30 Ogos 2010

Menara jam The Raffles dan Kaabah


Mekah merupakan tempat impian kita selaku orang islam untuk mengerjakan fardu haji setiap kali tiba musim haji. Namun kini terdapat satu lagi daya tarikan yang bakal menggugat kemasyuran Kaabah iaitu menara jam dan hotel The Raffles. Kewujudan menara ini sedikit sebanyak mampu memberi impak yang mendalam terhadap ketulusan umat islam untuk beribadah bila tiba disana.


Dengan ketinggian mencapai 601meter menjadikan menara ini menjadi bangunan kedua tertinggi didunia mengatasi Taipei 101 di Taiwan yang setinggi 509 meter manakala bangunan tertinggi didunia didahului oleh menara Burj Khalifa, Dubai setinggi 828 meter. Dihiasi dengan bulan sabit emas berkilau-kilauan, 21,000 lampu putih dan hijau yang akan memancar dalam radius 30km setiap kali masuknya waktu solat  dan juga mempunyai empat muka dengan setiap satu mempunyai garis pusat 46 meter, dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi, sebahagiannya bersalut emas dan terletak lebih 400 meter di atas perkarangan Masjidil Haram. Pada setiap musim perayaan Islam pula, 16 jalur cahaya lampu akan dihalakan ke atas, menerangi kawasan setinggi 10 kilometer ruang angkasa. Bangunan The Raffles ini menjadi pencabar utama kepada Big Ben di London dimana perbezaan diameter 23ft dan menara hanya 31ft.


Menara jam The raffles ini bakal menggantikan pusat garisan masa iaitu GMT(Greenwich Mean Time) kepada MMT(Mecca Mean Time). Namun menara jam itu masih dalam tempoh percubaan. Pada satu persidangan di Doha pada 2008, ulama dan intelek Islam bersepakat bahawa waktu Makkah adalah meridian global yang tepat. Mereka berkata, Makkah terletak di tengah dunia dan Waktu Min Greenwich yang digunakan sekarang hanya dikuatkuasakan oleh Barat sejak 1884.
Apa yang membimbangkan kita kini ialah sejauh mana kelebihan pada menara itu sedangkan Mekah adalah tempat yang paling suci bagi kita selaku umat islam. Adakah dengan adanya ini memberikan kesan positif terhadap masyarakat dunia khususnya umat islam. Dengan ketinggian hampir 3 kali ganda dari menara-menara sekitar kaabah ia tidak sepatutnya didirikan berhampiran Masjidilharam. Kenapa Arab Saudi membenarkan perkara ini berlaku sedangkan antara tanda-tanda kiamat ialah berlumba-lumba membina bangunan pencakar langit? Tentunya ketulusan hati dan kekusyukan para jemaah yang ingin menunaikan kewajipan terganggu kerana keindahan dan kemasyuran menara itu. Ditakuti akan ada aktiviti maksiat seperti yang biasa hotel-hotel besar adakan contohnya pub dan disco. Lebih ditakuti lagi jika disusuli aktiviti pelacuran dan maksiat yang lain.


Dari segi logiknya sudah tentu ada korupsi dikalangan pemimpin yang mementingkan diri sendiri untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda tanpa memikirkan persekitaran. Anda sendiri maklum bagaimana masyarakat arab masakini. Terakhir bayangkan jika bangunan menara itu tumbang menghala ke kawasan kaabah samada tidak sengaja atau disengajakan.Renung-renungkanlah.

Hyprobulksms

10 ulasan:

Nas berkata...

maak ai..canti n tinggi..
bahaya gak..
takot orang len jauhkan diri drpd g makkah..

faizalfretless berkata...

hehe macam2 skrg ni huru hara dah..

Aku berkata...

betul tu.bahaya.
tapi pak arab ni memang kaya..

faizalfretless berkata...

kekayaan tu kalau disalahgunakan memang mudah menyesatkan....

Blues Riders berkata...

terima kasih faizal di atas maklumat yg diberikan. sememangnya BR alert tentang perkara itu, dan kerana itulah tercatat "Sayugia dimaklumkan bahawa HP Sauce ini tiada pula ternampak logo halal pada labelnya..." jelas bagi mereka yang memahami ayat ini.
terima kasih sekali lagi. -BR

faizalfretless berkata...

kita kna berkongsi maklumat bro baru mantap..ok tima kseh gak dari aviate-

The Sharkox berkata...

