda itu tepat. Mereka semakin berani dan kita semakin kebelakang. Jika mereka berani untuk mengusir rakyat kita disana bagaimana pula rakyat mereka yang berlambak-lambak disini? Apakah tindakan media kita? Dimanakah maruah bangsa kita, bagaimana kita hendak kekalkan pepatah Hang Tuah "tidak melayu hilang didunia" jika kita asyik dengan keselesaan yang selama ini kita kecapi walau selesa itu cukup sekadar memenuhi keperluan hidup.
4 ulasan:
bangsa tak tahu diuntung
mmg tak kenal untung, tggu kita je nk bertindak.....
ada berapa kerat ke camtu...pastu kan dah tau semua sbb upah...media kita?mmm.....ntahlah...semua pun tau kan...
media kita kena la amek peranan, ni tak, takut nk siakan lama2...slalu sekejap je tv ckp pasal berita camni.
Catat Ulasan