Tula...dah merepek2 dah sekarang ni
Orang pi mekah nak buat ibadah, bukan nak dok dalam hotel...
nak dok sedap dalam hotel p la amereka..pi buat hotel betul2 depan masjidil haram buat apa..nak buat boleh, tapi perlu ke nampak sebegini mewah??

Ni la perangai manusia sekarang ni

-sharkox-
Cerita Jejaka Kacak dari Sintok: Bersahur Dengan Beer!!

faizalfretless berkata...

sharkox: tu la pasalnya, apasal letak kat situ plak aje ke sengal seyh...kacau je tmpt ibadat kita.

The Sharkox berkata...

Faizal: Bila benda melebihi ibadah, macam tu la jadinya...aku tak kesah kalau nak buat kat tempat lain, but in fron masjdilharam??? prrrfffff

faizalfretless berkata...

sedih aku tgk, nk meleleh air mate ni kenangkan tmpt impian kita tue jd mcm2...baru2 ni imam besar kna tangkap sbb doakan kesejahteraan org islam ...check la kat y.tube.. imam ape tah aku tak igt tapi dia doakan kita samapai meleleh airmata masa subuh tu kat tanah haram,,

Related Posts with Thumbnails

Label

ISLAM (37) aku (29) PEDOMAN (12) kenangan (12) aku merepek (8) buka minda (7) hidup (5) KERJAYA (4) LIRIK (4) muzik (4) AIDILFITRI (3) ALAM MISTIK (3) INFORMASI (3) JODOH (3) KEMBARA (3) LAGU (3) MATI (3) PENGHAYATAN (3) Puitis (3) RENUNGAN (3) SARAWAK (3) TUDM (3) sukan (3) 2011 (2) AL QURAN (2) Aircraft (2) FILEM (2) FREEMASON (2) INDONESIA (2) JENAYAH (2) KASIH IBU (2) KEBENARAN (2) KEJURUTERAAN (2) PATRIOTIK (2) PERJUANGAN (2) SEJARAH (2) TAUBAT (2) UCAPAN (2) YAHUDI (2) bisnes internet (2) keje (2) memasak (2) motor (2) resepi (2) sajak malam (2) 100PLUS (1) 2010 (1) 7TRIBE (1) ALAM KUBUR (1) AMY SEARCH (1) ANJING (1) ART OF LIFE (1) ARTIST (1) BAHASA (1) BAIK (1) BINATANG (1) BIRTHDAY (1) BISNES (1) BRUTAL (1) BURJ DUBAI (1) C-130 (1) CALL (1) CINTA (1) CN235 (1) CRIME (1) DARJAH SATU (1) DRUM (1) DUA LAUTAN (1) DUNIA (1) FACEBOOK (1) GAME (1) GITAR (1) GULA (1) HAIWAN (1) HARGA (1) HOBI GAMBAR TRAVEL (1) IT (1) Indon (1) JAHAT (1) JAMMING (1) JAPAN (1) JIWANG (1) JOHOR (1) KEBENARAN BUKA MINDA (1) KEDAI GITAR (1) KEYBOARD (1) LAMUNAN (1) LANEY (1) MAKANAN (1) MALAYSIA (1) MAULIDURRASUL (1) MEKAH (1) MERAPU (1) MICROGENIUS (1) MIMPI (1) MUSIC (1) Maling (1) NABI MUHAMMAD S.A.W (1) NEGATIF (1) NIPPON (1) PEAVEY (1) PELIK (1) PERMAINAN (1) PERMANDANGAN (1) PESAWAT PEJUANG-BHG 1 (1) POSITIF (1) SAINS (1) SHARING (1) SMS (1) SYAWAL (1) Syair (1) TAGGED (1) TAIPEI 101 (1) TAKWIM (1) TARIKH (1) THE RAFFLES (1) THE TRUTH (1) TIMUR BARAT (1) TRADISI (1) TULISAN (1) VALENTINE (1) VIOLIN (1) VIRUS (1) X-JAPAN (1) XPDC (1) ZINA (1) ZYNGA POKER (1) anak (1) belasah jer (1) bolasepak (1) ekspidisi (1) fakta menarik (1) gadget (1) gaduh (1) handphone (1) jelajah (1) kamera (1) kasih sayang (1) kekeluargaan (1) kuching (1) memori (1) nasihat (1) olympic (1) pakistan (1) pengkebumian (1) politik (1) saudara (1)